Friday, April 15, 2011

Saat Bahagia

Malam ini, sekali lagi Liyana Sofea lena di sofa panjang di ruang tamu rumahnya. Masih berbekas air mata yang mengalir tadi pada pipinya. Rasa sakit yang menyucuk di perutnya tidak diendahkan. Sakit lagi rasa hati yang terluka.

Zarief Adam menutup sliding door. Dalam perjalanannya untuk ke tingkat atas, pandangannya jatuh pada sebatang tubuh yang sedang lena di sofa. Dia mengubah haluannya. Tidak jadi dia menggerakkan tubuh wanita itu apabila terkesan bekas linangan air mata pada pipi licin wanita itu. Zarief meletakkan briefcasenya di atas sofa sebelah. Dia duduk di atas carpet beralaskan kedua-dua kakinya.

Sudah lama pandangannya tidak menjamah wajah cantik Liyana. Hubungan antara mereka sudah semakin jauh. Tiada lagi kata-kata romantis antara mereka apabila berduaan. Entah mana hilangnya keserian rumah tangga mereka. Kehidupan yang bermula di rumah ini sejak 6 tahun yang lalu setelah mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Pengenalan di bangku sekolah menengah, akhirnya membawa dia dan Liyana ke jinjang pelamin. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bergelar suami pada Liyana Sofea Datuk Khairil, seorang pelajar yang terkenal di sekolah mereka. Siapa saja yang tidak mengagumi kredibiliti Liyana yang begitu menyerlah di sekolah dulu. Dan siapa yang menyangka seorang pelajar yang begitu popular itu akan mengaku bahawa dia telah jatuh cinta pada Zarief Adam Malek, pelajar paling skema, nerd dan yang paling blur. Yang kerjanya hanyalah belajar, belajar dan belajar sahaja. Begitu gempak sekali keadaan di sekolah ketika itu sehingga turut menarik perhatian guru-guru di sekolah.

Selepas 5 tahun Zarief mengenali hati budi Liyana luar dan dalam, berlangsunglah majlis perkahwinan anak tunggal pasangan En. Malek dan Pn. Aisyah dengan anak kedua pasangan Datuk Khairil dan Datin Amira. Walaupun baru berusia 20 tahun, namun itu tidak menghalang Zarief  dan Liyana untuk mengecapi kemanisan alam perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka berdua berlepas ke London kerana kebetulan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sana. Zarief dalam jurusan perubatan di University College London manakala Liyana di London College of Fashion. 7 tahun mereka di sana menimba ilmu.

Selepas 7 tahun hidup sebagai perantau dan pelajar, mereka pulang ke tanah air. Zarief mendapat peluang melakukan houseman di HKL manakala Liyana menimba pengalaman di Butik Kunang-Kunang milik pereka terkenal Radzwan Radzwill. Setahun kemudian, Zarief memulakan tugasnya di Hospital Pantai, Bangsar dan Liyana membuka butiknya sendiri menggunakan label Liyana.

Kehidupan rumah tangga mereka berjalan lancar, seiring dengan kelancaran kerjaya mereka. Walaupun ada badai yang melanda, mereka cuba untuk menyelesaikan tanpa perlu bertikam lidah. Sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata. Sesudah melalui pahit manis bergelar suami isteri selama 8 tahun, mereka merasakan sudah tiba masanya untuk mereka mempunyai anak.

Ternyata selepas 5 tahun mencuba, rezeki belum memihak kepada mereka. Puas mereka menjalani segala jenis rawatan baik moden mahupun rawatan tradisional. Apabila Zarief mencadangkan untuk mengambil anak angkat, Liyana tidak bersetuju. Dia hanya mahukan anak yang lahir daripada rahimnya. Zarief hanya menurut di samping terus berusaha.

Sehinggalah sejak sebulan yang lalu. Peristiwa petang itu akhirnya sedikit sebanyak menguji diri Zarief sebagai seorang suami. Kerana peristiwa itulah, meletusnya kedinginan dalam rumah tangga mereka.

===========================================

“Rief,” panggil Liyana. Cawan yang berisi teh O di dalamnya ditolak kepada suaminya.

“Hmm…,” tetap pandangan Zarief pada helaian surat khabar The Star. Tangan kirinya mencapai cawan lalu menghirup teh O.

“Saya dah berfikir masak-masak. Saya redha Rief, kalau awak nak kahwin satu lagi,” dengan perlahan, Liyana menuturkan usulnya. Tidak berani dia memandang wajah lelaki itu.

Mendengar kata-kata Liyana, tersedak Zarief dibuatnya. Pantas, kepalanya menoleh. Wajah isterinya yang menunduk ditenung dengan rasa berbaur.

“Apa awak cakap? Kahwin lagi? Apa yang awak merepek ni? Nonsense!”

Liyana menahan sendu. Dia tidak mahu air matanya gugur. Sudah sebulan lebih dia memikirkan tentang hal ini. Dia akui, dia juga selemah wanita-wanita yang lain yang tidak mungkin boleh berkongsi suami mereka dengan orang lain. Tapi jika ini satu-satunya cara untuk membolehkan mereka menimang cahaya mata, dia sanggup. Biarlah dia berkorban sekiranya itu yang boleh memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

This is the only way Rief. Please Rief, please. For me. Do this for me,”

Zarief meletakkan surat khabar di atas meja. Dia bangkit dari kerusi. Berlutut di hadapan Liyana.

“Liya…kalaupun awak sanggup, tapi saya tak sanggup. 13 tahun saya kahwin dengan awak, tak pernah saya impikan perempuan lain dalam hidup saya. Saya dah jumpa Hawa saya. Why should I find a new one?”

“Tolonglah Rief. Saya tak mampu nak lahirkan zuriat untuk awak. Awak kahwinlah lain to get your own child, Rief,” Liyana berdiri dan melangkah ke hadapan. Pipinya basah.

Zarief mengikut langkah isterinya. Tubuh isterinya yang kurus dan tinggi dipeluk dari belakang. Erat sekali. Dagunya terletak elok di atas bahu kanan Liyana.

“Jangan menyerah terlalu cepat Liya. Mana pergi Liyana Sofea yang saya kenal masa sekolah dulu? Liyana Sofea yang pantang mengalah sebelum dapat apa yang dia nak. Where is my 13 years soul mate yang dah janji nak go through anything and everything with me? Kenapa cepat sangat awak nak berputus asa ni?”

Liyana mengetap bibirnya. “I’m tired Rief. I’m very tired Rief. I just can’t wait anymore. Everyone is accusing me. Not you! Diorang cakap saya mandul. Tak subur. Tak boleh nak bagi keturunan untuk awak. From the way they did that, as if they know everything about me when they don’t. They just don’t understand me at all!

“Bukan mereka yang terseksa Rief. Tapi saya! Hanya TUHAN dan saya saja tahu hati saya ni,” terhenjut-henjut bahu Liyana menahan tangis.

Zarief mencium rambut Liyana.

I’m always here to understand your feelings, sayang. You can always count on me. Your husband,”

Liyana memusingkan tubuhnya lalu menyembamkan wajahnya pada dada Zarief. Dia turut membalas pelukan erat Zarief.

I always love you sayang,”

“Saya pun, Liya,”

Liyana menelan liur. “Kalau betul awak sayangkan saya, awak tunaikanlah permintaan saya. Kahwinlah satu lagi,”

Zarief mendengus. Dia menolak perlahan tubuh isterinya.

“Awak boleh suruh saya buat benda lain Liya. Anything else. But not this! Sampai mati pun, saya tak akan menduakan awak. Bear that in your mind, Liyana Sofea!” selepas berkata-kata, Zarief terus berlalu dan meninggalkan Liyana.

===============================================

MATA Liyana tercelik setelah menyedari kehangatan jemari suaminya mengelus rambutnya. Wajah Zarief yang sedang termenung dipandang lama. Sudah beberapa hari ini, dia jarang dapat melihat wajah kacak suaminya itu. Begitu berat sekali rindu yang ditanggung pada lelaki itu. Dia sedar jika dia tidak meminta perkara yang satu itu daripada suaminya, sudah pasti mereka akan meraikan malam ini jauh dari sini.

“Awak dah balik?”

Bersepah lamunan Zarief apabila ditanya Liyana.

“Hah?”

Liyana memegang wajah Zarief. “Saya tanya. Dah lama ke sampai?”

Zarief berdiri tegak. “Hmm…kenapa tak tidur dalam bilik?”

Liyana memisat-misat matanya. “Saya tunggu awak. Awak dah makan?”

“Belum. Tapi saya dah kenyang,” Zarief mencapai briefcasenya. Sebelum sempat dia berlalu, tangannya sempat dicapai Liyana.

“Temankan saya makan,”

“Awak belum makan? Dah pukul berapa ni?”

“Saya tunggu awak,” ulang Liyana.

“Kenapa? Dah tak reti nak makan sendiri ke?” ujar Zarief. Namun begitu, tetap kakinya melangkah ke meja makan.

Liyana segera menyaingi langkah suaminya. Dia mengangkat tudung saji. Dia menarik kerusi di kepala meja buat Zarief.

“Kenapa masak banyak ni? Are we celebrating anything?”

Liyana diam. Dia hanya tersenyum.

Perutnya yang sememangnya kenyang menjadi lapar semula melihat makan yang terhidang. Zarief terus menyudu spaghetti bolognaise masakan isterinya yang menjadi makanan kegemarannya sejak mereka berdua bernikah. Pertama kali dia merasa air tangan isterinya ketika mereka di London dan dia terus jatuh cinta dengan masakan wanita itu.

“Untuk awak. Happy 13th anniversary, sayang,” Liyana memeluk Zarief dari belakang.

Zarief menepuk dahinya perlahan. Bagaimana dia boleh terlupa akan tarikh yang saban tahun diingatinya. Seingatnya, ini adalah pertama kali mereka menyambutnya di rumah. Kerana pada tahun-tahun lepas, mereka berdua akan pergi bercuti ke mana-mana. Seperti tahun lepas, mereka ke Spain selama 2 minggu.

Zarief menarik Liyana dan mendudukkan isterinya itu di atas pahanya. Bibirnya mengucup 2 ulas bibir isterinya. Lama sekali. Seperti itu adalah kali pertama dia mengucup bibir yang merah bak delima itu.

I love you, sayang. Sorry sebab I terlupa,”

“Tak pe. Saya tahu awak sibuk,” Liyana mengusap wajah Zarief. Padanya, wajah kacak itu masih sama sejak pertama kali dia bertemu dengan sepasang mata yang bersembunyi di sebalik kaca mata itu sejak 20 tahun yang lalu. Yang berubah hanyalah kematangan. Seiring dengan penambahan usia, kematangan lelaki itu jelas terserlah pada wajah kacaknya.

Liyana menghulurkan kotak berbentuk segi empat sama pada Zarief. “Untuk awak,”

“Saya tak beli apa-apa pun untuk awak,” jemari Zarief terus membuka kotak itu. Seutas jam tangan jenama Rolex terletak elok. Zarief menanggalkan jam tangannya lantas menyarung jam berwarna perak itu.

“Terima kasih sayang. Okay. It’s my turn now. Awak nak apa? Cakap je. Nanti saya belikan. Ataupun, we can go for a holiday. Kita pergi Mauritius nak? Awakkan suka beaches,”

Liyana menggeleng. “Saya tak nak semua tu Rief. I would just want one thing. Tolong kahwin satu lagi Rief. Hanya itu saja hadiah yang saya nak dari awak,”

Zarief mengeluh. Dia menolak tubuh Liyana. “Saya nak naik dulu. Saya penat,”

“Zarief! Tolonglah. Please do this for me. Semua ni pun untuk awak juga. Awak tak nak ada anak ke?”

Zarief memusingkan tubuhnya dan terus memegang bahu Liyana.

The only mother to my children is you. Hanya awak yang boleh melahirkan anak saya atau kita ambil anak angkat. But I will never ever marry another woman for the sake of getting a child!”

“Tapi Rief…,”

“Liya! Listen to me! I know myself very well. And you were the first woman who managed to make me to fall in love. And I fell in love with you because you’re Liyana Sofea. You meant everything to me. And if you think, without the presence of our child might ruin our marriage, get rid of the thoughts coz as far as I’m concern, you’re the one who’s ruining our marriage with the nonsense idea of yours!”

13 tahun hidup bersama, ini kali pertama Zarief meninggikan suara pada isterinya. Kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum. Sampai bila dia harus bersabar dengan kehendak isterinya itu? Tidak pernah terjangkau dek fikirannya untuk beristeri lebih daripada satu. Jika dia boleh mendapatkan semua yang diimpikan pada seorang isteri yang solehah seperti Liyana, kenapa harus dia mencari lagi?

Liyana sudah menangis teresak-esak. Dia tahu pertelingkahan antara mereka ini terjadi kerana sikapnya jua.

Zarief mendengus. Dia mencapai semula briefcasenya.

“Awak nak pergi mana?”

Pergerakan Zarief yang mencari kunci kereta di dalam laci terhenti. Tanpa berpaling, dia menjawab.

I have to go. Tolong jangan cari saya. Bila saya dah ready, I will call you. Jaga diri elok-elok,”

Sebaik Volvo XC90 milik Zarief menderum laju meninggalkan kawasan rumah mereka, Liyana terduduk di atas lantai. Tiada air mata yang mengalir, Cuma sendu yang kedengaran. Seiring dengan bunyi hujan yang membasahi bumi. Seakan turut sama menangisi nasib isteri muda itu.

===============================================

SUDAH hampir sebulan Zarief menghilangkan diri sejak kejadian malam itu. Liyana sudah buntu untuk mencari keberadaan suaminya itu. Menurut hospital tempat suaminya bertugas, lelaki itu sudah cuti tanpa tempoh. Habis semua rakan-rakan Zarief ditanya. Dan kerana terlalu sibuk mencari keberadaan suaminya, kesihatan Liyana tidak dijaga dengan elok.

Hampir dua bulan Zarief menghilangkan diri, Liyana ke hospital. Dia sendiri musykil dengan keadaannya yang tidak sihat-sihat. Puas dia berdoa agar dia tidak menghadapi apa-apa penyakit yang membahayakan.

Dan akhirnya, setelah 13 tahun berkahwin, dia menerima berita yang sentiasa dinantikan. Dia hamil! Akhirnya, benih suaminya sudah selamat bercambah di dalam rahimnya. Semua doanya telah didengari oleh ALLAH S.W.T. Bahagianya dia pada saat itu tidak dapat untuk digambarkan dengan kata-kata. Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. DIA telah mendengar semua doa-doanya dan juga Zarief.

Apabila dia mengkhabarkan tentang kehamilannya pada keluarga dan mentuanya, bercucuran air mata menuruni, membasahi pipi mama dan ibu mertuanya. Begitu gembira wajah papa dan abah. Berbagai-bagai kata nasihat dilemparkan oleh mama dan ibunya itu. Jangan buat itulah, inilah. Banyakkan berehat. Liyana hanya mengangguk.

Dia turut mengkhabarkan tentang kehilangan Zarief kepada kedua-dua keluarga. Sekali lagi basah pipi mama dan ibunya. Tubuhnya yang kurus di bawa ke dalam pelukan erat. Air matanya turut tumpah. Betapa dia bersyukur kerana dikurniakan dengan keluarga yang begitu menyayanginya. Dan juga Zarief.


ZARIEF berlari-lari sana sini. Pelik dia melihat keadaan sekelilingnya yang suram dan sunyi. Puas dia berlari, dia terduduk. Melolong meminta tolong sana sini.

Tiba-tiba dia ternampak seperti cahaya datang dari arah bertentangan dengannya. Dia segera bangun. Kemudian, dia ternampak kelibat Liyana menghampirinya. Bersama Liyana yang berpakaian serba putih, di dalam kendongan isterinya itu ada dua orang bayi. Zarief merapati isterinya.

“Liya,” Zarief menyentuh pipi Liyana. Liyana diam tetapi tersenyum manis.

‘Saya rindukan awak,”

Liyana tetap bungkam. Dia kemudian menyuakan salah seorang bayi dalam kendongannya kepada Zarief.

Zarief tidak menyambut huluran Liyana. Sebaliknya dia memandang sahaja wajah-wajah kepolosan itu. Sesuatu menyentak hatinya.

Begitu mirip sekali wajah-wajah bayi itu dengan Liyana dan juga dia. Kulit mereka begitu cerah seperti kulitnya manakala hidung Liyana jelas kemiripannya pada wajah-wajah itu.

“Liya. Who are they?”

Liyana tidak menjawab. Perlahan-lahan dia berpusing dan meninggalkan Zarief tanpa pamit.

“Liya! Liya! Awak nak pergi mana?! Tolong Liya! Jangan tinggalkan saya Liya! Tolong Liya, tolong…tolong…tolong…,” rintih Zarief sehinggalah dia rebah dan tidak sedarkan diri.


“LIYA!”

Zarief terjaga dari lenanya. Badannya turut terdorong ke depan. Dia menoleh pada jam yang melekat pada dinding “Astaragfirullahalazim! Mimpi je tadi,” dia meraup-raup wajahnya. Habis basah wajahnya. Dia teringat kembali mimpinya tadi.

Benar-benar mimpi yang menyeramkan. Dia terfikir, apakah maksud yang ingin disampaikan ALLAH lewat mimpinya tadi. Hatinya gundah. Dia terfikirkan isterinya. Pantas dia menuruni katilnya, menuju ke bilik air.

Volvo XC90nya segera dipandu dengan laju. Dia memandang waktu yang terpapar pada jam digital di dashboardnya. 3 pagi. Dia memandu keluar dari Bandaraya Kuala Lumpur untuk ke Mont Kiara. Hatinya semakin tidak sedap. Dia menambah kelajuan. Serasa tidak sabar untuk ke sampai ke rumahnya.

Sejak dia meninggalkan banglo mereka berdua, salah satu kamar di Hotel Royale Chulan menjadi tempatnya memerapkan diri seharian. Sejak hari itu juga dia memohon cuti tanpa tempoh dari tempat dia bertugas. Semata-semata untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru. Isterinya langsung tidak dihubungi. Hanya nafkah yang dimasukkan setiap bulan menjadi penghubung hubungan suami isteri mereka.

Keretanya diparkir di garaj. Mini Cooper isterinya tersadai di tempat biasa. Rumahnya pula gelap gelita seperti tiada penghuni. Zarief mengusap dadanya untuk menenangkan hati. Menggunakan kuncinya sendiri, dia membuka pintu utama.

Dia menghidupkan suis lampu. Masih tiada apa-apa perubahan di ruang tamu itu. Cuma suram saja. Zarief terus melangkah ke anak tangga. Sebaik tiba di hadapan kamarnya, dia sedikit gusar dengan penerimaan Liyana. Dia sebenarnya begitu merindui isterinya itu. Namun, dia bimbang jika Liyana masih memaksanya untuk membuat kerja gila itu. Dia bimbang dia akan hilang pertimbangan sekali lagi dan akan melakukan perkara yang lebih daripada apa yang telah dia lakukan.

Zarief melangkah masuk. Matanya terus menangkap sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.

“Liya?” panggil Zarief.

Liyana tersedar. Matanya berat untuk dibuka. Tetapi apabila dia mendengar suara yang sama memanggil namanya buat kali yang kedua, dia mencelikkan matanya. Dia cuba mengangkat kepalanya namun gagal.

Zarief mampir. Mendekati katilnya. Dia melabuhkan punggung di pinggir katil.

“Saya dah balik Liya. Saya dah balik,” ujarnya.

Liyana cuba mengangkat tangannya. Ingin sekali dia mengusap wajah yang dirindui itu. Tetapi dia terlalu lemah. Akhirnya, pelupuk matanya basah dek air mata yang mengalir kelesuan.

Zarief panic melihat sepasang mata itu basah. “Kenapa Liya?” Dia menyentuh pipi Liyana. Segera dia menarik kembali tangannya apabila dia terasa bahang.

“Ya ALLAH Liya! Panasnya badan awak. Awak demam ye? Saya bawak awak pergi hospital ye?”

Liyana menggeleng perlahan. Dia mahu supaya Zarief lebih mendekatinya. Bagaikan dapat memahami isyarat mata Liyana, Zarief merangkul tubuh kecil isterinya. Meski begitu, perasaan pelik menjengah. Seingatnya, tubuh kecil isterinya itu tidak pernah seberat ini sejak mereka mendirikan rumah tangga.

“Sa…sa…ya….riinn…du…kan…aaa…wak…,” dengan payah Liyana menutur kata. Kepalanya dilabuhkan di atas dada Zarief. Air matanya semakin lebat.

Zarief mengucup ubun-ubun Liyana. Lama. “Maafkan saya. Semuanya salah saya. Saya terlalu ikutkan perasaan saya. Yang jadi mangsa, awak. Saya bersalah, Liya. Maafkan saya,”

Liyana mencium dada Zarief. “Saya yang salah. Tolong jangan tinggalkan saya,”

Sekali lagi Zarief mengucup ubun-ubun Liyana. “Tak sayang. Saya tak akan tinggalkan awak lagi. Saya sayangkan awak. I love you,” sebak hati lelakinya.dia mengeratkan pelukannya. Terasa suasana yang begitu syahdu di kamar mereka itu.

Pandangan Zarief meliar. Dia menilik suasana sekeliling kamarnya. Kembali ke atas katil. Selonggok baju-bajunya bergumpal di hujung kaki Liyana. Pasti Liyana telah menggunakan baju-bajunya itu sebagai peneman di kala malam. Matanya kemudian menilik dari hujung kaki isterinya.

Matanya terhenti di perut isterinya. Curiga dengan keadaan perut isterinya yang sedikit terbonjol. Tangan kanannya dipanjangkan, dengan sekali tarik, selimut yang menyelimuti tubuh isterinya terjatuh ke bawah. Sekaligus, menyerlahkan perut Liyana. Berderau darah Zarief!

“Liya…awak…,” Zarief menelan liur.

Masih menangis, Liyana memberitahu perkara sebenar kepada Zarief. “Saya mengandung, Rief! Dah 5 bulan saya mengandungkan anak kita,”

Zarief memandang wajah Liyana. “5 bulan? Anak kita?”

“Ye sayang. Anak kita! Anak saya dengan awak,”

Matanya dipejam erat. Mutiara yang begitu mahal harganya buat seorang lelaki menitis,  kesyukuran. Akhirnya! Segala doanya telah pun dikabulkan oleh ALLAH S.W.T. 13 tahun dia menanti dengan sabar, untuk saat yang bahagia seperti ini. Meski dugaan melanda rumah tangganya, ternyata jodohnya sememangnya bersama Liyana. Dan ALLAH membalas segala kesabaran mereka dengan anugerah yang tidak ternilai ini.

“Saya sayang awak. Terima kasih setia menjadi isteri saya,”

“Saya pun Rief. Saya bersyukur saya pilih awak jadi suami saya,”


If that’s the case, no more compromise! Kalau Ari dengan Aqil tak nak pergi golf class tu, mama tak bagi tengok tv. No more PS or PSP or whatever gadjets. Now choose!” tegas suara Liyana petang itu. Wajah-wajah yang sedang sedih dipandang dengan renungan tajam. Geram sungguh!

Arianna Sufyra memandang adiknya. Dia memberi isyarat mata tanda setuju.

Okay mama. You win. We’ll go for golf. But, with one condition,” ujar Aqil. Senyuman nakalnya muncul.

Liyana memeluk tubuhnya. “And?”

“Papa have to bring us to Disneyland this summer. And…it’s a month trip,” ujar Arianna pulak.

“Kenapa papa pulak yang kena bawak? Mama yang suruh you all pergi class tu. Bukannya papa,” suara Zarief muncul antara perbualan 3 beranak itu. Dia duduk di sebelah Liyana. Pinggang isterinya dirangkul.

“Here he goes again. Oh gosh papa! Please. Not now. We’re in the middle of a very important discussion,” ujar Arianna lagi.

Zarief tidak ambil pusing kata-kata anak sulungnya itu.

Arianna membuat muka geram. “Whatever. So mama? Do we have a deal?” tanya Arianna dalam Inggeris loghat Australia memandangkan Aqil dan dia belajar di Australia International School Malaysia.

“Sure young lady. It’s a deal!”

Tersenyum lebar anak yang berumur 7 tahun itu. Segera mereka berdua melangkah ke atas untuk bersiap. Setelah mendengar bunyi pintu ditutup, Liyana berpaling menghadap suaminya pulak.

“Saya pulak yang kena. Patutnya awaklah,”

Liyana ketawa kecil. “Kita sama-sama keluar belanja. Lagipun, kita dah lama tak bawak anak-anak jalan. We’ll go Paris,”

Always with your Paris,” usik Zarief.

“Mestilah yang. Kan butik saya pun kat situ,”

Mereka diam sebentar.

“Terima kasih untuk saat bahagia yang macam ni. With 3 of you by myside, I’ve found my destiny. I always love you, Liyana Sofea,” bisik Zarief romantis.

As I always love you, Zarief Adam,” dia memeluk erat tubuh suaminya.

20 tahun usia perkahwinan mereka. Mereka sudah hampir ke puncak. Zarief sudah menjawat jawatan yang lebih tinggi di hospitalnya. Manakala Liyana pula sudah melebarkan perniagannya ke kota-kota fesyen yang terkenal. 20 tahun berkahwin, mereka juga dikurniakan dengan kehadiran sepasang cahaya mata kembar yang kini berusia 7 tahun. Dan setelah menunggu, lahirlah Arianna Sufyra dan Aqil Thaqif ke dunia.

Rupanya Liyana telah hamil kembar 7 tahun yang lalu berkat kesabaran mereka menanti. Tidak dapat digambarkan perasaan mereka berdua ketika itu tika melakukan scanning. Air mata kesyukuran terus mengalir.

Dan doa mereka agar, saat bahagia ini akan sentiasa berterusan seiring dengan penambahan usia mereka sehinggalah nyawa mereka berpisah dari jasad. Amin.



No comments:

Post a Comment