Friday, April 15, 2011

Ceritera Aku dan DIa

"Aku terima nikahnya, Tengku Yasmin binti Tengku Imran dengan mas kahwinnya RM1000 tunai!" sekali lafaz, lelaki itu sudah sah menjadi suamiku. Aku menangis keharuan dalam hati. Syukur kepada ALLAH, aku menjadi miliknya. Meski dia bukanlah lelaki pilihanku, namun aku yakin jodoh kami yang diatur oleh papa ini akan tetap bahagia sebagaimana yang aku impikan untuk rumah tanggaku.

Lelaki itu menunaikan solat sunat di tempat yang telah disediakan di ruang tamu rumah papa ini. Aku juga sudah beralih ke pelamin di ruang tamu utama, menantikan upacara menyarung cincin perkahwinan yang akan dilangsungkan sebaik lelaki itu selesai mengerjakan solat. Rona putih susu menjadi pilihanku manakala bunga tulip dan baby breath menghiasi seluruh pelamin.

Suara-suara tetamu semakin mengusik apabila suamiku menghampiri pelamin. Dia melemparkan senyuman pada para tetamu. Tapi aku tahu, senyumannya tidak semanis senyumanku. Lantas, kutundukkan kepalaku. Tidak mahu menatap matanya. Debaran di dadaku semakin menggila. Lelaki itu menyerahkan dulang yang berisi mas kahwin kami yang dihias indah. Kemudian cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian putih diampit beberapa butir batu delima di kiri dan kanan disarungkan ke jari manis tangan kananku. Aku menyalami tangan kasar suamiku. Namun belum sempat aku menciumnya, genggaman itu sudah pun terurai, kasar. Aku terkedu.

Giliranku untuk menyarungkan cincin platinum kosong pada jarinya. Kali ini aku menantikan ciuman penuh kasih pada dahiku. Dia menunduk dan mencium dahiku. Tetapi sekali lagi aku hampa apabila dia menghentikan perbuatannya. Apabila didesak oleh jurugambar, tetap dia tidak turuti. Katanya, akan hilang seri kami nanti kalau dia menciumku lama. Dari mana dia tahu pun aku tidak pasti kerana aku sendiri pun belum pernah mendengar ungkapan itu. Aku bingung dengan sikapnya.

===============================================

What can I do to make you mine,
Falling so hard so fast this time,
What did  I say what did you do,
How did I fall in love with you.

Air mataku menitis dengan laju. Kata-kata yang tercoret pada helaian diariku itu sesungguhnya adalah luahan hatiku yang selama setahun ini terseksa. Hanya helaian kertas yang menjadi tempatku meluahkan segalanya yang terbuku di hati. Terasa berat bahuku menanggung beban ini. Hendakku lafazkan tapi adakah dia akan menerimanya?

Sudah setahun aku hidup sebagai isterinya namun kami tidak ubah seperti orang asing di bawah satu bumbung yang sama. Kami hidup dalam dunia kami sendiri. Cuma sekali sekala apabila ada kehadiran keluarga, saudara mara dan sahabat handai, barulah kami akan berlakon dalam drama swasta arahan kami berdua. Kononnya kami adalah pasangan yang paling bahagia. Namun realitinya, hanya aku, dia dan Allah sahaja yang maha mengetahui.

Bukan ini yang kuimpikan untuk rumah tanggaku. Aku membayangkan, sebulan selepas aku berkahwin, aku akan mengandungkan zuriat pertamaku. Dan aku mensasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang cahaya mata. Tapi, begaimana impianku akan tercapai sekiranya sehingga ke saat ini belum pernah sekalipun dia menyentuhku walaupun aku halal untuknya.

Hidupku terseksa sejak malam pertama pernikahan kami. Aku digantung tidak bertali sejak malam resepsi di Mandarin Oriental Hotel. Aku tahu tiada cinta di hatinya untukku, namun aku tidak pasti mengapa begitu. Baginya, dia tidak sanggup mengecewakan hati orang tua kami yang mengaturkan jodoh kami ini. Biarlah kami tetap begini ke satu tahap sehinggalah perkahwinan ini tidak boleh untuk diselamatkan lagi.

Tapi yang menanggung deritanya adalah aku! Terlalu sakit jiwaku untuk berdepan dengan dia yang tidak memmpuyai apa-apa perasaan terhadapku walaupun aku sudah mula menerima dan menyintainya sebagai suamiku. Sesak dadaku apabila sering ditanya tentang kehadiran si comel yang akan mewarnai hidup kami berdua. Aku terpaksa berbohong mengatakan masih belum ada rezeki meskipun kenyataannya pahit untuk ku telan.

Aku terdengar bunyi pintu ditutup di tingkat bawah. Aku tahu itu pasti dia yang baru pulang dari kerja. Aku menoleh ke arah jam yang melekat pada dinding. Pukul 11.30 malam. Sudah lewat. Sejak akhir-akhir ini, dia sering pulang lewat. Katanya kerja di pejabat semakin banyak dan dia menyuruhku untuk tidak menunggunya.

Bath rope warna purple yang tersidai di kaki katil aku sarungkan pada tubuhku yang menyarung baju tidur berkain satin. Aku menarik daun pintu. Sebaik aku melangkah, kepalaku berdenyut-denyut. Rasa sakit itu datang lagi. Memang kebelakangan ini aku sering mengalami sakit kepala dan keletihan yang teramat. Tetapi tidak aku hiraukan lantaran aku merasakan ini semua gara-gara kerjaku yang semakin bertambah di pejabat. Bulan Mac sudah hampir tiba dan jabatanku adalah jabatan yang paling sibuk apabila tibanya bulan Mac.

Aku terus melangkah tanpa menghiraukan kesakitan yang semakin mencengkam. Tiba-tiba pandanganku berpinar-pinar dan perkara terakhir yang aku ingat, aku terjelupok di atas lantai!

===============================================

Tengku Irfan menutup daun pintu peti sejuk. Nyaman rasanya apabila jus oren itu menuruni rengkungnya. Dia mengangkat tudung saji. Terharu dia melihat lauk-lauk yang sudah terhidang. Wanita itu tidak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Makan minum dan pakainya dijaga dengan baik. Dan tidak pernah mendengar ada keluhan yang terbit daripada bibir cantik isterinya itu. Wanita itu juga tidak mahu ada kehadiran orang gaji di kondo yang mereka diami ini.

Dia mencapai briefcase dan kotnya. Dia memandang sekeliling rumah yang sedikit sunyi. Selalunya isterinya itu akan menunggunya di ruang tamu sambil menonton televisyen sehinggalah lewat malam. Bukannya dia sengaja tetapi memang kerjayanya menuntut lebih masa dan tenaganya. Kini dia sibuk mencari bahan bukti bagi kes saman Syarikat Coca Cola oleh anak guamnya sebanyak RM5 juta. Semuanya gara-gara anak guamnya menjumpai seekor cicak di dalam tin minuman syarikat itu.

Tengku Irfan mendaki anak tangga. Dia agak kepelikan. Suis lampu di ruang tamu atas bernyala.

Dia tergamam melihat sekujur tubuh yang terbaring di hadapan pintu kamarnya. Briefcasenya jatuh terhempas. Memandang sahaja tanpa melakukan apa-apa. Setelah mendengar dentingan jam sebanyak 12 kali, Tengku Irfan kembali ke alam nyata.

"Yasmin!" dia meluru ke arah tubuh isterinya. Membawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya. "Min! Min! Bangun! Tolong jangan takutkan saya," pipi gebu isterinya ditepuk berkali-kali. Cuak hatinya. Setelah memeriksa denyutan nadi isterinya yang perlahan, Tengku Irfan merasakan wanita itu hanya pengsan. Tengku Irfan mencempung tubuh kurus isterinya ke arah bilik utama, bilik yang seharusnya menjadi bilik mereka berdua.

Perlahan-lahan, tubuh itu diletakkan di atas katil. Bath rope yang membaluti tubuh isterinya ditanggalkan. Hati lelakinya bergelora memandang susuk yang berpakaian baju tidur seksi itu. Dia duduk di atas katil. Jarinya bermain dengan rambut yang berombak itu, beralih pada mata, hidung dan turun ke bibir. Tidak setebal Angelina Jolie tapi bibir itu seakan–akan menggamit Tengku Irfan. Dia tunduk. Memejam matanya.

Bunyi hujan yang turun secara tiba-tiba menyedarkan Tengku Irfan. Lantas dia berdiri dan berundur ke belakng. Meraup-raup rambutnya yang dipotong pendek dan kemas itu. ‘Ya ALLAH! Apa aku dah buat ni? Kenapa aku terlalu ikutkan nafsu? Macam mana kalau aku terlanjur tadi?!’

‘Apa yang terlanjurnya Irfan? Dia isteri kau. Tak pernah ada istilah terlanjur dengan isteri sendiri,’ Tengku Irfan mendengar satu suara di kepalanya.

‘Tapi aku tak cintakan dia. Aku masih cintakan Iman. Aku masih ingat pada dia,’ jawab hatinya pula.

‘Iman dah meninggal Irfan! Dia dah tak ada. Dia hanya masa silam kau. Yasmin isteri kau sekarang ni. Kau harus melaksanakan fitrah wajib lelaki dan perempuan dengan isteri kau Irfan!’

“Tidak! Aku takkan khianati cinta Iman. Hanya Iman isteri aku. Bukannya Yasmin! Dia bukan sapa-sapa untuk aku!” jeritan Tengku Irfan bergema serentak dengan guruh yang berdentum di langit. Jeritan itu mengejutkan Tengku Yasmin.

“Irfan?” panggilku. Hatiku sedikit kaget mendengar jeritan lelaki itu yang seiring dengan guruh yang berdentum. Mataku yang berat ku paksa celik.

Tengku Irfan menoleh. Panic dia melihat wajah pucat isterinya.

“Kenapa Min? Sakit ke? Awak nak apa-apa? Saya boleh ambilkan,”

Aku menggeleng. Sedikit terharu dengan sikap prihatinnya. “Takpe. Kepala saya sakit sikit. Kenapa saya kat dalam bilik? Tadi, rasanya saya kat luar…nak turun bawah,” ujarku.

Lelaki itu menghampiri katilku. “Awak pengsan tadi. Awak tak ingat ke?”

Sekali lagi aku menggeleng. Lelaki itu mengeluh. Dia menarik selimut di hujung kakiku dan menyelimuti tubuhku.

“Awak pengsan tadi. Maybe you were too tired I guessed. Perhaps you need some rest. Try to get some sleep. It wouldn’t hurt you more if you have a tide sleep,”

Memang aku penat. Kepalaku semakin berdenyut-denyut. Aku memejamkan mata. Kemudian aku terdengar derapnya meninggalkan kamarku.

Belum sempat aku terlena, aku tersedar disebabkan petir yang menyambar. Dengan cepat aku menegakkan tubuhku. Aku memanggil nama suamiku. Sesaat kemudian, dia terpacul di pintu bilik.

“Kenapa?”

“Boleh tolong saya?”

“Awak nak apa?”

Can you accompany me? I just hate the lightning. It’s frightening me,”

Lelaki itu tersenyum. “Sure Min. Tapi, boleh saya tumpang mandi kat bathroom you? I belum Isyak lagi,”

“Boleh. As long you are here,”

Aku memejamkan mataku kembali setelah dia masuk ke kamar mandi. Barulah aku terlena memandangkan dia ada di sini untuk menemaniku. Aku terlena dengan senyuman yang tergayut di bibirku.

===============================================

TENGKU Irfan baru selesai mengaminkan doanya. Sejadah yang digunakan dilipat semula dan disimpan semula ke dalam almari pakaian isterinya. Dia memandang tubuh wanita itu yang sudah lena.

Mujurlah ada sebuah sofa panjang di dalam kamar isterinya ini. Bolehlah dia merehatkan tubuh yang sudah keletihan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia harus tidur sekarang jika mahukan stamina yang cukup untuk hari esok yang memerlukan dia ke mahkamah untuk hearing kes saman yang sedang dikendalikannya.

Baru saja dia hendak lena, die dikejutkan dengan suara Tengku Yasmin yang meracau-racau. Dia merapati katil isterinya. Cuba mendengar butir racauan isterinya itu. Sungguh tidak jelas butirannya. Selepas itu, dia terdengar namanya disebut oleh wanita itu.

“Irfan. Tolong saya. Saya takut. Tolong saya Irfan. Jangan tinggalkan saya,”

“Min. Saya kat sini Min. Saya tengah temankan awak,”

Tanpa dijangka, wanita itu memeluk tubuhnya. Tengku Irfan terpempan. Hangat tubuhnya!

“Jangan tinggalkan saya Irfan. Saya takut.,” terkulai layu kepala isterinya di atas dadanya yang bidang. Begitu erat sekali pelukan di pinggangnya.

Tengku Irfan mengusap lengan Tengku Yasmin. Sebuah kucupan singgah di rambut wanita itu. Ciuman pertama selepas kucupan di dahi wanita itu ketika majlis menyarung cincin setahun yang lalu.

“Saya takkan tinggalkan awak, Min. I’m here for you,”

===============================================

BAHAGIA!

Aku mengusap bantal di sebelah kananku. Kosong! Kemana lelaki itu menghilang? Aku bingkas bangun. Bibirku tersenyum memandang suamiku sedang bersolat. Aku menolak selimut ke tepi.

I wanna have a talk with you after you pray. Please don’t take so much time,” ujar lelaki itu sebelum aku masuk ke dalam bilik air.

Panjang doaku di solat subuhku yang pertama setelah aku benar-benar menjadi isterinya. Aku mendoakan agar keluargaku menjadi keluarga yang sakinah dan mawaddah, agar suamiku menjadi seorang suami yang soleh, aku akan menjadi isteri yang solehah dan mempunyai zuriat-zuriat yang akan mewarnai hidup kami suami isteri. InsyaALLAH.

Aku duduk di birai katil. Memandang wajah kusut lelaki itu yang sudah siap berpakaian kerjanya.

What’s wrong Irfan? Is there anything wrong?” tanyaku. Tanpa ku sangka, pertanyaanku seperti minyak yang menyimbah ke dalam api yang sedang marak.

What’s wrong? You’re asking me what’s wrong? Everything is wrong Yasmin! Everything! Can’t you see it? The marriage. You. Me. And last night. It was a disaster last night!’ menyinga Tengku Irfan.

Ayat terakhir lelaki itu bagaikan belati yang menghiris hatiku.

Disaster? What are you saying Irfan?”

Yes Yasmin! Stop acting dumb would you?! You do know what happened last night was just a mistake. We didn’t do it on purpose,”

“Irfan! Awak sedar tak awak cakap apa ni? Awak sedar tak saya ni isteri awak? Isteri yang halal untuk awak sentuh. It wasn’t a mistake at all! Saya rela awak sentuh saya semalam sebab awak suami saya. Kenapa awak cakap macam tu? Apa awak anggap saya ni? Manusia yang tak ada perasaan ke?” aku menghamburkan kemarahanku. Air mataku menanti saat untuk gugur. Pedihnya hatiku mendengar kata-katanya. Terasa berat bahuku.

Tengku Irfan berdiri tegak. “Maafkan saya Yasmin. Tapi saya tak pernah nak mengharapkan perkahwinan ini terjadi. Awak pun tahukan? Saya tak pernah harapkan kejadian semalam terjadi. Tolonglah faham saya Yasmin. Saya tak cintakan awak,”

Ya ALLAH! Lama aku beristighfar dalam hati. Pengakuannya meremukkan hatiku. Aku kembali melabuhkan punggungku di atas katil. Akhirnya air mataku gugur jua. Terhenjut-henjut bahuku menahan tangis.

Tengku Irfan merapati Tengku Yasmin. “ Maafkan saya. Hati saya dah tertutup untuk mencintai perempuan lain. Maafkan saya,” dia pergi. Meninggalkan wanita itu menangis seorang diri.

===============================================

AKU mengusap perutku yang sudah besar.  Menurut jangkaan doctor, anak sulungku ini akan aku lahirkan bila-bila masa saja. Besar harapanku jika bayi sulung aku dan dia ini akan selamat kulahirkan pada esok hari bersemperna dengan hari lahir dia yang ke 30 tahun. Aku mahu menjadikan kelahiran anak sulung kami ini sebagai hadiah istimewa yang bermakna dalam hidup dia.

Bibirku mengukirkan senyuman yang pahit. Aku terkenang kembali peristiwa malam itu yang berlaku di kamarku. Kamar yang menyaksikan betapa aku bahagia setelah akhirnya dia menjadikan aku sebagai isterinya dalam erti kata sebenar. Kamar yang sama menyaksikan bagaimana dia menolakku setelah maduku habis dihisapnya.

Sejak peristiwa malam itu, kakinya tidak pernah lagi menjejak lantai kamarku. Bahkan keadaan menjadi lebih teruk. Dinginnya bertambah padaku. Tiada lagi kata-kata perbualan antara kami. Tiada lagi renungan matanya yang mengekoriku. Pulangnya juga semakin lewat malam sehingga tidak kuasa kumenantinya. Aku juga tahu kadang-kadang dia langsung tidak pulang ke rumah.

2 bulan selepas ‘ketelanjuran’ kami, kesakitan yang sering ku alami semakin menjadi-jadi. Kepalaku semakin sakit dan aku mula muntah-muntah dan tekakku sentiasa loya. Gusar dengan keadaanku, aku akhirnya ke Hospital Pantai di Bangsar. Sebaik Dr Li June menyatakan bahawa aku hamil 4 minggu, aku mengucapkan syukur kepada ILAHI untuk anugerah yang tidak ternilai ini. Hidupku sudah lengkap kini sebagai seorang anak, wanita, menantu, isteri dan InsyaALLAH sebagai seorang ibu nanti.

Aku memaklumkan padanya tentang kehamilanku. Tiada sebarang tindak refleks. Dia menghentikan suapannya dan bingkas berdiri. Senyumanku beransur hilang. Mataku mengekorinya sehingga ke anak tangga.

“Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan baby tu. It’s yours. Don’t force me to accept it,”

Hancur luluh hatiku mendengar kata-kata itu meluncur daripada bibir seorang suami. Semalaman aku menangis dalam kamarku, menangisi nasibku. Mungkin kalau aku tidak mempersetujui cadangan papa setahun yang lalu, hidupku tidak mungkin akan menderita segini. Biarlah aku menjadi seorang anak dara tua sekalipun, aku rela daripada hidup terseksa di sisi seorang suami yang sepatutnya menjadi pendampingku tetapi sebaliknya melayanku seperti tunggul kayu dalam hidupnya.

Anakku menendang dinding rahimku. Aku tersenyum. Aku mengesat air mata yang mengalir. “Anak ibu haus ke? Kesian anak ibu. Kita minum ye?”

Aku menutup daun pintu bilikku. Ketika aku melintasi di hadapan kamar suamiku, aku lihat pintu kamarnya terbuka sikit. Selalunya pintu bilik itu akan tertutup. Selama aku menjadi isterinya juga, tidak pernah aku memasuki kamar itu dan tidak pernah terlintas di hatiku untuk masuk. Entah mengapa, hatiku digamit untuk mengintai ke dalam. Aku menjegulkan kepala. Terus mataku mendarat pada sebuah bingkai besar yang tergantung di atas kepala katil lelaki itu. Hatiku terdetik. Sungguh ayu wanita bertudung di dalam gambar itu. Tapi sapakah dia? Seingat aku, tidak pernah aku melihat wajah wanita itu di mana-mana sebelum ini. Lelaki itu pula sedang duduk di atas katilnya, memegang sesuatu seperti bingkai gambar.

“Sayang. Abang rindukan sayang. Esok genap 3 tahun sayang tinggalkan abang. I’m tortured Iman! Tortured because you are not here with me. I missed you very much sweetheart,”

Kakiku terasa lembik. MasyaALLAH! Apa aku tidak silap mendengar semua ni Ya ALLAH? Aku menolak daun pintu.

“Sapa Iman tu Irfan?”

Terkejut Tengku Irfan mendengar suara wanita itu. Dia mengangkat mukanya kearah pintu bilik. Pandangannya terkunci pada perut memboyot isterinya itu. Selama ini tidak pernah sekalipun dia memandang perut itu yang mengandungi anaknya. Hatinya menjadi bangga secara tiba-tiba!

“Kenapa diam Irfan? Jawablah! I need your answer,”

What answer?”

“Who is she? Kenapa awak panggil dia sayang?

Tengku Irfan mengeluh. Mungkin sudah tiba masanya dia memberitahu rahsia yang sudah lama disimpannya. Dia berjalan ke arah wanita itu.

“Dia isteri saya Yasmin,” dengan tenang, ayat itu diucapkan.

Berderau darahku. Terbelalak mataku menatapnya. Aku menelan liurku berkali-kali.

“Is..is..ter…ri awak?”

Tengku Irfan angguk.

“Apa maksud awak dia isteri awak? Bila awak kahwin dengan dia?”

“Nama dia Nur Iman Alisa. Kami sekampus dulu masa kat England. Saya bernikah dengan dia masa final kami. No one knows. Not even my parents. Parents dia dah meninggal and she doesn’t have any relatives. We’ve got married there.

“Lepas grad, saya balik sini. Lepas tu mama arrangekan wedding kita dan saya tak mampu nak menolak,”

“Maksud awak…saya ada madu? Saya isteri nombor 2 awak ke?”

Tengku Irfan menggeleng. “Dia dah meninggal. Car accident. Masa tu dia nak cross the road and come to me. I was there and can’t do nothing when the car hit her. She’s gone when I’ve brought her to the hospital. She died in front of me and I didn’t do anything to save her,”

Pinggangku terasa sakit secara tiba-tiba. Aku mencapai lengannya dan mengenggam erat. Berkerut dahiku menahan sakit.

“Ya ALLAH Min! Kenapa Min?” Tengku Irfan membawa isterinya ke katil dan mendudukkan wanita itu. “Saya ambikkan ubat awak. Tunggu ye,” dia menghilang.

Aku mengetap bibir. Pinggangku bagaikan dicucuk-cucuk dengan besi. Payu daraku juga sudah lain macam. Bagaikan ada sesuatu yang sedang mengenggam kedua-dua payu daraku.  Aku menjerit. Memanggil nama suamiku.

Dia kembali dengan wajah yang cemas. Kesakitan semakin menyucuk diriku. Aku terasa seperti ada sesuatu yang hangat mengalir dari celah kangkangku.

“Ya ALLAH! Darah Min. Kenapa dengan awak ni? Saya bawak awak pergi hospital,”

===============================================

TENGKU Irfan mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Dia langsung tidak mempedulikan bajunya yang berlumuran dengan darah isterinya ketika mencempung tubuh isterinya untuk ke hospital. Panic dia melihat darah pekat yang mengalir tadi.

Tidak putus-putus dia berdoa supaya isteri dan anak mereka akan selamat. Rasa kesal yang menggunung membelasah hatinya. Sepanjang perkahwinan mereka, wanita itu sudah terlalu lama menderita. Bertahan dengan sikapnya yang dingin. Tapi bukan ini balasan yang patut diterima wanita itu. Bukan ini caranya.

Hati lelakinya menangis dalam hati. Dia terlalu risau dengan keadaan isteri dan anaknya. Matanya memandang pintu bilik kecemasan yang sejak tadi tertutup rapat. Mahu sahaja dia merempuh pintu itu untuk mengetahui perkembangan anak dan isterinya. Tiba-tiba pintu di hadapannya terkuak. Seorang doctor wanita cina keluar dari dalam.

“Tengku Irfan?”

Yes,”

“I’m Dr Li June. Your wife’s gynae,”

“How’s my wife Dr? Is she ok? Our baby?”

“Let me make this straight ye Tengku. Hopefully you can accept what I’ll tell you,”

Tengku Irfan mendengar.

“Begini Tengku. Your wife is already at her third stage of her breast cancer. We found out about the cancer when she was 6 months pregnant. I did advise her to abort the baby to save her life. But she refused. She wanted to carry on with the pregnancy. And with her being pregnant, she’s not advised to undergo the treatment to prevent the cancer from affecting her system. So her cancer becoming worse to worst day to day. And now, her cancer had affected her pregnancy. She’s critical now Tengku,”terang doctor muda itu panjang lebar.

Tengku Irfan terduduk di atas kerusi. Terkejut dia mendengar penerangan doctor cina itu. Rupanya selama ini, isterinya itu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Sama seperti dia yang telah merahsiakan tentang perkahwinannya dengan Iman.

‘Ya TUHAN! Apa aku dah buat ni? Kenapa semua ni terjadi pada Yasmin?’

What can we do to save her life, Dr?”

“The only way is to operate her. But I can’t assure you anything Tengku. It’s either her or the baby. 50-50 chance,”

Save my wife, Dr. Save her,” hampir tidak terkeluar suaranya ketika ini. Dia tahu betapa bermaknanya anak mereka kepada isterinya itu. Tapi dia tidak mahu kehilangan wanita itu. Wanita itu sudah terseksa kerana dia. Dia harus memperbetulkan semua kesalahannya pada wanita itu. Dia mahu membahagiakan isterinya itu.

Cinta buat wanita itu sudah bersemi dalam hatinya akhir-akhir ini. Tapi berat mulutnya untuk mengaku pada wanita itu. Dia tahu lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan cinta milik wanita itu. Wanita yang mempunyai sekeping hati yang begitu mulia. Dia pula seorang lelaki yang tidak tahu menghargai pengorbanan seorang isteri yang begitu tulus. Dia gagal sebagai seorang suami!

I’m so sorry Tengku. But Tengku Yasmin had signed the form saying that she wants her baby to be safe no matter what will happen to her,”

“She did what?”

“Yes Tengku. I’m so sorry again,” Doktor Li June mula melangkah pergi.

Can I see her Dr?”

Sure Tengku,”

===============================================

Aku mengenggam cadar katil. Betapa sakitnya Ya ALLAH! Aku risaukan anakku. Aku tidak mahu dia dalam kesakitan. Aku mahu dia diselamatkan.

“Yasmin. Abang ada kat sini sayang,”

Irfan? Aku membuka mataku. Wajahnya begitu dekat denganku.

“Maafkan abang Min. I’ve hurt you timelessly. I feel guilty towards you and our baby,”
“Apa awak merepek ni Irfan? Anak kita? She’s mine Irfan. Not yours. Remember?”

Please Min. I know it’s my fault. Tapi abang dah menyesal. Abang cuma nak Min tahu yang abang sebenarnya dah mula sayangkan Min. Abang perlukan Min dalam hidup abang. Tolong maafkan abang,”

As easy as that? Awak ingat saya ni apa Irfan? Tunggul kayu? Your toys yang boleh awak campak bila awak tak nak, awak ambik balik bila awak nak. Saya ada maruah Irfan. Hidup-hidup awak tipu saya. Awak tak bagitau yang awak dah beristeri. Mana letaknya kejujuran awak pada saya Irfan?

“Saya tahu awak tak setuju dengan perkahwinan ni. Tapi kenapa awak tak boleh mencuba? Memang saya pun tak setuju tapi bagi saya, awak dah jadi suami saya. Saya harus menyanyangi awak sepenuh hati saya. Kalau saya boleh, kenapa awak tak boleh?”

I was so in love with Iman when suddenly she leaved me. I can’t accept the fact that she’s already gone when we got married. That is why I keep distancing from you. But you managed to make me forget her. Each day my memories with her fade away and I started to fall in love with you.

“I know you were hurt because the words I’ve said to you the day you told me you were pregnant. But I can’t accept that I’m having a baby with you. Not with Iman. I wanted her to be the mother of my kids and that was our dream,”

Air mataku mengalir. Rasa sakit, pedih, sedih semuanya berkecamuk dalam hatiku.

“Maksud awak, saya tak layak nak jadi ibu pada anak-anak awak ke? Macam tu?”

No Min. That wasn’t it. I appreciate that you are pregnant with my child. But Iman is still in my heart that time. That’s why I can’t accept the news. Maafkan abang,”

Ya ALLAH! Terima kasih kerana aku sempat merasakan kebahagiaan ini di hujung nyawaku Ya ALLAH! Aku bersyukur kerana kesabaranku akhirnya berbalas juga.

Aku mengusap wajah suamiku yang kacak ini. Wajah yang sering aku damba dalam tidur dan jagaku. Akhirnya cinta milikku jua.

“Terima kasih sebab sudi mencintai Min. Min minta maaf kalau Min ada buat salah dengan abang. Halalkan makan minum Min selama Min jadi isteri abang. Min maafkan abang. Min pun sayangkan abang,”

“Abang sayangkan Min. Min jangan tinggalkan abang. Abang masih memerlukan Min. Anak kita perlukan Min,”

Aku tersenyum. “Kalau Min tak ada nanti, abang jaga anak kita ye. Abang tolong cerita kat dia pasal Min. Min nak dia kenal ibu dia yang tak sempat nak jaga dia,”

Air mata Tengku Irfan merembes keluar. Tangan si isteri yang mengusap wajahnya di bawa ke mulut lalu diciumnya. “Jangan cakap macam tu Min. Min mesti kuat. Kuat untuk anak kita. Abang tak boleh hidup tanpa Min,”

Pinggangku semakin sakit. “Kalau anak kita perempuan, abang namakan dia Tengku Iman Qistina ye? Kalau lelaki, Tengku Iman Zarief. Ye bang?”

“Ye sayang. Abang janji,”

“Terima kasih bang,” aku mencapai tangan kanannya lalu ku kucup. “Min sayang abang,”

I love you more sayang,”

Sorry Tengku. We have to bring your wife to the OT now. She’s becoming weaker,” suara Dr Li June kedengaran.

Tengku Irfan tunduk dan menciumi dahi Tengku Yasmin. Dia mengesat air mata wanita itu dengan lembut. “Abang tunggu Min dengan anak kita. Min mesti selamat. Abang doakan yang terbaik. I love you,”

“Min pun,” setelah aku ditolak keluar dari bilik kecemasan itu pun, mataku masih tetap padanya. Merenungnya seolah-olah itulah kali terakhir aku akan memandang segala-galanya milik dia.

===============================================

6 TAHUN…

Sayup-sayup suara basah Tengku Irfan membacakan surah Yassin di pinggiran pusara. Sebaik lidahnya selesai membacakan ayat terakhir, dia mengangkat tangan membaca doa khas buat penghuni kubur di depannya.

‘Ya ALLAH. Kau kurniakanlah padanya segala kebahagiaan Ya ALLAH. Tempatkanlah dia di sisi orang-orang yang beriman. Berilah dia ganjaran yang telah kau janjikan pada seorang isteri yang solehah. Amin Ya Rabbal Alamin,’

‘Maafkan abang sayang. Abang gagal sebagai seorang suami. Maafkan abang,’ rintih hati lelakinya. Dan hari ini, untuk kesekian kalinya air mata lelakinya tumpah lagi. Menyesali segala apa yang telah berlaku.

“Papa!” suara seorang anak perempuan mengejutkan Tengku Irfan. Dia berpaling ke belakang. Bibirnya terus tersenyum.

“Iman datang dengan sapa?” Tengku Irfan menarik anak itu lantas didudukkan di atas ribaannya.

“Dengan Pak Ali,” dia mengangkat kepala memandang papanya. “Papa nangis lagi ke?”

“Tak lah sayang. Mata papa ada pasir. Pedih,” Tengku Irfan mengesat matanya.

“Ibu. Tengok papa ni. Setiap kali datang sini jumpa ibu mesti papa nangis. Iman pun tak nangis macam papa,”

Tengku Iman Qistina bte Tengku Irfan. Permata hatinya dan arwah isterinya, Tengku Yasmin. Rupa Iman sebiji dengan wajah cantik ibunya. Sudah besar anak daranya yang seorang ini. Dan sudah genap 6 tahun arwah isterinya meninggalkannya. Dan sudah 9 tahun Iman meninggal dunia. Semuanya terjadi pada hari lahir dia dan Iman.

“Iman rindu ibu tak?”

“Rindu. Iman datang sini pun sebab Iman rindulah. Apalah papa ni,”

“Papa pun rindukan ibu,”

Tenanglah kau di sana sayang. Akan ku tunggu saatnya kita boleh bersama lagi di bawah keredhaan ALLAH. I love you.

1 comment:

  1. Sedihnya.... but still a nice story.. hidup ni realitinya mmg begitu.. ada turun naik. tak kan semuanya nak happy ending je ye tak.. huhu.. hargaila org yg sayang dan yg kita ada sblum tlambat..

    ReplyDelete