Wednesday, September 3, 2014

Untukmu Aku Bertahan

"Jom kahwin!"

Ell angkat kepala daripada iPhonenya. Dia memandang ke kiri dan kanannya sebelum pandangannya mendarat semula pada lelaki yang sajak di depannya sejak mereka melabuhkan punggung di kerusi Alexis The Gardens itu.

"Cakap dengan I ke?"

Lelaki itu mendengus.

"Ada orang lain lagi ke kat sini?"

Ell angkat bahu. Dia kembali memandang iPhone di tangan.

Danny menyandar pada batang kerusi.

"Dah tiga kali I ajak you kahwin. Sampai bila you nak diam macam ni je?"

"Ada I suruh you ajak I kahwin?"

"Don't you want to get married?"

"That, is one question that I can’t answer, at least not yet,”  fokus Ell tetap pada skrin telefon pintar itu.

"What's the matter with you? Ish. Tak fahamlah I!" keras sikit suara Danny.

Ayat terakhir Danny mencuri perhatian Ell.

Danny yang perasan itu sudah bersedia untuk menerima 'habuan'.

"I never asked you to understand me. So, spare your time. Penat-penat I datang all the way here untuk jumpa you and you decide to ruin the evening by talking about this. I would rather spend my time at home, having a quiet night in front of the TV," Ell mengeluarkan RM50 daripada handbag Chanelnya lantas meletakkannya di atas meja. Dia bingkas berdiri.

"I'm leaving,"

Belum sempat Ell melangkah, suara Danny menambah panas di hati.

"Yeah. Keep running, Ell. Just like you always do. Just leave everything behind and move on. Just keep doing it, Ell. I nak tengok selama mana ego you tu boleh bertahan," bisik Danny pada telinganya sebelum Danny yang berlalu pergi dulu.

Ell mampu pandang je. Dia ketap bibir. Meja yang diduduki dengan Danny tadi dipandang geram.

'Hampeh punya Danny. Last-last aku jugak yang kena bayar. Grrr!' getus Ell geram bila melihat ada tiga keping RM50 di atas meja.

Huh. Sabar jelah!

*

"PAKSU! Bila paksu nak kahwin dengan maksu?" suara cilik Hannah membuat pandangan Danny yang tadi khusyuk ke arah televisyen terus beralih pada anak sulung along yang berumur empat tahun itu.

"Siapa yang ajar Hannah cakap macam ni?" Danny mengelus rambut Hannah yang kerinting halus. Menambah kecomelan anak itu.

"Mummy," selamba saja Hannah menjawab.

Danny nak tergelak mendengar jawapan anak saudaranya. ‘Along ni kot ye pun nak tahu, tanyalah sendiri. Tak macho langsung suruh anak yang tanyakan!’

"Kenapa kalau paksu nak kahwin dengan maksu pun?"

"Sebab Hannah nak adik lagi,"

Danny pelik.

"Hannah nak adik, Hannah mintaklah daripada mummy. Kenapa mintak daripada paksu pulak?"

"Mummy suruh mintak daripada paksu pulak. Hannah dah cakap dengan mummy yang paksu belum kahwin lagi. Mana boleh bagi Hannah adik. Mummy suruhlah Hannah tanya paksu bila paksu nak kahwin kalau macam tu,"

'Haa kau jawapan si Hannah ni! Adoi, macam manalah dia boleh terfikir sampai macam ni sekali? Along ni pun satu. Nak escape pun gunalah nama orang lain. Tak memasal aku pulak yang kena,'

"Hannah Suri!" suara Umairah bergema di sebalik tirai yang memisahkan ruang tamu dan tangga ke tingkat atas.

"Yes mummy!"

"Pukul berapa nak tidur ni? Dah pukul berapa tak tidur-tidur lagi?" Umairah muncul di ruang tamu.

"Kejaplah mummy. Hannah tengah tanya paksu ni bila dia nak kahwin dengan maksu," masih selamba seperti tadi si Hannah ni menjawab soalan mummynya.

Umairah memandang Danny. Danny angkat bahu dan tangan.

"Besok-besok boleh tanya. Dah pergi naik dulu. Kiss paksu cakap goodnight,"

"Goodnight paksu. Besok paksu bagitahu tau bila paksu nak kahwin dengan maksu," Hannah mencium pipi kiri dan kanan Danny. Danny turut membalas dengan mencium dahi anak itu.

"Goodnight sayang,"

"Hannah tidur dengan daddy dulu okay? Mummy naik kejap lagi," Umairah turut mencium pipi anak sulungnya itu.

"Okay mummy. Bye paksu," dia melambai pada Danny dan Umairah sebelum hilang di sebalik tirai.

Danny membalas.

"Tak memasal jelah Along ni," Danny menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Dia memandang ke arah skrin TV semula. Menikmati rancangan CSI yang baru memasuki musim terbaru itu.

Umairah mengambil tempat di sebelah Danny. IPhone di sisi kanan adiknya dibelek tanpa pengetahuan adiknya itu. Dia menekan butang lock di kiri atas dan terus terpampang wajah cantik Ell yang sudah menjadi teman pada Danny selama enam tahun.

"Bila next flight?"

"Lusa. Kali ni pergi Hong Kong pulak,"

"Tak jumpa Ell balik ni hari tu?"

"Jumpa,"

"How is she? Lama tak jumpa dia,"

"Okay je,"

"Kenapa ni? Apa lagi dia buat kali ni?"

Danny memandang Umairah.

"Masa abang long ajak along kahwin dulu, berapa kali dia mintak along kahwin dengan dia?"

Umairah pelik. Dia menolak sikit kepala Danny yang dekat dengannya itu.

"Apa punya soalan daa?"

"Orang seriuslah. Tadi dia jugak yang tanya," Danny merengus lantas menghadap TV balik.

Umairah tergelak. Jemarinya memberus rambut masai Danny. Satu-satunya adik yang dia ada.

"Mestilah sekali je. Haa, kenapa tanya soalan macam tu? Come on. Spill it," Umairah mencucuk lengan padu adiknya yang sejak dua menjak ni rajin ke gym. Ikut trend lettew!

"I've proposed tiga kali tau, long! Tiga-tiga kali dia reject. Tak fahamlah dengan dia tu,"

Umairah gelak.

"Jeez. Thanks along for the "support". I appreciate it very much," Danny ulang dengus.

Umairah memperlahankan gelaknya. Riak serius pada wajah adiknya menunjukkan Danny serius. Umairah memeluk tubuh.

"Dulu lagi along dah cakap. Danny sendiri tak nak dengar. I don't think someone like her wants to settle down for good. Her career means everything to her,"

"So does mine! But still I want to settle down. Nak jugak merasa ada orang sambut bila balik rumah. To cook for me. Tend to my needs. Takkanlah dia tak nak?"

"Pernah discuss pasal ni dengan Ell?"

Danny bagi smirk.

"Discuss? To get her to listen pun dah cukup bagus. Nikan pulak nak discuss,"

"You know what, bro? You should listen to what you said just now,"

"Which part?"

"Jangan ingat bila dah kahwin, us wives are meant to be the maid of the house. Danny sendiri cakap tadi, you want someone to wait for you when you're home, cook for you, tend to your needs. Apa tu kalau bukan maid?"

"Err..." Danny garu kepala. Sengih.

"Bukan macam tu, long. What I'm trying to say is, dia takde feeling ke nak kahwin? Tulah maksud Danny tadi,"

Cover line.

"Kalau Danny pernah tengok Titanic, I'm pretty sure you've heard this line before. A woman's heart is as deep as the ocean. Cubalah tanya dia if she's hiding something from you. Come on, Danny. Takkan tu pun tak tahu? Kata je dah together enam tahun. Enam tahun kebende kalau cenggini?" Umairah menepuk-nepuk bahu Danny.

"Ni malas kalau cerita dengan along ni. Cerita belum habis, dia dah nak blah. Chillaxlah long. Tak lari mana pun abang long tu," ujar Danny bila melihat Umairah sudah berdiri.

"Ini bukan soal abang long kau tu lari ke tak. Ini soal besok along kerja! Melayan kau ni, sampai ke sudah tak habis. Si Hannef tu, kena menyusu. Dah, sambung nantilah. Night Captain!"

Danny memandang TV. Hanya remote diangkat ke udara.

"Night!"

Umairah baru nak menaiki tangga bila dia memusing tubuhnya ke arah ruang tamu semula.

"Danny!"

"Yeah?"

"Dah tiga kali dia reject, tak rasa tu sign for you to step down ke? Think wisely, bro. Nanite!"

Danny terus gamam!

*

ELL bergaya ranggi hari ini untuk ke pejabat. Dia menyuai padankan blouse kosong tanpa lengan jenama PU3 dan seluar denim berkulit lengkap dengan sepatu tinggi berona hitam. Melengkapkan gayanya pagi itu, dia menyarung cardigan bercorak batik yang didapatinya ketika bercuti ke Jakarta beberapa tahun lepas.

Kedudukannya sebagai Managing Director (MD) di syarikat FashionStreet (FS) membuatkan Ell sentiasa cuba untuk vary her sense of fashion. Syarikat kendalian bersama antara dia dan Munirah itu mula bertapak di dunia perniagaan online sebaik mereka menamatkan pengajian di Kota London. Ell memperoleh sarjana dalam bidang undang-undang manakala Munirah pula dalam jurusan perniagaan antarabangsa.

Kembali ke tanah air, mereka berdua sepakat untuk menubuhkan sebuah perniagaan berpaksikan business online yang sedang pesat membangun di negara luar. The joy of shopping when the power of buying is just at the end of our finger tips! Ell dan Munirah tahu risiko mereka namun what's life without challenges? It's either you take it or leave it. Simple as that!

Memandangkan minat Ell yang terlampau mendalam pada fesyen dan kepakaran Munirah dalam berbisnes, maka wujudlah FS. Sebuah company yang mengumpulkan hasil kerja pereka tempatan sebagai permulaan bisnes mereka. Bermula dengan hanya 10 jenama, menjelang ulang tahun FS yang pertama, hampir 100 jenama mula bekerjasama dengan mereka. Memasuki suku tahun ketiga, FS mula bekerjasama dengan jenama terkenal di seluruh pelosok Asia Tenggara, menjadikan mereka pengedar tunggal di Malaysia. Semua itu hasil kerja kuat pekerja FS yang tidak henti-henti untuk menaikkan nama FS menjadi sebuah nama yang established di Malaysia. Dan sehingga kini, boleh dikatakan FS antara Top 10 Online Business in Malaysia!

"Ell!"

Panggilan Lily menarik perhatian Ell daripada skrin monitor. Konsep di FS, tiada bilik khas buat dia dan Munirah. Yang ada di pejabat a.k.a. warehouse mereka ini hanyalah meja-meja yang disusun rapat-rapat, menghadap satu sama lain. Di sini juga merka tidak mengamalkan formaliti supaya masing-masing boleh meluahkan idea mereka tanpa ragu dan penghadang.

"Yeah?"

"Someone's here to see you,"

"Sape?"

"Hi, Ell!"

Ell alih pandangan ke pintu masuk. Berdiri seorang perempuan di situ bersama seorang budak perempuan kecil yang sedang ceria melambai ke arahnya.

Ell telan liur.

*

"Tiga kali Ell reject Danny. Kenapa Ell? Don't you love him?"

Terus Umairah shoot si Ell setelah kelibat Hannah hilang ke permainan yang disediakan pihak IKEA. Namun pandangannya tak lepas daripada anaknya itu dicelah manusia lain yang ada di situ.

Ini yang paling Ell malas. Bila dah ada campur tangan daripada keluarga ni, boleh buat diri seseorang tu macam memang dah terikat dengan pasangan kita tu untuk forever.

"Err, along? Actually, Ell memang takde mood nak cakap pasal ni. I mean, I appreciate you coming to see me but I really hope that we're not doing this. At least not now," penuh sopan Ell cuba nak alih topik memandangkan yang berada di depannya ketika ini bukan calang-calang manusia.

Bakal SIL iolls kot!

‘Err, yeke bakal SIL lagi bila dah tiga kali aku reject si Danny tu?’

"Along tahu Ell tak selesa along masuk campur hal korang. Tapi along kesiankan Danny. Along rasa dia memang nak sangat kahwin dengan Ell. Tapi bila dah tiga kali Ell reject dia, I'm afraid he can't take it anymore. Sekarang ni, why don’t you tell me what’s on your mind? I won't tell Danny directly la, but I'll think of something to help you with,"

‘Aduh. Baik lerr pulok along ni. Aduh. Guano nak cakap ni? Aduh duh duh...’

"Kalau Ell cakap Ell nak masa?" cuba nasib menjawab.

"Masa? Enam tahun tak cukup? Nak masuk umur 3 series pun masa tak cukup lagi?" Umairah mengusik Ell.

Ell sengih. Ish Along ni. Cakap pasal umur pulak. Sensitive tuuu...

"Macam nilah. Ell memang tak fikir pun pasal kahwin ni lagi, long. I mean, bukan tak fikir langsung but I prefer to just go with the flow. Kalau Danny tak nak tunggu Ell, it's okay, along. I don't mind. It's up to him,"

"Ell. Danny tu dah separuh nyawa sayang kat Ell tau. I don't think that he'll ever stop chasing you,"

‘I know. That's why I chose him in the first place, along,’

"Tapi Ell tak boleh proceed with whatever plans he is making. Ell tak sedia lagi,"

Umairah mencapai jemari Ell yang layu atas meja.

"I've never seen him so sad over things that happened to him. Clearly, he was hoping the best for you both. Talk to him, please? Explain the things you want him to know. I love both of you that I wouldn't want anything to happen to you and also Danny. Please, Ell?"

Mimik kesian Umairah menyentuh hati Ell.

‘Urgh! I hate soap operas!’

"Nanti Ell cakap dengan Danny,"

Bila masanya pun entahlah...

 *

SETIAP kali menjejak Kota London, pasti dia mengingat kembali kenangan manis dia bertemu dengan Ell di sini enam tahun lalu. Sepoi angin Kota London mengheret ingatan Danny memasuki aura memory lane.

Zaman muda. Tipulah kalau tidak pernah melalui zaman nakal. Tambah lagi di negara orang seperti ini. Lagi panjanglah langkah masing-masing. Serata kelab dan pub di sini dikunjungi bersama teman-teman apabila ditugaskan ke sini. Jarang dia melepaskan peluang untuk bersuka ria di kota ternama dunia ini.

Mereka berkenalan di sebuah birthday party mutual friend mereka. Kelibat Ell yang waktu itu baru memasuki ruang pub begitu menarik perhatian Danny. Hanya satu perkataan sahaja yang terlintas waktu itu di fikiran Danny.

Perfection!

Baru nampak je, dah keluar perkataan tu daripada otaknya. Bila mereka hampir diperkenalkan, Danny terus jatuh. Bukan jatuh cinta tapi jatuh terduduk sebabnya dia tersadung pada kaki panjang Ell yang kebetulan mengubah duduk kakinya. Dari situlah mereka berkenalan.

Dalam ramai-ramai perempuan yang Danny pernah kenal, this might sound too cliché but Ell was undoubtedly very different. Berbeza as in ideology dia pasal hidup, who she wants to be, what she wants to do, with whom she wants to be with. Ell yang mula dikenali, merupakan pelajar cemerlang di sekolah undang-undang University College of London (UCL) namun berubah kerjaya apabila kembali ke Malaysia. Tu dah tunjuk yang dia try nak buat benda lain daripada yang lain dan dia berjayalah sampai sekarang ni.

Hubungan persahabatan mereka dikuatkan dengan pertemuan demi pertemuan apabila Danny ditugaskan ke sana. Namun, ketika berjauhan memang jarang sekali Ell mencari Danny. Kalau cari pun tidaklah sampai bergayut berjam-jam. Lainkan cara si Ell tu?

Lain pulak ceritanya dengan Danny. Asyik nak ingat je kat si Ell. Kalau boleh nak selalu dengar suara Ell setiap hari. Tak nak terlampau memikir, Danny buka mulut bertanyakan Ell jika hubungan sahabat antara mereka boleh di upgrade satu taraf atas tak. Memang kalau nak diikutkan, Danny tak yakin Ell akan menerima tapi bila Ell cakap why not, Danny terus rasa macam nak fly ke London malam tu jugak walhal masa tu dia berada di Munich.

First time dating lepas dah official, Ell buat biasa. Danny pulak yang over. Beria nak bawak Ell makan kat restoran mewah konon nak celebrate dia orang dah together lah. Pergi tu memang pergi, tapi takdelah nak cakap apa-apa sepanjang dinner tu. Borak benda basic pasal everyday life, kerja, study. Conversation yang biasa dia orang bual kalau berjumpa. Sampai Danny terlupa langsung nak ucap terima kasih kat Ell sebab sudi nak jadi girlfriend dia. Speechless!

Dan bila dia cakap I love you kat Ell, tak pernah sekali pun Ell balas balik. Dia cuma cakap, hah samalah. Pun dia dah mula curious tapi tak tahu nak tanya macam mana kat Ell. Tapi bila ingat balik character Ell, Danny mula membiasakan diri. Saying I love you can be done in so many ways, not only verbally. Sejak dah official, Ell rajin jugak bertanya khabar, membeli hadiah untuk Danny. Mungkin itulah cara Ell menunjukkan cinta pada Danny.

Dia tahu perasaan Ell pada dia semakin kukuh apabila dia menghadiri majlis konvokesyen Ell di UCL. Memandangkan Ell yatim piatu dan keluarga mak longnya tidak mampu untuk menghadiri majlis tersebut, Danny sanggup mengambil cuti supaya Ell tidak merasa kehilangan pada hari paling bermakna dalam hidupnya itu.

Tidak henti-henti Ell mengucapkan terima kasih padanya sebagai tanda begitu menghargai kedatangan Danny. Hari itu juga merupakan pertama kalinya Ell mengatakan cinta pada Danny. Fuhh, kalau itu hari bersejarah Ell sebab dia konvo, pada Danny pulak hari bersejarah sebab Ell first time cakap I love you.

Macam kena jackpot oh!

Balik Malaysia, Danny kenalkan Ell pada along dan abang long. Time tu, along tengah pregnantkan si Hannah. Terus along berkenan kat Ell dan bersetuju dengan pilihannya. Ell pun cepat mesra dengan along. Sampai kadang-kadang tu dia orang berdua tu MIA. Rupanya merayap shopping sampai tak ingat dunia. Bagus sangatlah, sorang kaki shopping, sorang kaki fesyen. Sesuweiii!

Balik Malaysia juga, masing-masing merubah gaya hidup masing-masing. Tiada lagi bebas pergaulan, tidak lagi minum-minum. Walau tidak menjadi alim, namun turning over a new leaf is never a harm trying. Lagi bagus kerana bagi mereka, ini zaman membina kerjaya. Membina identiti. Sampai bila harus bersembunyi di sebalik kesukaan yang sementara ini?

Masuk tahun ketiga dia orang together, Danny melamar. Untuk kali pertama. Dia dah rasa cukup bertanggungjawab untuk jadi ketua keluarga. Dengan hubungan antara Ell dan dia juga sudah semakin kukuh, seiring dengan kerjaya masing-masing, Danny mahu hubungan mereka untuk ke tahap seterusnya.

Namun, dia di reject mentah-mentah oleh Ell. Malulah jugak si Danny time tu sebab dia dah buat special romantic dinner kat Taman Tasik Titiwangsa. Gigih dia menyiapkan semua dengan bantuan along kesayangannya. Bila Ell reject lamaran dia tu, down jugak dia ketika itu. Sebulan dia lari daripada Ell. Fly ke mana pun taklah dia inform si Ell. Dengan harapan Ell akan tarik balik penolakan tulah.

Hmm... sampai ke sudah Ell tak cari atau cakap apa-apa dengan dia. Last-last, rindu punya pasal, Danny sendiri ajak Ell keluar untuk bertanya sebab mengapa lamarannya ditolak. Selamba Ell cakap, Danny tak kenal dia sepenuhnya lagi. Tempoh tiga tahun tu tak cukup untuk dia dengan semudahnya membiarkan seorang yang asing untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Memang rasa tercabar bila Ell cakap dia orang asing dalam hidup perempuan itu. Tiga tahun tak cukup katanya lagi? Fine. Danny tekad untuk cari tahu segalanya pasal Ell seblum dia mengajak Ell untuk bernikah sekali lagi. Ini Dannylah!

Bila Danny rasa dia dah cukup tahu pasal Ell, dia melamar buat kedua kalinya. Kali ini tak nak pisang berbuah dua kali, Danny tak maklumkan pada alongnya. Lamaran juga dibuat setelah mereka baru habis menonton Twilight di pawagam. Dan kesekian kalinya, dia ditolak.

Untuk kali kedua!

Kali ni, dia terus bertanya Ell apa lagi masalahnya. Dan Ell dengan selambanya cakap, masih ada pasal hidup Ell yang dia belum tahu. Bila nanti kalau dia sudah tahu tentang bahagian pahit dalam hidup Ell itu, barulah lamaran Danny akan diterima.

Danny dah tak hairan pasal kisah hidup yang menjadi rahsia besar Ell. Yang dia tahu, dalam kepala Ell tu ada ego besar. Ego yang mungkin satu hari nanti akan menyebabkan hubungan mereka boleh berakhir bukan seperti yang diidamkan mereka.

Tak. Sebenarnya, hubungan yang diidamkan Danny. Dang!

Lepas daripada tu, dua-dua terus anggap macam takde apa-apa yang berlaku. Memang selamba. Bila Danny nak fly kemana-mana, Ell akan tetap menghantar ke KLIA. Pulang Danny juga dijemput Ell jika Ell tidak sibuk. Bergayut seperti biasa, message. Breakfast, lunch, dinner, supper, brunch. You name it, you got it. Absolutely normal!

Sampailah bulan lepas. Bila spontan saja lidah Danny mengajak Ell untuk berkahwin buat kali ketiga. Memang langsung tidak dirancang. Mulanya memang mereka hanya mahu untuk makan malam bersama setelah kepulangan Danny dari Macau sehari sebelum.

Memang kenalah si Danny kena marah. Mood dah best set up nak makan, tiba-tiba diajak kahwin. Nasib baik Ell tak simbah air pada dia waktu tu. Memang sengaja cari pasallah dia ni.

Bila ditarbiahkan dengan kata padu along, buat Danny terfikir. Tiga kali ditolak, bukan itu tanda orang dah tak suka ke? Betul ke Ell dah takde perasaan pada dia? Tapi memang selama ni, Ell tak menunjuk apa perasaan sebenar dia sangat pun. Kadang-kadang tu je lah.

'Tak! Ell bukan tolak aku. Dia dah kata nanti dia nak cerita pasal hidup dia. So, itu tanda dia ada plan untuk bagitahu aku. See? She still loves me. I know she does,' Danny menafi prasangkanya.

Dah sebulan tak jumpa dengan Ell. Dah macam masa pertama kali dia melamar dulu. Menyibukkan diri ke hulu dan ke hilir. Siapa saja yang nak bercuti, diambil giliran rakan-rakannya. Sengaja nak tenangkan diri. Macam penerbangan kali ini, dia menggantikan tempat Kapten Zulhairie. Salah seorang seniornya.

Danny meraup wajahnya. Sehingga kini pun, dia tak faham apalah yang si Ell tu berahsia sangat daripadanya. Nak tanya mak long si Ell tu, dia segan. Jumpa pun baru sekali je. Itupun masa pak long meninggal. Ell pun jarang nak melawat orang tua tu di Skudai. Sepupu Ell pun dia tak kenal siapa. Langsung takde clue apa-apa pun.

Betullah Ell cakap. Dia belum secukupnya kenal teman wanitanya itu. Setakat mengenali Ella Sofinas Yusof, Managing Director of FashionStreet saja memang tidak mencukupi. Dia lupa gadis pilihannya itu merupakan seorang yang lain daripada yang lain. Pastinya kisah hidup gadis itu juga lain daripada yang lain. Penuh warna, suka dan duka.

His completely different dear girl.

*

MALAM itu seperti yang dirancang, mereka berdua keluar setelah hampir dua bulan tidak bertemu. Danny menjemput Ell seperti biasa di University Tower. Baik Danny mahupun Ell langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan mereka ke lokasi yang hanya Danny saja yang tahu keberadaannya.

'Ish kapten ni. Tak nampak ke aku dah beria dress up untuk dia ni? Tak nak ke puji aku?' Ell memeluk tubuh. Wajahnya menghadap luar tingkap.

Masam kemain!

Kalau cakap tak rindu kang, nampak nau menipunya.Dua bulan tu lama tau. Tak jumpa tu satu hal. Haram satu whatsapp, message ke phone call pun takde. Semalam tu lah baru si Danny ni call dia ajak keluar. Mahu dia tak meloncat!

Sebabkan lama tak jumpa, gigih si Ell bersiap untuk malam ni. Sebabkan dia tak tahu mana si Danny ni nak bawak dia, dia bersiap secara kasual. Hanya top three quarter sleeve berwarna mustard, highwaist skirt yang bervolume warna maroon dan heels warna gold menjadi pilihan outfit of the nightnya. Kejap lagi nak upload kat insta guna hashtag, ootn!

Sambil Danny tengah drive tu, sempat ekor matanya menjeling ke arah passenger seat di sebelahnya. Haila. Pakai baju tak terdedah pun, dah sesak dada si Danny memandang. Agaknya kalau si Ell ni pakai baju yang exposing sikit, mahu terus terduduk dibuatnya.

Haah. Dia jugak yang mengalah. Balik dari Zurich semalam, terus dia call Ell ajak keluar malam ni. Nak tunggu Ell? Hmm…tunggu gajah beranaklah jawabnya!

Sesaklah pulak orang tak bersuara ni. Dah macam dalam van mayat pulak Ell rasa sekarang ni. Dia menekan butang on pada radio. Dicari stesyen radio yang menarik perhatian tapi semuanya memainkan lagu macam ada orang mati. Memang hari bersedih sedunia ke hari ni?

Ell mendengus. Geram. Untuk dua benda. Satu sebab Danny yang diam. Dua sebab radio yang entah apa-apa!

Cepat, jari Danny menukar mode radio pada CD player. Tahu mood Ell sudah tukar tune sikit. Sebelum radio ini menjadi mangsa, baik Danny bertindak menjadi penyelamat. Seketika, irama muzik yang sentimental mula bergema. Tahu sangat dengan selera Ell tu. Hopeless romantic!

Ell menjuling sikit ke atas. 'Tahu takut orang mengamuk. Nasib baik cepat. Kalau tak, memang aku ambik radio ni lepas tu hempuk kepala gedang dia ni. Huh!'

Silih lagu berganti, Ell dengar je. Tiba ada sesat lagu melayu antara celah lagu-lagu english yang tadi laju berkumandang. Ell pandang kejap skrin.

Untukmu Aku Bertahan – Afgan

‘Sejak bila pulak kapten ni dengar lagu sappy macam ni?’

Untukmu aku akan bertahan Dalam gelap takkan kutinggalkan Engkaulah teman sejati Kasihku di setiap hariku Untuk hatimu ku kan bertahan Sebentuk hati yang kunantikan Hanya kau dan aku yang tahu Arti cinta yang tlah kita punya

Danny cuba curi pandang lagi. Tak nak Ell perasan tingkahnya itu.

‘Dia ni, sungguhlah tough cookie. Susah nau nak tahu apa yang dia simpan kat dalam hati tu. Betullah along cakap. A woman’s heart is as deep as the ocean. Ni bukti terunggul untuk statement along tu!’

Hummer hitam Danny memasuki perkarangan McDonalds. Meliar pandangan Ell.

'Ish dia ni. Kenapalah tak cakap nak makan kat McD je. Tahu tadi, takde beria aku pakai macam ni. Mengundang sungguhlah dia ni!' gomel lagi.

Danny terus masuk lorong drive-thru. Nasib memang baik buat mereka kerana barisan tidak panjang. Dapat sahaja pesanan mereka, Hummer mula melaju semula di jalan raya. Kali ini, Danny menambah kelajuan supaya cepat mereka akan sampai ke destinasi mereka.

Baru je Ell nak tanya mana sebenarnya Danny nak membawa dia, Hummer berhenti lagi. Danny mencapai makanan mereka sebelum keluar kereta.

Ell pandang luar tingkap.

'Bangunan mana dia nak bawak aku ni? Menara KH ni ke? Ada apa kat sini?'

"Jomlah," Danny membantu membuka pintu kereta buat Ell bila Ell masih kaku dalam kereta.

Ell turun. Tanda tanya besar dalam kepala dia tu terbias pada wajah. Dia memandang Danny menyerahkan kunci pada jockey. Selamba Danny masuk je dalam bangunan. Ell ikut jugak walaupun rasa nak hempuk kepala Danny sangat beraja sekarang ni.

Mereka naik lif sampai tingkat 34. Terpampang papan tanda Helipad Lounge Kuala Lumpur sebelum sebuah pintu kaca. Terus Ell tarik tangan Danny.

"You buat apa ni? Kan kita dah stop buat semua ni? I nak baliklah kalau macam ni,"

"Eh, apa you ni? Siapa cakap kita nak masuk sini?" Danny pulak menarik tangan Ell bila tubuh itu berpaling.

"Then, kita buat apa kat sini?"

"Sinilah. And Ell. I think you should take off your heels. You wouldn't want to climb these with those heels," Danny menolak sebuah pintu sekaligus buat Ell telan liur sekali.

'Mak datuk tingginya tangga! I really wouldn't want to climb with these on those!'

Sampai atas, sikit lagi Ell nak pengsan mendaki tangga yang maha tinggi. Danny dilihat cool saja mendaki. Mentang dah jadi member kat FitnessFirst sekarang.

'Besok jugak aku register membership CelebrityFitness!' tekad Ell dalam hati.

Tapi bila melihat tujuan mereka setelah beria menaiki tangga sampai pancit macam ni, Ell rasa puas hati. Teramat puas hati. Rupanya ia merupakan sebuah helipad! Wah, this is something new!

"Tak payah you nak diri situ je. Come here and look what KL has to offer you," ujar Danny yang sedang berdiri di tengah helipad.

Ell mendapatkan Danny. Kasutnya diletakkan di bawah saja. Dah tak teringin nak pakai lagi apabila matanya menatap penuh terpegun dengan keindahan bandaraya Kuala Lumpur yang disimbahi dengan cahaya neon bergemerlapan.

"It's so beautiful, Danny. Truly,"

"Indeed," ucap Danny sambil memandang wajah kagum Ell di sisinya yang tidak menyedari pandangan penuh makna Danny. "Just so beautiful,"

"Mana you tahu tempat ni?"

"Ingat James tak? You met him once when we're in London?"

"Yang ada girlfriend kat Westminster tu ke?"

"Yeah. Dia dah resign from MAS. Joined British Airways few years back sebab girlfriend dia tak nak balik. I went to London hari tu and met him there. Dia ingat I'm still drinking so he suggested this place sebab dia baru discover. It is actually part of the lounge downstairs though. Sebab tu I tapau McD,"

Ell angguk. Mengerti. Free je buat drama tadi. Nasib baik takde orang jadi penonton free!

"Kita makan dulu? I'm hungry," Danny mendahului langkah mereka berdua ke sebuah meja. Dia menghulurkan kotak berisi Quater Pounder pada Ell. Favourite Ell setiap kali ke McDonalds.

Mereka menjamu selera sambil meliar penglihatan masing-masing ke sekeliling mereka. KL has never looked so beautiful. No thanks to the heavy traffic and buildings and ever ongoing constructions, Ell tak pernah sekalipun kagum dengan ibu negara Malaysia ini berbanding dengan Skudai, tanah tempat dia membesar.

"Ell?"

"Yeah?"

"There's another reason why I brought you here,"

Ell macam dah dapat agak apa Danny nak cakap. Burger yang baru dimakan setengah diletak semula dalam kotak. Sehelai tisu diguna untuk mengelap bibirnya.

Potong mood betullah dia ni!

"Again, Danny? Now? Here?"

"It’s not about that Ell," lembut saja mata garang Danny menatap Ell.

"Then?" Ell peluk tubuh.

"I want to end everything tonight. Between you and me,"

Ell tersentap. Dia kelu untuk berkata-kata.

"Ell? You dengar I cakap apa?"

Ell menepuk tangan kuat-kuat. Ditambah dengan senyuman penuh sindiran. Buatkan Danny sedikit terpinga.

"Well done, Mr Daniel Reza. Now you've proven that all men are the same. Takde yang berbeza dengan lelaki lain. Bravo, bravo,"

"Habis tu, you nak I buat apa? Tunggu you sampai tua? Sampai I mati? I'm not getting any younger, you see. My future awaits and if you're not willing to be part of it, we shall end it. Here,"

Ell berhenti menepuk tangan. Dia meninggalkan meja dan berjalan setapak dua ke hadapan. Tubuhnya dipeluk, mengurangkan kedinginan tubuh yang disapa angin malam.

"Arwah parents I met when they were studying in UM. University sweethearts if I could say. Arwah papa doing dentistry and arwah mama doing language and linguistic at the time. Love at the very first sight. Sebab arwah mama cantik sangat dulu, arwah papa ajak arwah mama kahwin before they even graduated.

"Lepas kahwin, yes they were doing good. Siang papa pergi kelas, and malam buat odd jobs. Life was kinda hard for them but they got through it. Graduated with first class honor degrees, tak silap I. And yeah, slowly they built up everything together.

"But when I was eight, papa decided to pursue his studies kat overseas. Papa ajak mama ikut but mama tak sanggup nak tinggalkan I kat sini. So he left. He left with promises that he will be back before we know it. Tinggalkan I dengan mama. Mamalah yang kerja untuk besarkan I.

"At first, memang ada papa contact us. From once a week, jadi once a month. Then once in three months. Then six months once. One year once then, not anymore. Yang I ingat, papa should be there for only three years. Tapi dah tiga tahun, and papa tak balik-balik. Mama dah mula risau not knowing where to find papa. During that time, salary mama tak besar sangat. Nak ke sana needs a lot of money. So, at the end mama just waited. Tunggu and terus berdoa untuk papa. And things took a turn for the worse. Or worst, you could say,”

"Mama was diagnosed with breast cancer when I was 11. I did not know what to do. Nak bagitahu papa, where on earth he was pun entah. I jaga mama. But when her condition worsened, mak long bawak kitaorang balik Skudai and took care of us. Mama meninggal lepas lima tahun tak jumpa papa with the promise he gave her.

"I tinggal dengan mak long lepas tu. Alhamdulillah, they've raised me well sampai I jadi macam ni. I tak tahu what would have happenned kalau mak long takde. Mesti mama dengan I dah merempat kat tepi jalan je masa tu," Ell mengesat air mata yang mengalir menggunakan telapak tangan.

Huluran sapu tangan dari sisi mengejutkan Ell. Dia menyambut huluran Danny.

"Papa you? Sampai sekarang tak jumpa?"

Ell gelak. Kepalanya mengadah ke atas, menahan air matanya daripada terus mengalir macam air paip.

"Rupanya, dia kahwin dengan minah salih kat sana. Dia mungkir janji dia pada mama, that mama will forever be his first and last love and he will never leave mama for as long he shall live.

"Dia balik jumpa I kat Skudai when I was 15. Completely datang as a stranger to me. Balik sebab nak bawak I ke sana. Nak jaga I kat sana. Depan mak tiri I, mak long, pak long and of course papa, I jerit kuat kuat that he doesn't deserve me as his daughter when he decided to marry that woman.

"Since then, I tak pernah jumpa papa sampai mak tiri I called me seven years ago informing papa meninggal sebab heart attack. Masa tu, feelings I bercampur-aduk. I was still angry at him but knowing that both of my parents are no longer with me, I jadi sedih.

"Tapi I pergi jugak funeral dia lagipun dia meninggal kat Sheffield. Tapi I tak pergi dekat. Sebab I rasa dia tetap bersalah buat mama macam tu. Few days lepas tu, mak tiri I call lagi. Cakap arwah papa dah wasiatkan about 50% of his wealth to me. Dan dia nak sangat kalau I anggap dia part of the family since dia dengan papa pun takde anak. Marah punya fasal, I suruh dia pergi mati sebab dia penyebab family kitaorang jadi macam ni.

"I memang tak nak terima tapi mak long nasihatkan I suruh terima sebab tu kehendak arwah papa. Takut nanti dia tak tenang kat sana. So yeah, FS is basically papa's. Sebab I guna untuk modal FS,"

Danny menarik nafas dalam-dalam setelah Ell habis bercerita. Ini pertama kalinya Ell membuka cerita tentang hidupnya. Rupanya inilah yang dikatakan oleh Ell rahsia besar itu. Sakit rupanya zaman kanak-kanak Ell. Patutlah dia membesar menjadi seorang yang berbeza segalanya. Hidupnya tidak seindah yang lain.

"Kenapa tak bagitahu I semua ni Ell? You tak percayakan I ke?"

"I takut history repeats itself,"

"Maksud you?"

Pandangan Ell masih utuh pada permandangan indah di depannya.

"You are my first love. I takut, apa jadi kat mama dulu, jadi kat I balik. I tahu you mesti terasa macam mana I layan you kan? But I tak boleh nak tipu diri I kalau I memang takut. I was hoping for a perfect ending. I nak tengok sejauh mana you really want me. Sanggup tak you layan I walaupun I layan you ala kadar je.

"Kenapa I setuju masa you tanya I dulu? You tak tahu masa you tanya, I was jumping like a monkey. I was too happy but I know I couldn't show you that. Meeting you on our first date after officially together, how eager I was to fall into your arms and whisper I love you. But I held back. I didn’t allow myself to show any emotion.”

"Masa I konvo, I really appreciated your presence. That was when I thought, oh why not? He deserves some appreciation. That was the first I've ever said it to you though God knows how many times I tried to tell you.”

"You ajak I kahwin. Memang. Masa tu I nak terus cakap yes. Tapi yeah. The rest is history. Moral of the story, I memang penakut. Takut nak take chances. Takut nak jatuh sorang-sorang macam arwah mama dulu. I tak kuat macam mama to go through that alone. So, I faham kalau you tak sanggup nak tunggu I lagi. I've told along the same thing before and my thoughts haven’t changed. So it's okay if you want to end this. I'm fine,"

Ell peluk kuat-kuat tubuh. Nak tahan perasaan punya pasal. Kang ada tak pasal-pasal si Danny terpaksa golekkan dia turun tangga yang maha tinggi tadi.

Gilalah kalau dia tak rasa macam nak putus nyawa kalau betul Danny mahukan perpisahan. Enam tahun dia cintakan seorang lelaki. Hanya seorang lelaki saja. Nak kena bazir lagi berapa tahun pulak lepas ni?

Danny capai jemari kiri Ell.

"You dah maafkan papa you?"

Ell geleng. "Sampai mati I takkan maafkan dia,"

"Ell, selagi you simpan perasaan tu, you takkan nampak what the world has to offer you. Nak jadi skeptikal sampai bila? Dia dah lama takde. Arwah mama you pun mesti tak nak you bencikan papa you. Salah dia biar Tuhan je yang balas. Bukak mata you, Ell. There's this man who have waited three years to make you apart of his life. Tapi kalau you still berdendam dengan arwah papa you, you hanya akan nampak bayang papa you. It's not fair, Ell,"

Ell pandang Danny di sebelah. Bingung sikit sebenarnya.

"But you wanted to end this just now?"

Danny sengih. Dia merapatkan jurang antara mereka. Perlahan, dia memusingkan tubuh Ell supaya pandangan mereka setara.

"I acah je tadi. Susah sangat nak tahu apa rahsia maha besar you tu. Daripada I susah-susah nak cari tahu, baik you sendiri yang bagitahu I. Gotcha!" teruja sungguh suara itu apabila dia dapat memperdayakan Ell.

"You!!!" Ell tepuk sekali dada Danny. Nak terjegil biji matanya namun ketawanya pecah saat wajah kacak Danny yang ala-ala Chase Crawford itu membuat wajah kesian.

“Oh! Lagu tadi tu, maknanya untuk I lah?”

“Lagu mana?” Danny buat-buat tak tahu. ‘Perasan jugak rupanya. Takdelah tough crib sangat,’

“Yang lagu bertahan tu lah. Ohh, is that a way of saying that you are able to bertahan for me? That you would really bertahan dalam gelap and I’m your true love? Ececeh,”

“Though they were just lyrics, tapi I nak you tahu. I akan selalu dengan you. Except that whenever I’m flyinglah,”

Danny hampir membawa Ell dalam pelukannya namun tolakan halus pada badannya menghentikan niat Danny.

"I tahu this would be out of the norm, but... jom kahwin?"

"Ell! This is too unusual!" ketawa Danny pun pecah jugak. Tak sangka Ell akan bertanya soalan ini.

“Come on. Give me an answer. It’s either you take it or leave it,"

"Hmm... you reject I tiga kali..."

Ell bagi sekali lagi pada dada Danny. "Dah tu, nak I propose you tiga kali jugak ke?"

"Boleh jugak,"

Ell buat muka.

"Ell, kejap. Janji dulu dengan I that you'll forgive your papa. I tak nak kalau nanti sebabkan you masih berdendam dengan arwah, every step that I make you will compare it with your papa. I tak nak macam tu, Ell," Danny memegang wajah Ell dengan kedua belah tangan.

"Kenapa? You ada hati nak fool around ke?" Ell mengunjukkan jari telunjuknya depan mata Danny.

"Kita manusia, Ell. Kita tak tahu apa nak jadi nanti. It might be both good and bad. Kita pun masih belajar. Membaiki diri masing-masing. So please Ell. Forgive and forget, please? Start anew,"

"Wah! Captain Daniel Reza really is a thinker now eh?" sempat Ell mengusik.

"Haipp! Janji dengan I, cepat,"

"I will try. For you, for me, for us. I will do it," Ell angkat sebelah tangan ke atas.

Sampai je rumah lepas dihantar Danny, Ell terus upload gambar dia dan Danny bersama di Helipad tadi di Instagram dengan caption:

One of the very best nights in my life. On top of the world with the love of my life. Oh yeah, I am getting married, obviously to him after he gave me assurance that he'll be the pilot in charge for every flight I will be boarding. I.L.U Captain DR. #ootn #DRES

*

UMAIRAH memerhati kebahagiaan pasangan di bawah khemah hujung sana. Daripada mula tiba di rumahnya tadi sampai sekarang ni, tak berenggang langsung. Nak kata pengantin baru, dah nak masuk empat orang dah anak dia orang. Loving sungguh!

"Mummy tengok sape tu?"

Teguran Hannah dari belakang mengejutkan Umairah. Dia mengangkat kepala ke arah pandangannya melekap. Hannah mengikut arah kepala mummynya. Dia tersenyum setelah matanya menangkap imej dua figura yang diperhati mummynya dari tadi.

"Alah mummy ni. Macam tak tahu dia orang tu macam mana,"

"Tulah. Haih, kadang-kadang mummy ni jealous tengok dia orang tu. Mummy dengan daddy pun tak macam tu tau. Tambah bila anak-anak dah besar sekarang ni. Lagilah tak daddy nak buat macam tu dengan mummy,"

Hannah ketawa kecil dengar bebelan mummynya.

"Apalah mummy ni? Dengan adik sendiri pun nak jealous,"

"Eh dahlah. Tengok dia orang tu sampai ke sudah tak jalan kerja mummy," lupa pula Umairah kalau sekarang ni kat rumah dia sedang diadakan majlis sambutan hari lahir anak bongsunya, Hannef yang ke sembilan tahun.

"Eh, Hannah lupa. Auntie Shera nak balik dah. Dia tanya mummy kat mana. Daddy yang suruh Hannah cari mummy. Mummylah ni, ajak Hannah sekali skodeng dia orang sampai Hannah lupa,"

"Mummy pulak. Hannah tu yang sibuk kat sini. Mummy dah memang tengok dia orang dari tadi. Sudahlah. Mummy pergi kat daddy dulu. Hannah keluarkanlah kek. Dah boleh potong kot," kedua mereka akhirnya beredar dari situ.

Ell menyungging senyuman setelah kelibat kakak ipar dan anak saudaranya itu menghilang. Dia juga dari tadi tahu kalau along dan Hannah sedang memerhatikannya di tembok pintu pagar.

"Along mesti tengah mengumpat pasal kita," ujar Ell.

Danny yang sedang mengunyah, memanjangkan leher mencari bayang Umairah.

"Mana?"

"Dah pergi dah. Tadi dia kat situ dengan Hannah," Ell menunjuk ke arah pintu pagar dengan kepala.

"Along memang. Suka nak kepochi,"

"Hmm... samalah dengan adik dia. Pun suka nak kepochi jugak. Takde beza pun,"

"Haippp! Mana boleh cakap macam tu pasal husband sendiri. Dosa tau,"

"Like I don't know the way to earn back my pahala," Ell jelir lidah pada Danny. Tahu Danny tidak maksudkan apa yang dikatakan.

Danny buat muka. Dibalas dengan Ell. Juga buat muka. Akhrinya, ketawa mereka pecah.

"Your son is really having fun today. Been playing and kicking since we've arrived here," Ell hela nafas berat selepas gelak. Perut bulatnya disentuh. Cuba meredakan "kekecohan" di dalam.

Danny turut meletakkan jemarinya di atas perut Ell.

"He can feel the chaos here kot. Hey boy. Two more months and you'll get your Chelsea jersey, okay?"

Terus diam baby dalam perut Ell.

"See? I know he's like me. Chelsea forever,"

"Tu sebab Raid and Fir are most likely on the MU team,"

Danny mencebik.

"Nasib baik dapat boy lagi. Adalah daddy geng tengok bola lepas ni," jemari Danny masih belum lepas daripada perut Ell.

"Oh selama yang I teman you tu, I bukan geng you lah?"

"Teman I but in the end, you tidur dulu. I need gang to scream goal whenever the team scores, you see?"

"Lepas ni, you tengok sorang-sorang," Ell tepuk "lembut" belakang Danny. Geram.

Betul apa yang along cakap dulu. Kahwin ni bukan semata nak ada

Betul apa yang along cakap dulu. Kahwin ni bukan semata nak ada orang sambut bila balik rumah, masak untuk makan, sediakan keperluan asas. Tapi lebih daripada itu. Bukan juga semata untuk menghalalkan apa yang haram.

A marriage consists of trust, passion, love and understanding. Satu baris ayat yang pernah dilihat Danny ketika curi-curi baca diari Ell masa baru tujuh hari lepas mereka nikah. Itulah prinsip perkahwinan mereka. Memang ada salah faham yang berlaku. Tipu nau kalau lapan tahun kahwin tapi tak pernah gaduh. Fuhh... gaduh dengan Ell menduga jugak sebenarnya. 

Mana tak menduga kalau setiap kali bergaduh, Ell buat lawak stay kat mana-mana five stars hotel kat KL ni lepas tu bagi nombor kad kredit dia upon checked in. Sejak mula kahwin sampailah dah ada tiga orang anak ni, Ell dok buat cenggitu bila bergaduh. Terpaksalah Danny mengalah sebab masa pertama kali Ell buat macam tu, hampir RM2000 dikredit terus pada kad kredit si Danny, bahana biar Ell merajuk dekat tiga hari. Menjadi sungguh taktik tu dan terus buat Danny hati-hati kalau nak gaduh dengan Ell. Kalau nak gaduh pun cuma sehari je. Tak berani lagi nak biar Ell merajuk lama-lama.

Alah, nak bagi time off jugak sebenarnya! Macam main bola sepak. Kena ada waktu rehat, waktu kecederaan. Mana boleh kalau nak terus main through 90 minutes of match. Semputlah jadinya!

Hidup dengan Ell menyedarkan Danny, hidup sebenarnya banyak pancaroba. Kadang-kadang susah tu datang tanpa diduga tapi kalau hidup without some bumpy rides, tak best pulak. That is when the four principles merge in. Kalau apply keempat-empat prinsip tu, well you can say that marriage surely is one hell of a fun ride!

Disebabkan one hell of a fun ride tu jugaklah, dah nak masuk empat orang dah anak mereka dalam masa lapan tahun kahwin. 11 bulan lepas kahwin, dapat hero Darrian Raid. Setahun lepas Darrian Raid, dapat Dzaffir Raid pulak. Tiga tahun membesarkan dua hero, dapat princess, Elsa Sophera. Sekarang dalam perut Ell, anak keempat yang dah confirmed hero jugak. Memang ini yang mereka mahu. Mendapat seramai anak sehingga Tuhan cakap cukup. Sebab untuk dia orang, setiap anak ada lain macam karakter dan karakter itulah yang buatkan hidup mereka penuh warna-warni sekarang ni.

"Hannah suka paksu kahwin dengan maksu. Hannah dapat adik ramai. Mummy pun tak nak bagi Hannah adik lagi lepas Hannef," itu cakap Hannah lepas Ell lahirkan Fir enam tahun lepas di depan along dan abang long yang terus keluar dari bilik yang menempatkan Ell ketika itu.

Bertuah punya Hannah!

"Tapi tak fairlah ada sorang je girl. Baju I banyak kot,"

"Bagilah nanti kat Soph,"

Ell buat muka nakal. Dia mencapai tangan Danny.

"Lepas this one, I nak girl pulak. Kita pergi babymoon kat Maldives, macam masa Soph dulu,"

"Baru ingat nak bawak pergi Granada,"

Ell geleng. "Tak nak Spain. Tu semua tempat football maniac. Masa Raid pergi UK. Fir pergi Aachen. See, pergi Maldives dulu terus dapat Soph. So, we are definitely opting for Maldives,"

"Yada yada yada. Tunggu yang ni keluar dulu. Then, we'll talk,"

Ell sengih. Puas. Tahu tak mungkin, Danny akan menolak permintaannya. Tahu yang Danny sebenarnya pun nak tambah lagi bilangan anak perempuan mereka. Tengok jelah macam mana manjanya si Soph tu bila dengan daddy. Mummy pun boleh kalah!

Lapan tahun jadi isteri Kapten Daniel Reza, Ell cuba cope up. Life isn't made to be perfect but we have the chances to make it worth it. Dia sentiasa berpegang pada konsep, Danny ketuanya yang selagi dia masih bernafas, harus dipatuhi melainkan ada yang tidak kena dengan gaya "pemerintahan"nya. Dia juga perlahan mengubah perangai yang boleh buat Danny pening kepala nak melayan. 

Kecuali taktik five stars hotel tulah. Satu taktik yang dirasa paling menjadi daripada nak buang masa bergaduh guna mulut. Psychology is always the best method!

Danny masih terbang ke merata sekarang ini. Rasanya itu yang membuat Ell menjadi kuat kerana apabila Danny terbang, dia harus tahu membahagikan masa dengan betul. FS sudah menjadi syarikat besar dan mula dikenali serata dunia hasil kejayaan Ell, Munirah dan staffs mereka. Oleh itu, Ell lebih banyak meluangkan masa membesarkan anak-anaknya tanpa bantuan pembantu rumah. Seperti yang arwah mamanya lakukan dulu.

Apa yang Danny cakap dulu, dia telah lakukan. Dia memaafkan arwah papanya dan membaiki hubungan antara dia dan ibu tirinya yang masih menetap di Sheffield. Orang tua itu tinggal keseorangan di sana dan sekali-sekala akan dijenguk Ell apabila ke sana atau Danny yang sering ke London kerana tugas. Merasa jugaklah anak-anaknya ada nenek walaupun Nanny Zaidah itu hanya dijumpai beberapa kali sahaja.

Apabila memaafkan arwah papa, dia melihat Danny tanpa ketakutan akan terjadi kembali peristiwa dulu. Danny memang seorang daddy yang bertanggungjawab. Itu tidak dapat dinafikan. Sebab itu dia tidak ragu untuk mempunyai anak yang ramai kerana dia tahu Danny tidak akan mengulangi kesilapan arwah papanya dulu.

"Kalau I cakap I love you, you nak reply apa?" ujar Ell. Jemarinya kini bermain pada wajah Danny yang sudah mula berjambang. Memang gaya Chase Crawford!

"Err, I lapar?"

"Seriously?" Ell menjegilkan matanya yang tak berapa nak besar tu.

"Taklah. Hmm... samalah,"

"Saja nak sindir I lah tuh," teringat dulu.

Danny gelak. Riang. Jemarinya juga mengelus wajah Ell.

"I will never get tired of those same words since the day I know, you've taken my heart away. I love you. I love you. I love you and will always do till the day I die. Haaa, sweet tak?"

"Kalau kita kat bilik now, I tahulah nak cakap tu sweet ke tak,"

Mereka gelak sama-sama.

*

HANNAH double-click pada gambar sebuah jar yang penuh dengan kertas warna warni yang baru diupload maksunya di Instagram dengan caption:

Captain DR was surprised when I gave him a jar filled with thousands of papers saying I love you in so many lines as long they fit the papers. He thinks he can beat me on saying those words to me in a sweet way. Oh sorry captain. I'm the hopeless romantic here. Have fun counting! I.L.U Captain DR. So do the other babies, Raid, Fir, Soph and DR junior. #DRES .