Wednesday, May 4, 2011

Lafazkanlah

Telefon bimbitku berdering lagi. Aku paling pada telefon bimbit yang tergeletak di atas katil. Lambat-lambat aku melangkah. Sebaik aku mencapai telefonku itu, aku terus merasa malas. Message daripada dia tu lagi!

Entah mengapa, aku merasakan dia seorang yang begitu desperate. Mana taknya?! Seringkali dia menghantarku message pada waktu-waktu yang salah. Sampai pada satu tahap aku sudah naik menyampah dengan sikapnya itu.

Pengenalan aku dan Melissa hampir setahun yang lalu berlaku secara kebetulan. Kami dikenalkan oleh salah seorang rakan kami. Aku yang ketika itu baru saja menjalinkan hubungan persahabatan dengan Nurul, merasa terkejut apabila Nurul mengatakan ada rakannya yang ingin berkenalan denganku. Aku yang sememangnya gemar mempunyai ramai teman menerima salam pengenalan Melissa.

Tanpa kusangka, pengenalan aku dan Melissa berlanjutan buat satu jangka masa yang agak panjang. Memandangkan aku tidak pernah berhubung dengan kawan-kawan perempuanku sebegini lama, Melissa kiranya yang pertama berjaya memecahkan rekodku itu.

Aku tidak menafikan, berbual dengan Melissa ada keseronokkannya. Dia pandai melahirkan tawaku dan bicaranya tidak pernah yang berbaur tidak senonoh. Setiap patah bicaranya menunjukkan siapa sebenarnya dia. Seorang yang tidak pandai berpura-pura!

Tidak cukup dengan bermessage saja, Melissa mahukan perbicaraan melalui corong telefon pula. Pada kali pertama dia meminta aku menelefonnya, aku hanya mengatakan masanya belum tiba lagi untuk berbuat demikian. Andai nanti, apabila aku sudah benar-benar bersedia, barulah aku akan menelefonnya. Dan sejak itu, dia tidak pernah membangkitkan hal itu lagi.

Sebenarnya, bukan semua message yang dihantar Melissa adalah pada waktu-waktu yang salah. Dia tahu aku sibuk dengan pelajaranku. Messagenya hanya akan tiba padaku apabila hari cuti sahaja dan tidak ketika kami masih lagi bersekolah. Tapi aku tetap tidak merasa selesa. Bagiku, dia terlalu ingin mendekatiku tanpa sebarang alasan kukuh.

Aku mencapai kembali telefon bimbitku. Membaca message kiriman Melissa.

- Salam. Hye. U bz ke?

Ayat wajibnya apabila hendak memulakan bicara. Aku tidak tahu apakah aku harus membalasnya atau membiarkan saja seperti biasa. Tapi yang pastinya, aku malas. Akhirnya aku membiarkan saja message itu.

===============================================

PAGI itu, tika solat Subuh di surau sekolahku, Ilham memintaku untuk menjadi imam.

“Apasal aku pulak yang kena jadi?”

“Hari ni kan birthday kau. Kaulah jadi imam!” Ilham lantas memeluk tubuhku. “Semoga ALLAH  panjangkan umur, murahkan rezeki kau. Dapat good result untuk SPM nanti. Aku doakan yang terbaik untuk kau!”

“Thanks, Ham!” Aku menepuk-nepuk belakang Ilham.

Setelah juniorku iqamat, aku membaca doa dan niat. Kemudian , kuangkat tanganku ke udara. Ratusan pelajar di sekolahku menjadi makmumku pagi itu. Saat membaca doa, aku turut bermohon bagi diriku agar aku akan dipanjangkan umur untuk teruskan perjuanganku di bumi ALLAH ini serta harapanku agar aku akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti dalam SPM. Dan doaku telah diaminkan oleh semua makmumku.

Petang itu, setelah usai mengerjakan solat Jumaat, aku berjalan pulang ke sekolah bersama Ilham. Kami berpisah di pintu dorm memandangkan Ilham mendiami dorm seperti para pelajar yang lain manakala aku mempunyai bilikku sendiri berikutan aku mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam Badan Lembaga Pengawas sekolahku.

===============================================

ILHAM baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas katil. Belum sempat penatnya hilang, Hadif kembali dengan wajah yang cemas. Cukup untuk membuat Ilham berperasaan sama.

“Gila kau! Aku baru aje duduk. Tak sempat lagi nak habiskan penat, kau dah sampai. Apesal nie?!”

“Aku tunggu kau dekat bawah 10 minit lagi. Cepat turun tau. Urgent ni!” gesaku.

“Yelah. Nanti aku turun!” janji Ilham. Dia melihat sehingga temannya itu beredar ke luar.

===============================================

AKU bertemu kembali dengan Ilham di bawah hampir 15 minit kemudian. Dalam tanganku ada satu kad. Kad yang begitu menakutkan aku.

“Jom! Jalan-jalan!” aku mengajak Ilham.

Sedang kami berjalan-jalan, aku menyerahkan kad yang baru kuterima tadi pada Ilham. Ilham menyambutnya dengan tanda tanya.

“Sapa punya ni?”

Mataku menunjuk pada permukaan sampul.

“Kau punya?” Aku angguk. “Habis, kenapa tak bukak?”

“Aku takutlah. Kau rasa sapa hantar?”

“Manalah aku tahu kalau kau sendiri tak bukak. Cuba kau bukak dulu!”

Dengan lafaz Bismillah, aku mengoyakkan sampul. Sekeping kad berwarna biru dengan tulisan silver menarik minatku. Aku menyebut lagi Bismillah apabila jemariku membuka kad tersebut.

Ilham pelik melihat senyuman yang muncul di bibir temannya. Nampaknya isi kad itu sesuatu yang menarik. Sehingga mampu menghadirkan senyuman temannya.

“Sapa yang bagi Dif?”

Aku menggelengkan kepalaku. Aku masukkan kembali kad itu ke dalam sampulnya.

“Melissa,”

“Ouh…budak yang selalu text kau tu?”

Aku angguk.

“Apa dia tulis? Aku nak baca!”

“Eh! Mana boleh! Ni kad aku. Dia bagi kat aku,”

“Adoi mamat ni! Tadi beria-ria cuak! Aku nak baca tak bagi pulak. Ada jugak yang balik bilik naik stretcher nanti ni,”

Sorry bro! Bukan aku tak nak bagi kau baca. Aku takut nanti terlepas satu sekolah ni kalau aku bagi kau baca!” selorohku. Aku menepuk-nepuk bahu kawanku itu.

“Suka hati kau! Lambat-laun aku tahu jugak nanti,”

Aku menggenggam erat kad dalam genggamanku. Akanku kirimkan SMS pada Melissa nanti untuk mengucapkan terima kasih.

===============================================

MALAM itu, setelah menerima kejutan daripada rakan-rakanku, aku meminta diri. Habis wajahku berlumur dengan tepung dan bedak setelah dilempar oleh rakan-rakan setingkatan. Terharu hatiku apabila mereka membelikanku sebuah kek dari sebuah hotel di Ipoh dan juga hadiah berupa sebuah buku motivasi serta tasbih pemberian Amirul yang baru pulang mengerjakan umrah.. Hadiah-hadiah yang paling bermakna sepanjang aku bersekolah di sekolah berasrama penuh ini.

Selepas mandi, aku kembali ke bilikku. Aku menunaikan solat sunat malam lantaran aku mempunyai wuduk. Setelah solat, aku mencapai telefon bimbitku . Aku membaca semula message-message antara aku dan Melissa.

            - Salam. Thanx 4 da bday wish and the card.
              I really appreciate it. =)

Itu merupakan ucapan terima kasihku padanya.

            - ow...the card got 2 u on the time..
               Takut jugak kalau blom smpi lg..=)
               Hm..u’re welcome..hopefully u x mrh I
               Hntr kad 2 kt u..=)

Aku menggeleng kepala membaca balasannya. Salah tanggapannya padaku. Kad daripadanya merupakan yang pertama kupernah terima daripada teman-teman perempuanku. Apakah itu tidak cukup untuk membuktikan bahawa pemberiannya amat kuhargai?

            - ouh..I’ve just received it just now. Knape pulk I nk mrah?
               Thanx anyway. =)

Sememangnya aku tidak marah. Cuma berasa ralat kerana ini merupakan yang pertama kalinya aku menerima hadiah daripada perempuan.

            - hm..sory kalau u feel uncomfortable.
               Tp 2dy mmg bday u kn?

Satu sikapnya yang aku agak senangi. Dia nampaknya mengingati segalanya tentang aku walhal aku langsung tidak! Aku tak tahu langsung tentang hari lahirnya sehinggalah aku menerima message daripada kawannya yang memberitahuku. Itupun 2 minggu lewat. Tetapi Melissa tidak marah dan dia menerima kata maafku dan juga ucapan selamat daripadaku. Sedangkan dia, mengambil masa dan tenaganya membelikan dan menghantar aku kad pada hari lahirku sendiri!

            - yup. Mmg bday I pun.
              U x silap. Hm..okla.
              I ade hal ni. Doakan I dpt straight A’s dalam trial n SPM ye.
              Thnx again 4 da card. Bye. Salam.

Salah satu alasanku untuk melarikan diri daripada terus bermessage dengannya. Aku tidak pasti mengapa kali ni aku tetap mahu melarikan diri daripadanya. Namun balasannya petang tadi, terus membuat bibirku tersenyum.

            - ok. Small matter je pasal card 2.
              Always do pray for you. Don’t worry. U blh scorenya!
               U pun tc k? janganlah stress sangat ..bye. salam.

Masih sempat memberikan kata nasihatnya padaku walaupun aku tahu, dia pasti kecewa kerana masih belum mampu membuatku lebih melayaninya.

 Aku matikan handphoneku dan letakkan di bawah bantalku. Kemudian dari tempat yang sama, jemariku menarik keluar pula kad kiriman Melissa. Aku baca lagi tulisannya.

            - happy 17th birthday! I sentiasa mendoakan yang terbaik untuk you
              dunia dan akhirat. Semoga apa saja yang you impikan akan tetap tercapai
              dengan izinNya.

            -  Friends forever! =)

            - Only this that I’m afford to buy. Hope you’ll like it!!! =)

3 perkara ringkas yang gadis itu coretkan begitu menggembirakan hatiku. Sehingga aku merasakan antara banyak-banyak hadiah yang aku terima hari ni, kad ini adalah yang paling berharga dan bermakna sekali bagiku!  

===============================================

LUSA, hari perjuanganku akan bermula. Hari yang paling dinanti-nantikan oleh seseorang yang bergelar pelajar sekolah. Setelah bersekolah selama 11 tahun, aku akui, aku sedikit gementar untuk menghadapi lusa.

Setelah aku kembali dari rehat, aku lihat ada satu sampul berbentuk empat segi di atas mejaku. Aku perasan tulisan yang sama pada permukaan sampul surat iu setelah 2 kali aku menerima kiriman daripadanya. Kali kedua dia mengirimkan kad padaku adalah pada bulan puasa yang lalu sebelum kemunculan Syawal. Kad itu terus dikirimkannya ke rumahku di Tampin.

“Weh! Hadif dapat kad lagi!” jerit Hazman. Bergegar 5Sc3! Menerbitkan rona kemerahan pada pipi cerah Hadif.

“Perempuan yang sama lagi ke?” tanya Ashraf pula. Semua mata berkerumun di meja Hadif.

“Aku belum bukak lagi korang dah kecoh dulu!”

“Banyaklah pulak mamat ni punya songeh. Dahlah! Cepatlah bukak! Apa pulak dia wish kali ni?” desak Syamil.

Di sekolahku, jarang sekali sesuatu itu dapat dijadikan rahsia. Kad kiriman Melissa sewaktu hari lahirku juga bukanlah rahsia lagi. Semuanya sudah terbocor apabila secara tidak sengaja Ilham terangkat bantalku di hadapan teman-temanku yang lain. Bagaikan bom atom telah meledakkan sekolahku apabila berita itu tersebar.

“Cepatlah Dif! Penatlah tunggu kau!” Hazman mendesakku.

Belum sempat aku membaca, rakan-rakanku yang berdiri di belakangku sudah membaca dengan kuat supaya didengari oleh semua.

On above, you see nothing but the stars. You may think it’s far and impossible for you to reach, but if you try hard, you might and will reach it. Believe in yourself and InsyaALLAH, ALLAH will always help you through high and low. My doa will always be with you. Stay calm and relax. May victory is yours and for me to share.

Lots of…, Melissa! Aww…so sweet!” mereka beramai-ramai mengusikku. Aku sudah tersenyum kecil.

“Adoi! Habislah! Anak Pak Cik Aziz dah ada crush!” ujar Ikmal.

“Dahlah weh! Kecoh betul!” pada saat ini, aku benar-benar malu!

Encik Mus on the way!” tiba-tiba suasana bertukar lebih kecoh. Semua pelajar bergegas kembali ke tempat masing-masing.

Aku bersyukur dalam diam dengan kedatangan guru Matematikku itu. Dengan pantas, aku menyimpan kad kiriman Melissa ke bawah mejaku.

===============================================

USAI SPM, kebanyakkan rakan-rakanku khabarnya sudah mempunyai teman wanita. Nampaknya mereka melepaskan “gian” setelah tamatnya zaman persekolahan. Aku tumpang gembira untuk mereka. Tetapi bagiku, bercinta atau mempunyai seorang teman wanita bukanlah satu keperluan yang penting bagiku. Banyak lagi keutamaan dalam hidupku saat ini. Lebih-lebih lagi, selepas ini aku akan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi sebelum bekerja.

Melissa masih lagi “menggangguku”. Entahlah. Sepatutnya sekarang ini aku sudah boleh melayannya dengan lebih kerap kerana aku sudah tiada apa untuk dibuat. Tetapi memikirkan Melissa masih lagi bersekolah dan tahun ini merupakan tahun dia akan menduduki SPM, aku tidak mahu menggangu konsentrasinya.

Sehinggalah satu hati itu, aku telah menerima sekeping CD tanpa nama pengirimnya. Hanya disertakan nota cetakan computer yang mengatakan,

            - the songs are to be heard and for you to know by
              YOURSELF who would give such gift to you.

Turut disertakan dalam sampul yang besar itu lirik-lirik lagu yang ada. Bergegas aku masuk ke kamarku. Aku masukkan CD tersebut ke dalam player.

20 lagu kesemuanya! Setelah mendengar kesemuanya, aku dapat merumuskan sesuatu. Seseorang sudah jatuh cinta padaku dan meminta aku untuk segera memulakan langkah yang pertama. Tapi masalahnya, siapakah pengirim CD ini dan apa tujuannya untuk melakukan perkara ini?

===============================================

AKU sudah bersedia untuk masuk ke dalam balai berlepas. Perlahan aku menolak troli yang penuh dengan bagasiku. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil. Aku menoleh. Satu kejutan yang amat memeranjatkanku melihat Melissa berdiri di tepi kaunter.

“Assalammualaikum,” ucap Melissa setelah merapati Hadif yang berdiri statik.

“Waalaikummusalam,” perlahan aku menjawab.

“Dah nak pergi ke?”

“Belum last call lagi. Sempat kalau you wanna have some chat,”

Can we?”

“Boleh aje,”

Kami bergerak kearah kerusi-kerusi kosong. Sebenarnya aku tidak pasti mengapa aku begitu berdebar berhadapan dengan Melissa. Sememangnya benar apa yang dikatakan orang tentang pertemuan yang pertama. Sering saja lidah masing-masing menjadi kelu dan tidak berupaya untuk menggerakkan walau seinci pun mana-mana bahagian badan.

Sama seperti kami yang pertama kali bertentang mata. Aku akui dia kelihatan cantik apabila menyarung tudung. Cukup berbeza dengan gambar-gambarnya yang aku lihat di Facebook.

“Mana you tahu I fly hari ni?”

“Ilham yang inform I. Ilham dengan I memang dah lama kawan sejak I kenal you lagi,” jelas Melissa.

“Maafkan I sebab dah lama tak contact you,” ujarku.

“Sampai hati you kan? You cakap kita kawan. Macam ni ke you treat kawan you?”

“I tahu I salah. Maafkan I,”

Bergema melalui corong speaker pengumuman meminta semua penumpang yang akan menggunakan pesawat SIA ke New York untuk segera ke balai berlepas.

“I rasa tu last call I,”

“Dif?”

“Hm..?”

I have something to give you,”

“Nak bagi I? Tapi hari tu you dah bagi I tie kan?”

Melissa menghulurkan paper bag dalam tangannya kepada Hadif dan disambut Hadif dengan tanda tanya dalam benaknya.

“Apa ni?”

“You jangan bukak sekarang. Open it when you’ve aboard,” pinta Melissa.

“Apa ni?” ulangku lagi.

You’ll know later,”

Thank you!” Hadif mengerdipkan matanya sekali

“Jaga diri you ye? I doakan you dari sini,” mereka berdiri saling berhadapan. Anak mata Melissa sudah mula berkaca-kaca.

“You pun jaga diri you. Belajar elok-elok. I doakan yang terbaik untuk you,”

“Jangan lupakan I ye?”

You’ll always be my friend, Melissa Firdaus,”

“Hadif! Cepatlah!” panggil Ilham.

“Jaga diri you. Assalamualaikum,”

“Waalaikummusalam,” Melissa melihat dari belakang, sehinggalah tubuh jejaka itu hilang dari pandangannya, barulah bibirnya mengungkapkan ayat keramat itu.

===============================================

AKU menarik keluar hadiah pemberian Melissa padaku. Nampaknya gadis itu sekali lagi memberikanku hadiah yang agak mahal bagiku. Sehelai kot berjenama ZARA berwarna hitam kelihatan sempurna pada mataku.

Sehelai kertas jatuh di atas ribaku. Dengan serta merta aku mengenali tulisan tangan yang kemas di atas sampul.

Sorry if this letter is a disturbance for you on your way achieving your dreams. I would only want you to spend some of your precious time to read and understand the letter.

When we’ve started chatting thru SMS, since then I was in love with you. When I sent the cards and gifts to you, since then I was in love with you. When we first spoke on phone, since then I was in love with you. And maybe when I lay my eyes on you, I’ll be more in love with you. And now, I just don’t know when did I fell  in love with you. But one thing for sure, I’m in love with you for who you are, Hadif Aziz.

But, this is only my feelings. And I know, you never feel more than just a feeling for someone called friend. I know and I am not forcing you. I took the first move coz I’m tired. Tired of keeping all this by myself.

But, if our hearts are singing the same tune, I’ll be right here waiting. But I’m scared, my  patients will only last for 2 months long. I would assume after 2 months if there aren’t any words from you, that we would just remain as friends. A friend that is very close in my heart.

That is all I ever wanted. I love you.

Love;
Melissa firdaus.

Aku melipat kertas A4 itu. Hampir koyak kertas tersebut apabila aku genggam dengan kuat. Lantas, sesuatu melintasi fikiranku. Aku memejamkan mataku erat-erat. Aku menghentakkan kepalaku berulang kali pada kepala kerusi.

Melissa yang memberiku CD itu! Dia yang selama ini menyimpan perasaan padaku! Ya ALLAH! Kau memang bodohlah Dif! Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapa kau tak boleh nak agak dia yang bagi kau CD tu! Siapa lagi kawan-kawan perempuan kau yang layan kau macam dia layan kau?!

‘Melissa cintakan aku? Ya ALLAH! Sejak bila? Padahal hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa saja. Dan aku sendiri tidak pernah memikirkan hubungan aku dan dia akan berkekalan meskipun sekadar seorang kawan,’

Aku membuang pandang ke luar tingkap Boeing 777. Aku bagaikan melihat Melissa sedang tersenyum sambil melambai-lambai ke arahku. Jemariku menyentuh cermin. Sejuk hatiku melihat seraut wajah yang tersenyum manis itu.

Ahh! Aku harus beri jawapanku padanya. Aku harus berani!

===============================================

“ITULAH! Aku dah cakap. Dari dulu lagi aku dah cakap dengan kau. Tak ada maknanya dia syok kat kau! Dia just nak jadi kawan kau je. Kau je yang lebih-lebih nak kat dia. Sekarang…padan muka kau! Hah! Kau tanggunglah sendiri!” suara Athira bergema dalam bilik yang diduduki mereka bertiga itu.

“Yelah Mel. Aku awal-awal lagi dah cakap. Tak ada guna kau tunggu jantan yang macam tu. Dia anggap kau kawan aje. Tak lebih pun!” sampuk Amira. Dia menghulurkan sehelai lagi tisu kepada Melissa.

Melissa menyambut huluran Amira lalu mengesat air matanya yang mengalir.

“Aku tahu. Aku bodoh! Memang bodoh! Bodoh sebab percaya yang satu hari nanti, aku boleh dapatkan dia. Bodoh sebab jatuh cinta kat dia. Memang semuanya salah aku!”

Athira mengeluh. Dia mencapai sebuah kerusi dan duduk di sebelah Melissa. “Aku bukannya cakap kau bodoh Mel. Cuma kau ni memang…degil! Cakap kita orang kau tak nak dengar. Sekarang kau tengok! Dah 2 bulan. Dia tak bagi apa-apa jawapan pun kan? Maknanya dia nak kau anggap dia sebagai kawan jelah. Tak lebih, tak kurang!”

“Masalahnya Tira, aku sayangkan dia! Aku nakkan dia!”

“Mel! Aku rasa phone kaulah bunyi,” ujar Amira apabila dia mendengar alunan lagu nyanyian Colbie Cailat.

Pass handbag aku,”

Melissa mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan GUESS nya. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus menjawab.

“Assalamualaikum,” Melissa mengelap matanya yang basah.

“Waalaikummusalam,” suara di hujung talian menjawab salam.

Terkesima Melissa apabila mendengar suara yang memanggilnya. Terbuntang luas matanya!

“Sapa Mel?” Tanya Athira. Melihat mimik muka temannya itu, dia sudah dapat merasakan siapa yang sedang berbicara dengan Melissa. Dia memandang Amira sambil tersenyum. Dia memberi isyarat untuk keluar dari situ, memberi sedikit privasi pada Melissa.

Is that you Hadif?” perlahan Melissa bertanya.

“Kenapa? Are you expecting someone else? Sorrylah kalau I kacau,”

No Dif! But…why now? Kenapa?” suara Melissa berubah lirih.

Aku mengeluh. “Are you sure I’m late?”

Melissa tersentak. “Maksud you?”

It was you who gave me the CD. Why didn’t you tell me, Melissa?”

“I want you to figure out by yourself. And then you’ll make a move,”

Honestly Melissa. I memang tak pandai dalam hal-hal macam ni. I’ve never fall in love before,”

“I tak pernah sangka, I’ll fall for someone like you. And you’re different from all the guys that I’ve met. You’re so hard to get close to,”

“Mel?”

Melissa bungkam.

When we’ve started chatting thru SMS, since then I was in love with you. When I did nothing but just keep on staring at the cards and gifts you’ve given me, since then I was in love with you. When we first spoke on phone, since then I was in love with you. When my eyes captures the mind blowing glow in your eyes when we’ve met, since then I love you. And now, I just don’t know when did I start to fall in love with you. But one thing for sure, I’m in love with you for who you are, Melissa Firdaus,”   

Melissa menekup mulutnya. Air matanya kembali jatuh berderaian pada pipi mulusnya. Akhirnya lelaki itu mengaku bahawa mereka sememangnya berkongsi satu rasa hati yang sama. YA ALLAH!

Cuma, lelaki itu terlewat! Tempoh yang diberikan sudah pun berakhir semalam dan lelaki itu tidak memberi sebarang jawapan sejak 2 bulan yang lalu. Dan kini, Melissa harus bersedia untuk melepaskan Hadif pergi. Dia harus berpegang pada janji yang dibuat pada dirinya sendiri.

“I’m sorry Dif. But you were late. I have to let you go. We are friends now,” begitu payahnya dia menyusun kata kerana terpaksa yang amat.

Aku dapat membayangkan wajah gadis itu sekarang. Pasti kulitnya yang cerah sudah berubah merah kerana sedang menangis lantaran aku mendengar suara esakan kecil. Aku sudah dapat mengagak betapa kecewanya Melissa dengan “kelewatanku”

“Melissa, I tak pernah lambat. It’s just a matter of time,”

“A matter of time? But the time given to you, ends yesterday!”

“Itu di Malaysia, sayang. You lupa ke I kat mana sekarang? Hm…?”

Melissa terdiam. Ada betulnya apa yang dikatakan Hadif itu. Lelaki itu sekarang ini berada di New York. Perbezaan waktu antara New York dan Malaysia adalah 11 jam. Pantas, Melissa memandang ke arah jam di dinding. Waktu di Malaysia adalah pukul 8 pagi. Maknanya di New York sekarang ini lebih kurang pukul…

“10 malam,”

Exactly! Jadi I masih belum terlambatkan?”

Kali ni Melissa menangis kerana terlalu gembira. ALLAH mendengar segala doa-doanya selama ini. Dan akhirnya segala penat lelahnya yang menunggu selama ini berbalas dengan hanya mendengar ucapan keramat daripada bibir lelaki itu.

“You tunggu I ye Melissa? Lepas I grad nanti, kita kahwin ye?”

“I dah tunggu you 3 tahun Dif. 6 more years wouldn’t harm me,”

Aku terharu mendengar kata-kata Melissa. Aku ambil masa selepas hampir 2 tahun untuk menyedari bahawa aku berkongsi rasa yang sama dengan gadis itu. Aku hanya menyedarinya apabila aku merasa rindu apabila Melissa tidak lagi menghantarku message dan juga email. Sejak itu, aku sedar hatiku telah dicuri olehnya.

‘Ucapkan ayat keramat tu Hadif. Ucapkanlah!’

“Melissa?” panggilku.

Yes?”

I love you!”

Tiada balasan daripada Melissa tapi aku yakin, aku dan dia sedang sama-sama tersenyum bahagia saat ini.

1 comment:

  1. Terkenang memori time sekolah menengah dulu.. have a crush with classmate.. hahaha.. dgn tak malunya mrisik his fon num from his friend.. then sms kunun jd pminat rahsia, gave him card for raya.. birthday present.. turned out to be he's olredi know who i am.. but pretend not knowing smata nk i ngaku dlu.. lol... sweet memory though.. we bcome sort of close for a while.. too bad i'm not meant for him.. but its ok since i'm not a teen anymore.. ecece perasan matured la plak.. sweet monkeh love aka one-side love.. remains as memory..

    ReplyDelete