Sunday, May 20, 2018

Janjiku Untukmu

Imran memandang belakang tubuh si gadis yang sedang berdiri kaku di beranda. Jauh nampaknya lamunan gadis itu sehinggakan tidak menyedari kehadirannya di dalam kamar tersebut.

"Buat dia sayangkan kau, Im. Make your name the sole reason for her to continue living. Only then she'll let me go. Only then I know I've done the right thing, Im,"

Imran mengenggam buku lima. Mudah sahaja kata-kata Raeez tapi pernahkah sahabatnya itu terfikir tentang dia? Tentang hati Zara? Memang semua yang dilakukan kerana Zara namun adakah ini kemahuan gadis itu? Kejamkah dia kerana bersengkokol bersama Raeez dalam rancangan gila Raeez?

"Kenapa berdiri je kat pintu tu?"

Kantoi. Imran pula terkulat ditegur Zara sedangkan sebelumnya dia yang ralit dalam lamunan.

"Haa? Hmm..." Tergagap pula hendak menjawab.

"Zara okay. Im tak payah nak risau. Kalau itu yang Im takutkan," Zara menutup daun sliding door. Langsir turut ditarik. Rapat.

Zara berpaling memandang Imran yang masih tegak di muka pintu bilik. Bertentang mata.

Imran menelan liur. Getaran itu dirasakan lagi. Kali kedua sejak mereka sah bergelar suami isteri pagi tadi.

"Im nak tidur berdiri kat situ ke?" Zara mengambil tempat di kerusi meja solek.

Akhirnya Imran melangkah masuk. Pintu dirapat perlahan. Punggungnya berlabuh di atas katil pengantin yang telah diupgrade menjadi katil bersaiz king, hadiah perkahwinan daripada Kak Ngah isterinya.

"Im nak cakap sikit dengan Zara. Boleh?"

"Tak boleh!" Keras suara Zara.

Imran angkat kening.

"Tak boleh? Kenapa?"

Zara senyum kecil. Losyen diramas mengenai jemarinya.

"Takut lah tuh. Alah. Zara main-main je. Takut pulak tengok muka ketat Im tu,"

Imran terpinga. Tidak pasti apa yang lebih menarik perhatian sekarang ini. Senyum Zara ataupun gurauan Zara yang tidak seberapa itu.

"Tengok tu? Diam lagi. Im okay ke tak ni? Ke Im dah jatuh cinta dengan Zara?" Zara mengusik lagi. Suka pula melihat gelagat Imran yang mula serba tidak kena.

Imran rasa panas secara tiba-tiba. Malu!

Mulanya Zara ingin mengusik lagi namun wajah merah Imran ditambah dengan kesenyapan Imran, dia tahu ada sesuatu yang serius yang ingin dibincangkan lelaki itu. Akhirnya dia yang merapati Imran. Duduk di sebelah Imran.

Imran menjauhkan sedikit kedudukan mereka berdua. Giliran Zara pula yang angkat kening.

"Imran nak cakap apa tadi? Cepatlah cakap," Zara mendekati Imran. Jemari kanan Imran digenggam.

Imran memejam mata. Ya TUHAN apa yang sedang berlaku ni?!

"Im tak nak paksa Zara untuk terima Im kalau Zara tak ready. Im tahu hati Zara bukan untuk Im jadi Im faham kalau Zara perlukan masa nak adjust accordingly. Im dah janji dengan Raeez, Im akan jaga Zara and Im akan buat tu. Im akan jaga Zara sampai akhir hayat kita, in sha ALLAH. Tapi kalau Zara rasa Im tak layak untuk bahagiakan Zara, itu terpulang pada Zara. Again, I will not force you,"

Perlahan, Zara melentokkan kepala ke atas bahu Imran. Membuat degup jantung Imran berderap tidak seperti irama biasanya.

"Im husband Zara. Tak kisah atas sebab apa pun kita nikah, Zara terima Im ikhlas. Tapi satu je yang Zara harap. Tolong jangan jadi macam Raeez. Im fahamkan maksud Zara?"

"Jangan macam ni Zara. Raeez buat semua ni untuk..."

"Untuk Zara? No Im, no. Dia buat semua ni untuk dia. Dia nak lepas tangan after what I've done for him. I took care of him although I knew everything would not end the way we wanted it to. Zara sendiri sanggup nak kahwin dengan dia, untuk jaga dia. Zara tak nak dia sakit sorang.

"Raeez selfish. Kejam," keras ucapan Zara. Dingin.

Imran rasa macam nak maki Raeez atas apa yang telah terjadi pada Zara. Bagaikan sudah hilang jiwa ceria seorang Zara Khadeeja yang dikenali menerusi Raeez.

"Im tak layak nak sedapkan hati Zara sebab Im pun dua kali lima dengan Raeez. Sanggup nak heret Zara dalam so called the best solution yang Raeez arrangekan ni. Im pun selfish jugak. Langsung tak fikirkan perasaan Zara. Selfish. Macam Raeez," Imran merenggangkan bahunya daripada menjadi alas kepala Zara.

"Im?" Zara mengenggam erat jemari Imran yang masih dipegangnya.

Tingkah Imran terhenti.

"Maafkan Zara tapi Zara tak kuat nak go through everything alone. I love him very much. It hurts me whenever I think about him. Tolong Zara, Im! Zara nak kena buat apa? Zara tak tahu! I just don't know!" Suara Zara mula kuat. Menggigil tubuhnya. Peluh mula membasahi dahi dan lehernya.

Imran panik. Meluru dia memeluk tubuh Zara. Mengusap kepala isterinya sambil laju mulutnya terkumat-kamit membacakan beberapa potong surah untuk syifa'. Tubuh Zara yang masih menggigil juga turut diusap sehingga perlahan-lahan Zara berhenti.

"Zara?" panggil Imran.

"Sampai hati dia buat Zara macam ni. Apa salah Zara, Im? Too much ke permintaan Zara nak jadi isteri dia? Kenapa dia buat Zara macam ni, Im?" Zara menggogoi pada bahu Imran. Air mata yang berlinang dibiarkan.

"Syuhhh. Im tak nak Zara fikir lagi pasal hal ni. It’s getting late. Im nak Zara rest your mind for the day. You've gone through so much today. Get some sleep. There's still tomorrow to think about everything. Okay?"

Zara diam. Dia masih mematung.

Imran menolak perlahan Zara ke atas katil. Comforter ditarik sehingga ke atas dada Zara. Jemari Imran bermain dengan rambut Zara yang panjang.

"Just stop thinking and sleep. Im janji, besok we will continue. In Sha ALLAH, I will help you," senyuman seikhlas hati dihulur pada Zara yang sudah seperti kosong jiwanya.

Dalam sekejapan Zara lena. Lega hati Imran. Ibu jarinya dilalukan pada bekas linangan air mata pada pipi Zara. Tersentuh hatinya.

Bunyi ketukan pada daun pintu sedikit mengejutkan Imran. Terfikir siapa pula yang masih berjaga lewat sebegini.

"Eh abah. Tak tidur lagi?"

"Dah tidur tapi mama kamu tu hah kejutkan abah cakap Zara menjerit tadi. Dia okay ke?"

Terdengar bunyi ish dari bilik di depan tangga.

'Macam suara mama je tu'

"Im rasa dia hampir kena sawan tadi tapi dah okay sekarang. Dah tidur pun,"

Abah hela nafas berat. Nampak berat masalah yang dihadapi anaknya itu sehinggakan hampir terkena sawan. Apa lagi ni TUHAN?

"Im dah nak tidur ke? Boleh abah cakap sikit dengan Im kat bawah?"

Mengantuk sangat dah ni tapi takkan hendak ditolak pula kehendak bapa mertuanya ini. Sudahlah ini hari pertama dia di rumah ini takkan sudah mahu tunjuk keras kepala. Mahu direject 44 keturunan lepas ni kalau dah gini gayanya.

"Boleh je abah!"

*

"ABAH memang dah lama nak tanya Im pasal hal ni tapi banyak betul halangan. Abah harap Im tak kisah kalau abah bertanya," Tuan Arshad mengambil tempat di kerusi makan di dapur.

Imran mencapai mug di atas sinki.

"Abah nak air?"

"Air suam je. Abah malas nak gosok gigi dah,"

Fuhh nasib baik air suam je. Mana nak dikorek kalau tiba-tiba abah mertuanya mahukan kopi pulak. Ini bukan rumahnya yang dia tahu di mana letak barang-barang dapur ni semua. Itupun mujur sudah ada sejag air suam di atas meja makan.

Imran menghulurkan mug berisi air suam kepada Tuan Arshad. Dia duduk di sebelah kanan orang tua itu. Sudah bersedia untuk menghadap "Tuan Besar".

"Abah nak tanya Im apa tadi?"

Tuan Arshad meneguk sekali air dalam mug.

"Kenapa Im setuju dengan plan gila Raeez? Im tak kisah pasal kebahagiaan Im sendiri ke?"

Imran bermain dengan mug dalam pegangan. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Palsu semata.

"Raeez kawan Im, bah,"

"Ye. Abah tahu Raeez kawan Im. Tapi apa yang dia mintak Im buat ni, how could you agree of doing so? Abah bukannya marahkan Im tapi abah tak nak kalau pernikahan Im dengan Zara hanya atas kertas. Kita bukannya hidup zaman novel melayu berlambak pasal kahwin kontrak ni,"

Imran tergelak. Not bad abah mertuanya ini. Mengikuti trend! Dia angkat kening pandang wajah tua yang sudah berkedut itu namun masih tidak dapat menutup ketegasan pada raut wajah itu.

"Kamu jangan ingat abah ni noob sangat. Bila dah pencen ni macam-macam benda abah baca, abah buat," cepat-cepat Tuan Arshad membela diri apabila melihat pandangan menantu bongsunya itu.

Tawa Imran terhenti. Dia membawa mug ke bibirnya.

"Entahlah bah. Im dah banyak kali tegur Raeez pasal hal ni. Sampai bertumbuk tapi Raeez tetap dengan keputusan dia. Im sebenarnya kesiankan Zara. Dan Im pun rasa bersalah sangat pada Zara sebab ikut je plan gila Raeez tu. I'm a mess, abah,"

"I know you are a good man. Abah tak bodoh nak serahkan anak abah pada any random man just to see her happy. Baik Im atau Raeez, dua-dua abah dah anggap macam anak abah. Dua-dua pun abah sayang. Abah cuma harap Im tak sia-siakan Zara. Selagi dia jadi isteri Im, be there for her. Always be together.

"Abah percayakan Im,"

"I  promised Raeez and Zara that  I will make Zara happy. Tapi Im tak tahu Im boleh berjanji lagi benda yang sama pada abah. Terus-terang Im takut, bah. Tanggungjawab Im besar lepas ni. Baik pada Raeez, and even more to Zara. The two most important people in my life. Im takut Im tak mampu je nak jalankan janji Im tu,"

"Macam nilah, Im. Raeez dan Zara dah jadi history. The future is you and Zara. ALLAH dah buka jalan pada Im untuk jadi suami Zara. Jadi dulukan Zara. Bahagiakan Zara. Make yourself the only reason for Zara to keep on living. Only then you know you  fulfilled your promises to both Raeez and Zara,"

Imran tergamam. Kata-kata abah sama seperti Raeez!

"Abah naik dululah. Dah mengantuk sangat ni. Mama kamu lah sibuk suruh abah jenguk Zara. Dia lupa agaknya anak perempuan dia dah kahwin," Tuan Arshad bangkit dari kerusi.

Bahu Imran ditepuk.

"If you need someone to talk to, let me know. Good night son!"

"Thanks abah!"

Tuan Arshad hanya mengangkat tangan sahaja sambil berjalan keluar dari dapur.

Imran kembali termenung. Mengimbas perbualan ringkas dengan abah mertuanya.

*

ZARA tersedar daripada tidur apabila sayup kedengaran azan Subuh dari masjid berdekatan dengan rumahnya. Terkebil-kebil matanya. Comforter tebal ditarik lagi sehingga ke dada. Dia kembali memejamkan mata. Mahu lelap untuk lima minit lagi...

"Zara? Dah bangun ke?"

Terus terbeliak biji mata Zara apabila mendengar suara garau dalam kamarnya. Dari elok di dada, terus ditarik comforter menutupi keseluruhan badannya dari atas kepala sehingga ke kaki.

"Siapa tu! Kenapa kau ada kat dalam bilik aku?!"

Imran meletak tuala di tempat penyidai.

"Cuba bukak dulu comforter tu tengok siapa ni. Kalau still tak kenal baru jerit, okay?" Imran mahu mengusik Zara. Terusik dengan kelakuan Zara ketika ini.

Berkerut dahi Zara mendengar suara lelaki asing dalam biliknya. Macam suara...

"Imran? Ehh Im buat apa dalam bilik Zara ni? Macam mana Im boleh masuk? Sape bagi Im masuk bilik Zara? Im buat apa kat Zara semalam?" bertalu-talu soalan Zara. Cepat-cepat dia memandang tubuhnya yang masih elok bersarung baju tidur selengkapnya.

"Im tidur dalam bilik Zara lepas tu Im masuk ikut cara sama Zara masuk dalam bilik Zara ni. Yang bagi Im masuk bilik ni mestilah Zara, abah dengan mama. And semalam Im buat satu benda je kat Zara.

"I made you my wife,"

'Aduhhh Zara! Macam mana boleh terlupa yang kau dah kahwin ni? Mabuk ke sampai boleh terlupa benda paling penting kat dunia ni?' Zara mengetap bibirnya.

Zara menolak comforter ke tepi. Terus pandangannya bertemu dengan mata Imran yang juga sedang memandangnya. Menusuk.

"Sorry Im. Zara lupa. I'm just not used to having a man in my room so I got a little startled,"

"It's okay. I understand. So, alang-alang Zara dah bangun ni, join me for Subuh? Okay?"

Zara perasan suaminya itu sudah bersedia dalam persalinan baju melayu warna ivory yang dipakai ketika akad nikah semalam beserta kain pelikat.

"Boleh. But I need to shower first. Tunggu kejap eh," Zara pantas bangun. Mencapai comforter untuk dilipat.

"It's okay Zara. I'll do it. Zara mandi okay?"

"Sure?"

"Bagi chance lah kat Im nak tunjuk yang Im boleh jadi husband mithali jugak," sempat Imran bergurau.

Mata Zara melirik pada sofa panjang di hadapan katil. Ada dua biji bantal di atasnya. Di situkah lelaki ini tidur semalam? Kenapa bukan kat atas katil?

"Im?"

"Yes?"

"Im dah ambik wudhu' ke?"

"Dah. Why?"

Zara merapati Imran yang bersandar pada dinding pemisah antara bilik dan bilik air. Satu kucupan ringan dihadiahkan pada pipi kiri Imran.

"Morning, sunshine!"

Imran kelu. Mengambil masa beberapa detik untuk menghadam apa yang baru berlaku.

"I've taken my wudhu', Zara!"

"Takpe air banyak. Ambiklah wudhu' again," Zara ketawa riang sebelum cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam bilik air. Terasa teruja!

Imran terus tersenyum. Girang!

*

"IM! Janganlah lari laju sangat. Penatlah Zara nak kejar,"

Imran memperlahankan langkah. Berpaling ke belakang melihat Zara yang tidak berapa jauh darinya.

"When you jog, you don't run. You just jog faster. And that is what I'm doing, my dear,"

"Okay fine. Zara mengaku Zara pancit sebab dah lama tak jogging. Now can we take a 5? Seriously, I'm out," Zara terus menuju ke salah sebuah kerusi yang disediakan di Taman Rekreasi Ampang Hilir ini.

Imran mengelap peluh yang merenik pada dahi Zara menggunakan tuala kecil yang tersangkut pada lehernya. 
Terpesona dia melihat kulit putih isterinya berubah menjadi merah dek jogging sebentar tadi.

"How long do you normally jog for? Everyday ke Im datang sini?" tanya Zara.

"Kalau weekdays Im selalu jog kat area rumah Im je sebab nak pergi office lepas tu. Jogging pun tak lama, around 45 minutes je. But weekends Im selalu tukar-tukar lake gardens. But my favorite would be KLCC. We are here today sebab this is the nearest to your house," Imran menyerahkan tuala pada Zara. Kemudahan fitness yang disediakan menarik perhatiannya pula.

"Kalau Zara nak buat macam Im ni, pukul berapa pulak Zara nak pegi office. Dahlah kena naik public transport. Lagilah kena gerak awal,"

"There's no excuse if you aim for it. Start slowly nanti terus jadi routine. Trust me, I didn't start well myself. Inipun sebab ikut Raeez when he first knew about his disease. Baru nak live the healthy lifestyle konon,"

'Ahhhh Imran apa kau dah cakap!' Imran menggigit lidahnya.

"Zara okay? I'm sorry I shouldn't bring..."

Zara cepat angguk.

"Ya. Zara okay. Zara tak kisah pun. After all he is your best friend. I should respect that," Zara senyum ke arah Imran.

Imran berhenti. Lantas memandang tepat ke arah Zara.

"Im tahu it’s not that easy to stop talking about someone you love. You don't have to lie if you find it hard to not talk about him. Sebab tu Im cakap, take as much time you need. Im tak nak paksa Zara,"

"Zara nak lupakan Raeez,"

"Sebab? Sebab Zara dah kahwin dengan Im? Sebab tu je?"

"Someone told me once. Kalau Zara keep holding on to the old memories, I won't be able to create new ones. I should keep looking forward. Because that is what we live for. The future.

"Im future Zara. I must let him go for me to create my life journey with you. My future,"

Imran tergelak. Kecil.

"Are you even listening to yourself? Zara boleh tipu Im tapi diri Zara tu. Kenapa nak tipu diri sendiri?"

Zara berdiri. Merapati Imran.

"Raeez percayakan Im untuk buat Zara lupakan dia. Let me help you to do so. Zara nak Im buatkan Zara lupakan Raeez. Zara nak bahagia dengan Im. Betul. Maybe sekarang ni perasaan Zara untuk Im sama macam dulu. Perasaan suka dan sayang sebagai kawan tapi Zara nak tukar semua tu. Zara nak sayangkan Im macam mana mama sayangkan abah. I want to love you as your woman,"

Zara pula mengelap dahi Imran yang kebasahan. Dia turut merapikan kening tebal Imran yang terukir elok. Begitu kemas pada pandangannya.

Imran memegang tangan Zara. Menghentikan gerakan Zara. Dia mengangkat kepalanya sedikit.

"Are you sure you will not regret this? There's still time to make it right, Zara"

"Kalau Zara nak regret, I would not be here as your wife. I know I can trust you,"

Imran tersenyum sambil mengangkat kening.

"Dah kenapa Im senyum-senyum pulak?"

"Takdelah. Tiba-tiba Im terasa macam dalam drama pulak. Dalam banyak-banyak tempat kita boleh pergi, Zara nak confess everything kat lake gardens! Tak ke macam dalam drama ni?" Imran langsung ketawa.

"Kita serius dia boleh gelak pulak. Menyampahlah,"

Zara terus meninggalkan Imran. Dalam geramnya terselit perasaan yang begitu membunga dalam hatinya melihat Imran ketawa. Ahhh biarkan cinta itu datang, TUHAN!

Tiba-tiba sebuah kucupan hinggap pada pipi kanannya. Terus terhenti langkah Zara.

"That is your denda for leaving me behind!" ujar Imran yang berlari anak dalam keadaan sedang bertentangan dengan Zara. Dia turut mengenyitkan matanya.

Tak jadi Zara nak tunjuk muka geram. Terus dibiarkan bibirnya tersenyum dan ketawa.


*

RAEEZ berpusing ke belakang mendengar bunyi pintu ditolak. Dia menyambut tetamunya dengan senyuman. Mereka bersalaman. Tubuh Raeez turut dibawa ke dalam pelukan tetamu yang tidak asing dalam hidupnya.

"Apesal kau tak bagitau aku kau admitted lagi? Ni pun Danny yang inform. Kau dah lupa ke kat kawan baik kau ni?" Raeez meletakkan bakul berisi buah-buahan yang sempat dibeli di kedai serbaguna di tingkat bawah tadi.

"Kau apehal sejak kahwin sentap macam perempuan pulak ni? Geli pulak aku rasa,"

"Pandai nak tukar topik. Aku cakap pasal kau, bro"

Raeez duduk di atas sofa.

"Pass aku apple merah tu. Macam sedap pulak aku tengok,"

"Eh kau boleh makan ke buah ni? Takde pantang apa-apa?" namun Imran tetap mengambil sebiji epal merah lantas menuju ke bilik air.

"Boleh je lah. Habis kau beli untuk sape kalau bukan aku?"

"Saja nak buat perhiasan dalam bilik kau ni. Nak bagi bunga nanti hilang macho pulak," Imran menghulur buah dalam tangan pada Raeez sebelum dia duduk di sebelah Raeez.

Raeez rolls his eyes.

Imran terkekek gelak.

"Aku tak nak kacau honeymoon korang. Sebab tu aku tak bagi sesiapa inform kau," suasana berubah serius.
Imran tarik nafas.

"Kau tahukan I will drop everything bila kau perlukan aku, bro,"

"Aku tak nak sebab aku kau tinggalkan Zara macam tu je. Your priority has to change, man. Kau bukannya bujang lagi," Raeez membawa apple ke mulutnya.

"She will understand, bro. Dia bukannya tak tahu keadaan kau,"

Raeez senyum. Kelirihan.

"So how was Santorini? Kemain aku tengok insta Zara macam-macam korang buat kat sana,"

"Best. Memang recommended for honeymoon getaways. There's something dreamy about that place. Anyways bro, thanks for the gift. I owe you one," Imran menepuk bahu Raeez.

Raeez teringat kembali ketika dia membeli pakej bulan madu yang disediakan oleh Carpe Diem Santorini. Untuk dia dan Zara sebelum dia mendapat tahu penyakitnya bertambah serius. Dia tahu memang kemahuan Zara untuk berbulan madu di Kepulauan Mediteranea itu. Berbagai rancangan mula bermain di dalam kepala sebaik dia membeli pakej tersebut.

Namun rancangan Tuhan lebih cepat. Lebih pantas sehingga dia tidak mampu untuk berlawan dengan takdir. Serela hati dia menghadiahkan pakej tersebut kepada Imran dan Zara. Tidak kisah siapa pengantin lelakinya yang penting impian Zara tertunai. Ini salah satu cara dia menebus segala kesilapannya pada Zara.

"No problem. Tapi aku tak nak lah Santorini. Kau dah pergi situ. Aku nak pergi Okinawa. Nanti kau sponsor aku honeymoon kat situ eh,"

Imran mencebik.

"Tak payah honeymoon lah. Kita pegi sama-sama nanti. Kau, bini kau, aku, Zara dengan anak aku,"

"Wah! Dah ada ke? Betul honeymoon ni," Raeez menumbuk rusuk Imran. Perlahan. Jujur turut merasa teruja kalau berita itu benar.

"Hish. Belumlah. Bagi chance lah kat aku dengan Zara nak build up the chemistry dulu. Kau chill dulu,"

"Kalau dah ada pun apa salahnya. At least bolehlah aku tengok anak korang sebelum aku pergi,"

"Woah mannnn! Stop right there. Kau mesti sempat jumpa anak aku dengan Zara. Silap-silap anak kau kahwin pun kau sempat tengok," Imran cuba menceriakan suasana namun tetap terasa canggung. Mereka kembali diam.

"System aku dah out, Im. I don't have much time left," Raeez kembali berdiri, berjalan ke arah tingkap yang terdapat dalam biliknya. Merenung ke luar yang mulai mendung. Semendung suasana di dalam biliknya.

Imran tahu itu. Semuanya sudah diceritakan oleh Danny ketika mereka terserempak di BLVD semalam. Raeez rebah ketika di pejabat dan terus dikejarkan ke hospital dalam keadaan hidungnya berdarah. Meraung Mama Hafsah apabila doktor mengesahkan sel-sel kanser sudah merebak hingga keseluruhan sistem tubuh Raeez. Uncle Kamal pula hanya terdiam membisu.

Jemari Imran meraup mukanya. Mendengar daripada Danny tidak serasa sedih seperti ini.

"Should I let her know, bro?"

Raeez menggeleng.

"For what?"

"To give you the support that you need. You'll be needing it, trust me,"

"Zara dah takde kena mengena dengan hidup aku. I don't need her,"

"Dia memang bukan girlfriend kau lagi tapi dia tetap kawan kau. Kawan kita. Kau tak boleh macam ni, Eez,"

"Zara aku dulu dah mati bagi aku, Im. The only Zara I know now is your wife. I respect that. Tolong jangan buat aku rasa menyesal dengan keputusan aku, Im. Everything between us is over. Aku dah serahkan Zara kat kau pandailah kau nak buat apa pun,"

"Senangnya kau cakap. Kau ingat Zara tu barang ke? A doll? Takde perasaan? Kenapa dengan kau ni Eez? Kau nak buat Zara bencikan kau ke?"

"She should after what I have done to her,"

"When I married her, she was not the same Zara I knew back in the days when I first met her. Kau dah bunuh jiwa dia, Eez. And you expect untuk aku bahagiakan dia dalam keadaan dia yang macam tu? Kau selfish, bro. Kau selfish," Imran sudah berdiri di sebelah Raeez. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau boleh, Im. Kau boleh bahagiakan dia. I know that,"

"Zara buat aku rasa nak maki kau tau, Eez. Dua-dua pun degil,"

"Kenapa? Kau nak tumbuk aku lagi?"

"Boleh ke? Sebab kalau boleh kali ni bukan sebiji je aku bagi, memang sampai bergolek kau aku kerjakan!"
Raeez tertawa. Besar. Dia memandang ke kirinya.

"Ingat janji kau Im. Kau dah janji dengan aku nak bahagiakan Zara. Siap kau kalau Zara tak bahagia. Lepas aku meninggal nanti aku jadi hantu aku pulak yang tumbuk kau kaw-kaw,"

"Seramnya," Imran buat gaya ketakutan ke arah Raeez. Dia memandang sehingga Raeez mengalih pandang semula ke depan. Dia perhati wajah pucat sahabatnya itu.

'Aku dah janji dulu Eez. Kali ni aku janji lagi. I will make her happy. I promise you that, Eez,'

*

"LAMA-lama aku tengok kau ni macam makin kurus pun ada. Hilang fokus. Asyik ulang-alik toilet. Kau okay ke tak Zara?"  Elaine menghulurkan mug yang berisi Milo panas pada Zara. Dia duduk di hadapan Zara.

"Aww thanks Elaine. Macam tahu-tahu je aku nak air," aroma wangi Milo dihidu dalam-dalam.

"No problem. Hah cepat jawab. Jangan nak mengelak,"

Zara tersengih.

"Sabarlah dulu. Panas kot air kau ni. Nanti melecur lidah aku lagi tak dapat jawab,"

Elaine mencebik.

"Ni ada kena mengena dengan Imran ke? Baik kau cakap dengan aku betul-betul,"

"Dah kenapa pulak dengan Imran? Kitaorang okay kot,"

"Lepas tu?"

"Aku okay lah. Baguslah kalau aku nampak kurus kan? Tak payah susah-susah aku nak diet," mata Zara kembali menatap skrin komputer. Mahu secepatnya menghabiskan kerja yang menimbun.

"Aku tak percaya cakap kau. Mana handphone kau? Bagi sini," Elaine menghulurkan tangan kanannya pada Zara.

"Nak buat apa?"

"Bagi je lah. Unlock sekali eh,"

"Macam-macamlah kau ni," Zara mencapai iPhone dari dalam laci. Siap-siap unlock sebelum menyerahkan iPhone nya pada si cina yang berasal daripada keturunan Baba Nyonya ini. Itu sebab BM dia laju macam Melayu!

Elaine terus membuka contact. Matanya mula mencari sepotong nama itu.

"Eee dah jadi husband pun save nama penuh jugak ke?" Elaine terus menyentuh nama Imran Luth Shah di dalam simpanan contact Zara. Ikon loudspeaker turut disentuh.

"Kan ada love kat hujung tu. Extra special sikitlah," kali ni Zara langsung tidak alih pandangan. Masih tetap pada skrin iMac.

Elaine mencebik. Lagi.

"Hi dear!" suara lelaki itu begitu ceria menerima panggilan daripada isteri tersayang.

Sedikitpun Zara tidak terkejut mendengar suara Imran daripada corong telefonnya. Betullah takde kerja si Elaine ni.

Elaine buat muka. Excited!

"Sorry Mr Imran but I am not your dear. But don't worry your dear ada dengan I ni,"

Imran gelak. Kenal dengan empunya suara di hujung talian sana.

"Yes, Elaine. Anything?"

"Ni hah. I nak tanya pasal dear you ni. Kenapa lately ni I tengok dia macam makin kurus je. You tak bagi dia makan ke Imran?"

Kali ni Zara menjegil mata ke arah Elaine. Tidak menyangka hal ini yang mahu ditanyakan kepada suaminya. 

Elaine buat tidak nampak.

"Puas dah I suap dia Elaine tapi kawan you tu yang tak nak. Dia tak bagitau you ke hari tu dia pengsan sebab 
tak cukup energy,"

"Im!" Kuat sedikit suara Zara namun masih terkawal. Tidak mahu pekerja lain terdengar ucapan suaminya.

"Oppss sorry Zara. Im tak tahu you did not tell Elaine. I guess it’s my bad,"

"No she did not tell me. Kau okay ke tak ni perempuan? Risaulah aku," berubah terus muka Elaine.

"Aku okay. Ehh dahlah kau pergi sambung kerja. Nanti En Zafrul marah baru padan muka kau. Dah go," Zara menyentuh ikon loudspeaker kembali.

"Kenapa Im bagitahu Elaine? Habislah lepas ni mesti dia lagi pressure Zara tanya Zara macam-macam," Zara meluahkan ketidakpuasan hati.

"Saja. At least I know there's someone in the office I can count on to take care of you when I'm not around,". Imran mencapai bingkai yang terisi gambar dia dan Zara ketika di Santorini. Gambar bayangan mereka dari belakang berlatar belakangkan permandangan matahari terbenam menjadi gambar favorite Imran antara ribuan gambar yang diambil mereka ketika di Santorini dan London.

"Zara okay lah. Im je yang risau sangat. Anyways, what did you have for lunch? Zara makan Subway je today. Teringin pulak steak and cheese diaorang,"

"Habis makan tak?"

"Ye habis. I was so hungry sampai cookies pun Zara habiskan,"

"That's my girl. Hmm Im makan dengan Raeez tadi. Kat hospital. So I didn't really have much choice,"

Ketukan pada keyboard terhenti. Mata Zara tiba-tiba panas.

"Raeez admitted ke? Same hospital?"

"Yeah. Im pun baru tahu last week. But don't you worry. Im dah visit Raeez. Almost everyday. He's getting better,"

"That's good. Alhamdulillah,"

"Zara nak visit dia? I can pick you up after work and we can go together,"

"Takpelah Im pun dah pergi kan? Kira Im wakilkan Zara lah. So tonight, kita nak dinner apa?" Zara cepat-cepat tukar topik sebelum air matanya menitis.

"Kita dinner luar, okay? I'll pick you up at 6?"

"Okay. See you,"

"Bye honey!"

Imran meletakkan iPhone ke atas meja. Dokumen yang ternganga di hadapannya sudah tidak mahu dipandang. Dia teringat kembali kata-kata abah.

"Zara dengan Im are the future. Don't hold yourself from going forward. Take the chance to be happy. Together,"

Imran melepaskan nafas berat.

"I love you, Zara..."

*

DATIN Hafsah mengelap wajah anaknya menggunakan tuala basah. Masuk hari ini sudah tidak terhitung lagi olehnya sudah berapa lama anaknya terlantar sebegini di atas katil hospital ini. Sudah tidak terhitung lagi air mata yang menitis melihat keadaan satu-satunya anak yang dia miliki. Betapa perit rasanya apabila mendengar raungan Raeez ketika dalam kesakitan.

Dia mengelus rambut anaknya. Semenjak menjalani kimoterapi, semakin menipis rambut anaknya itu. Wajah yang dahulunya berisi semakin mencengkung. Semakin hilang raut wajah seorang Khairil Raeez.

"Abang kena kuat. Kena kuat untuk mama, untuk papa. Abang tak boleh putus asa,"

Raeez tersedar daripada lelapnya. Menoleh ke kanan dan wajah mamanya sudah lencun. Basah.

"Ma, kan abang dah cakap abang tak nak mama nangis. Nanti tak cantik dah Datin Hafsah ni," sedaya upaya Raeez mahu mengangkat tangan kanannya. Mahu menghapuskan air mata mamanya yang laju berlinang.

Datin Hafsah merapatkan kedudukan mereka. Dia mencapai tangan Raeez lantas dibawa ke mukanya. Membiarkan anaknya mengelap pipinya.

"Sorry abang. Mama dah cuba but I can't. How can I when my baby is in so much pain. Mama tak sanggup nak tengok abang macam ni,"

"Ma, abang okay lah. Mama tu je yang over," Raeez batuk kecil. Namun cukup terseksa rasanya. Raeez cuba mencapai bekas air di atas meja di tepi katilnya. Cepat-cepat Datin Hafsah membantu anaknya.

"Thanks, ma," ucap Raeez.

"Always welcome, sayang,"

"Ma, hari tu masa Imran datang visit abang, dia kata dia nak bawak abang dengan wife abang pergi Okinawa sekali dengan anak isteri dia. Abang suruh dia belanja honeymoon abang, dia pulak sibuk nak ikut sekali. Teruk betul mamat tu,"

Datin Hafsah terhibur mendengar cerita anaknya. Sudah lama Raeez tidak berbual panjang seperti ini. Masanya banyak dihabiskan dengan tidur dan membaca Al-Quran digital yang dihadiahkan oleh Zara. Menantu tak jadinya...

"Dah. Im dah ajak mama dengan papa pergi sekali. Dia kata dah lama tak holiday dengan papa, dengan mama. Dengan abang,"

"Hah tengok tu. Siap ajak mama papa lagi. Abang nak honeymoon dengan wife abang kot ma. Kasi chance lah,"

"Abang pergilah dengan wife abang. Kitaorang jalanlah sendiri. Abang ingat Okinawa ada satu hotel je ke?"
Raeez tergelak. Mamanya turut sama tergelak.

"This is how I want to remember you, ma. Always laughing and looking so happy. You have to be happy forever, ma. Abang tak nak mama nangis bila abang takde nanti,"

Datin Hafsah mencapai jemari Raeez. Membelai perlahan. Rasa sedih cuba disembunyikan dalam hatinya.

"You are the only one who could make me cry and smile at the same time. Tengok abang macam ni buat mama sedih sangat but again looking at you still being here with me, I am happy and grateful enough,"

"Ma, can I ask you something?"

"Tanya apa?"

"My fault ke sebab lepaskan Zara to Imran?"

Datin Hafsah mencapai cawan berisi latte yang dibeli di Starbucks Drivethru sebelum ke hospital tadi.

"Sometimes loving someone doesn't mean you will be together. Mama tahu it was not easy for the three of you but it was the best for you all. Mama tengok Im dengan Zara pun slowly building their marriage and that is a beautiful sight. So abang, mama rasa it is not your fault and please stop feeling guilty, okay?"

Basah mata Raeez.

"I love her, ma. Abang tak nak Zara rasa it’s her duty to take care of the sick me. I am not being a selfish prick right, ma? I am not being a selfish person,"

"No sayang. You did it right. You know it's the right thing to do. And you know Imran will take good care of her just like you did and you would do. Mama boleh nampak Zara slowly accepting Imran into her life. Because just like you, she also knows that's the right thing she should do. End of story,"

Raeez merasa sedikit pedih pada tulangnya. Berkerut sedikit dahinya untuk menahan sakit.

"Abang okay? Ada rasa sakit ke?" Datin Hafsah meletak semula paper cup di atas meja. Dia meletakkan tangannya ke atas dada Raeez.

Raeez terbatuk kecil.

"Okay, ma. I'm okay,"

"Take a rest, okay? Nanti kita sambung lagi,"

Raeez memejam matanya. Pegangan tangan mamanya tidak dilepaskan.

"Ma, abang harap Zara sudi jumpa abang sebelum abang pergi. I wanna say sorry to her and Imran. I want her to be happy with Imran."

Datin Hafsah tidak terkata...

*

ZARA menarik selimut apabila serasa tubuhnya mula digigit kesejukan pendingin hawa. Spontan juga dia menggolekkan badan ke sisi kanan katil. Namun dalam lelapnya dia sempat menyedari ruangan sebelahnya kosong tidak berpenghuni. Jikalau tidak pasti dia sudah dapat merasai kehangatan yang mengalir dari tubuh lelaki itu.

Imran baru ingin mengangkat takbir apabila suara halus Zara menyapanya. Dia berpaling ke belakang.

"Heyy sorry. Did I wake you up?"

"Not really. The bed felt empty when I rolled over so that woke me up. Pukul berapa ni?" dalam keadaan separuh sedar dan mata yang pedih, Zara cuba mencari kelibat jam pada dinding kamar mereka.

"4.15," jawab Imran.

"Belum Subuh lagi kan?"

"I don't feel good. Rasa tak sedap hati sangat tak tahu kenapa,"

Zara terus menegakkan badannya. Tepat matanya memanah seraut wajah yang basah itu.

"Tunggu Zara sekejap!"

Deringan lagu Not A Bad Thing daripada iPhone Imran dan If I Ain't Got You dendangan daripada iPhone Zara saling bertingkah di saat kedua mereka larut dalam solat malam mereka. Perasaan berdebar Imran tadi sudah mula dirasai oleh Zara. Dia akui tumpuannya sedikit terganggu mengenangkan panggilan telefon kedua-duanya bertalu-talu pada waktu sebegini.

Sebaik dahinya dikucup Imran, Zara mendekati meja sisi katil. Melihat sebanyak 18 missed calls daripada mama Raeez sejak 10 minit yang lalu. Dia menjadi semakin tidak sedap hati...

Baru dia ingin membalas panggilan Aunty Hafsah, iPhone Imran kembali berdering. Terpampang nama Uncle Kamal pula.

'Ya TUHAN, kenapa ni?'

"Im, Uncle Kamal," Zara menghulurkan iPhone pada Imran yang masih di atas sejadah. Zara turut duduk di belakang Imran. Melabuhkan kepalanya ke atas bahu Imran. Mencari kekuatan...

Imran tidak terus menjawab. Dia merenung sahaja permukaan telefon bimbitnya. Sedikit menggigil jarinya hendak menyentuh butang hijau. Ditambah dengan kehadiran Zara di belakangnya yang terasa begitu rapuh.

'ALLAH! Kuatkan aku, TUHAN!'

"Assalamualaikum uncle," terasa bergetar suaranya memberi salam pada papa Raeez.

"Waalaikumusalam Im. Im, Raeez dah takde, Im. Raeez dah pergi," di hujung talian sana suara penuh tangis Datuk Kamal menampar pendengaran Imran.

Imran menggengam erat telefon dalam tangan.

"Innalillahwainalillahirajiun," air mata Imran akhirnya menitis. Semenjak Raeez disahkan sakit tidak pernah sekalipun dia menangis namun dia kalah untuk menelan kenyataan pahit ini.

Mendengar lafaz yang keluar daripada mulut suaminya, setitis air mata Zara tumpah.

Segala percakapan selanjutnya daripada Uncle Kamal sudah tidak dapat dihadam oleh Imran. Seolah nyawanya sudah melayang entah ke mana saat ini. Terasa kosong.

"I'm bringing him back. Uncle jumpa Im kat rumah and please let the others know ya? Oh before I forget, please tell Zara. Make her feel calm. Assalamualaikum,"

"Waalaikumusalam," talian dimatikan.

Baik Imran mahupun Zara masing-masing diam.

"Zara?"

Diam lagi.

Imran mengubah posisi. Matanya kini memandang keseluruhan wajah Zara. Hanya linangan air mata yang membasahi wajah kosong itu. Terasa sepi pandangan Zara.

"Zara ada Im. I will not let you be alone. I am here," Imran mengenggam jemari Zara. Meramas sekaligus menyalurkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada isterinya. Pada seseorang yang baru kehilangan cintanya...

Zara akhirnya membenamkan wajahnya pada dada Imran. Kali ini dia sudah tidak peduli. Terhenjut-henjut bahunya menangis. Rasa sakit yang ada terasa begitu kuat dalam hatinya.

"Eez tipu kita! He said he will be okay soon! He lied! Tipu!" Meronta-ronta suara Zara.

Imran memeluk erat Zara. Mengelus lembut belakang isterinya.

"Jangan macam ni Zara. This is not what he wanted, remember? Zara dah janji dengan Eez nak jadi kuat all the way. Don't do this honey, please? I know you are strong, Zara. Stronger than I am. Just pray for him, okay?" Bersungguh Imran cuba memujuk Zara namun terasa mahu pecah dadanya menahan sebak. Dia ada janji yang perlu ditepati dengan Raeez.

"Aku tak nak kau menangis kalau nanti aku dah meninggal. Biar yang perempuan je nangis. Nanti elok muka jantan macam Alif Satar terus jadi mat jambu macam Kpop artis pulak. Tak berselera betul aku," kata-kata akhir Raeez padanya ketika dia melawat temannya itu di hospital dua hari yang lalu. Terakhir kali mereka bertemu. Bertiga...

"Cry. Just cry everything out. Cry for me too. But no more after this. And I will be here for you. Always," Imran mengucup ubun-ubun Zara yang dilitupi telekung.

*

SUASANA begitu sayu pada petang itu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Cuaca juga seperti turut menangisi pemergian seorang anak dan teman yang begitu baik pada petang Jumaat yang sungguh mulia. Mendung saja mood awan pada hari ini.

Imran mengangkat kepala mencari kelibat Zara di celah kaum wanita yang turut mengiringi perjalanan terakhir arwah Raeez di bumi ini sementara Ustaz Bahri memulakan bacaan doa dan talkin.

"Imran boleh bahagiakan awak, Zara. Saya tak boleh buat tu. Masa saya tak panjang!" Suara Raeez memenuhi ruang Honda City yang telah dipandu jauh ke Putrajaya bagi membincangkan masalah ini.

"Awak takde hak nak atur hidup saya, Eez! It's my life, Eez, my life! Damn it I don't care whatever it takes but I will only want you. Awak je!" Keras suara Zara.

"If you think I don't own the rights to arrange your life then stop adjusting my life to be like yours, Zara! Awak nak jaga saya untuk apa? Kenapa awak nak beban diri sendiri nak menjaga orang yang takde pertalian dengan awak? Why Zara, why?!"

"Cakap banyak kali pun alasan dia tetap sama, Eez. Sebab saya sayang awak. Saya nak jaga awak sebagai isteri awak yang sah walaupun kita tak tahu sampai bila kita boleh bertahan,"

"Kalau dah tahu macam tu kenapa awak still nak kahwin dengan saya? Jangan jadi typical malay lover boleh tak Zara? Your life is not bounded by me, sugar. You don't need to make it a must to be there as my wife to take care of me. There are still so many ways,"

"But that so many ways does not include me marrying Imran, Raeez! He is my friend. Your friend too! Macam mana saya nak kahwin dengan dia when all I've ever felt for him is just a friendship based love? Macam mana saya nak pandang dia sebagai suami kalau dalam hati saya cuma ada awak? Cuba cakap sekarang logik ke permintaan awak tu?!

Raeez memberhentikan kereta di tepi jambatan.

"I love you Zara. I love you and I know the only way for me to know that you will be in good hands even after I'm gone is you and Imran being together. Because I know how exactly Imran is gonna treat you. Please Zara. Jangan jadi selfish boleh tak?"

"Awak suruh saya jangan jadi selfish? Habis yang awak buat ni tak selfish ke? Dekat mana yang salah kalau saya sendiri sanggup nak jaga awak? I am not doing this because someone asked me to,"

Raeez akhirnya turun dari kereta. Diikuti dengan Zara tidak lama kemudian. Bersama bersandar pada boot kereta sambil berpeluk tubuh.

"Tolonglah Eez. Jangan paksa saya macam ni. Tolong bagi peluang kat saya nak jaga awak. I will never make you feel alone. I promise," tutur kata Zara mulai melembut. Kalau kedua-duanya api, sampai bila-bila pun permasalahan ini tidak akan selesai.

"Understand me, Zara. How can I marry someone just for the sake of feeling happy for a short while? How can I make you, the girl I love suffer alone after I'm gone? Patut ke saya buat awak macam tu, Zara?"

"ALLAH lebih tahu bila kita akan pergi, Eez. Tak kisahlah sekejap ke lama ke, saya nak ada dengan awak to face everything together. Saya tak kisah kalau lepas awak takde pun saya masih boleh hidup sorang. Life still has to go on,"

"Then why bother marrying me if you know that?"

"Okay fine! Kalau macam tu kita tak payah kahwin. Saya pun tak perlu nak kahwin dengan Imran if you say so. Puas hati?"

Raeez mencapai jemari kanan Zara. Meski Zara mencuba melepaskan pegangannya, Raeez semakin menggenggam erat jemari Zara.

Zara kalah.

"Saya dengan Imran, we go way back since high school. We know very well about each other and I know, apart from my parents, he was the one who’s  affected the most when I discovered my disease. I know he felt the pain as well every time I cried about the pain I'm going through although he never showed it physically.

"Sebab tu saya nak mintak tolong awak, Zara. Awak kena jaga Imran untuk saya sebab saya tahu bila saya pergi, Imran pun macam awak jugak. Saya nak both of you to be there for each other. To take care of each other. To be the calm point for each other. That is all I've ever wanted. Please Zara, please,"

Agaknya kalau orang lain mendengar kata-kata Raeez pasti disangka Imran dan Raeez menjalin hubungan songsang namun Zara tahu hubungan istimewa yang terjalin antara Raeez dan Imran bukanlah sekadar teman baik semata. Mereka ibarat satu hati yang tinggal di dalam dua tubuh berbeza sebenarnya. Rasa kasih dan sayang yang ada antara mereka membuatkan ramai yang mengagumi mereka berdua. Bahkan melihat hubungan rapat mereka antara salah satu sebab Zara jatuh hati pada Raeez sejak empat tahun yang lalu.
"Saya jaga Imran? Awak buat lawak apa ni?"

"Saya sayang awak, Zara. Saya sayang Imran jugak. The only thing that matters to me now is the happiness of you both. The people I love the most," Raeez mengubah kedudukannya.

Kali ini dia berdiri bertentangan dengan Zara. Beradu pandangan. Kedua-dua jemari Zara di bawa ke arah bibirnya. Mengucup lama sebelum perlahan dia menangis. Makin lama makin kuat!

Zara tidak sampai hati. Dia turut sama menangis lantas membawa tubuh Raeez ke dalam pelukannya. Lama mereka di dalam kedudukan itu.

"Saya merayu, Zara. Saya merayu sangat. For me. Do this for me. Ini permintaan terakhir saya,"

Dan itulah yang dilakukan Zara dan Imran. Menunaikan permintaan terakhir seorang lelaki yang paling dicintainya untuk bersama lelaki yang sudah dianggap abang oleh lelaki itu. Bersama menjadi penguat apabila Raeez meninggalkan mereka.

Zara perhati kelibat Imran yang sepertinya sedang mencari seseorang dari balik shades nya. Berlagak seperti tidak menyedari pandangan mata Imran yang sudah mendarat padanya sedangkan pandangannya sudah lama menjamah wajah Imran. Suaminya.

Sejak menerima khabar pemergian Raeez pagi tadi, belum sekali pun Zara melihat ada air mata yang menitis daripada Imran. Dia kelihatan begitu tenang. Setenang wajah arwah Raeez yang dipandang sebelum akhirnya kain kapan yang menjadi pakaian terakhir Raeez diikat oleh Ustaz Bahri tadi.

'The struggle starts here, Im. Will I be able to take care of you just like how Raeez wanted? Is it possible to  let you into my life and to finally love you wholeheartedly without Raeez being around us?' Kata-kata yang berlegar dalam hati Zara.

'Can she love me now as how I do towards her, Eez? Will it be easy for me now to make her mine unconditionally? Will she ever let the memories between you both fade away for our memories to fill in? Is this the right time, Raeez?' Kata-kata yang berlegar dalam hati Imran.

Selesai sudah pengebumian Raeez. Alhamdulillah ramai juga yang turut mengiringi perjalanan terakhir arwah. Turut hadir keluarga Zara yang merasa kehilangan seorang insan yang berbudi pekerti seperti Raeez.

"Uncle, auntie. Zara balik dulu," dia bersalaman dengan Datin Hafsah. Tubuh sederhana tinggi dan gempal itu di bawa ke dalam pelukannya. Bersama saling menguatkan dengan usapan pada belakang tubuh masing-masing.

Imran yang melihat merasa sebak.

"Thank you so much sayang for always being there for Raeez. Thank you for meeting him before he left us. Thank you for forgiving him. Auntie tahu Raeez pergi dengan tenang sebab memang dia berhajat sangat nak 
jumpa Zara sebelum dia pergi.

"Thank you for being his confidante when he was always down. I truly appreciate all your efforts," tidak tertahan, Datin Hafsah mengucup dahi Zara.

"Zara ikhlas, auntie. Zara just nak auntie tahu I will always be there if you need anything. I have always loved you, auntie," Zara turut mengucup kedua belah pipi Datin Hafsah.

"Im? Come," Datin Hafsah memanggil Imran yang sedang berdiri bersebelahan dengan suaminya. Datuk Kamal menyentuh lembut belakang Imran untuk ke depan.

Imran membalas pelukan Datin Hafsah yang sudah dianggap sebagai mamanya sendiri selepas kehilangan mama pada usia 14 tahun. Wanita inilah yang menjadi tempat bermanjanya di kala dia memerlukan kehadiran seorang mama.

"Abang dah takde and now I want you to always take care of yourself. Mama tak nak hilang my other son, okay Im? I love you for being abang's backbone throughout his life. I love you, son," tidak berhenti linangan air mata Datin Hafsah sejak semalam. Dia ikhlas menerima Imran ke dalam keluarganya dan seperti yang dikatakan, ini anaknya. Seperti Raeez, Imran juga adalah anaknya!

"Im janji ma. I will take good care of you and uncle. Zara and I will always be there for you and uncle," kali ini Imran pula mengucup dahi Datin Hafsah.

Datin Hafsah meletakkan jemari kiri Zara ke dalam pegangan Imran lantas menaupnya.

"Take care of each other. Just like how Raeez always wanted you both to do. Be happy always, okay?"

"Ins Shaa ALLAH," jawab keduanya serentak.

*

ZARA dikejutkan dengan lingkaran sepasang tangan sasa yang singgah pada pinggangnya. Terasa berat sedikit bahunya apabila kepala Imran berehat di atasnya. Zara membelai lengan Imran. Lembut.

"Where do we go from here, Im?"

"If you ask me I would say the bed sebab Im dah mengantuk ni,"

Zara tersenyum sedikit mendengar jawapan Imran.

Imran mengucup bahu Zara.

"We both have promises to Raeez. Dan Im akan tetap teruskan untuk penuhi janji Im pada arwah Raeez. Susah Zara akan jadi milik Im dan senang Im will always be yours. Itu janji Im,"

Zara memusingkan tubuhnya.

"Zara ni siapa untuk Im? Isteri yang Im kahwin semata sebab janji Im pada arwah Raeez atau isteri yang Im sayang?"

"I love you, Zara," Imran mengucup bibir Zara. Dibiarkan lama sebelum dia mengalihkan pula bibirnya pada dahi Zara.

Zara pejam mata. Terasa laju degup jantungnya mendengar pengakuan Imran. Keadaan yang sama berlaku padanya tika dia masih bergelar kekasih arwah Raeez. Terasa kucupan itu begitu sarat dengan cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

"Sebenarnya Im dah lama rasa macam ni tapi Im tak tahu cara yang betul untuk bagitau Zara. Im takut kalau Zara rasa terpaksa untuk terima Im kalau Im mengaku sedangkan arwah Raeez masih hidup. Walaupun Zara dah jadi isteri Im tapi Im tahu bukan Im yang ada dalam hati Zara. Jadi Im tak nak ambik risiko tu. Im mengaku Im takut kalau cinta Im hanya milik Im. Bukan milik Zara,"

"Im..."

"Kita kawan Zara. Sebab tu Im tak sanggup nak mengaku depan arwah Raeez kalau Im dah mula sayangkan Zara. Im tak nak arwah ingat Im memang dah lama sukakan Zara because I sincerely started loving you after we got married. Never once before you were my wife have I looked at you the same way I do tonight.
"Now tell me, Zara. Salah ke Im rasa macam ni? Perasaan Im ni, salah Im ke?"

Zara membelai wajah Imran. Dia tidak pernah mengagumi kekacakan lelaki ini kerana wajah kacak Raeez sudah terlebih dahulu memenuhi ruangan hatinya. Namun ketulusan hati lelaki ini semakin hari mula terserlah. Dalam dakapan lelaki ini Zara sentiasa merasa selamat. Terasa seperti dirinya begitu disayangi tanpa sebarang paksaan mahupun perasaan serba-salah terhadap arwah Raeez.

"Memang salah Im,"

Wajah Imran beransur berubah...

"Memang salah Im sebab Im tunggu lama macam ni nak bagitau Zara pasal perasaan Im. Sebab kalau Im mengaku lagi awal, Zara pun boleh bagitau yang Zara dah mula sayangkan Im jugak. As your woman," Zara melagakan hidung mereka berdua.

Imran memandang wajah Zara.

"Jangan sebab terpaksa, Zara. Im tak nak cinta Im menagih simpati Zara,"

"Zara ikhlas sayangkan Im as my husband. Sebelum Raeez meninggal, Zara dah yakin dengan perasaan Zara untuk Im. You've always made me feel safe whenever I'm with you and I know no matter what happens, you will always be there for me. The only way to repay you is to always make you happy and content. Ini janji Zara,"

Imran membawa Zara ke dalam pelukannya. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"I told abah before that I've made too many promises and have no idea at all on how to fulfill them but my promises to you would be the only thing that matters, in sha ALLAH sayang,"

Zara mengucup dada Imran.

"I love you too, sayang,"

*

IMRAN meletakkan iPad di atas meja sisi katil. Wallet yang terselit di poket belakang seluarnya turut ditarik dan diletakkan bersama iPad dan iPhone nya. Sudah tidak sabar hendak menerkam sekujur tubuh yang sedang culas tido di atas ranjang dia dan Zara.

"Haipp. No daddy, no. Dia baru tidur tu," kedengaran suara Zara dari belakangnya sekaligus menghentikan niat "murni" Imran. Dengan langkah kecil, Zara merapati tubuh Imran.

Imran mencebik.

"And look at you. Baru balik from office terus nak terkam baby? Ish! Clean up first, sayang," Zara mengambil tempat di birai katil. Berhati-hati melabuhkan punggung supaya anak kecil itu tidak tersedar dari lena dan juga untuk mengelak dirinya terasa nyeri.

"Mommy ni sajalah tu tidurkan baby when it's my time with her. Tak acilah mommy ni," berbaur rajuk suara Imran. Dia segera merungkaikan butang pada baju kerjanya sebelum baju putih jenama Ralph Lauren itu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Tuala yang disangkut pada penyangkut turut dicapai.

Zara menggeleng melihat tingkah Imran. Ada sedikit senyuman kelihatannya. Tetapi tidak lama apabila terasa ngilu pada luka di perutnya. Zara berbaring di sebelah tubuh kecil itu untuk mendapatkan keselesaan. Tanpa disedari dia terlelap.

Habis disembur cologne mist Game Davidoff ke seluruhan tubuhnya. Terasa begitu segar. Lama dia tidak mengenakan wangian kegemarannya itu kerana sepanjang tempoh kehamilan Zara, isterinya itu mempunyai alahan teruk dan langsung tidak boleh menghidu harumannya itu. Terpaksa Imran mencari haruman lain yang sesuai dengan hidung Zara. Mujur jua si kecil tidak seperti mommynya!

Apabila Imran mendekati katil dilihat kedua mata si kecil sudah celik. Bulat memandang sekeliling tanpa mengeluarkan suara. Ya, itu satu tabiat anaknya yang dirasa begitu unik. Tidak menangis apabila tersedar dari lena. Hanya terkebil memandang sekeliling.

"Assalamualaikum princess. Did you miss daddy? How was your day with mommy? Did mommy let out any of my dirty secrets?" Imran membawa tubuh kecil itu ke dalam dakapannya. Rutin hariannya sejak kehadiran anak itu ke dalam hidupnya adalah berbual dan berkongsi cerita mengenai hari mereka. Inilah saat dia membiarkan Zara untuk berehat selepas seharian bersama anak mereka ini.

Masih terkebil memandang, anak itu hanya tersenyum sedikit beserta suara yang seakan menjawab soalan daddy nya. Macam mengadu pun ye jugak!

"Iye? Hari ni sayang minum banyak susu mommy? Patutlah mommy letih hari ni," Imran mengucup pipi gebu anaknya. Terasa semakin padat pipi itu sejak hari pertama permata hati mereka itu hadir ke dalam hidup mereka berdua.

Imran melangkah keluar dari bilik mereka. Tidak mahu menganggu lena si isteri. Mahunya kalau si kecil ini tiba-tiba meragam sudah pasti khidmat isterinya diperlukan untuk menenangkan anak mereka ini.

Kadang-kadang Imran tidak dapat mempercayai putaran hidupnya kini. Lima tahun lepas, dia tidak pernah mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga yang kecil namun terasa begitu sempurna untuk dirinya. Sedangkan dia sendiri sudah lama tidak merasai hidup berkeluarga seperti ini sejak papa dan mamanya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ketika dia berusia 14 tahun. Kakaknya turut terkorban sama dalam kemalangan tersebut sekaligus menjadikan dia seorang anak yatim piatu pada usia yang muda.

Kalau dulu, bila ditanya bila hendak menamatkan kehidupan bujangnya pasti jawapan yang diberikan yang paling senang. Takde girlfriend dan tak minat nak cari. Lagi senang kalau hidup sendiri tanpa perlu bertanggungjawab untuk hidup orang lain sedangkan diri sendiri tidak terurus. Dia tidak mahu menyeksa kehidupan seseorang itu semata demi kesenangan dirinya.

Apabila arwah Raeez memberi cadangan kepadanya untuk mengambil Zara sebagai isterinya, sebiji penumbuk penuh padu dilayangkan pada wajah sahabatnya itu. Sedikit pun dia tidak membantu arwah yang sudah tersungkur ke bawah. Geram dengan kata-kata yang sewenang-wenangnya keluar daripada mulut arwah.
Tidak pernah sekalipun dia memandang Zara lebih daripada seorang kawan. Seorang kawan yang baik. Malah dia turut ship hubungan arwah dan Zara yang dirasa memang kena dengan #relationshipgoals. Sepasang kekasih yang sepadan keseluruhannya!

Benar, dia tahu arwah melakukan semua itu kerana masa arwah sudah tidak begitu panjang. Kesan daripada Myeloma yang dihidapi arwah, kesihatan arwah semakin hari semakin merundum dan semakin merisaukan. Tapi itu tidak bermakna seenak saja arwah boleh mangatur kehidupannya dan Zara.

Sebulan dia mengasingkan diri daripada arwah. Segala panggilan, SMS, whatsapp semuanya tidak dilayan dan dibalas. Kunjungan arwah ke pejabatnya di Bandar Utama juga tidak pernah dilayan. Memang perangai seperti perempuan dirasakannya namun dia juga punya hati dan perasaan. Tertekan rasanya apabila dipaksa melakukan sesuatu yang dia tidak sukai. Dan arwah tahu itu!

Namun segalanya berubah apabila Zara sendiri menghubunginya dan meminta untuk berjumpa tanpa kehadiran arwah. Secepatnya dia berkejar ke Ampang Point. Sampai-sampai di Ampang Superbowl, dilihat Zara sudah memasuki game kedua. Point nya pula semua tinggi-tinggi. Imran telan liur. Dia tahu Zara dalam keadaan kusut seperti dirinya kerana bermain boling ni merupakan stress reliever Zara.
Stress kerana hal yang dicadangkan arwahlah!

"Zara, Im nak Zara tahu, I am totally against everything that Raeez has planned for us. I will never say yes," cepat-cepat Imran mahu menerangkan perkara sebenar sebelum Zara menuding jari ke arahnya atas idea gila Raeez.

Zara senyum.

'Wait. She's smiling?'

"Kita main dulu. Nanti kita bincang. You start first. I restarted,"

Imran mengambil tempat. Fokus pada pin-pin di hujung laluan. Sekali baling terus strike!

"This is good, Zara! First one dah terus strike," Imran berpaling ke belakang dengan perasaan gembira. Nak show off pun ye jugak!

"Zara setuju dengan cadangan Raeez, Im," ujar Zara perlahan namun cukup didengari Imran yang sedang memilih bola boling. Tingkah Imran terhenti.

"I know I did not hear it wrong but could you please repeat once again? Just want to make sure my ears and brain are still functioning as usual," Imran mendekati Zara yang sedang duduk. Wajah yang tadi gembira kini nampaknya seperti dalam kekeliruan.

"Please don't make me repeat it, Im. Please,"

Imran tarik nafas dalam-dalam.

"But why? Did he use the final request card? Huh. Sick tactic!"

"Let's just make him happy, Im. Let's just make his last days surrounded by happiness and memorable memories,"

"Lepas tu biar kita ni yang menderita? Terluka?"

"Will you hurt me, Im?" tanya Zara.

Imran pandang wajah Zara. Sepasang mata bulat itu menarik perhatiannya. Seperti sudah mula berkaca-kaca.
"You are putting us in hell, Zara! Surely this is not what you  wanted for yourself either,"

"Answer me, Im. Will you hurt me if we agree to do this together?" Zara membiarkan pandangan tetap pada Imran.

Imran terdiam. Lama mereka berpandangan tanpa kata.

"Urgh! Im tak tahu, Zara. Im tak tahu! I can never hurt you but I can never do this. Im sayang Zara macam mana Im sayang kawan-kawan perempuan Im. Im hormat Zara sebagai kekasih Raeez. Im tak boleh buat apa yang Raeez nak, Zara. Im tak boleh,"

"Im kena boleh. Untuk Raeez. Untuk Zara. Untuk Im. Zara tahu we started off  as friends but I will try the best, the hardest I can to be a good wife. Zara perlu Im untuk bimbing Zara. Zara buat semua ni bukan sebab terpaksa, Im. Tapi Zara yakin that something good will happen later and we have to take the first step as a start,"

Rengekan kecil menyedarkan Imran daripada lamunannya. Senyum.

"Did I just leave you hanging, sayang? Daddy’s sorry. Daddy teringat pasal mommy dulu-dulu," hidungnya bermain dengan hidung mancung si kecil. Hidung si isteri yang diwarisi anak itu.

Aleena Soraya Shah bt Imran Luth Shah. Anaknya. Anak dia dan Zara. Biarlah kalau orang nak cakap dia biased tapi anaknya ini tetap sebuah kesempurnaan pada matanya. Tiada yang kurang walau sedikit pun. Kulitnya cerah seperti Zara. Bulat matanya juga seperti Zara. Cuma bibir kecil dan kening tebal miliknya sahaja yang dipilih anaknya untuk menghiasi wajah kecil itu. Yang penting, darahnya dan Zara kini mengalir dalam tubuh anak ini dan selamanya akan begitu.

Jikalau dulu dia tidak bersetuju dengan cadangan gila arwah dan Zara, pasti di saat ini dia masih keseorangan di rumah ini tanpa sebarang sebab untuk segera kembali dari pejabat. Lena malamnya berpanjangan sehingga ke pagi tanpa perlu bersusah payah menukar lampin si kecil ataupun membuat susu.

"Do you know, sayang? You are the third greatest gift ALLAH has given daddy throughout my life. Why third? Because having your mommy and her love are the top two greatest gifts in my life and I can never thank ALLAH enough for sending her to me. Daddy just harap mommy rasa apa yang daddy ada dalam hati daddy ni untuk dia. To be able showering her with all the wants she might ask although I might not afford it. Daddy cuma boleh bagi dia protection, warmth and love sebanyak mana yang mommy nak. And so do you, sweetheart," Imran kucup lagi dahi wangi anaknya.

Sebuah kucupan hinggap pada dahi Imran. Imran angkat kepala dari pembaringan. Tidak terkejut melihat wajah suri hatinya tidak jauh daripada kepalanya.

"And mommy can't thank daddy enough for sharing the same feeling with mommy since the day we got married," ujar Zara. Dia meletakkan tangan ke atas tangan Imran yang sedang mengendong Soraya.

"Mommy ni tak kasi chance pun kat kita nak dating lama kan, sayang? Selalu cut time daddy dengan sayang,"
"Because mommy misses daddy too. So daddy kena adil kat mommy and Soraya. Kan, sayang?" Zara mengagah anaknya yang tersenyum lebar.

A jovial baby anaknya ini. Asyik tersenyum sahaja. Benar-benar seperti Imran!

Imran bangun daripada pembaringan. Mengengsot ke tengah untuk memberi ruang pada Zara untuk duduk.

"Zara nak panaskan lauk mama bagi tadi untuk Im. Im layan Soraya dulu. Kalau boleh tidurkan dia lagi bagus," cepat-cepat Zara memberi alasan untuk menolak perlawaan Imran. Mahu segera menyiapkan makan malam untuk suaminya.

"Sayang duduk okay? Biar Im yang buat,"

"No it's okay. Zara boleh buat. I'm giving you extra time with Soraya because later she will only want me," Zara mengenyit mata sebelum menghilang ke arah dapur.

Imran gelak kecil. Faham dengan kata-kata isterinya. Dikala anaknya masih dalam mood bermain eloklah dilayankan sebelum ngaumannya mula kedengaran apabila malam merangkak ke pagi nanti.

Bunyi seperti periuk terjatuh di dapur menarik perhatian Imran.

"Zara? Apa yang jatuh tu?"

Tiada jawapan. Sunyi.

Imran tidak puas hati. Mujurlah Soraya sudah lena. Dia meletakkan Soraya di dalam baby cot sebelum menuju ke dapur.

"Sayang? Are you...o...kay?" Hampir terkeluar biji mata Imran melihat sekujur tubuh Zara terkulai layu di atas lantai dapur.

Tergamam!

*

SUASANA riuh di penthouse dua tingkat itu tidak sedikitpun menganggu lena si kecil dalam dakapan Imran. Jemari Imran bermain dengan kulit mulus Soraya. Masih terpesona dengan kehadiran anaknya ini.

"I just don't know what else to say, Im. Abah tak tahu nak rasa kesian pada siapa sekarang ni. Lepas satu-satu dugaan datang kat kamu," Tuan Arshad mengambil tempat di sofa kepala satu bersebelahan dengan hammock yang diduduki Imran dan Soraya.

Imran tersenyum. Layu.

"Ni bahagian Im, abah. I was sad when arwah first got sick but He gave me Zara. When arwah passed away, He gave me Soraya to make me happy again. And now this. Im kena jalankan jugak hidup Im macam biasa,"

"Abah tahu kalau abah nak cakap lebih pun abah takde kat tempat kamu. Kamu yang menanggungnya. Tapi abah harap sangat, Im teruskan sabar. Banyakkan berdoa. Kuatkan diri Im untuk Soraya. Untuk diri Im sekali. I know this is not easy but time will help us to heal, in sha ALLAH. Abah akan tetap doakan Im untuk terus kuat,"

"Im tak kisah pasal Im, abah. I am used to losses in my life. But will Soraya be okay at such an age? She needs the both of us, kan abah?" suara Imran berubah sebak sedikit. Sedaya upaya dia menahan air matanya. Setiap kali dia memikirkan nasib puterinya ini segalanya berubah menjadi lebih sensitif.

Tuan Arshad juga menahan sebak di dada. Runtun hati lelakinya memikirkan cucu perempuan sulungnya itu.

"Kalau Im kuat, in sha ALLAH Soraya pun jadi kuat. She's a strong baby. A fighter just like the both of you. She was born breathless kan masa Zara c-sec hari tu but she made it until today because why? Because she's a fighter. She will get through this jugak Im. Percaya cakap abah ni,"

Imran kembali memandang Soraya. Hampir terputus nafasnya dan Zara ketika tiba waktu Zara hendak melahirkan Soraya. Proses yang sepatutnya normal bertukar menjadi pembedahan Caesarean kerana tekanan darah Zara terlalu tinggi dan mula mengakibatkan anak mereka berada dalam keadaan yang berisiko tinggi. 

Sebaik dilahirkan ada pula komplikasi pada sistem pernafasan Soraya sehingga si kecil ini tidak bernafas pada minit pertama dilahirkan.

Menggigil tubuhnya. Zara hanya mampu diam. Keletihan menahan kontraksi 10 jam sebelumnya membuatkan Zara kelu. Puas Doktor Ilias mencuba untuk membantu Soraya sebelum Zara meminta untuk melihat Soraya. Dicium pipi merah anaknya lama dan perlahan ada bunyi tangisan kedengaran. Semakin lama semakin nyaring!

Imran mendekatkan bibirnya pada pipi montel Soraya. Benar apa yang dikatakan abah mertuanya. Anaknya ini seorang fighter. Seperti mommynya juga. Dia tidak boleh menyerah pada takdir yang belum begitu jelas arah tujunya buat mereka. Hari esok masih jauh untuk difikirkan.

Live your life like today is your last day to live.

"Abah tolong tengokkan Soraya kejap. Im nak masuk dalam. Nak tengok Zara!"

*

"THE blood results and urine sample are back and the combination of those with your symptoms show that you have SLE. We did run some other tests on other antibodies to rule out other autoimmune diseases as well and Alhamdulillah they came back negative. Further scanning like MRI, X-rays can be done but only to exclude other diseases that SLE can mimic..."

Penjelasan selanjutnya daripada Dr Daria sudah tidak diendahkan lagi. Kerana itu hanya pencerahan mengenai penyakitnya saja yang kini terus berulang dalam kotak fikirannya. Setiap hari tanpa henti dia memikirkan perkara ini.

Seperti ketika arwah Raeez memintanya mengahwini Imran dulu...

"Sayang?" tangan kanan Imran mengenggam bahu Zara yang sedang duduk di atas katil mereka.

Zara cepat-cepat mengelap air matanya. Tidak mahu sampai Imran mengesan dia sedang menangis.

"Yes? Soraya cari Zara ke?"

Imran duduk bertentangan dengan Zara. Tubuh kecil Zara perlahan dibawa ke dalam pelukannya. Mengusap kepala dan belakang Zara dengan penuh kasih sayang. Supaya isterinya tahu dia tidak pernah akan keseorangan untuk hari-hari yang mendatang nanti.

"Cry sayang. Im kan ada? I will be here with you,"

Pada mulanya Zara kaku. Tapi apabila dia merasakan usapan penuh cinta daripada suaminya, dia tewas. Untuk kesekian kalinya air matanya menitis lagi.

Imran mengeratkan pelukan apabila dia merasakan lengannya basah. Meski sakit melihat tangisan Zara namun untuk terus membiarkan Zara diam tanpa menunjukkan sebarang emosi lebih menakutkannya.

"You see, that's why I should have married Raeez. So when he dies, Zara pun boleh ikut dia pergi leaving everything behind. But now, how can I possibly leave you? To leave Soraya!"

Imran pejam mata mendengar kata-kata Zara. Rambut Zara dikucup.

"Zara nak pergi mana? Tempat Zara dengan Im. Dengan Soraya. Dekat sini. Rumah kita. Zara akan tetap ada dengan Im sampai bila-bila,"

"SLE, Im. It's fatal,"

"We will find the best cure for you, sayang. Im janji whatever it takes, I will make sure you'll be as good as before. Janji Im kan nak jaga Zara? Im akan buat, sayang,"

The best cure? Lawak apa ni Imran? Dr Daria, Dr Raj, Emir even Google dah cakap there's no cure for SLE!

"I feel bad for you, sayang. Zara kahwin dengan Im sebab arwah Eez mintak Zara jaga Im bila arwah takde nanti. But now, Im yang kena jaga Zara and I feel like I am so selfish for not letting you go for your own sake. Sebab Zara nak Im ada dengan Zara. Zara tak nak Im pergi mana-mana,"

"Heyy, Zara. Look at me," Imran meleraikan pelukan. Dia menolak wajah Zara supaya dia dapat melihat keseluruhan wajah isterinya.

"Im takkan pergi mana-mana kalaupun Zara suruh Im pergi. I married a woman with a fierce fighting spirit and that woman gave birth to my daughter who is a fighter. I am so proud to call you my wife and I will never leave you alone. Zara takkan go through semua ni sorang-sorang, okay? You have me, Soraya. abah, mama semua semua pun ada dengan Zara. You are a fighter and I know you can fight this," Imran mengelap wajah basah Zara.

"Tapi Zara takut, Im,"

'Im pun takut, Zara. Eez, tolong aku. Aku takut nak hilang Zara!'

"Zara boleh rasa takut tapi Im nak start daripada esok Zara tak boleh rasa takut lagi. Hari ni je last chance Im bagi Zara rasa takut sebab lepas ni we will fight. I will hold your hands and we will fight. Together, okay?" Imran mengucup dahi Zara sebelum kembali memeluk tubuh Zara.

Zara mendakap dengan erat tubuh Imran. Seakan tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi.

*

ZARA perhati Imran dan Soraya saling berkejaran di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa ini. Bersungguh-sungguh Imran mengejar si Soraya sehingga naik merah muka dua beranak itu. Zara tersenyum puas melihat permandangan yang dirasa begitu indah pada matanya.

Zara teringat kembali saat-saat dia menderita mendapat tahu tentang penyakitnya ini. Systemic Lupus Erythematosus ataupun SLE merupakan penyakit yang berkaitan dengan sistem imun manusia yang perlahan-lahan akan melemahkan sistem organ dalaman seseorang dengan cara menyerang sel-sel di dalam tubuh diri seseorang itu.

Simptom-simptom SLE sudah mula menunjukkan kehadiran cuma dia sahaja yang bersikap ignorant. Ketika mula berkahwin dengan Imran, badannya sering merasa lemah dan beberapa kali juga dia pengsan namun apabila melakukan pemeriksaan di klinik tiada apa-apa yang serius melainkan tubuhnya sering dehidrasi. Rasa sengal sendi juga mula terasa namun memandangkan ketika itu dia sedang mengandung, dia hanya memikirkan perubahan tubuh yang semakin membengkak sahaja.

Beberapa hari selepas melahirkan dia mula perasan di sekitar tulang pipinya naik ruam-ruam merah yang tidak gatal tetapi pedih membentuk seperti sayap rama-rama dan sekali lagi dia membiarkan sahaja. Cuma kadang-kadang kalau terasa begitu memedihkan dia akan menyapu Aqueous Cream pada bahagian yang pedih.

Tidak disangka selama ini kalau itu semua merupakan petanda awal dia menghidapi penyakit itu. Penyakit yang tiada penawarnya. Cepat-cepat dia meminta supaya Soraya diperiksa keseluruhannya dan mujur semua keputusan kembali negatif.

Hari demi hari tubuhnya mulai lemah. Pekerjaannya sudah lama ditinggalkan sejak ruam pada pipinya semakin menjadi-jadi. Dan dia tidak menyesal kerana dia dapat melihat Soraya membesar dengan sempurna di depan matanya. Segalanya dilakukan tanpa kehadiran pembantu rumah cuma kadang-kadang sahaja Mbok Imah dipinjamkan mama untuk membersihkan rumah.

Hari-harinya dilalui seperti a ticking time bomb. Bila-bila masa sahaja dia boleh dipanggil TUHAN sementelah keadaannya yang semakin serius yang membuatkan dia tidak mampu untuk berdiri lama apatah lagi berjalan. Sejak setahun yang lalu kerusi roda ini menjadi teman ketiga paling setia dalam hidupnya selepas Imran dan Soraya.

Mata Zara kini hanya pada Imran. The real MVP in her life. Jujur kalau ditanya bagaimana dia meneruskan kehidupan setelah mendapat perkhabaran pahit itu, dia hanya akan menyebut sepatah perkataan sahaja.
Imran.

Lelaki itu tidak pernah lelah untuk memastikan semangat Zara membara untuk terus maju ke depan tanpa mengeluh sikitpun. Kasih sayang yang tertumpah tidak pernah berkurangan dan Zara berani jamin kasih sayang antara mereka semakin utuh sehingga ke hari ini. No joke!

Setelah dirinya berhenti kerja, Imran turut mengambil langkah bekerja dari rumah sahaja supaya mudah untuknya memantau kesihatan Zara. Tambahan pula Soraya juga masih kecil dan memerlukan perhatian yang khusus membuatkan suaminya itu tidak berfikir dua kali untuk melakukannya.

Kadang-kadang Zara terfikir apa baiknya dia sehingga Tuhan mengurniakan lelaki sesempurna Imran ke dalam hidupnya. Suaminya itu tetap sabar melayan setiap permintaannya, setiap moodnya yang sentiasa berubah-ubah, menenangkan dia apabila berada dalam kesakitan, menahan makinya apabila dia merasa stress. Apakah benar begitu mulia hati suaminya itu?

Tahun ini memasuki tahun kelima perkahwinan mereka. Pada anniversary mereka baru-baru ini, Imran membawanya menziarahi pusara arwah Raeez. Sejak Raeez meninggal memang dia tidak pernah menziarah kerana menghormati Imran sebagai suaminya walaupun Imran sendiri tidak kisah jika dia mahu menziarah. Selebihnya dia sudah lama ikhlas atas apa yang dilakukannya dan dia sudah menerima jodohnya memang bersama Imran.

"Eez, thank you for giving me her. I can never thank you enough and I just want you to know, I will always be with her. Just like what I promised you," kata-kata Imran membuatkan air mata Zara meleleh tanpa henti!
Malam itu selepas menghantar Soraya ke rumah abah dan mama, Imran membawanya untuk makan malam di Nobu KLCC. Beria dia menolak sebaliknya dia mencadangkan supaya mereka makan di rumah sahaja dan dia akan masak sesuatu yang special. Tidak berapa selesa untuk ke tempat mewah seperti itu dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa ini. Tidak mahu memalukan Imran yang masih kacak dan segak.

Imran juga beria membuatkan Zara tidak sampai hati untuk katakan tidak setelah memikirkan segala apa yang telah dilakukan suaminya itu.

Walau setelah lima tahun berlalu, Zara masih muat dalam baju nikahnya hasil sentuhan Alia Bastamam dan khas untuk malam itu dia berdandan secantiknya buat pandangan Imran. Dia mahu menyenangkan hati Imran yang sudah banyak berkorban untuknya. Makan malam yang diiringi dengan pandangan menakjubkan seluruh Kuala Lumpur membuatkan Zara begitu gembira malam itu.

"Im tak sempat nak beli apa-apa untuk Zara but I hope you'll like this," Imran menolak kotak keras warna merah pada Zara.

"Im ni. Kan kita dah janji no present this year. Apa ni?" Dalam membebel Zara tetap mencapai huluran Imran.

"Bukak dulu,"

Frame gambar yang mengandungi ilustrasi mereka berdua dalam persalinan resepsi mereka kelihatan begitu sempurna. Sangat sempurna pada mata Zara. Sehelai sticky note di sudut tepi frame menarik minatnya.

I'm just trying to live,
I'm trying to believe more,
Maybe a different tomorrow is waiting for us,
At the end of a long day,
On top of that faraway road,
You're already like a miracle,
Always making me smile.

Zara tidak terkata. Nak mengangkat muka pun tak mampu sekarang ni. Terasa panas matanya!

"Sebelum Zara puji Im lebih-lebih, those were not originally mine. Credits to Kim Feel but that is exactly what I felt. We never know what will happen tomorrow, entah-entah Im yang pergi dulu sebelum Zara tapi Im nak Zara faham satu benda je. Just live today. Whatever tomorrow brings we just have to go with it. I live for today, with you and Soraya. I love you," Imran membawa jemari kanan Zara ke bibir lantas sebuah kucupan hinggap.

Zara mendekatkan wajah mereka berdua.

"I thank ALLAH every day for giving me you. And I thank you for all your promises you've made for me. I love you more,"

"Bye mommy! Mommy look at me! I'm going down the slide!" Jeritan nyaring Soraya mematahkan lamunan Zara. Beria anak itu melambai dari atas papan gelongsor. Cepat-cepat Zara membalas lambaian anaknya. Kali ini dia perasan Imran juga sedang merenungnya dari tempat dia berdiri. Lembut namun masih ada panahannya.

Kata-kata doktor yang mengatakan masanya tidak panjang kerana SLE merupakan penyakit yang boleh mendatangkan maut tidak pernah diambil kira selagi lelaki itu bersamanya. Dia tidak takut untuk hari esok tiba kerana janji lelaki itu sentiasa menghidupkan jiwanya. No one knows tomorrow but live your life like today is the last day you'll live. Dia mahu menikmati hari ini selagi bayangan esok masih belum tiba.

Bersama keluarganya. Bersama Soraya. Dan Imran. Bersama Imran.