Monday, December 24, 2012

Doa Seorang Kekasih


Laju aku menuju terus ke muka pintu. Aku tidak mahu dia menyedari pemergianku ke pejabat pagi ini. Dan ini juga bukan pertama kalinya aku berbuat demikian. Masuk hari ini saja, sudah acap kali aku “meloloskan” diri daripada harus bertentangan dengannya sebelum aku berangkat ke pejabat.

“Abang?”

Spontan, langkah kakiku terhenti. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kantoi!

“Abang tak nak breakfast dulu ke?”

“Abang breakfast kat office nanti. Abang dah lambat ni,” aku memberi alasan yang tidak munasabah. Padahal, waktu sekarang adalah pukul 7.45 pagi. Dan waktu kerjaku bermula pada pukul 9 pagi!

Tiba-tiba aku merasakan tangan lembut milik dia mengusap belakang badanku. Aku terkaku seketika. Sudah lama aku tidak merasa sentuhan daripadanya sejak aku berkonfrontasi dengannya. Bukan salah aku. Tetapi dia yang semakin menjarakkan dirinya daripada aku. Suaminya sendiri!

“Abang marahkan Yana?” Ili Dayana menjadikan posisinya berdiri bahu ke bahu dengan suaminya. Namun matanya mencuri pandang wajah kacak yang sentiasa bertakhta dalam hatinya itu. Cuba membaca hati yang semakin rapuh itu...

Sekali lagi, aku menarik nafasku dalam dalam. Aku “melepaskan” diriku daripada sentuhannya. Kasut kulit hitam yang tergeletak di atas rak kasut, terus aku capai. Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi taman yang ada di depan pintu masuk ke rumahku.

Ili Dayana tersentak dengan sikap suaminya namun dia tidak boleh menyalahkan suaminya kerana ini semua memang salahnya. Dan lelaki itu berhak untuk memarahinya!

Dia mendekati lagi tubuh yang sedang membongkok membetulkan tali kasutnya. Tanpa disuruh, Ili Dayana terus mencangkung dan mengambil alih menerus mengikatkan tali kasut suaminya. “Yana tahu abang marahkan Yana. Tapi tolong Yana, bang. Tolong jangan seksa Yana macam ni. Yana tak nak hubungan kita terus macam ni,” Ili Dayana meneruskan kata lagi tanpa memandang wajah suaminya. Sebenarnya dia takut sekiranya dia memandang terus ke dalam mata suaminya yang terselindung di sebalik kaca mata yang disarung, dia pasti lemah dengan renungan itu.

Sedikit sebanyak hati aku terusik dengan kata-kata yang diucapkan Yana namun aku mahu dia tahu. Aku adalah suami kepadanya yang sepatutnya memberi kata putus dalam segala hal. Bukan haknya untuk mengatur kehidupan aku!

“Abang dah lambat ni. Abang pergi dulu,” aku terus berdiri. Yana turut berdiri. Tangannya dihulurkan padaku. Aku serba salah. Sudah lama tabiat itu ditinggalkan. Sejak kehadiran...

“Abang?” lirih suara itu memohon.

Akhirnya, aku menghulurkan juga tangan kananku. Hatiku serta merta sebak di saat Yana mengucup tanganku. Setitis air mata miliknya turut tumpah. Cepat cepat aku menarik kembali tanganku.

“Abang pergi dulu,” aku mengulang lagi.

“Malam ni abang balik rumah sana?”

Sebaris ayat itu berjaya menghentikan langkah aku. Soalan Yana benar benar mengundang bahang kepada hubungan kami berdua.

“Kenapa? Abang dah tak boleh balik sini ke?”

“Abang!” ada tegas dalam suara Ili Dayana.

Bibirku mengoyak senyuman. Sinis. Kepalaku menoleh sedikit ke belakang. “Kenapa? Yana nak abang jangan balik sini lagi ke?”

“Ini rumah abang. Abang berhak nak balik sini bila bila yang abang suka. Cuma abang kena ingat. Abang ada tanggungjawab pada Jiha dengan Aidan. Abang tak boleh tinggalkan dia orang macam tu je,” Ili Dayana menutur kata dengan lembut. Dia tidak mahu membalas dengan kata kata yang tajam yang boleh mendorong mereka untuk bergaduh lagi seperti hari hari yang lalu.

“Yes. Memang Aidan tanggungjawab abang dan abang tak pernah lupa pasal tu. Tapi untuk abang, tanggungjawab abang hanya pada Aidan. Cuma Aidan dan bukan pada orang lain,”

“Tapi abang…”

“Abang pergi dulu. Assalamualaikum,” aku terus menghayun langkah. Membara sungguh hati aku ketika ini.

“Waalaikumussalam,” lemah, Ili Dayana menyahut salam suaminya itu.

*

AKU membiarkan sahaja kertas kertas pelan yang memerlukan pemerhatianku terdampar di atas meja. Sungguh, aku tidak mempunyai mood langsung untuk meneliti apa apa. Fikiranku semakin kacau dengan tingkah dan sikap Yana sejak akhir akhir ini. Yana semakin aneh. Ya. Aneh!

Ili Dayana yang aku kenali sejak 35 tahun yang lalu semakin aneh pada pandanganku. Aku seakan tidak mengenali lagi siapa Ili Dayana yang telah aku nikahi 11 tahun lepas. Dia telah berubah. Seiring dengan perubahan waktu. Ya. Itu aku begitu pasti!

Saat pertama kali aku melihat wajah polos Ili Dayana ketika dia baru berusia tiga hari, aku sudah jatuh sayang pada anak kedua Papa Najmi dan Mama Suraya itu. Sementelah aku tidak mempunyai adik perempuan, anak jiran sebelah rumah papa dan mama di Taman Melawati itu sudah aku anggap sebagai adik kandung. Seiring pertambahan waktu, kami membesar bersama sebagai abang adik.

Sebagai seorang yang lebih tua dan atas rasa bertanggungjawab, aku sering menjadikan diri aku sebagai “bodyguard” kepada Yana. Kemana saja dia melangkah, aku akan menemaninya. Keadaan itu turut disenangi oleh kedua keluarga kami yang begitu mementingkan keselamatan Yana tambahan pula hanya dia seorang saja puteri kepada Papa Najmi dan Mama Suraya.

Daripada hanya sekadar hubungan abang dan adik, aku mula menyedari tatkala usiaku menjejak 17 tahun, perasaanku sudah mula bertukar. Aku tidak lagi melihat Yana sebagai adik tetapi sebagai seorang gadis remaja berumur 12 tahun yang begitu cantik. Kecantikkan Mama Suraya yang berdarah campuran Cina dan Filipina terbias pada keseluruhan wajah Yana. Matanya yang agak sepet ditambah pula dengan hidungnya yang tirus tinggi benar benar menggoyahkan jiwa lelaki aku. Mengenangkan semua itu, hatiku bertambah berat untuk meninggalkan Yana tanpa pengawasanku walau kemana saja dia berada.

Aku juga sanggup menolak tawaran yang memerlukan aku untuk menyambung pelajaranku ke Perancis dalam jurusan arkitek semata mata untuk terus berada berdekatan dengan Yana yang ketika itu baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku akhirnya melanjutkan pelajaranku di UiTM yang lebih berdekatan dengan rumah keluarga kami berdua.

Tetapi tidak aku duga Yana yang akhirnya akan meninggalkan aku. Saat dia berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM, dia telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Seattle, Amerika Syarikat. Ketika aku mendapat tahu Yana bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, duniaku tiba tiba saja menjadi gelap. Di waktu yang sama, aku telah jatuh sakit kerana terlalu merindui Yana yang jauh daripada mataku. Sangka semua aku hanya demam biasa walhal ketika itu aku sedang menanggung rindu yang teramat pada Yana. Tambah menyakitkan aku ketika itu apabila bertiupan berita dari Seattle mengatakan Yana kini rapat dengan seseorang di sana. Tidak senang duduk aku dibuatnya!

4 tahun Yana di Seattle. Aku akan pastikan setiap minggu aku akan menelefonnya. Tidak banyak yang kami bualkan. Cuma hal-hal yang berkaitan dengan pelajarannya, pekerjaanku yang ketika itu baru saja bermula setelah tamat pengajianku. Sungguh, aku langsung tidak berupaya untuk membuka mulutku untuk mengakui perasaanku yang selama ini terpendam. Memang aku akui, aku seorang yang pengecut. Aku lebih rela menyimpan perasaanku daripada mengakui kepada Yana kerana aku begitu takut akan dikecewakan Yana. Lebih baik kami dalam keadaan begini daripada memburukkan ikatan yang sedia terjalin antara keluarga kami berdua.

Ketika kami meraikan kepulangan Yana di rumah Papa Najmi dan Mama Suraya, aku tekad memulakan langkah. Di depan keluargaku dan juga keluarga besar Yana, aku mengakui segalanya. Aku masih ingat bagaimana tenangnya Yana ketika aku mengatakan sayangku kepadanya. Matanya begitu teduh menatapku dan saat itu juga aku tahu Yana juga berkongsi perasaan yang sama denganku. Aku sememangnya tidak silap menduga!

Di depan ahli keluarga kami juga, aku melamar Yana untuk menjadi isteriku yang sah. Di situ juga aku tunduk, melakukan sujud syukur apabila melihat anggukkan dan senyuman gembira Yana. Tiada apa yang lebih menggembirakan aku daripada dengan sekali lafaz dan berwalikan Papa Najmi, Yana sah menjadi isteriku ketika Yana berusia 24 tahun dan aku pula berusia 29 tahun. Majlis persandingan kami disambut dengan meriah kerana aku merupakan anak sulung dan Yana pula adalah anak tunggal perempuan.

Aku tahu, aku lelaki yang paling bertuah mendapat Yana menjadi isteriku. Bukannya mahu riak ataupun mendabik dada tetapi itu kenyataannya. Sebagai isteri, dia melengkapi diriku sebagai seorang lelaki. Layanannya tidak pernah berkurang sejak hari pertama dia bergelar isteriku. Makan pakaiku di jaga sepenuh hatinya. Semua perhatian yang diberi Yana semuanya berpaksikan rasa kasih yang sangat mendalam. Dalam erti kata lain, aku dan dia sangat bahagia dalam menempuhi kehidupan baru kami itu.

Dia juga turut mengejutkan aku apabila mengakui hatinya sudah terpaut padaku sejak dulu lagi sehingga dia sendiri tidak dapat mengingati bila saat dan ketikanya cinta mula bercambah di hatinya buat aku. Soal lelaki yang rapat dengannya di Seattle dulu memang benar namun dia sendiri menyedari hatinya sudah lama dicuri olehku. Kerana itu dia tidak dapat menganggap lelaki itu lebih daripada sekadar kawan kerana dia begitu mencintaiku.

Dua bulan berkahwin, kami mendapat khabar gembira. Yana disahkan hamil cahaya mata kami yang pertama. Perasaanku ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Tiada apa yang aku mahukan lagi ketika itu untuk melengkapkan kebahagiaan kami berdua. Semuanya sudah mencukupi.

Namun benar seperti yang dikatakan oleh orang. Langit tak selalunya cerah. Dan panas yang terik tidak semestinya sampai ke petang. Ketika usia kandungan Yana mencecah 6 bulan, kami terpaksa berdepan dengan satu kenyataan yang pahit yang akhirnya telah merubah kehidupan kami masa kini.

Aku ketika itu berada di pejabat apabila menerima panggilan telefon daripada salah seorang rakan sekerja Yana memaklumkan Yana telah dikejarkan ke hospital akibat tergelincir dalam tandas dan dia juga sedang pendarahan. Melayang tubuhku mendengar berita itu. Buat sesaat aku merasa seperti nafasku turut terhenti seketika!

Akibat daripada insiden itu, kami kehilangan anak kami dalam kandungan Yana. Tambah memeritkan kami,
lebih lebih lagi Yana apabila doktor mengesahkan rahimnya rosak teruk akibat hentakan yang agak kuat ketika dia tergelincir menyebabkan doktor tidak mempunyai jalan lain selain terpaksa mengeluarkan rahim Yana.

Sungguh! Aku tidak mampu untuk melihat Yana yang ketika itu seperti orang yang hilang pedoman. Berkali kali dia meminta maaf daripadaku. Aku benar benar tidak sanggup melihat dia seperti itu. Siang malam menangis dan menyesali semua yang telah berlaku. Dan berulang kali juga, aku menyakinkannya cintaku padanya tidak pernah berkurang dan tiada apa yang akan berubah. Dia masih isteri yang paling aku cintai dan tanpa kehadiran cahaya mata sekalipun, dia akan tetap menjadi isteriku sehingga ke akhir hayat kami.

Yana menjadi tertekan dalam satu tempoh yang agak lama. Dari seminggu, menjadi sebulan. Dari sebulan akhirnya menjadi sehingga 2 tahun. Walaupun ada suara-suara yang mendesak aku untuk berpaling daripada Yana, namun aku tetap setia. Aku tidak pernah mengimpikan perempuan lain untuk mendampingi aku melainkan Yana. Dia nyawaku. Seluruh hidupku sudah teruntuk buatnya. Sekali pun tidak pernah terlintas untuk aku menduakannya meski dia berkeadaan seperti itu. Cintaku buatnya bukan ketika dia berada dalam keadaan yang sihat dan cantik. Cintaku padanya adalah untuk selamanya. Tidak kira macam mana sekalipun keadaan fizikal mahupun mentalnya.

Ketukan pada pintu yang bertalu-talu tidak aku hiraukan. Aku memusingkan kerusi menghadap ke arah tingkap di belakangku. Lagi selesa untuk memandang bangunan pencakar langit yang semakin memenuhi Kuala Lumpur yang sekangkang kera ini. Tidak perlu untuk aku memberi kebenaran, orang di sebalik pintu sana tetap juga akan masuk berbekalkan mandat yang diberi oleh Yana. Tepat seperti dijangka, seketika aku mendengar bunyi daun pintu ditolak dan ditutup semula.

“Abang tak nak keluar makan ke? Dah pukul 1 ni. Pagi tadi pun abang tak makan apa-apa kan untuk breakfast?” tuturnya diatur lembut. Seeloknya buat pendengaran “ketua” nya itu.

“Takpe. Saya banyak kerja. Awak nak pergi, awak pergi sendiri. Tak payah nak tanya saya,”

Najiha menggigit bibir. “Tapi abang...”

“Awak boleh keluar. Tapi ingat, siapkan dulu material yang saya kena bawak untuk jumpa dengan datuk kejap lagi,” aku masih belum berpaling. Masih selesa dengan perbualan yang sedang berlaku dalam situasi seperti ini.

Najiha tidak sanggup untuk berlamaan dalam ruang yang seakan panas itu. Bergegas dia memusingkan tubuhnya, bersedia untuk meninggalkan kamar kerja itu. Namun dia teringat sesuatu. Dia berpusing ke belakang semula.

“Abang balik rumah Jiha malam ni? Balik tengok Aidan ye bang?”

“Dah berapa kali saya cakap, hal peribadi jangan bawak datang pejabat. Nak bincang, kat rumah!” tegasku. Aku mula berasa tidak senang apabila “pembantu peribadiku” itu mula merubah formaliti antara kami berdua.

“Tapi, bila masanya nak bincang? Abang selalu tak balik,”

“Baik awak pergi siapkan apa yang saya dah suruh awak buat. Lambat awak buat, lagi lambat awak akan keluar makan. Dah. Keluar dari sini. Saya nak buat kerja pun tak senang,” selamba aku mengucapkan kata. Sedikit pun aku tidak meghiraukan perasaan perempuan itu. Sememangnya dia tidak layak untuk mendapat perhatian yang istimewa daripadaku!

Najiha menahan sebak di dada. Sebelum air matanya tumpah, lebih baik dia pergi.

Aku memejam mata setelah mendengar bunyi pintu berlaga dengan bingkainya. Ya. Mungkin layananku pada Najiha sedikit kasar, namun aku melakukannya bersebab. Andai saja Najiha tidak menerima usul Yana dulu, pasti hubungan antara kami masih lagi membaik seperti dulu. Seperti kali pertama aku mengambilnya untuk mengisi kekosongan sebagai pembantu peribadiku. Ya. Andai saja aku juga tidak menerima cadangan Yana dulu. Pasti aku tidak akan terperangkap dalam situasi ini. Pastinya hubungan antara kami tidak serumit ini. Andai saja semuanya tidak aku turuti...

Aku masih ingat sekitar setahun yang lalu. Yana telah mengusulkan kepadaku untuk mengahwini Najiha yang ketika itu baru beberapa bulan menjadi PA kepadaku. Aku juga ingat itu kali pertama aku meninggikan suaraku kepada Yana saat idea gila itu meluncur daripada mulutnya. Berbahang sungguh aku rasa waktu itu meski pendingin hawa sudahpun terpasang. Begitu meluapnya aku apabila mendengar cadangan itu sehingga aku membuat keputusan untuk tidak mempedulikan Yana selama 2 bulan.

Perlahan, Yana mula mencucuk kedua ibu bapa kami untuk bersetuju dengan cadangannya. Mama Suraya sangat tidak bersetuju bahkan mengatakan Yana telah kehilangan akal sihatnya dengan mengutarakan cadangan seperti itu. Namun Yana yang aku kenali tidak pernah kenal erti putus asa. Secara halus, dia memujuk Mama Suraya untuk berlembut. Dia sendiri akui bukan mudah baginya untuk mengambil keputusan yang berat ini namun dia terpaksa untuk merelakan semuanya. Dia mahukan aku mempunyai anak kandungku sendiri meskipun anak itu bukannya daripada benih kami berdua. Dia rela berkorban bagi memastikan keturunan aku akan terus berkembang.

Mama Suraya akhirnya merestui. Cuma aku yang masih berkeras kepala, berkeras hati. Aku masih lagi menjauhi Yana sebagai tanda aku memprotes namun Yana saban hari memujukku. Saban hari dia cuba melembutkan hatiku. Saban hari dia cuba menyakinkan aku tentang perlunya tindakannya itu yang bagi aku mengarut sama sekali!

Bagiku, soal anak bukanlah satu perkara yang begitu penting. Ada atau tiadanya kehadiran anak dalam hidup kami tidak mendatangkan sebarang masalah bagiku. Itu juga yang aku tekankan pada Yana untuk menyakinkannya bahawa cadangan yang diberinya tidak masuk akal sama. Aku juga tidak mempunyai masalah untuk mengambil anak angkat sekiranya memang benar Yana mahukan kehadiran anak bagi menyerikan rumah tangga kami. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Yana.

Melihat senyuman manis Yana ketika aku dan Najiha sah menjadi suami isteri menjadi penguatku untuk meneruskan permintaan Yana. Ya. Aku akhirnya bersetuju untuk mengahwini Najiha setelah Yana mula tidak mengambil berat soal kesihatannya. Yana tahu itu adalah soft spot aku. Dia gunakan sebaiknya keadaan dirinya yang lemah itu untuk menjadi lebih lemah semata mata untuk meraih simpatiku. Aku tahu itu dan aku sendiri tidak punya pilihan lain selain bersetuju saja dengan kehendak Yana.

Seperti Yana, Najiha disahkan hamil setelah 2 bulan kami bernikah. Berita itu aku sambut seadanya saja. Berlainan dengan Yana yang begitu teruja. Hari hari dia meluangkan masa bersama Najiha di rumah yang aku sendiri sewa di kawasan Alam Damai. Yana sendiri mahu sama-sama bersama aku dan Najiha untuk menantikan saat bahagia itu. Dia juga mahu menjadi sebahagian daripada kegembiraan itu.

Memang Yana menyuruh aku untuk membawa Najiha untuk tinggal bersama kami di rumah kami di Bukit Antarabangsa tetapi aku yang berkeras untuk menyewa di Alam Damai. Aku tidak mahu Najiha ada di sekitar aku dan Yana ketika aku bersama Yana. Aku tidak selesa untuk berkongsi Yana dengan sesiapapun. Meskipun dengan Najiha walhal dia sudah pun menjadi isteriku dan sedang mengandungkan zuriatku.

Genap 7 bulan setelah itu, Najiha melahirkan seorang anak lelaki yang sihat untukku. Benar seperti yang dikata Yana, mengendong darah daging sendiri membawa seribu satu jenis kebahagiaan dalam hidup dan memang aku merasai semua itu setelah aku sendiri yang menyambut kelahiran anakku itu. Wajah Najiha yang keletihan setelah bersabung nyawa selama 8 jam aku pandang dengan senyuman terima kasih yang ikhlas, tulus daripada lubuk hatiku yang terdalam. Aku benar-benar menghargai pengorbanannya melahirkan zuriatku.

Aidan Raeef. Nama yang dipilih Yana. Yana juga yang menjaga Najiha dan Aidan ketika dalam pantang di rumah kami di Bukit Antarabangsa. Aidan dijaga bagai anak sendiri. Aku tahu Yana ikhlas melakukan semua itu untuk aku dan Najiha. Najiha juga tidak mempunyai ibu bapa lagi justeru itu yang membuatkan Yana begitu mengambil berat soal Najiha. Baik Najiha mahupun Aidan dijaga dengan sebaik mungkin oleh Yana. Sedikitpun aku tidak pernah mendengar keluh kesahnya apatah mendengar dia merungut.

Habis Najiha berpantang, aku membawa Najiha dan Aidan pulang semula ke rumah di Alam Damai. Semuanya kembali seperti biasa. Kalau dulu dua hari sekali aku menemui Najiha, kini aku sudah mula merubah rutinku. Jikalau aku tidak tidur di Alam Damai, pagi-pagi lagi aku akan ke rumah Najiha dan bermain seketika dengan Aidan. Setelah itu, aku dan Najiha akan menghantar Aidan ke rumah pengasuh di sekitar kawasan perumahan kami sebelum bersama ke pejabat. Yana turut membantu dengan menjemput Aidan pulang dari rumah pengasuhnya dan membawa pulang ke Alam Damai. Kala malam muncul, aku akan menghantar Aidan semula ke rumah Najiha. Begitulah rutinku sekiranya tidak menginap di Alam Damai.

Sudah setahun aku melalui kehidupan yang masih lagi asing ini. Benar, aku gembira dengan kehadiran Aidan dalam hidupku. Tetapi ke mana sebenarnya arah tuju perkahwinan aku dan Najiha pula? Di pejabat, aku masih mengekalkan formaliti antara kami meski Najiha dengan perlahan mulai melanggar batas dengan memanggilku abang di pejabat. Aku seboleh mungkin tidak mahu ada yang tahu siapa Najiha sebenarnya kepadaku. Aku tidak mahu mereka memberi persepsi yang bukan bukan sekiranya rahsia ini terbongkar. Biarlah yang mengetahui tentang perkahwinan ini cuma aku, Yana, Najiha dan keluarga kami saja.

Dan belakangan ini, aku sudah semakin bulat dengan keputusanku. Aku tidak peduli lagi jika Yana tidak bersetuju dengan keputusanku. Baik Yana mahupun Najiha, mereka harus menerima semuanya. Ini adalah jalan terbaik bagi kami bertiga. Dan juga Aidan. Ya. Untuk Aidan. Permata hati aku.

*

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

PULANG saja dari Kuching malam itu, aku mendengar gelak ketawa seorang bayi dari dalam rumah. Semerta rasa rindu yang membuak-buak untuk menatap wajah anak itu kembali meluap-luap. Aku segera menuju ke pintu.

“Aidan!” hampir seminggu aku tidak ketemu dengan anak itu lantaran aku ke site terbaru syarikat kami di Kuching. Begitu berat aku menanggung rindu yang menggunung buat Yana dan juga Aidan. Sebagai peneman Yana sepanjang ketiadaan aku, Najiha dan Aidan menetap buat sementara di Bukit Antarabangsa sejak seminggu lepas.

Perbualan antara Ili Dayana dan Najiha tergantung apabila suara garau itu muncul. Spontan, mereka berdua bangkit.

Aku mendekati tubuh anakku yang berbaring di atas sofa yang diduduki Yana dan Najiha. Tanpa mempedulikan mereka berdua, aku terus meraih tubuh montel Aidan yang sudah berusia 6 bulan. Pipi tembam anak itu aku kucup, lama bagi menghilangkan rasa rinduku padanya setelah tidak bertemu selama seminggu.

“Abang,” seru Yana lembut. Aku mengalih pandang. Huluran salam Yana aku sambut dan dahi Yana, aku kucup. Tangan Najiha yang turut terhulur tetap aku balas namun tidak aku melakukan Najiha seperti Yana.

“Abang sihat?” tanya Najiha. Sedikit sebanyak hatinya terguris dengan sikap suaminya itu. Namun dia tetap maniskan wajahnya dengan senyuman.

“Hmm...”

Najiha terpukul namun masih tetap tersenyum. Ili Dayana perasan perubahan wajah madunya itu. Dia mengenggam erat jemari Najiha untuk menenangkan wanita itu.

“Jom, makan! Jiha macam tahu tahu aje abang balik hari ni sebab tu dia masak your favourite lauk,” Ili Dayana menukar mood, ceria. Konon.

“Abang tak lapar. You all makan dulu. I want to fresh up. Nanti lepas makan, abang hantar Jiha dengan Aidan balik,” aku membaringkan Aidan semula. Baru aku hendak memijak anak tangga pertama, aku diseru Yana.

“Jiha tidur sini je lah malam ni, bang. Macam malam-malam sebelum ni. Abang tak kisahkan?”

Kata-kata Yana kembali membuat hatiku memberontak. Apa sebenarnya yang diinginkan Yana? Kenapa dia harus menyeksa hati kami berdua?

“Suka hati,” dengan kata-kata itu, aku berlalu.

Ili Dayana memeluk bahu Najiha. “Jangan fikirkan sangat,”

“Takpe. Jiha tahu sapa Jiha dalam hidup abang. I’m just a mother to his son, never been a wife to him,”
“Eh, tak baik cakap macam tu. Jiha kena bagi abang masa,”

“Sentiasa kak. ALLAH je yang tahu hati Jiha sekarang ni,” Najiha tersenyum lemah.

“Dah. Jangan sedih-sedih. Jom, kita makan. Kak Yana tak sabar nak rasa masakan Jiha,” Ili Dayana tunduk, untuk mendukung Aidan.

Najiha mengangguk. Tanpa disedari madunya, Najiha mengesat air jernih yang hampir gugur daripada matanya.

*

AKU tersedar daripada lelap setelah merasakan angin agresif melibas wajahku. Aku melihat sekeliling. Patutlah badanku terasa sakit. Rupanya sejak tadi, aku berbaring di atas sofa di bilik kerjaku. Aku mencari sumber angin yang memenuhi ruang. Melihat jendela yang terkuak luas, aku bangkit.

Setelah menutup jendela, baru mataku perasan ada sedulang makanan di atas meja kerjaku. Sepinggan nasi dengan lauk kegemaranku begitu menggamit selera. Bunyi berkeriut yang tiba-tiba dari dalam perutku menyedarkan aku belum menjamah apa-apa makanan sejak tengahari tadi.

Selesai mencuci muka, aku sudah bersedia untuk menjamu selera. Baru aku hendak menyuap, mataku terpandang sekeping kertas yang tersisip di bawah pinggan.

Yana tahu, abang lapar. Abang jangan lupa makan. Kesian Jiha. Penat dia masak untuk abang. Esok, Yana pulak yang masak untuk abang.

Sayang, Yana.

‘Yana...kenapa Yana buat abang macam ni?’ hatiku merintih dalam diam. Sesungguhnya, sehingga kini aku tidak menemui sebarang jawapan kepada soalan itu.

Cukup aku menjamah lauk ayam masak merah hanya dua sudu, menghargai Najiha yang memasaknya untukku. Aku kemudian menghantar pinggan tersebut ke dapur.

Mengingatkan Aidan yang bermalam di sini malam ini, aku mengubah haluan ke arah bilik tamu. Pasti Najiha beradu di situ.

Aku hanya menolak daun pintu tanpa melanjutkan langkah. Melihatkan hanya sekujur tubuh saja yang berbaring di atas katil, aku membatalkan hasrat untuk masuk ke dalam. Daun pintu aku rapatkan semula.

Aku memusing tombol pintu kamarku. Namun darahku berderau apabila mendapati pintu sudah dikunci. Aku mengenggam penumbuk. Hampir saja aku mengetuk tetapi mengenangkan Aidan yang sedang lena, aku membatalkan niatku itu. Perlahan, aku sudah dapat memahami apa yang sedang dirancangkan Yana.

Memang, semenjak Najiha disahkan hamil, aku tidak pernah menyentuhnya sehingga sekarang. Itu tidak pernah aku sesali kerana tujuan utama aku menikahi Najiha adalah semata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Itu Yana tahu kerana aku sendiri yang meletakkan syarat itu dan Yana sendiri tidak mampu mengatakan apa-apa kerana dia sendiri tahu siapa Najiha dalam hidupku.

Dan nampaknya hari ini, Yana telah mengaturkan sesuatu yang “istimewa” buat aku dan Najiha, tanpa berbincang dahulu dengan aku. Memang ketika ini, hatiku begitu meronta-ronta untuk menempik Yana. Siapa dia untuk mengatur hidupku? Lupakah dia bahawa aku adalah suaminya? Atau mungkin dia fikir, sekali aku memenuhi permintaannya, selamanya aku akan terus sujud pada setiap apa yang diinginkannya?

“Kenapa bang?” suara Najiha tiba-tiba memecah sunyi. Lembut sentuhannya pada bahuku.

Tidak tahu kenapa sentuhan Najiha kali ini mendatangkan getar pada hatiku. Sayup aku seakan mendengar deapan jantungku yang berdegup kencang.

“Abang tidur dengan Jiha malam ni?” penuh harapan nada suara itu. Biarlah suaminya mengatakan dia seorang yang terdesak. Namun dia juga manusia. Dia seorang isteri! Seorang isteri yang dinikahi Zafrul Hakimi secara sah! Dia juga mempunyai hak yang sama seperti Ili Dayana untuk dicintai, untuk dibelai, untuk disentuh oleh Zafrul Hakimi. Dia mahukan semua itu daripada suaminya sendiri!

Melihatkan suaminya yang diam, Najiha mencuba nasib. Dia menarik tangan suaminya, mengikuti langkahnya ke bilik tamu. Dia senyum dalam diam dengan kemenangan itu.

Laju langkah kakiku mengikut arah tuju Najiha. Hatiku begitu menggebu untuk “bersama” Najiha malam ini. Dalam sekejapan, wajah Yana sudah diganti dengan wajah Najiha dalam ruangan mindaku.

Namun belum sempat mereka sampai di kamar tamu, langkah Zafrul Hakimi terhenti. Najiha mulai cuak. Namun pautan tangan antara mereka tetap erat. Najiha sedikit lega.

“Abang tak boleh. Abang terlalu sayangkan Yana,”

Patah-patah yang diucapkan Zafrul Hakimi terus menusuk sanubarinya. Najiha menutup matanya. Seboleh mungkin dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Zafrul Hakimi.

“Saya nak lepaskan Jiha,”

Bagai halilintar membelah dirinya saat mendengar ucapan suaminya. Semerta, Najiha memusingkan tubuhnya, berhadapan dengan Zafrul Hakimi. Saat itu, hilang segala rasa malunya. Air matanya terus bercucuran!

“Abang cakap apa ni? Abang sedar tak abang cakap apa ni?” Najiha memegang wajah suaminya. Dia cuba menjadikan pandangan mereka setara.

“Sorry Yana. I just can’t,” di bawah sedar, aku menyebut nama Yana.

“Yana! Yana! Yana! It will always been her, for goodness sake! Abang tak muak ke? Jiha pun isteri abang. Isteri abang yang sah! Mak kepada anak abang! Yana cuma isteri abang. Isteri abang yang tak boleh nak bagi anak pada abang. Isteri yang mandul!” penuh perasaan Najiha melontar kemarahannya. Sakit hatinya mendengar nama yang keluar daripada mulut suaminya. Benar! Dia sudah tidak tahan lagi. Zafrul Hakimi semakin melampau!

Hampir saja 5 jemari aku melekap pada pipi mulus perempuan di hadapanku ini dek rasa kemarahan aku yang sudah sampai ke puncak. Aku juga dapat merasakan betapa merah dan panasnya wajahku saat itu.

“Abang!”

Serentak, aku dan Najiha berpaling ke arah suara tersebut.

“Abang nak buat apa ni?” Ili Dayana menghampiri suaminya. Dia menurunkan tangan Zafrul Hakimi yang sudah tegak.

Aku meraup rambut yang tidak serabai. Akhirnya aku melepaskan keluhan kasar. Aku memalingkan tubuh.
“Abang tak nak tengok muka dia lagi,”

“Abang jangan cakap macam ni. Jiha kan...” Ili Dayana cuba meredakan keadaan daripada terus menegang. Tanpa pengetahuan Zafrul Hakimi dan Najiha, dia sudah mendengar tentang semuanya dari balik pintu.

“Abang cakap, abang tak nak tengok muka dia lagi! Suruh dia keluar! Suruh dia pergi!”

“Fine. If you want me to leave, I’ll go,” hampir tidak terkeluar suara Najiha ketika itu.

Ili Dayana segera berpaling. “Jiha...”

“Tapi...,” Najiha menelan liur. “Jiha nak bawak Aidan!”

Berderau darahku buat kesekian kalinya pada malam ini saat nama Aidan meluncur daripada bibir Najiha.
“Saya tak izinkan! Aidan anak saya!”

“Aidan pun anak Jiha. I’m his mother. He should come with me,”

“Abang! Jiha! Apa yang kau orang merepek ni? Bawak mengucap boleh tak? Jangan main cakap aje,” ujar Ili Dayana.

“Diamlah perempuan mandul!” Najiha menempik. Telinganya bingit mendengar suara Ili Dayana. Dia sudah tidak peduli lagi!

Ili Dayana tersentak. Belum sempat dia berkata apa-apa, dia tersentak buat kali keduanya setelah kuat terdengar bunyi tamparan!

“Kau tak layak nak tempik isteri aku macam tu!” aku mengunjuk jari telunjukku ke arah Najiha. Hilang sudah panggilan abang. Hatiku sudah menggelegak kepanasan dek mulut Najiha yang lancang itu.

“Kenapa? Memang betulkan apa yang Jiha cakap? Isteri yang abang agungkan sangat ni, yang abang sayang sangat ni memang perempuan mandulkan? Dia tak boleh nak lahirkan zuriat abang!” Najiha tidak mahu kalah. Dia mahu Zafrul Hakimi tahu, dia bukan perempuan lemah yang hanya tahu menangis, merintih dalam diam dan mengemis cintanya. Dia perempuan bermaruah!

“Aku kata diam, diam! Diam Jiha!”

“Tak! Jiha takkan diam lagi. Dah cukup selama ni abang anggap Jiha macam tunggul dalam hidup abang. Mana hak Jiha sebagai isteri abang? Abang tak adil! Sejak dulu lagi abang tak adil!”

“Najiha!” akhirnya, sepotong nama penuh isteri keduaku itu aku sebut dalam keadaan menggigil, kemarahan. Sekali lagi, aku mengangkat tangan ke udara untuk kali ketiganya.

“Kenapa? Abang nak tampar Jiha lagi? Abang tamparlah. Tampar kalau itu boleh buat abang puas. Tapi abang kena ingat, kalau bukan disebabkan Jiha, abang tak akan merasa nak ada anak abang sendiri!”

“Cukup! Cukup! Cukup! Cut it off both of you for goodness sake!” Ili Dayana berdiri antara mereka berdua. Lencun wajahnya kerana air mata yang berguguran sejak tadi. Dia berpusing memandang suaminya. Perlahan dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas dada Zafrul Hakimi.

“Yana mintak, kalau betul abang sayangkan Yana, tolong abang lepaskan Yana? Biarkan Yana pergi bang?” Ili Dayana menahan sendunya. Sungguh, dia tidak berani untuk menatap sepasang mata yang begitu memikat hatinya itu. Dia begitu takut dirinya akan lemah dan menarik kembali pengucapannya.

Aku terkedu sektika. Sempat aku memandang Najiha yang bertentangan denganku. Dia juga seperti aku nampaknya. Terkedu dengan ucapan Yana.

“Yana...Yana cakap apa ni?”

Ili Dayana mengesat air matanya. Dia cuba mengukirkan senyuman manis meski dia dapat merasa hanya kepahitan seperti hempedu kala ini. Dia mengusap lembut dada bidang suaminya itu.

“Abang, seumur hidup Yana, abanglah lelaki pertama yang memiliki cinta Yana. Tipu kalau Yana cakap, abang tak pernah ada dalam rancangan hari tua Yana. Abanglah satu-satunya sebab kenapa Yana masih kat sini.

“Tapi Yana tak nak berlaku kejam terhadap abang. Kalau Yana tak boleh nak bahagiakan abang, lebih baik Yana berundur. Abang berhak untuk mendapatkan kebahagiaan abang. Jangan biarkan Yana jadi penghalang,” Ili Dayana menunduk. Sungguh. Dia sedih!

“Yana. Yana pandang abang, sayang,” aku menolak dagunya lembut ke atas, untuk menatapku.

Bagai petir menyambar hati Ili Dayana sebaik dia berlaga pandangan dengan suaminya. Redup, namun masih tajam!

“Sekalipun, abang tak nak gantikan tempat Yana dengan sesiapapun. Cinta dan sayang abang hanya untuk Yana. Yana tak boleh tengok ke semua tu selama ni? Yana tak percayakan abang ke?”

“Yana tahu semua tu. Tapi tolonglah abang. Jiha was right. She is the mother to your son while I am only your wife. Status tu tak cukup kuat, bang. She’s the one. She should be the world for you.

“Yana perempuan. Jiha pun. Yana faham perasaan dia, abang. She needs you as her husband. Dia perlukan abang sebagai lelaki yang boleh bahagiakan dia. Memang dia mama Aidan tapi abang jangan lupa, dia pun isteri abang. Dosa hukumnya abang buat Jiha macam tu,”

“Tapi Yana jangan lupa, apa syarat yang abang bagi pada Yana dulu kalau Yana nak abang kahwin dengan Jiha. Abang akan ceraikan Jiha lepas Jiha lahirkan anak abang. Tapi Yana pulak tak bagi kan? Yana suruh abang bagi peluang pada Jiha. Abang buat. Padahal syarat abang, abang hanya akan ikut cakap Yana sekali tu je.

“But you’ve took granted of everything! Have you ever considered my feelings? Yana buat abang ni macam boneka Yana! Ikut je apa kata Yana. Yana pernah fikir tak abang bahagia ke hidup macam ni? Pernah Yana tanya abang? Pernah ke, Yana?” lembut tutur Zafrul Hakimi namun bisanya begitu menusuk hati Ili Dayana.

Dummm!!!!!

Yana memusingkan kepalanya terlebih dahulu, diikuti aku. Semerta, aku merasa tidak sedap hati. Aku melihat Yana menuju ke kamar kami. Aku segera turun ke tingkat bawah. Hatiku berdegup kencang melihat sebelah daripada pintu rumahku sudah ternganga.

“Abang! Aidan takde kat dalam bilik!” Yana meneriak dari atas.

Aku terkedu lagi. “Aidan,” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Hampir aku melorot jatuh namun sempat Yana mendakap tubuhku dari belakang.

“Jom bang. Kita cari Jiha. Dia mesti belum jauh dari sini. Biar Yana yang drive!”

*

MATAKU meliar, menyelusuri sepanjang jalan yang berdekatan dengan rumahku. Cuba mencari kelibat Najiha. Sejujurnya aku tidak begitu merisaukan Najiha namun Aidan yang bersamanya itu yang membuatku tidak senang duduk. Bayi kecilku itu sepatutnya sedang tidur di rumah pada waktu-waktu sebegini. Bukannya dibiarkan, dikenakan dengan embun pagi!

Ili Dayana meraih tangan kanan Zafrul Hakimi. Cuba menyalur kekuatan pada sekeping hati yang kusut itu. Dia faham perasaan Zafrul Hakimi. Dia turut merasakan kehilangan anak kecil itu!

“Sabar bang. InsyaALLAH, they’ll be fine,”

“Abang takut. Abang takut Jiha buat perkara bukan-bukan,” aku melahirkan kebimbangan.

“Jiha tu mama Aidan. Mesti dia tak nak Aidan dalam bahaya,” Ili Dayana memujuk suaminya. Dalam masa yang sama, dia cuba menenangkan hatinya juga.

“Yana?”

“Kenapa bang?”

“Yana kena janji, Yana jangan tinggalkan abang,”

Ili Dayana mengerdip matanya sekali.

“Yana?” aku menantikan ucapan pasti. Bukannya kerdipan mata yang rapuh itu.

“Kalau Yana tinggalkan abang pun, Jiha dengan Aidan kan ada? They’ll make you happy,”

“Janji?” aku menekannya. Hanya janji daripada bibirnya yang aku mahukan.

“InsyaALLAH. Selagi Yana terdaya, Yana tak akan tinggalkan abang,”

“Tapi abang pun kena janji sesuatu dengan Yana. Boleh?”

“Janji apa?”

“Janji dengan Yana. Kalau nanti Yana dah takde, abang kena jaga Jiha dengan Aidan baik-baik. Abang tak boleh sia-siakan mereka. Boleh bang?”

“Yana cakap apa ni? Merepek je lah!” tukas aku.

“I’ve promised you. Now it’s your turn. Please abang. Please. For me. I won’t ask for more,”

“Okay. Abang janji,”

Ili Dayana tersenyum senang. Tangan kirinya mengenggam erat jemari suaminya. Dia bawa jemari itu ke bibirnya lantas sebuah kucupan singgah. “Thanks abang!”

Aku kembali tenang. Pandanganku kembali terarah ke luar. Hatiku kembali diamuk resah. Mengenang wajah polos Aidan, aku terasa seperti hendak menangis. ‘Ya ALLAH! Lindungilah anak hamba, Ya ALLAH!’

“Abang jangan tidur! Temankan Yana,”

“Yana nak abang bawak ke?”

“Yana cakap macam tu ke?” Ili Dayana sempat berlawak.

“Kalau Yana tak larat, bagi abang bawak,”

“I’m still standing. Yana cuma nak abang stay awake je. Temankan Yana,” Ili Dayana mengenggam erat jemari suaminya. Begitu mahukan kehangatan suaminya membakar kedinginan yang melanda. Sesuatu yang menenangkan Ili Dayana.

“Abang!” Ili Dayana bersuara kuat tiba-tiba.

“Kenapa?” aku memandang Yana.

“Kita patut cari Yana kat Alam Damai! Kenapa kita tak pergi sana je dari tadi?” Ili Dayana dengan tidak semena-mena mula menekan pedal minyak. Kereta yang tadinya bergerak perlahan, mulai melaju.

“Tak payahlah nak bawak laju-laju. Tak lari manapun rumah tu,” aku bersuara bila kereta yang dipacu Yana, bergerak pada kadar yang laju.

“Memanglah rumah tu tak pergi mana-mana. Tapi Yana takut Jiha dengan Aidan yang lari,” kakinya masih menekan pedal minyak. Meluncur laju Ford Fiesta nya membelah kepekatan malam menghala ke Alam Damai.

“Yana tahu tak kenapa abang sayangkan Yana?”

“Sebab Yana cantik?” sempat lagi Ili Dayana mengusik suaminya itu.

“Because you are part of me and you’re the reason for me to keep breathing,” sejujurnya itu perasaanku. Buat seketika pandangan kami bertaup.

Dan sungguh, aku merasa menyesal kerana telah memilih saat itu untuk mengungkapkan kata-kata itu.

*

AKU membiarkan fikiranku menerawang. Jauh. Sengaja mahu mendera diri dan juga perasaanku. Aku hanya mahu merasakan kesakitan dalam diriku. Dan kalau boleh, mahu saja aku mencabut nyawaku sendiri. Mahu saja aku melemaskan diriku menggunakan bantal-bantal yang ada ini. Aku mahu mati! Mati!

“Astaragfirullahalazim!” apa yang aku melalut ni? Berlagak macam sudah hilang pedoman dalam hidup. Nauzubillahminzalik!

Hidupku bagaikan raga yang tidak bernyawa sejak semalam. Sehingga kini juga, belum ada setitis air mataku yang tumpah untuk aku meluahkan perasaanku. Sejak pulang dari hospital semalam, aku terus berkurung di dalam kamar aku dan Yana. Bantal yang sering diguna Yana, aku peluk erat.

Najiha menolak daun pintu. Dia memandang tubuh tegap yang duduk di atas kerusi urut Osim berdekatan dengan sliding door ke beranda. Mata yang masih basah, dia kesat menggunakan hujung tudung. Kekuatan yang rapuh, dia cuba kuatkan semula.

“Abang?”

Aku memilih untuk tidak menjawab. Aku lebih senang membiarkan panggilan itu berlalu pergi. Hatiku juga sudah tidak bergetar seperti dulu apabila mendengar panggilan itu.

Najiha menahan sendu. Rasa bersalah semakin menebal dalam hatinya. Kepalanya terngadah ke atas. Cuba mengelak air matanya untuk terus mengalir. Namun dia gagal! Sebaliknya semakin deras, membanjiri wajahnya.

“Abang, abah suruh abang turun. Jenazah dah siap dikafan,”

Aku pejamkan mata. Perit.

“Turunlah dulu. Nanti saya turun,”

Sebak semakin menguasai dada Najiha. Tiada lagi panggilan abang daripada bibir Zafrul Hakimi. Dia sedar dirinya sekarang ini benar-benar seorang yang asing dalam hidup suaminya. Hilang sudah kemesraan itu!

Aku celikkan kembali mataku. Bantal dalam pelukan, aku dakap erat-erat. Belum bersedia untuk melepaskan Yana pergi!

*

ZAIM datang menghampiri aku setelah kelibat aku kelihatan di kaki tangga. “Along okey?” Zaim mahu menggapai lenganku. Namun aku menolak perlahan tangan Zaim.

“Along okey,” aku mengukir senyuman. lemah. Aku meneruskan langkah longlaiku ke arah ruang tamu yang dipenuhi dengan saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga. Bergema di ruangan yang luas ini ayat-ayat suci Al-Quran dan tangisan yang saling bertingkah. Sedikit sebanyak suasana ini begitu menggoyahkan langkahku. Hampir aku jatuh namun pegangan erat pada kedua-dua belah tubuhku mendirikan aku kembali.

‘Ya ALLAH, tolong aku Ya ALLAH!’

“Along boleh ke tak ni?” suara Zaim kedengaran lagi. Ada nada sedih dalam nada adikku itu.

Senyuman yang tadi layu, aku ukirkan kembali. Kali ini aku memang kalah. Aku perlukan seseorang untuk memapahku sehingga ke ruang tengah. Aku sangat tidak kuat ketika ini!

“Tolong papah along,” ujarku pada Zaim.

Pegangan yang lain terlepas kecuali tangan Zaim yang masih memegang erat tangan alongnya itu. Perlahan, mereka berdua melangkah. Zaim dapat merasa jarak antara  dia dengan sekujur tubuh itu sangat jauh padahal jarak dari tangga untuk ke ruang tengah tidak sampai 10 meter sekalipun! Mana tidaknya, dapat dirasakan betapa longlainya langkah abangnya itu. Jatuh kasihan melihatnya!

Betapa aku cuba untuk berlengah, namun akhirnya aku sudah duduk, bersebelahan dengan jenazah yang sudah siap dikafan. Aku dapat merasakan bila-bila masa saja pembuluh darahku akan pecah setelah pandanganku mendarat pada seraut wajah yang tenang itu.

Ili Dayana yang aku nikahi sejak sebelas tahun yang lalu, tidak pernah secantik wajahnya ketika ini. Wajahnya setenang keadaan dirinya. Meski dia sedikit pucat namun bagi aku, dia sungguh berseri! Sama seperti malam pertama dia menjadi isteriku. Malam pertama dia menjadi milikku yang sah.

Yana dan aku mengalami kecederaan parah setelah kereta yang dipandu Yana bertembung dengan sebuah lori trailer ketika menuju ke Alam Damai. Yang aku ingat, kami sempat berlaga pandangan sebelum perlahan mata Yana yang tertutup dulu sebelum aku mengikut langkahnya. Sebaik aku tersedar dari lenaku, aku menerima khabar buruk itu. Khabar yang sangat menyakitkan aku. Khabar yang membuat aku menyesal sehingga sekarang.

Yana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak manakala aku hanya mengalami cedera ringan pada tanganku. Rupanya tatapan mata yang kami kongsi sebelum aku pengsan merupakan kali terakhir kami melihat satu sama lain.

“Sabar Zafrul. Bawak mengucap banyak-banyak. Jangan seksa roh arwah. Lepaskan dia. Biar dia pergi. Redakan dia. InsyaALLAH, syurga tempat dia,” suara mama berbisik lembut pada cupingku.

“Ma. Yana lawakan, ma? Rul tak pernah tengok dia macam ni. Tapi kenapa dia nak tinggalkan Rul, ma? Dia dah tak sayangkan Rul ke? Dia dah janji dengan Rul dia tak akan tinggalkan Rul, ma,” aku melentokkan kepalaku ke atas bahu mama. Namun sedikit pun pandanganku tidak beralih daripada wajah Yana.
Aku dapat merasa jemari mama meraup lembut rambutku.

“Rul tak boleh macam ni. Kesian kat Yana kan? Rul sayang Yana kan? Rul kena dengar cakap mama. Rul lepaskan Yana, ye? Ikhlaskan dia, ye sayang?”

Aku mengangguk, tanda mengerti.

“Sekarang Rul cium Yana. Lepas ni Rul dah tak jumpa Yana lagi,”

Aku mengusap pipi yang bagai pauh dilayang itu buat kali terakhirnya. Perlahan, aku menunduk. Bibirku singgah pada kedua belah pipi dan akhirnya di dahi. Dahi yang dingin itu aku kucup. Lama.

‘Abang sayangkan Yana. Yana tunggu abang kat sana ye sayang. Abang tak akan lupakan Yana. Selamat tinggal sayangku,’

Mama mengenggam erat jemariku. Bahuku dipegang Zaim dari belakang. Perlahan aku mengangguk pada ustazah yang setia duduk di sebelah kepala Yana.

Berkali kali aku beristighfar dalam hati ketika ustazah tersebut akhirnya menutupi jenazah Yana.  Aku memerlukan seseorang ketika ini untuk bersamaku meski ada mama dan Zaim di kelilingku. Aku tidak kuat. Sungguh, aku lemah!

Akhirnya, satu tangan lembut menyentuh bahuku. Aku angkat kepala. Najiha berdiri di sebelahku dengan wajah basah. Walaupun aku tidak menyintainya tetapi dia masih milikku. Dan melihat raut wajahnya, aku tahu dia juga seperti aku, merasakan kehilangan. Biarlah kali ini di depan jenazah Yana, aku “menenangkan” hati kedua-dua isteriku itu. Aku perlahan menarik tangan Najiha lantas mengenggamnya. Erat.

Najiha terpempan. Namun dia bersyukur. ‘Terima kasih, Kak Yana,’

*

NAJIHA menutup doanya di akhir solat Isyak itu dengan harapan yang sama. Air mata yang mengalir, dikesat dengan hujung telekung yang membaluti tubuh kurusnya. Buat seketika dia mengingati masa lalunya.

Masa. Ya masa. Sememangnya masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar, hampir dua bulan madunya telah meninggalkan mereka semua. Rasa sedih dan kehilangan masih lagi dirasakan sekeliling mereka. Memang, bukan mudah untuk melupakan segalanya. Namun Najiha sentiasa berpegang pada prinsip apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Dia masih menanti tibanya hikmah itu.

Siang malam dia berdoa agar ALLAH SWT mengubah perjalanan rumah tangganya. Benar, dua bulan lalu dia yang pinta perpisahan. Tapi itu semua dilakukan dalam keadaan emosinya yang sedang bergolak. Dia merasa tercabar apabila ternyata dia tidak pernah ada dalam hati suaminya, Zafrul Hakimi.  Dan kini atas permintaan keluarga mentua dan juga keluarga Ili Dayana sendiri, dia kembali pada pangkuan Zafrul Hakimi. Dia dan Aidan kini menetap selamanya di Bukit Antarabangsa atas desakan keluarga kedua belah pihak yang mahukan Zafrul Hakimi berteman.

Rupanya pernikahan mereka berdua adalah berdasarkan janji yang dibuat Zafrul Hakimi kepada Ili Dayana. Bodohnya dia apabila memikirkan suaminya itu menikahinya berlandaskan perasaan cinta yang semakin bercambah dalam hatinya setelah beberapa ketika menjadi pembantu kepada lelaki itu di pejabat.

Karisma Zafrul Hakimi sebagai salah seorang arkitek kanan di pejabat membuatkan Najiha lupa diri. Dia lupa lelaki itu sudah pun beristeri dan mempunyai Ili Dayana yang begitu sempurna sebagai pendamping lelaki itu. Dia terpesona dengan lelaki itu. Lantas, lamaran yang datang terus diterima tanpa memikir baik buruknya. Dia lebih takut sekiranya peluang untuk hidup di samping lelaki itu melepas begitu saja. Dia sendiri tidak mahu tahu mengapa dengan mudahnya Ili Dayana mahu berkongsi suami dan kasih sayang dengannya. Dia tidak mahu tahu dan dia tidak peduli sama sekali!

Sepatutnya dia sudah boleh menghidu alasan mengapa Zafrul Hakimi mahu menikahinya. Semasa dalam persiapan menyediakan perkahwinan mereka, hanya Ili Dayana yang turun padang. Hanya madunya yang bersusah-payah ke sana sini dengannya. Lelaki itu langsung tidak mempedulikan apa-apa meski dia sudahpun memaklumkan kepadanya apakah agenda pada hari tersebut. Terkadang, perasaan curiga yang mulai menguasai hati dan fikirannya tidak terlalu difikirkan. Tetap dia menyakinkan dirinya bahawa perkahwinan ini diminta berdasarkan perasaan cinta lelaki itu kepadanya.

Namun ternyata dia silap!

Benar, Zafrul Hakimi telah melaksanakan tanggungjawab batinnya buat beberapa hari pertama. Tetapi setelah dia disahkan hamil setelah masuk bulan kedua pernikahan mereka, lelaki itu terus berubah. Walaupun masih memberi nafkah zahir secara bulanan namun tidak pernah dia disentuh sehinggalah dia selamat melahirkan Aidan. Sekali lagi dia menyedapkan hati dengan menyakini perubahan Zafrul Hakimi adalah kerana dia sedang mengandung. Mungkin juga pembawaan budak menyebabkan suaminya itu mula menjauhinya. Dia menyabarkan hatinya lagi.

Setelah kelahiran Aidan, dia mula merasa pelik apabila tumpuan Zafrul Hakimi hanya tertumpu kepada Aidan seorang. Ada atau tiadanya dia tidak punyai apa-apa makna kepada Zafrul Hakimi. Dia seperti seorang asing dalam hidup suaminya itu. Dia juga mulai mengerti pulangnya Zafrul Hakimi ke rumah juga hanyalah untuk menjenguk Aidan. Tidak sesekali bagi menemuinya.

Walaupun mereka bekerja di bawah satu bumbung, lelaki itu tetap menjarakkan hubungan antara mereka. Hubungan yang dulu mula terjalin atas dasar atasan dan pembantu tetap dikekalkan Zafrul Hakimi di pejabat. Formaliti antara mereka tetap diteruskan meski sebenarnya hubungan mereka adalah lebih daripada sekadar atasan dan pembantu. Lebih daripada itu.

Najiha mengeluh, lemah. Perlahan dia berdiri. Telekung yang dipakainya ditanggalkan. Sejenak kemudian, matanya singgah pada tubuh montel yang sedang lena di atas katil. Dia menghampiri anaknya yang semakin membesar itu. Dia berbaring di sebelah Aidan.

“Sayang. Kenapa papa tak boleh nak sayangkan mama macam mana mama sayangkan papa? Teruk sangat ke mama ni, Aidan? Hina sangat ke mama ni? Mama tahu, papa cuma cintakan Auntie Yana tapi mama pun berhakkan untuk dapatkan cinta papa? Mama sedih Aidan. Papa tak pernah cintakan mama sedangkan mama? Sepenuh hati mama, mama cuma cintakan papa! Papa satu-satunya lelaki yang buat mama jadi macam ni. Mama cintakan papa sejak dulu. Tapi sayang, papa tak pernah tahu tu kan, sayang? Papa cuma pandang mama sebagai mama Aidan. Bukan sebagai isteri papa.

“Aidan kena janji dengan mama. Apa pun yang terjadi Aidan kena temankan mama, ye sayang? Mama dah takde sesiapa lagi dah. Disebabkan mama jugak, sekarang mama dah kehilangan seorang kakak yang banyak berjasa dalam hidup mama. Sebab mama yang ego, mama dah jadi penyebab papa Aidan jadi macam sekarang ni. Mama menyesal, Aidan. Mama menyesal sangat! Memang patut pun kalau sekarang ni papa tak boleh nak menerima mama lagi. Mama redha, sayang. Mama ikhlas asalkan papa, lelaki yang paling mama cintai boleh bahagia. Mama ikhlas,” sendu menguasai jiwa Najiha. Dia menangis teresak-esak. Dia menangis semahu-mahunya.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Pintu yang renggang aku tarik perlahan. Aku pejam mata dengan erat bagi mengusir perasaan sebak yang mencengkam sanubariku.

Astaragfirullahalazim! Yana memang betul. Sejak dulu lagi Yana sentiasa betul. Najiha memang menyintai aku. Sejak dulu lagi. Patutlah Yana memilih Najiha untuk menjadi isteriku sedangkan masih ramai lagi perempuan di pejabat aku. Rupanya Yana mengerti perasaan Najiha terhadapku.

Sampai sebegitu sekali Yana mengatur kehidupan kami bertiga. Dia tidak mahu aku mengahwini seseorang yang tidak menyintai aku kerana sesungguhnya dia hanya mahukan aku hidup bahagia. Dia tidak mahu aku hidup di samping orang yang tidak menyintai aku. Ya ALLAH! Sebegitu besar cinta dan pengorbanan Yana untuk aku. Dan aku? Aku hanya mampu menangisi pemergian Yana tanpa mempunyai rasa untuk membalas segala jasa dan kebaikkan Yana kepadaku. Suami jenis apa aku ni? Ego meninggi sentiasa!

Setelah mencuri dengar luahan hati Najiha, aku tahu aku perlu membuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Aku tidak mahu ada hati lagi yang merana disebabkan sikap aku. Cukup Yana menjadi mangsa kepada keghairahan cinta aku. Aku tidak sanggup sekiranya ada hati yang terobek lagi kerana aku. Cukup aku yang menanggung lara ini. Cukup aku seorang. Tidak perlu ada jiwa lain yang menderita.

*

NAJIHA menatap bintang yang bertaburan pada dada langit. Walau berjuta bintang sekalipun berkelip, namun cahayanya masih belum mampu menandingi cahaya bulan yang berupaya menyinari seluruh alam. Sama halnya dengan Zafrul Hakimi dengan keadaan pada malam ini. Biarpun berlimpah cinta dan sayang Najiha buat insan bergelar suami itu namun masih tetap kalah dengan cinta agung arwah Ili Dayana untuk Zafrul Hakimi. Dia tahu itu.

Pelukan pada tubuhnya mengerat. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendinginkan tubuhnya. Dia benar benar menikmati cuaca malam ini. Sudah sekian lama bumi dibasahi hujan saban malam dan akhirnya malam ini, dia dapat menikmati panorama malam yang begitu mengasyikkan dari kawasan laman kediaman Zafrul Hakimi dan Ili Dayana ini.

“Buat apa kat luar malam-malam ni?”

Pantas, Najiha berpaling ke belakang. “Abang! Astaragfirullahalazim!”

Aku berlagak selamba. Aku meneruskan jua langkah ke bahagian laman yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman yang ditanam arwah Yana. Dulu, ketika arwah masih ada, setiap petang kami akan menikmati hidangan petang di kawasan laman yang luas ini. Di pinggir kolam buatan yang menempatkan puluhan ikan koi itu, kami letakkan satu set kerusi dan meja kayu untuk kami bersantai. Kadang-kadang kalau matahari tidak begitu menerik pada tengahari, kami akan menikmati makan tengahari di situ.

“Kenapa abang tak tidur lagi?” Najiha kembali menghadap ke arah langit yang terbentang. Sebolehnya dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Dia gusar sekiranya matanya yang penuh dengan cinta dipandang ringan oleh Zafrul Hakimi. Dia tidak tegar!

“Tak boleh tidur. Banyak benda nak fikir. Kenapa awak tak tidur lagi?” aku sekadar berbasa.  Tidak tahu untuk berbual apa. Sememangnya sejak bernikah dengan Najiha aku menjadi seorang yang berat mulut ketika berada di luar pejabat. Dengan arwah Yana juga hanya perkara yang penting saja kami bualkan. Tak lebih! Dengan Najiha apatah lagi. Tidak pernah lebih!

“Sama. Macam-macam kena fikir,”

“Errr...”

“Kenapa bang?”

Sebenarnya aku sendiri tidak tahu untuk mengatakan apa. Aku mahu semuanya selesai sekarang juga tapi aku tidak pasti adakah ini waktu yang tepat. Aku keliru!

“Abang nak cakap apa-apa ke?” Najiha mula tidak sedap hati. ‘Ya ALLAH! Jangan-jangan abang nak ceraikan aku dan nak ambik Aidan? Astaragfirullahalazim!’

“I don’t know how to get this straight but saya dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi. Saya dah tak mahu seksa hidup awak lagi. Dulu pun awak sendiri yang minta saya lepaskan awak.,” mendengar kata-kata yang terbit daripada lidahku aku tahu aku tidak boleh berpatah arang lagi. Aku sudah terlajak berkata-kata!

Semerta perasaan Najiha menjadi kacau bilau. Insiden yang terjadi sewaktu malam kematian Ili Dayana kembali diingati Najiha. Kalau diikutkan akal sihatnya, mahu sahaja dia melawan Zafrul Hakimi seperti yang dilakukannya pada malam itu. Namun mengingati perangai bodoh yang dibuatnya, dia takut akan ada nyawa lain yang terancam dek tindakannya yang di luar jangkaan.

Jika benar sehingga di sini saja hubungan mereka berdua, dia ikhlas. Dia juga tidak mahu berterusan mengharap lagi pada Zafrul Hakimi. Dia sudah sedar sekarang. Zafrul Hakimi hanyalah menyintai Ili Dayana seorang. Biarpun wanita itu sudah tiada namun cinta agung Zafrul Hakimi masih teguh buat wanita itu. Dia redha.

Melihat wanita di sebelahku diam, hatiku mula tidak tenang. Rusuh!

“Sejak Yana takde, hidup saya memang tak tentu arah. Saya kehilangan separuh daripada diri saya. Saya terasa macam lumpuh bila arwah takde. Nasib baik ada Aidan. Kalau Aidan pun takde, saya tak tahulah apa nak jadi pada saya,”

Patah-patah kata Zafrul Hakimi menghiris hati Najiha halus-halus. Najiha semakin memeluk erat dirinya bagi menguatkan semangat. Pengakuan Zafrul Hakimi yang langsung tidak menyebut tentangnya begitu menyakitkan hatinya.

Aku melangkah lagi ke depan. Menjadikan kedudukan aku di hadapan Najiha. Kalau boleh, aku tidak mahu memandangnya dalam keadaan ini. Membuat aku bertambah bersalah!

“Arwah Yana pernah berpesan pada saya dulu, if she won’t be around just like how it is now, she’ve asked me to take care of you both. I’ve made a promise to her without knowing how to do it right. Kalau pun saya mampu, saya hanya mampu nak menjaga Aidan. Tapi untuk menjaga awak, saya tak tahu Jiha. I don’t know the ways to keep you cared.

“Yang saya mampu, and if you would help me so, I would like us to rekindle our relationship. I want to start anew. I want us to be friends. I want to know you. I want to get to know you. Kalau ini boleh buat arwah Yana, Aidan dan awak happy, why don’t we try this? Bolehkan Jiha? Tak banyak yang saya minta. Tolong saya sekali ni je,” dengan rasa rendah hati aku meminta sesuatu yang sudah aku timbangkan sejak beberapa hari ini. Permintaan Yana tidak boleh dipandang enteng. Aku tahu ini yang Yana mahukan daripada kami berdua.

Tubuhku terkaku sebentar tatkala ada sepasang tangan lembut melingkari pinggangku. Aku memejam mata. Dapat aku merasakan rasa cinta yang melimpah ruah daripada sentuhan itu. MashaALLAH!

Perlahan, Najiha melabuhkan kepalanya di atas tubuh Zafrul Hakimi. “Jiha ingatkan abang nak ceraikan Jiha tadi,”

Sepotong ayat itu begitu tajam sehinggakan terguris sedikit hatiku apabila mendengar Najiha mengucapkannya.

“Aidan perlukan mama dia. Saya tak nak Aidan membesar dalam suasana yang tak sihat. Tapi satu yang awak kena tahu Jiha. Beri saya masa. Buat masa sekarang ni, hanya Aidan pengikat kita berdua. InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan segalanya kalau kita sabar,”

“Take it bang. Take as much time you need. Dapat hidup macam ni dengan abang pun Jiha sanggup. Jiha akan tetap berdoa semoga satu hari nanti, abang dapat menyintai dan menerima Jiha sebagai isteri abang,”

“InsyaAllah. Terima kasih Jiha. Thank you for the chance. InsyaALLAH, I won’t fail you. But you have to help me. Please bear with me through the times. I need your support,”

Najiha mengucup belakang Zafrul Hakimi. “I’ll never let go your hands. Jiha tak mungkin biarkan abang sorang-sorang sebab Jiha sayangkan abang. I love you, bang!” ini adalah pertama kalinya Najiha berkesempatan untuk melafazkan kalimah cinta itu kepada Zafrul Hakimi setelah hampir 2 tahun bergelar isteri kepada lelaki itu. Dia tidak peduli jika lelaki itu tidak membalas. Dia tahu saat itu pasti akan datang juga. Seperti mana malam ini yang terjadi.  Malam dimana dia merasa sangat bahagia!

“InsyaALLAH, one fine day I’ll have the chance to say those magical words to you. All I ask for, is time. Bolehkan Jiha?”

Najiha menangis keharuan. “Boleh bang,”

Aku tersenyum senang. ‘Yana, abang tetap tunaikan janji abang walaupun Yana mungkir dengan janji Yana. Abang nak Yana tahu, that you’ve done a great job to assure my happiness. There’s nothing else I would ask for other than to love Najiha as how I did for you. And abang nak Yana tahu yang tempat Yana tak mungkin akan terganti oleh sesiapa pun, sayang. Cuma abang berharap hati abang akan terbuka lagi untuk Najiha menyemai cintanya. Abang harap Yana faham. But on top of that, cinta dan sayang abang untuk Yana tak mungkin hilang. Sampai bila-bila, sayang,’

Aku membalas pelukan Najiha. Kedua tangannya yang di pinggangku, aku peluk mesra. Cukup untuk aku memulakan langkah.

Najiha tersenyum. Lega. ‘Terima kasih Kak Yana. Alhamdulillah,’