Saturday, May 27, 2017

Terimaku Seadanya

"Tidur sini je malam ni!"

Suara dari belakangnya membuat langkahnya terhenti. Ini yang membuatkan dia malas untuk pulang ke sini. Mesti akan ada perbalahan tentang masalah ini.

"Jauh nak pergi office dari sini," alasan mudahnya.

"Macamlah office tu kat Penang gaya cakap jauh tu,"

"I have a meeting tomorrow morning. It would be easier if I'm from my condo,"

"Yours? Says who? Yes, you might be the owner but still its’ my money that you've used to buy it," Datuk Seri Tajuddin berjalan lambat lambat ke arah sofa. Tongkatnya juga dihayun perlahan, mengikut langkah kakinya.

Jufri menggigit bibir. Malasnya nak gaduh!

"Papa nak Juf buat apa sebenarnya ni?"

"You maybe the CEO of Regalia but I'm still the Chairman,"

Sah! Ini mesti berkaitan dengan tindakannya memilih Nadi Alam sebagai rakan niaga terbaru mereka menerusi projek membangunkan kawasan perumahan baru di Damai Alam. Bangkangan daripada ahli lembaga pengarah yang lain tidak dihiraukan sebaliknya dia menggunakan kuasanya sebagai CEO untuk memberi kata putus. Tanpa consult pada papanya selaku Pengerusi.

Mana papanya tak angin!

"Juf malas nak bergaduh pasal ni sekarang. If you really think we need to talk, meet me at the office tomorrow after 10 morning,"

"Huh! Juf ingat Juf sape nak suruh papa datang macam tu je. Fine. If you are tired to talk about it now, meet me tomorrow morning for golf. We'll talk about this over there,"

"I've told you I'm having a ..." ayat Jufri tergantung.

"Screw them. After all, there won't be any meeting if you are not the CEO, no?" pedas sekali jawapan Datuk Seri Tajuddin.

Bergema ruang tamu banglo Bukit Tunku itu setelah Jufri pergi. Datuk Seri Tajuddin meneruskan bacaan buku tulisan Stephen Hawking tanpa merasa terganggu. Seolah tiada apa yang berlaku.

"Apa lagi yang tak kena tu?" Datin Seri Zaleha muncul dari dapur membawa dulang berisi cawan, teko dan buah.

"Suka hati dia nak JV dengan Nadi Alam without asking me. Who the hell he thinks he is? He didn't even ask me in the first place. How dare!"

"He is the Chief Operating Officer right now. Not you. Just stay out of his business, would you? Jangan nak sibuk," selamba sahaja kata-kata Datin Seri Zaleha sambil menuang kopi ke dalam cawan buatan Noritake.

"Excuse me?" Datuk Seri Tajuddin seakan tidak percaya dengan kata-kata isterinya.

"You heard me. Besides, you've hand over the company to him. Let him runs it his way. As a Chairman, you must only supervise. Not giving out the CEO a big time handling the company,"

Giliran Datuk Seri Tajuddin pula merasa bengang. Isterinya itu tidak pernah sekepala dengannya bila melibatkan perniagaan. Ada sahaja yang dilakukan tidak pernah mendapat persetujuan isterinya. Hanya perlantikan Jufri mendapat lampu hijau sepenuhnya.

"Asyik menangkan anak dia je,"

"The money that I own now, comes from him as a CEO. I think you should be good to him too," ucap Datin Seri Zaleha sambil menyisip kopinya dengan muka selamba.

Huh!


*


SUDAH empat gelas Jack ditelan Jufri. Geram betul dia dengan papanya malam ini. Apa sahaja yang dilakukannya tidak pernah dipersetujui oleh Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Regalia Holdings. Walaupun tampuk Regalia sudah tiga tahun dipegang namun setiap keputusan masih dibayangi oleh Datuk Seri Tajuddin. Manalah papanya nak melihat perubahan yang dia bawa kalau setiap keputusan masih akan dirujuk pada Datuk Seri Tajuddin.

"One more," Jufri memesan lagi segelas pada bar tender. Dapat segelas, sekali teguk dia menghabiskan air setan tersebut.

"People tend to drink to forget what happened before. But they've never think of the post effects,"

Jufri menoleh ke kiri. Dia memandang atas bawah penampilan perempuan di sebelahnya. Dia ni silap tempat ke?

"I see you've drink more than three. Life must be hard eh?"

"You don't belong here," tajam kata itu diucapkan Jufri. Panas pula hatinya apabila dirasa perempuan itu memandai sahaja menduga tentang kehidupannya.

"Then, orang macam you je ke yang belongs to this place?"

Jufri memandang wajah yang dikepung dengan selendang polos di depannya.

"I don't usually do this but could you please mind your own business? I don't need another reason to stay here for more hours," jari telunjuk Jufri tegak pada bar tender, meminta segelas lagi.

"Melayu macam you nilah yang buat the non-Muslims to never have faith in Islam," penuh pedas ungkapan perempuan itu.

Jufri memejam mata. Gelas dalam genggamannya dihentak pada permukaan meja.

Berderau darahnya!

Dia memusingkan tubuhnya menghadap perempuan itu. Menambah marahnya apabila sepasang mata tajam itu sedang memandangnya lembut namun dapat dirasa di sebalik renungan itu mengandungi seribu satu cercaan.

"My life, my way. Neither do I care what the hell a girl with scarf doing in this place so please, leave. Unless you wish to join me for a drink, then stay. If not, leave me alone,"

"What would I get if I join you for a drink?"

Nak terhambur air yang baru disisip Jufri mendengar pertanyaan perempuan pelik di sebelahnya. Kata-kata selamba yang diucapkan kedengaran begitu janggal apabila diucapkan oleh perempuan yang berselendang seperti perempuan ini.

"Do you even hear yourself saying this?" Jufri memandang penuh minat pada perempuan itu. Satu-satu feature pada wajah itu ditilik.

Perempuan itu tersenyum. Dan berjaya membuatkan Jufri percaya kalau senyuman itu ikhlas tanpa sebarang maksud tersirat!

"Apa untungnya you minum air ni? Buat badan you lagi penat. Buang duit you. Melecehkan hidup you. Apa je yang best nya?" perempuan itu menongkat kepala mengguna tangan kirinya sambil matanya tajam ke arah Jufri. Dia bermain dengan salah satu gelas kosong yang ada di depannya.

"Minum tak boleh tolong untuk selesaikan masalah kita neither helping us to live in excitement as well," tambah perempuan itu lagi.

Jufri nak gelak namun ditahan apabila bersungguh-sungguh mata itu menatapnya.

Dia tergamam...

"Says someone who's in a bar," balas Jufri.

Perempuan itu mengangkat bahunya lantas terus berdiri.

"Jangan seksa badan kita dengan benda haram. Nanti bila sakit, its not only us who will be affected. Always think the latter. Assalamualaikum,"

Terkebil-kebil Jufri mengikut langkah perempuan itu sehingga ke pintu keluar.

"Huh! Takde angin takde ribut tiba-tiba dapat tazkirah pulak. Kat bar pulak tu. Gila!" Jufri akhirnya gelak jua.

"Another one, sir?" pertanyaan bar tender menghentikan tawa Jufri.

"Yes, please,"

'Jangan seksa badan kita dengan benda haram. Nanti bila sakit, its not only us who will be affected. Think about the latter,'

Suara perempuan itu terngiang dalam kepala Jufri.

"Hmm, boy? It's okay. I'm done. Bill please," sempat Jufri mengubah fikiran sebelum bar tender tersebut berlalu pergi.

Dalam melangkah untuk keluar, Jufri berhenti seketika. Dia memejam mata.

"Waalaikumusalam," perlahan bibirnya membalas salam yang dihulur perempuan pelik tadi.

'Ah sudah. Sape pulak perempuan tu? Kacau!'


*


"BANYAK mana dah kau tulis?"

Khusyuk mata Azalea ke arah skrin laptop yang tengah play cerita Notting Hill. Seribu kali tengok pun, seribu kali mesti nak awww je. Ahaks!

Pertanyaan Syiqin dibiarkan berlalu.

Krik krik.

"Ohoi perempuan ni. Paling masalah kalau dia tengah tengok laptop nak tunggu dia jawab soalan kita," keluh Syiqin yang sedang membersihkan make up di hadapan meja solek.

"Dah tahu macam tu, buat apa nak tanya? Playing ignorant kan specialty aku," tukas Azalea setelah movie pause.

Bak kata Syiqin. Memang bukan sifatnya nak menjawab atau mencelah apa-apa apabila dia berhadapan dengan laptop nya. Itu salah satu tabiatnya.

"Gotcha! Yassssssss mengena trick aku! So now aku dah dapat cara nak get your attention bila kau depan laptop. Elehh playing ignorant konon. Sentap gak kan bila orang mengutuk dia," tersenyum lebar Syiqin dapat mengenakan Azalea.

Rasakan!

Azalea mencebik. Badan yang sedang meniarap di atas katil, dialih ke kedudukan menelentang. Direct, matanya menembus ke siling.

"Syiqin,"

"Yo!"

"Aku nampak mamat tu lagi sekali,"

Syiqin alih pandang ke arah katil. Nampak kawannya itu sudah terngadah ke atas.

Haish, berat nanang ni!

"Kat mana pulak kali ni?"

"Tempat sama. Tapi kali ni, aku tegur dia,"

"You did what?!" Syiqin terus bangun dan terus ke katil. Melambung sedikit katil apabila punggung Syiqin mencecah permukaan katil. Kasar.

Azalea nampak tidak berperasaan saja dengan tingkah Syiqin.

Ignorant.

"Kau tegur apa?"

"The truth. Sumpah aku rasa time tu dia nak telan aku hidup-hidup bila aku tegur dia,"

"Dah kau pun kenapa nak kena tegur dia? Mestilah dia pelik orang yang dia tak kenal, tegur dia. Lainlah kalau kau minat kat dia, no?"

"Entahlah. Aku pun tak sure what was my reason of doing so. Aku macam biasalah. Dok perhati orang including him tapi this time I just couldn't stop myself from looking at him.

"Dia bukannya regular kat situ and I don't mind at all him being so but aku tak boleh tengok dia terus minum air tu. It was already five before aku tegur dia,"

Suasana krik krik balik.

Syiqin gulung bibir. Ada senyum sikit di hujung.

"No way! Aku tak minat dia. Langsung tak eh. Kau jangan nak memandai!" suara Azalea naik satu level atas selepas menangkap maksud disebalik senyuman pelik Syiqin.

"Dah tu, yang kau sibuk sangat dengan dia tu kenapa? Of course kat bar tu ada lagi ramai yang minum more than five but I don't think you are concern enough to actually go and say hi to them, no?"

Terkelip-kelip Azalea memandang Syiqin.

Boom!

Azalea menelan liur. Pandangan kembali ditala pada siling.

"Aku tak tahulah, Syiqin. I have no answer for that. Yang aku tahu, aku rasa sakit tengok dia macam tu,"

Bulat mata Syiqin mendengar Azalea berkata demikian. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Azalea.

Mata Azalea memandang tangan Syiqin yang melekap di atas dahinya. Tangan itu ditepisnya.

"Kau dah kenapa?"

"Kau demam ke, Zalea?"

Azalea mendengus.

"Mulalah tu. Aku cakap serius lah. Mana ada aku demam,"

"Ke tu sebenarnya part of story baru kau tu?"

"Sudahlah kalau kau tak percaya. Malas aku nak layan. Tengok Julia Roberts ni lagi baguslah," Azalea memusing kan badannya semula, menghadap screen laptop.

Syiqin angkat bahu. Sempat hujung bibirnya menguntum senyuman. Dia lantas bangun. Mencapai beg tangannya di atas meja solek sebelum menuju ke arah pintu.

"Aku fahamlah kalau kau rasa sakit bila kau tengok aku tengah sakit sebab aku ni kawan kau. Tapi bila kau rasa sakit tengok orang lain tu, hmm... itu buat aku kurang faham sikit. Tak fahamlah perasaan penulis macam kau ni," cepat-cepat Syiqin keluar dari bilik Azalea sebelum ada bantal yang melayang dari arah katil.

Kata-kata Syiqin menusuk ke dalam otaknya.

'Haih. Apa kena dengan aku ni? Kenapa pulak aku nak rasa sakit tengok dia macam tu? Lantak dialah. Aku kenal dia pun tidak,'

Laptop dimatikan. iPad di atas meja sisi katil dicapai lantas langkahnya diatur ke balcony. Dia mengambil tempat di kerusi ala buaian yang menjadi port nya untuk berkarya.

Dia kini di tengah kesibukkan menyiapkan novel kelimanya yang berkisar mengenai kehidupan seorang lelaki Islam yang sudah tersasar dari jalan kebenaran. Dia mendapatkan idea untuk menulis kisah itu ketika dia sedang makan bersama Syiqin di Chillis Empire Gallery Subang beberapa bulan yang lalu.

Matanya terpandang kelibat lelaki sama yang ditegurnya semalam di meja bar yang terdapat di tengah-tengah restoran tersebut. Di hadapan lelaki itu ada segelas besar arak yang berwarna keemasan di dalamnya. Sekali pandang saja dia tahu lelaki itu seorang Melayu. Seorang Islam.

MashaAllah!

Dia perhati saja tingkah lelaki itu yang pastinya tidak menyedari ada sepasang mata yang sedang memandangnya dari jauh. Dia menyerigai apabila lelaki itu menghabiskan sekali teguk minuman setan tersebut sebelum memesan segelas lagi.

Berkali-kali dia beristighfar dalam hatinya sepanjang matanya memerhatikan lelaki itu. Apa silapnya sehingga tersasar lelaki itu dari jalan sepatutnya? Daripada raut wajah yang segak itu, dia dapat mengesan ada kesedihan yang melanda hati lelaki itu tapi adakah dengan meneguk air setan tersebut dapat menghapuskan segala kesakitan yang melanda?

Dia tahu bukan hanya lelaki itu saja yang mengamalkan cara hidup sebegini namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, semakin ramai orang Islam yang sudah terjebak dalam kehidupan munafik dan haram ini. Seolah tiada langsung perasaan bersalah dalam diri apabila dengan sengajanya melanggar segala perintah Tuhan hanya dengan niat sekadar suka-suka. Juga dengan andaian masih ada masa untuk bertaubat di hari tua dengan menghabiskan sisa hidup dengan beribadat.

Funny.

Pulang dari Chillis malam itu dia terus menjalankan research nya. Beberapa profil Instagram milik socialites di Malaysia digodek untuk mendapatkan rough sketch. Itu yang akan dilakukan jika dia mahu memulakan cerita baru.

Memang diakui kemudahan teknologi yang serba canggih sangat membantunya dalam mendapatkan segala apa yang diingini namun selagi dia tidak memerhati dengan matanya sendiri, itu bukanlah satu kepuasan buat dirinya.

Selang seminggu, dia berkunjung ke Bangsar. Menerusi beberapa profil Instagram yang menjadi mangsa stalk nya, Bangsar boleh dikatakan antara lubuk mereka berkumpul. Ternyata ia benar kerana sepanjang Jalan Telawi tersebut memang terdapat banyak bar dan pub. Fikirnya mungkin besok dia akan kawasan Changkat Bukit Bintang pulak untuk menjalankan penyiasatannya.

Azalea memilih untuk duduk di restoran yang bertentangan dengan salah satu bar. Sengaja dia memilih kedudukan di kaki lima bagi memudahkan matanya memerhati dengan jelas perlakuan manusia di bar seberang sana.

Malam pertama di situ, hampir sahaja air matanya menitis melihat di celah khalayak yang pasti ada terselit wajah kemelayuan tanpa segan silu turut sama meneguk arak seperti air sahaja. Ada yang bahkan bertukar ciuman di bibir dengan yang pastinya bukan isteri mahupun suami sendiri.

Berjuta kali dia beristighfar dalam hati!

Malam kedua dia kembali lagi. Masih memilih lokasi yang sama, dia meneruskan pemerhatiannya. Kali ini dia menemu semula lelaki yang dilihat di bar Chillis Empire Gallery Subang. Jantungnya berdegup kencang sebaik matanya terpandang figura yang sedang melangkah laju menuju ke bar yang sama menjadi perhatiannya sejak semalam. Berkali dia menelan liur supaya degupan yang melaju tadi hilang. Entah apa kena dengan jantungnya sehingga begitu deras sekali degupannya. Namun yang ternyata, dia gembira kerana si dia yang menjadi inspirasi buat novel terbarunya kini berada di depan mata.

Lelaki itu dilihatnya terus menuju ke arah meja bar. Seperti sudah bergelar pelanggan tetap, sekejapan segelas kecil berisi cecair berwarna perang keemasan sudah berada di hadapan lelaki itu. Sekali lagi dia menyerigai apabila melihat lelaki itu meneguk sekali sahaja kandungan dalam gelas tersebut. Berulang sehingga gelas keenam sebelum lelaki itu meninggalkan bar tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi.

Pulang sahaja dia ke rumah, dia menceritakan "penemuannya" pada Syiqin.

"Beria sangat kau ni bercerita pasal dia. Ke kau dah suka kat dia?"

Tebakan soalan Syiqin membuat dia terdiam. Terus Syiqin gelak besar.

Dan terus jugak dia mencubit tangan Syiqin.

Malam-malam seterusnya dia meneruskan lagi pememerhatiannya. Dan baru dia sedar wajah-wajah yang datang bersilih ganti dengan yang baru setiap hari. Tetapi yang pasti lelaki itu akan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu berkunjung ke bar tersebut. Tiap kali kunjungannya tidak pernah berkurang dari lima gelas minuman itu.

Sehinggalah malam semalam. Entah apa yang memberanikan dia untuk menegur lelaki itu pun dia tidak pasti. Ringan sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bar yang rata-ratanya memandang ke arahnya sebaik kakinya menjejak masuk. Pastilah dia menjadi tumpuan kerana pertama kali dalam sejarah agaknya seorang perempuan bertudung memasuki tempat larangan seperti itu.

Tetapi dia tidak peduli. Dia terus melangkah dengan yakin ke arah lelaki tersebut yang pastinya tidak menyedari suasana di sekelilingnya.

And the rest is history. Wahh gittew!

Dia tidak jadi menaip. Sebaliknya membiarkan pandangannya menebar ke arah permandangan kota raya Kuala Lumpur yang dapat dilihat dengan jelas dari tingkat 14 kondominium yang disewanya ini. Salah satu sebab mengapa dia memilih untuk menyewa di sini adalah kerana permandangan malam yang begitu cantik pada matanya.

Namun untuk malam ini dia tidak mengagumi keindahan neon yang menerangi Kuala Lumpur. Sebaliknya wajah lelaki itu kembali muncul pada layar matanya. Teringat pandangan marah yang dilontarkan. Kata-kata tajamnya yang langsung tidak beralas. Sikapnya yang dingin.

"Haih. Aku ni kenapa? Lelaki tak semenggah macam tu yang aku dok fikirkan pulak apa jadahnya?!"

Dia mendengus.

Sekali lagi bayang wajah lelaki itu muncul di tubir matanya.

"Argh!!!"


*


Jufri angguk kepala pada staffs yang berselisih dengannya sepanjang perjalanan dari lobi sehingga ke pejabatnya di tingkat 9. Dan seperti biasa juga pasti ada kedengaran suara-suara halus yang memuji kekacakkannya. Semua itu sudah terlalu biasa pada pendengaran seorang Jufri Arief Tajuddin.

Dia bukannya seorang yang riak namun dia tetap bersyukur dengan kurniaan Tuhan padanya. Dia mewarisi kekacakkan papanya, seorang ahli perniagaan dan bekas jaguh renang negara Tajuddin Ramli dan kecantikkan mamanya, seorang model dan pelakon era 70an, Zaleha Aziz. He was born 33 years ago with silver spoon in his mouth. Keluarganya antara keluarga socialite di Malaysia dan mana mungkin dia tidak dikenali kerana kini dia merupakan CEO Regalia Holdings yang sudah bertapak lamanya di Malaysia dan telah mengukuhkan kedudukan ke hampir seluruh pelusuk dunia.

Sejak YB Khairy Jamaluddin mengeluarkan notion tall, dark and handsome, kelibat Jufri sering dikaitkan dengan gelaran tersebut oleh rakan-rakannya. Ya, dia memang tall. Itu memang benar kerana ketinggiannya yang mencecah enam kaki namun nak katakan dia dark sangat pun tidaklah. Dia dahulunya berkulit cerah seperti kedua ibu bapanya tetapi kerana terlalu banyak berjemur disebabkan sukan ragbi yang disertainya ketika di bangku sekolah dan universiti mengakibatkan kulitnya bertukar warna sedikit namun masih tetap ada manisnya. Tapi tang handsome itu, dia tidak boleh mengiakannya. It's subjective and varies from people's point of view.

"Morning boss!" sapa Henry, setiausaha merangkap PA merangkap best man dan yang sewaktu dengannya buat seorang Jufri Arief Tajuddin. Dia sudah bersedia untuk memberi briefing schedule Jufri untuk hari ni.

"Before we start, I need you to cancel all my meetings for today. Postphone it or delay or whatever it is, aku tak nak keluar office langsung hari ni," Jufri mengeluarkan iPhone dari dalam poket seluar sebelum punggungnya mencecah permukaan kerusi yang empuk.

Mulut Henry yang baru nak mula bermukadimah kembali tutup rapat mendengar kata-kata lelaki di hadapannya. iPad mini dalam tangan di lock.

"Nasib baik hari ni ada internal meetings je. Tak payah susah susah aku nak cari excuse," Henry menarik kerusi lantas terus duduk tanpa dipelawa.

Jufri letak iPhone atas meja. Kerusinya dipusing ke belakang. Dia lebih selesa untuk memandang keseluruhan Damansara daripada nak pandang wajah si Henry.

"Kau kenapa? Okay tak?"

Jufri pejam mata.

"Kepala aku serabutlah. Papa tak habis-habis nak serabutkan otak aku. Hari tu Nadi Alam, kali ni Curve Cooperation pulak. BOD tak boleh nampak ke aku boleh buat kerja? Takut sangat aku lingkupkan company. Bodoh sangat ke aku ni nak jahanamkan company sendiri?"

Henry dah agak. Mamat depan dia ni nampak je macam abang sado tapi dalam hati ada taman bunga Astakona beb. Sensitif dia bukan boleh bawak berbincang. Dari mula dia kenal Jufri, perangai yang satu tu memang tak pernah berubah.

Tapi yang dia tak faham sampai sekarang, kalau Big Boss takut sangat Jufri ni boleh buat syarikat rugi, kenapa hand over the management to him? And even the BOD pun setuju je bila Jufri take over Regalia tiga tahun lepas. Dah kalau setiap kali Jufri take action on anything semua orang nak detest je mana taknya abang sado kita ni tak meletup!

"Kenapalah kau nak kena tanya aku soalan yang aku tak boleh nak jawab? I suck at this bro therefore why I'm hired as your PA. Sebab kau tak nak ada aksi 18sx pulak dalam office bila kau tengah patah hati macam ni," selamba saja Henry menutur kata.

Jufri gelak sikit. Benar kata Henry. Untuk mengelakkan berlakunya sebarang adegan 18sx, dia lebih selesa bekerja dengan kaum Adam yang boleh mempengaruhinya untuk berfikir secara logik dan rasional.

Henry dikenali di Regalia sebelum Jufri menghuni pejabat ini. Ketika itu Jufri baru memulakan kerjayanya di Regalia sebagai salah seorang Finance Executive. Henry pula memegang jawatan pembantu Mr Prem Ravindran, Director of Finance di Regalia. Mereka menjadi rapat selepas satu pertemuan di salah sebuah bar yang menjadi tempat biasa Jufri. Apabila Mr Prem Ravindran bersara dari Regalia, Henry bertukar kerja di Celcom sebagai executive di sana sehinggalah apabila Jufri mengambil alih kerusi empuk CEO dan Henry dipanggil semula untuk bertugas sebagai PA Jufri sehingga sekarang.

"Aku rasa macam nak lari kejaplah. Stress betul. Papa aku tu selagi aku duduk dalam office ni semua benda aku buat semua pun salah. And just because aku tak consult apa-apa dengan dia. At least bagilah aku chance sampai first phase of the project to be completed dulu. Then if it is not okay, he is more than welcome to fire me,"

"Actually bro, kau dengan papa kau sebenarnya sama je. Dia ego sebab dia rasa no one can beat him in managing Regalia while kau punya ego pulak tak nak kalah dengan papa kau sebab kau rasa you can do as good as him or even better. In the end tak sapa will give in sebab ego," satu das diberi Henry buat majikannya itu. Dia tidak kisah kalau Jufri merasa dia terlalu melampau namun Jufri perlu disedarkan kedua-duanya pun bersalah dalam hal ini dan jika tiada sebarang persefahaman dicapai antara mereka anak beranak, boleh runtuh Regalia ni nanti!

Jufri memusing kerusi ke hadapan semula. Muka Henry dipandang dengan pandangan tidak percaya. Bukan kerana kata-kata tajam yang dikatakan Henry namun isi "tembakan" Henry yang dirasakan begitu tepat mengenai hatinya. Ego? Sape je yang tak besar ego dalam kepala masing-masing tambah-tambah kalau manusia yang berkepala batu seperti dia dan papanya.

Huh, bapak borek anak rintik! Memang betul sangat peribahasa tu.

"Look Juf. Aku kenal kau sejak kau duduk kat Tingkat 3 lagi. I know what you wanna do for the company and trust me when I say you can do it. But doing it without the consent from your father, things would just be the same. Aku ni nak kata alim sangat tu taklah but tak ke mana pun anything yang kau buat without consent parents kau,"

"Kau tak kenal papa aku tu. Knocking sense into his head would not be that easy. Regalia is his pride and joy. The only reason why I'm here is because his heart condition. Kalau tak sampai sekarang lah aku still kat Tingkat 3 tu,"

Henry angkat bahu.

"I've laid enough cards already. Up to you now to work on the solution," Henry bangun dari kerusi. Bersedia untuk meninggalkan ruang pejabat Jufri.

Baru beberapa langkah, Henry berhenti. Teringat tentang sesuatu. Dia berpaling ke belakang.

"Aku dah tanya around pasal perempuan yang kau suruh aku recce tu. Based on what you've described, I don't think she belongs to our spots. And obviously no one knows her bila aku tanya. Are you sure you both were talking to each other that night? You were not that tipsy kan?"

"Kau macam baru kenal aku je. My drinking habit not that bad okay? Even if aku tipsy pun, I would never forget that girl. And who would kalau ada perempuan bertudung masuk bar!"

"Whatever you say but as I've mentioned, aku tak dapat nak detect who is she. Aku dah mintak Peter roger kalau ada nampak the sight of that lady tapi dia pun takde call aku so takdelah dia pergi bar lagi kot,"

"Takpelah. I'll get her nanti. KL ni tak besar mana pun. From her appearance that night, she seems to belong to the city,"

"Tak. Yang kau beria sangat nak cari perempuan tu kenapa ni? Is there something going on between you both?"

Jufri sengih.

"Entah. There's something about her though. But aku nak tahu dulu what was she doing at the bar. Yang lain tu maybe go with the flow. Let's just see how things turn up,"

Henry gelak sampai berkerut dahinya. Lucu mendengar kata-kata Jufri.

"Kau biar betul? Kau suka perempuan tu ke?"

"Like I've said there's something about her. She is very intriguing and challenging within her actions. Aku memang nak kenal dia more,"

"But she's wearing tudung, bro! Are you sure she is your type?"

Jufri angkat bahu. Bibirnya terjuih.

"Alaa tudung nowadays is just a trend. Whenever she's bored dia cabutlah nanti. Perempuan bertudung sekarang pun dah moden. Pegang tangan, peluk, cium is nothing already. I shouldn't have questioned why that girl was even at the bar since these so called hijabista are very much open minded,"

"Up to you bro. Jangan nanti kau yang tersungkur pulak. You know kan perempuan ni akal dia ada sembilan? They have million ways to always make them right all the time. Macam Datin Seri. Ego mana papa kau tu pun once mama kau bukak mulut, diam jugak kan? And that my friend is not queen control but the power of their nine minds. Remember that!"

Jufri perhati saja Henry meninggalkan pejabatnya. Setelah daun pintu ditutup rapat pandangannya masih belum beralih. Jemari kedua tangannya bertaup sebelum dia melabuhkan dagunya di atas taupan itu. Fikirannya menerawang.

Sehingga kini raut wajah beserta tazkirah percuma yang diberikan perempuan itu masih bermain di layar minda dan terngiang di cuping telinganya. Ada sesuatu yang menarik mengenai perempuan itu sebenarnya. Sebab itu Jufri tidak dapat melupakan pertemuan antara mereka sehingga kini.

Tapi apa?


*


MALAM ini Azalea bertukar tempat pemerhatian. Semalam ketika hendak ke IKEA Cheras, matanya melintasi bangunan baru ZOUK di penghujung Jalan Tun Razak. Di sebelah bangunan berteraskan warna kelabu dan perang itu seperti terdapat beberapa deretan bar. Dia akan ke sana malam ini untuk dapatkan visual yang lebih jelas mengenai kehidupan sosial yang satu itu.

Dia mengenakan kemeja ZARA berwarna putih dan jeans biru muda H&M. Scarf Mary Stenton Textured Owl Print bercorak water splash rona biru tanah putih menjadi pilihan Azalea malam ini. Puas dia melihat penampilannya dalam cermin sebelum keluar tadi. Tidak percaya dengan pilihan pakaiannya. Jarang sebenarnya dia hendak bergaya seperti ini selalunya tapi malam ini hatinya berat mengatakan ada sesuatu yang akan berlaku. Jantungnya sejak tadi berdegup kencang mengalahkan orang yang baru lepas berolahraga!

Azalea berjalan menonong tanpa mempedulikan pandangan manusia yang sudah pun memenuhi keseluruhan tapak bangunan ZOUK. Dia datang pun bertepatan dengan masa clubbing manusia ni semua. Dia akhirnya memilih Le Noir untuk memulakan observation nya.

Tiada yang beza dengan apa yang dilihat di Bangsar dan Changkat Bukit Bintang sejak beberapa bulan lepas. Cuma bezanya di sini, mereka lebih gemar untuk minum di deretan bar yang ada sebelum masuk ke dalam ZOUK untuk berparti.

Teringin juga Azalea nak masuk ke dalam ZOUK namun akal dan hatinya bekerjasama untuk menghalang dia untuk melakukan kerja gila itu. Cukuplah dia sekadar di sini sahaja. Itupun dah cukup berdosa Azalea oii!

"Kau ni dah tahu hari ni hari Jumaat yang kau sibuk nak datang ZOUK ni buat apa? Mana ada parking space! Valet pun tak nak ambik kereta aku tadi tau," bising mulut Jufri memarahi Henry di hujung talian. Tak memasal dia terpaksa park di basement dan berjalan naik ke atas menaiki tangga.

Henry gelak.

"Salah aku pulak? You were supposed to come at 10. Sape suruh kau datang time macam ni? Berebutlah kau parking dengan manusia yang nak clubbing. Aku elok je datang tadi banyak lagi kosong kat valet,"

"Nak buat macam mana. Dah mak aku suruh ikut dia pergi dinner kat rumah Tan Sri tadi takkan aku nak say no. Ni pun puas aku cari excuse nak chow. Ehh okay I'm hanging up," end call.

Cepat sahaja Jufri sampai di hadapan *** bar. Dia menolak daun pintu dan terus nampak sekumpulan lelaki yang boleh dikatakan bising di hujung sana.

"Hey look who's here man? CEO guy!" David terlebih dahulu bangun untuk menyambut kedatangan Jufri. Mereka berlaga bahu. Jufri menerus berlaga fist dengan Henry, Megat, Ravin, Izwan dan Eric. Pipi Sharlyn dan Meera masing-masing kekasih Izwan dan David dicium.

"How are you girls?" saja Jufri berbasa.

"Good. Anyways, we are leaving guys. We'll see you later," Sharlyn kucup bibir Izwan sebelum melayangkan kisses buat yang lain diikuti Meera.

"They are not joining ke?" tanya Jufri.

Izwan menyisip sedikit beer.

"Nope. They just came to say hi. They going in with their friends,"

"What should we get you, CEO? JD or whisky?" David sudah mengangkat tangan ke atas untuk memanggil pelayan.

"Get me whisky, less ice,"

David angguk.

"Anyone else nak add on?"

"One more whisky," ujar Eric.

Jufri menunggu sehingga pelayan tersebut berlalu sebelum shoot soalan.

"So David, what's the occasion? This must be something good,"

David senyum. Lebar.

"I've proposed to Meera. And she said yes!"

"Oh man that's good! Congrats Dave! Finally someone in the group is getting tied up!" seloroh Megat. Dia hulur hi5 pada David. Diikuti oleh yang lain.

"And next would be you, Izwan. Come on man! Its’ the time already don't you think?"

Izwan teguk habis beer.

"Well she needs to convert and her parents not really keen to that idea. So we will just wait and see,"

"Alaa bro. Apa susah. Tell her parents if she does convert pun nothing changed. Only her religion and that's it. Whatever you guys been doing now just continue je. Just want to get everything legal je," Jufri masuk dengan pendapatnya.

"True that bro. That is what I've been telling Sharlyn pun. Everything stays the same just that agama je tukar. She can keep her name. She can keep drinking if she wants, eat pork as usual. No prob at all. I am totally fine with it. But don't know lah her. Like I said, we will just wait and see,"

"If it is not Izwan the next, kaulah next Juf! CEO, 33 and still single? Something is not right!" sampuk David.

"33 is nothing man. I could stay single forever for as long I want and live the life the way I want it to be. Lecehlah nak fikir pasal marriage ni. I would rather have hard time choosing between golf and gym for tomorrow than to think about women. The most difficult creature on Earth," Jufri capai gelas berisi whisky dan mula meneguk.

"But I couldn't agree more with David because what it seems to me, jodoh kau memang dah sampai, Boss," ucap Henry sambil menyisip JD sementara pandangannya penuh minat melihat ke arah luar bar.

"Kau merepek apa ni? Or are you drunk already?" Jufri gelak kecil. Whiskey dihabiskan.

"Merepek? Look at that. It's your darling jodoh over there," Henry menunjuk ke luar bar dengan jari telunjuknya.

Kesemua mata mengikut arah tunjuk Henry.

Jufri telan liur.

Perempuan tu!

"That's her kan, Boss? Aku tak pernah tengok muka dia pun I know it's her,"

Jufri masih tergamam.

"Wait! I don't understand. She's your girl ke Juf? That tudung girl? I mean what is she even doing here wearing like that? Is she confused between ZOUK and IKEA?" David sempat bergurau.

Jufri terus bangun dan melangkah pergi. Dia mahu bertemu dengan perempuan tu.

"Get ready David. Jufri might end up getting married first before you will," Henry chulked dan menerus menyisip JD.

Yang lain terus tertanya-tanya dengan penyataan Henry!



*


"WELL again, look who's here? The girl with scarf hanging around in a bar,"

Suara asing namun agak dikenali itu mengejutkan Azalea yang sedang ralit perhatikan sekumpulan gadis yang duduk di meja hujung bar sebelah. Dia lantas mengangkat mukanya ke atas dan...

Jeng jeng jeng!

Heronya tegak berdiri di hadapannya dalam persalinan kemeja polos putih dan sarungan sweater kelabu dilengkapkan dengan seluar jeans biru tua, tersenyum memandang ke arahnya sambil berpeluk tubuh.

Buntang mata Azalea. Denyutan jantung yang belum pun reda kelajuannya kembali berdetak kencang seperti genderang mahu perang woi!

"May I sit?"

Azalea masih kelu untuk berbahasa. Langsung matanya tidak berkelip.

"I'm gonna take your silence as a yes," Jufri menarik kerusi bertentangan dengan Azalea.

Mereka berdua diam. Azalea sudah tersedar dari bengong dan mula melarikan pandangan merata-rata. Tidak mahu bertemu dengan pandangan tajam yang dilontarkan lelaki bertentangan dengannya ini.

Jufri perhati sahaja tingkah serba tak kena si dara di hadapannya. Tahu yang kehadirannya di situlah penyebab pada tingkah yang serba salah itu. Namun Jufri suka melihatnya. Ditambah dengan pipi yang sudah mula memerah.

Malu lettew!

"So, don't you have anything to say to me today? Or should I order first then maybe you'll start your preach?" usik Jufri.

'Aduh mamat ni. Should I just leave? Tapi nak bagi alasan apa? Hish kacau betul!'

"I should go," Azalea mencapai handbag di atas kerusi dan sudah bersedia untuk pergi namun terhenti apabila lelaki itu menarik hujung handbag nya.

"I don't mean to be rude but if you still wanna leave, I will pull your handbag so hard that you will fall into my arms right away. If I may suggest, its better for you to cancel your plan and just stay or I will not hesitate to pull your handbag. Choose wisely,"

Gulp! Apa jenis pilihan yang diberi ni? Dua-dua bagai hukuman mati saja!

Nak chow, putus pula tali Sedgewick Place Phoebe Kate Spade nya yang baru dipakai sebulan ini. Nak stay, jantungnya pula yang akan tercabut!

'What did you get yourself into, Azalea?!'

Senyuman Jufri melebar melihat gadis itu kembali duduk dengan kepala tertunduk. Ada sedikit kesinisan terselit di dalam senyuman itu. Pegangan pada handbag dilepaskan.

"That's good. For a start. Anyways, what's your name? If you don't mind,"

Azalea mencapai handbag sebelum mengeluarkan name card dari dalam pocket purse. Dia hulurkan pada lelaki itu.

"Azalea Bakri. Legal Consultant. Which firm?"

"I'm a freelancer,"

Jufri tilik lagi name card tersebut.

"No contact number?"

"There is. Down there,"

"That's your email address. Your mobile?"

"I deal through email only. My email works faster than my WhatsApp,"

Jufri angguk kepala.

Interesting girl.

Kembali diam. Azalea bermain dengan jemarinya di bawah meja. Jufri pula masih ralit dengan name card Azalea.

'Ish mamat ni. Dia tak nak kenalkan nama dia ke? Ke nama dia sama dengan nama hero aku, Johan?' getus hati kecil Azalea.

"And you are?"

Jufri angkat muka. Senang hati.

"Thought you won't ask. I'm Jufri. I don't have my card holder with me right now but if you insist, I can just save my contact number in your phone now,"

"Ohh it's okay. Jufri right? Nice knowing you,"

Jufri mendekatkan badannya pada meja. Kedua tangannya diletakkan di atas meja.

"Mind telling what are you doing here? And also in Bangsar months ago?"

Azalea telan liur. 'Amboi mamat ni. Direct telecast nya. Kepochi gak dia ni,'

"I... I... datang minum!" jawab Azalea keras.

"Datang sini semata nak minum air mineral? I think you should think of another make sense reason. This one lady, is very much invalid I'm afraid,"

Azalea gigit bibir. 'Ish bodohnya. Apa punya alasan ni aku bagi? Budak setahun pun tak bodoh macam aku nak bagi alasan macam tu!'

"Kalau you rasa tak nak bagitahu I pun takpe. I tak paksa. It really is not my business anyway to meddle,"

"My name card tu tak tulis my another job scope,"

"Maksud you?"

"I'm a novelist as well. I kat sini buat research sikit pasal social life socialites kat Malaysia ni. For my latest project. Bangsar was my first observation spot. And this is my third place. Are you a regular here?"

"Here, there, everywhere, anywhere. I can be at any of these places for you," Jufri susun pick up line nya dengan baik.

Azalea main bibir.

"Pretty interesting what you are doing. Siang jadi lawyer, malam jadi novelist. That is quite something I've never heard before. So, dah banyak information you dapat?"

"Bolehlah. Tapi kalau I dapat masuk dalam club lagi bagus kot. I mean, nak jugak tengok yang kat dalam tu macam mana pulak,"

"Then, kenapa tak masuk je?"

Azalea pantas menggeleng. "I datang sini pun tak tahulah dah banyak mana dosa I ni kan lagi nak masuk dalam tu. Nak buat research I rasa tak payah nak mendalam sangat kot. This gonna be my last night researching. I've got the needed info already. Hmm, En Jufri?"

Jufri gelak.

"What? En Jufri? What are we, Americans? Nak panggil encik pulak. Just Jufri. Or Juf. I don't really like formalities,"

"Jufri? Hmm... you buat apa kat sini?"

"Kawan I open table malam ni sebab dia baru proposed his girlfriend,"

"Open table? Meaning..." Azalea tidak tahu bagaimana hendak habiskan ayat. Istilah itu sudah difahami sejak dia melakukan kajiannya namun untuk bertanya, dia kelu lidah.

Jufri angguk.

"Yeap. Open table. Free flow. If that is what you planned to ask,"

"How about hari tu kat Bangsar? Yang... err masa I tegur you tu,"

"That? Yang tu I baru lepas bergaduh dengan papa I. Papa I, dia kureng sikit dengan I sebenarnya. Biasalah. Dad-son issue. But thank God for mama!"

"Bergaduh dengan your papa and then you minum sebab nak sejukkan hati, macam tu?"

"Sort of. Bila I minum, my problems seems to fade on its own. Bila besok I bangun I rasa kepala I ringan but still I admit, I belum jumpa apa-apa jalan penyelesaian. But I like it that way. At least masa I tipsy, I don't have to think about anything,"

"You're saying; places like this is where you find peace?"

Angguk tidak, geleng tidak.

"Let just say, they helped me a lot,"

"Jufri?"

"Yes?"

"Kenapa you macam ni? You tahukan minum arak ni haram untuk orang Islam?"

Jufri bersandar kembali namun pandangannya tidak lepas daripada wajah Azalea. Selalunya kalau orang lain mula nak buka topik pasal tabiatnya yang satu ni, dah menggelegak darahnya. Tambahan kalau orang asing yang bertanya.

But hearing it from this girl over here, rasa cool je pulak. Lagi rasa macam nak jawab macam-macam yang dia nak tanya!

"I tahu and I'm aware of it,"

"Dah tu? Kenapa you still buat?"

"Sebab minum dapat releasekan tension I?"

"Sebab tu je?"

Angguk. "And for business purposes. In order to get more multi racial and international clients, this is one of the ways,"

Berpusing mata Azalea. 'Aduhh selambanya dia cakap. Macam orang tak pernah belajar agama. Tak reti agama!'

"Parents you tak marah dengan apa you buat ni?"

"Kenapa pulak parents I nak marah? It's my life. And mind you, who would mind kalau umur dah macam ni. Parents I pun ada banyak kerja lain lagi nak buat,"

"You reti mengucap?"

ZAPP! Macam kena panah petir je rasa soalan Azalea itu!

"Kenapa? You ingat lidah I dah keras ke sampai lupa nak mengucap?" rentak suara Jufri mula berubah sikit. Cuba nak tengok sejauh mana Azalea mampu mengocak dirinya.

Azalea angkat bahu.

"It was just a question. Requires only yes or no,"

"Liquors are merely like water to me. No difference at all. And yes to your question. I reti mengucap. Nak dengar?"

Tergetus tawa kecil di bibir Azalea.

"What? No difference between liquors and water? Kalau no difference between them both, kenapa Allah haramkan arak untuk umatNya?"

"You nak start preaching sekarang ke?"

Azalea mendengus. Hilang sabarnya dengan mamat ni. Baik dia angkat kaki sebelum ada yang silap hari bulan makan pelempang dia kat sini.

"Orang kaya macam you ni memang ingat diri tu dah kaya sangat sampai dah tak payah nak ikut semua perintah Tuhan! Hidup ikut suka hati takde pedoman! Well you listen here to my preach, tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah! Bear that in your mind! Assalamualaikum!" kali ini Azalea sudah bersedia memegang keseluruhan handbag nya. Dia terus berlalu.

Langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik dari belakang. Sepantas kilat dia memusingkan badannya dan tanpa dielak kakinya terpeleot sehingga dia hilang imbangan dan hampir terjatuh sekiranya tiada tangan itu yang membantu menampan tubuhnya terdorong ke bawah.

"Are you okay?"

Jufri.

Cepat-cepat Azalea menegakkan badannya dan sempat dia menolak tangan lelaki itu ke tepi.

"I am so sorry. I betul-betul tak sengaja. I just nak berhentikan you je. I am really sorry. Are you okay?" Jufri cuba merapati Azalea tapi perempuan itu lagi cepat menepis langkah Jufri.

"You nak apa? Nak lempang I sebab I cakap macam tu?"

"Lempang you? Nak buat apa lempang you. I tak terasa apa-apa pun with what you've said. It's a free country and everyone has the freedom to say anything they like or hate,"

"Dah tu?"

Tanpa kata, Jufri terus menarik sekali lagi handbag Azalea.

"Eh! You nak buat apa ni? Putuslah handbag I!" dalam protes, Azalea turutkan jua langkah Jufri. Nak jerit tapi tak terkeluar pulak suara nyaringnya.

Jufri tidak menjawab. Dia meneruskan langkah menuju ke hadapan pintu masuk ZOUK. Dia mengangguk pada salah seorang lelaki berpakaian kot di hadapan kaunter tiket.

Azalea mula merasa tidak senang. Kali ini dia benar-benar rasa mahu menyembunyikan wajahnya di dalam scarf yang disarungnya. Mungkin dia sudah boleh mula menjerit untuk mintak tolong... kot?

Jufri masih belum melepaskan pegangannya pada handbag Azalea walaupun sudah sampai di hadapan entrance VIP. Lelaki berkot tadi berbisik sesuatu pada Jufri.

'Ish apa pulak main bisik-bisik kat sini ni? Tak. Sebenarnya mamat ni bawak aku pegi mana ni? Takkanlah nak masuk dalam...'

"You nak masuk dalam kan?" Jufri berpaling ke belakang setelah selesai Ben berbisik syarat yang satu itu.

Azalea tidak menjawab. Dia merenung tajam setajam tajamnya wajah Jufri yang relax.

Sikitpun Jufri tidak endahkan renungan itu sebaliknya dia merapatkan bibirnya pada telinga Azalea yang dilitupi dengan scarf. Haruman Lancôme La Vie Est Belle sedikit mengocak kalbu.

Wanginya!

"I boleh bawak you masuk tapi you kena buka tudung you. Boleh?"

Azalea tarik kepalanya. Kali ini renungan tajamnya berubah menjadi pandangan tidak percaya. Gurauan jenis apakah ini?

"Excuse me? You nak I buat apa?"

"I nak bagi you chance tengok sendiri kehidupan kitaorang kat dalam ni. Apa yang you tengok kat luar ni is nothing compared with what's going on inside. This is who we are and mind you, kalau you rasa kat luar ni you dah nampak ramai Melayu, kat dalam tu, jangankan orang macam I, public figures Melayu pun ramai. But nak masuk, you kena buka tudung you because of the club's policy. I can't do anything about that.

"Lagipun I tahu. You sebenarnya acah je pakai tudung ni, kan? Yelah, just to follow the trend. It shouldn't be any problem for you to just leave it outside. No one pun kenal you kat dalam bila you tak pakai tudung. Lagi selamat tau,"

PANG!!!!

Tiba-tiba suasana macam diam sekejap. Semua orang terpaku melihat dan mendengar adengan tamparan itu tadi.

David, Izwan dan Megat sudah setapak ke hadapan tetapi Henry pantas menghalang. Dia menggeleng supaya mereka tidak masuk campur. Jufri perlu menyelesaikannya sendiri!

Pijar wajah Jufri tak payah nak cakaplah. Rasa macam ke dalam betul tapak tangan Azalea hinggap pada pipinya tadi. Rasa berdenyut bukan sahaja pada pipi malah pada hatinya sekali. Dia menegakkan semula batang lehernya, sudah bersedia untuk menghamun gadis di depannya, tetapi dia pulak yang terkedu.

'Is she... crying?'

Turun naik nafasnya mula tidak teratur. Jemari kanannya terasa menggigil dek layangan padu sebentar tadi. Air mata yang gugur dibiarkan saja. Handbag nya direntap daripada pegangan lelaki itu.

Jijik.

Jufri merapati.

"Don't you dare take one more step," keras suara Azalea. Jufri terus berhenti. Azalea angkat muka. Basah wajahnya tidak peduli!

"I tahu I tak tutup aurat I dengan betul. Not the perfect way some should do. Tapi you takde hak nak memandai buat keputusan untuk diri I! I memang tak kenal sape you tapi kalau macam nilah perangai you, jenis tak fikir perasaan orang, orang yang I paling kesiankan are your parents sebab ada anak macam you ni! Hanya reti nak enjoy tapi tak pernah nak kumpul sekali saham akhirat. You tak takut ke kalau Tuhan tarik nyawa you masa you tengah sibuk clubbing, atau masa you tengah minum air setan tu?!

"Cuba you fikir, bila parents you meninggal nanti, you nak sedekahkan apa for them? Semua amalan you tak valid sebab dalam badan you ada air haram tu! Macam mana you nak tolong parents you nanti kat sana? Hidup tunggang-langgang macam mana you nak pimpin isteri you? Anak-anak you? You pernah fikir tak semua ni?!" suara Azalea bagaikan jeritan apabila suasana masih lagi senyap dek tamparan Azalea sebentar tadi. Mungkin juga kerana ada yang mengenali Jufri maka itu yang membuatkan semua orang tertarik. Ada yang turut merakamkan insiden tersebut menggunakan telefon pintar masing masing.

Jufri benar-benar tidak terkata. Merah mukanya kini. Bukan disebabkan kata-kata Azalea tetapi kerana malu ditonton seperti ini. Jangan nanti berita ini sampai ke pengetahuan papa dan BOD yang lain, mahu betul dia kembali sebagai Finance Exec je di tingkat 3!

Beberapa pekerja ZOUK akhirnya campur tangan. Meminta agar pengunjung yang lain kembali pada agenda asal masing-masing. Mereka perlu menjaga kepentingan Jufri sebagai salah seorang pelanggan mereka. Customers are money!

Nafas Azalea masih seperti tadi. Sudah lama dia tidak naik angin macam ni. Bukan sikapnya nak meletup tak tentu pasal. Tapi kali ini dirinya seperti dicabar. Maruah dirinya menjadi taruhan di sini. Seenaknya lelaki di depannya ini menjatuhkan martabatnya sebagai seorang perempuan. Seperti dia tidak mempunyai harga diri sahaja!

Namun jauh di sudut hatinya, ada rasa sakit yang singgah melihatkan pipi yang merah itu. Sama ketika pertama kali dia melihat Jufri di Subang dulu.

"Perasaan apakah ini Tuhan!'

"You ingat you sape you boleh buat macam tu kat I? You know nothing about me lady!" balasan Jufri kedengaran seperti suara deraman sahaja. Dia menjadikan jauh antara mereka cuma setapak sahaja.

"And you fikir you sape nak cakap macam tu kat I? Look, like I've said orang kaya macam you ni sebenarnya lupa diri sampai dah rasa diri tu hebat sama level dengan Tuhan. Sebab tu you lupa asal usul. You ingat apa? Kalau Tuhan tu tak bagi, you boleh jadi kaya macam ni? Huh. I pelik betullah. Macam mana Melayu sekarang boleh jadi lebih barat daripada orang Barat sendiri. And you expect those Westerners will look up on our values if you are showing them this? You rasa kalau ada non Muslim nak kahwin dengan Muslim, are they sincere enough to convert? Bukan semata sebab nak halalkan hubungan aje once they convert but it is more than that. Responsibility you sebagai lelaki, sebagai suami tu besar. You kena bimbing family you sampai masuk syurga. You ingat senang ke nak jadi semua tu kalau diri you sendiri tak terbimbing!

"I'm sorry for saying this tapi kalau I jadi mama you, I akan jadi manusia paling menyesal sebab lahirkan you. Useless!"

Azalea terus berlalu pergi. Jufri terkebil memandang. Sedikitpun dia tidak bergerak mahupun berbunyi. Sehinggalah temannya yang lain datang dekat pun, dia masih lagi pegun.

"Juf? Are you okay?" David menerpa dahulu.

"Kau nak kitaorang kejar dia ke? Teach her some lessons?" Izwan pula menyampuk.

"No. It's okay. I'll take care of it. You guys proceed dulu. I'll meet you later,"

"Are you sure Juf?"

"Ya, ya. Don't worry, I'm fine. You guys masuk dulu,"

"Okay Juf. See you later," mereka berlima menuju ke arah VIP entrance, meninggalkan Jufri dan Henry.

Henry berjalan perlahan ke arah Jufri dalam keadaan berpeluk tubuh. Sampai hanya selangkah daripada Jufri...

"I know you have something to say. Quickly say it,"

"Kau yang meminta bro. Bukan salah dia,"

Jufri tarik nafas dalam-dalam.

"Dia malukan aku. How is that not her fault? Habis dia ungkit pasal papa mama aku apehal?"

"Macam aku cakap, kau yang meminta. Kau nak bawak dia masuk club? Kau tu yang gila tau. Kan dia tu bertudung,"

"Huh!" Jufri lepas gelak seketul.

"Bertudung tapi kau nampak dressing dia kan? Tak guna bertudung kalau seluar ketat semua tu. And FYI, dia yang cakap dengan aku dia nak masuk dalam. I was trying to make it easier for her,"

"Kau sebenarnya ada tak puas hati dengan dia kan? I know you, man. Kau bukan jenis nak spend untuk perempuan. Ni sampai nak bawak dia masuk dalam lagi. Did she fire you up?"

Jufri masuk tangan dalam poket. Malborro Ice dikeluarkan dari poket kanan dan lighter dari poket kiri. Berkali dia mencuba untuk menghidupkan api pada hujung rokoknya sehingga akhirnya dia mencampak kedua benda dalam pegangannya ke arah jalan. Nasib tidak menghentam mana mana kereta mewah yang berderet tersusun.

"Arghhh! Who the hell she thinks she is? Serabut betul!"

"Juf, kau bukan marah sebab dia lempang kau kan? Kau marah sebab apa dia cakap pasal kau tu betul. Betul tak bro?"

Jufri diam. Henry benar-benar memahami dirinya. Perasaan marahnya sebenarnya lebih untuk dirinya sendiri. Setiap patah yang diucap perempuan itu seperti tertepek satu-satu pada mukanya. Sakit untuk akui namun itulah kebenarannya.

Henry tahu apa yang dia katakan tadi adalah benar. Dia meletakkan tangan kanan atas bahu kiri Jufri.

"Kau nak aku cari dia ke?"

Jufri masuk tangan dalam poket semula dan keluarkan name card Azalea yang diterima tadi. Dia serahkan pada Jufri.

"Find her,"


2 TAHUN...


DATUK Seri Tajuddin memukul jauh bola golf. Nampak seperti tidak masuk lubang saja. Dia berpaling ke belakang.

"Not bad. Nice shot," Tan Sri Mustafa Kamil menepuk tangan.

Datuk Seri Tajuddin melangkah perlahan.

"So, how's the progress? Hopefully the MOU signing tak delay,"

"Don't worry Datuk Seri. Hilman is working closely with Jufri on this MOU. Maybe dalam dua minggu lagi, kita boleh proceed. Office kita kat Madrid pun tengah work hard on this,"

"Masa mula-mula Jufri convince kan I pasal project ni, I had to call DC to confirm betul ke tak Regalia was chosen to head this project sebab last I heard company Tan Sri Shukri yang dapat. In fact, business JV dia orang dengan Larabee was a big hit and Larabee pun dah one step ahead in this project,"

"Jufri tu sebenarnya a smart boy, Datuk Seri. Once he sees a chance, he will grab on his own. Bila dah secure baru dia delegate the tasks to the rest. Like this project, he personally went to present the proposal at DC and convinced them. He really inherited those traits from you and Datin Seri,"

Datuk Seri Tajuddin mengukir senyuman kecil. Ya, siapa yang tidak bangga apabila anak sendiri berusaha keras untuk menjulang nama syarikat ke peringkat lebih tinggi. Regalia merupakan nadinya. Legasi peninggalan arwah ayahnya itu sudah mencapai usia 60 tahun kerana kerja keras tiga generasi. Kerana itu dia terpaksa bersikap tegas dengan Jufri. Dia mahu supaya Regalia kekal unggul untuk 60 tahun lagi. Dia mahu anak cucunya meneruskan legasi ini.

"Jufri tu, dengar cakap mama dia je. I've never been his interest," Datuk Seri Tajuddin meletakkan bibir putter pada bola golf. Matanya sekejap besar sekejap kecil cuba mengukur jarak bola dan lubang.

"He respects you so much, Datuk Seri. Semua dia buat sekarang mesti based on to make you proud je. Tu kadang-kadang Hilman bagitahu I, Jufri selalu tidur kat office lately ni. His life revolves only around Regalia. Kalau macam ni gayanya Datuk Seri, bilalah nak dapat cucu pulakkan?"

"Kalau hal tu, I dah lama hands down. Mama dia tak habis-habis cuba pujuk dia but no avail at all. Umur nak 40 dah apa dia tunggu pun entah. Hari tu mama dia nak kenalkan dia dengan anak Tan Sri Rauf pun dia tak nak. Belum time lagi kata dia," bola dipukul kali kedua. Kali ni jarak bola dalam kira-kira sejengkal sahaja daripada lubang.

Tan Sri Mustafa Kamil tergelak.

"In Sha ALLAH, ALLAH permudahkan nanti. Jufri tak kurang apa pun. Maybe betul belum time dia. Maybe the best is not here yet for him,"

Datuk Seri Tajuddin kembali acu putter.

"I kadang-kadang pelik dengan dia tu. Girls are all over him but he seems dense. I takut dia gay je,"

Gelak Tan Sri Mustafa Kamil kembali besar.

"Hish! That is something ridiculous, Datuk Seri! Mintak simpang. Baguslah being choosy Datuk Seri. He would want the best for himself and both of you as parents,"

"In Sha ALLAH,"

Bola dipukul perlahan dan PAR! Caddy dan Tan Sri Mustafa Kamil tepuk tangan. Datuk Seri Tajuddin mencabut glove pada tangan kanannya. Dia bersalaman dengan Tan Sri Mustafa Kamil.

"Good game, Datuk Seri! Coffee kat clubhouse jom? My treat,"

"Sure. Why not?"


*


MASERATI Ghibli kelabu itu meluncur laju di atas jalan raya Kuala Lumpur. Si pemandu memandu dengan tenang meski dalam hati dah dilanda ombak ganas. Sempat dia mengerling pada gambar yang terletak elok di atas kerusi penumpang di sebelahnya.

Dua tahun dia mencari gadis itu. Hanya berdasarkan sekeping name card, dia cuba mendapatkan di mana keberadaan gadis itu namun semuanya menemui jalan buntu. Segala email yang dihantar tidak pernah dibalas. My email works faster than my whatsapp konon. Haram.

Benar, dia memang hampir saja mendapatkan khidmat penyiasat peribadi namun kata-kata Henry mematahkan niatnya itu.

"Don't treat her like your rival. She deserves to get as much attention from you and you do know why,"

Jufri telan liur.

Mestilah dia tahu kenapa sepatutnya gadis itu menerima layanan yang khusus daripadanya. Siapa pun tidak sebegitu bodoh untuk meneka apakah alasan disebalik pencarian yang sudah masuk tahun kedua ini.

Maserati Ghibli membelok ke lebuhraya MEX. Pemanduan yang tiada sebarang arah tujuan seperti kehidupan Jufri juga saat ini. Tambahan pula dengan sekeping gambar yang diberikan Henry di pejabat tadi sebelum fikirannya bertambah serabut. Serasa bagai nak pecah dadanya menahan segala rasa yang bercampur di dalamnya.

"Betul takde tujuan kau ni, Juf," dia ketawa kecil.

Sedar tak sedar, pemanduannya sudah menghampiri kawasan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Jarang sebenarnya dia memandu ke KLIA selama ini kerana selalunya dihantar dan dijemput Henry atau mana-mana pemandu pejabat yang ditugaskan.

"Sekarang kau nak buat apa kat sini malam-malam buta macam ni? Ke walk in mana-mana counter, purchase a ticket to anywhere, fly off and never come back? Sounds like an idea!" aduhh dah macam orang tak betul pulak bila cakap sorang-sorang macam ni.

Dia memandu terus ke arah valet. Setelah menyerahkan kunci kereta, Jufri berjalan perlahan-lahan menuju ke balai berlepas. Pandangannya ditala ke arah skrin besar yang memaparkan waktu perjalanan semua airlines yang ada di KLIA. Ada yang sempat untuk dia ikuti jika dia mahu.

'Takde ke airline yang boleh bawak aku terus pergi hati perempuan tu at this hour? Urghh kau dah gilalah, Jufri!'

Lintasan seseorang di belakangnya membuat Jufri terpaku. Dia memejam mata seketika. Dia pasti hidungnya tidak salah mengesan haruman itu. Meski sudah beberapa kali dia ditipu dengan deria hidunya apabila sering sahaja dia tersilap menegur figura yang didambanya namun kali ini dia pasti.

Its La Vie Est Belle.

Jufri memusing kepala ke kanan. Dia memandang dari belakang lenggok lembut si gadis memakai sepersalinan kelabu beserta scarf kosong berwarna pastel nude.

It’s her.

Azalea berjalan perlahan-lahan. Tiada apa yang mahu dikejarnya pun. Dan malam, masih lagi panjang...

Melepak di KLIA pada setiap malam Sabtu merupakan rutin mingguan Azalea sejak dia meningkat dewasa. Jika ada apa-apa rancangan sekali pun, dia akan tetap ke sini dan memilih deretan kerusi yang menghadap tapak perlepasan kapal terbang. Should any problems are concerning, once she sees any flight takes off, automatic semua masalahnya seperti turut sama hilang. Tidak akan dia merasakan bebanan memikirkan apa-apa lagi kerana sesulit apa pun yang berlaku, pasti akan ada jalan keluarnya.

Cuma dia tidak tahu apa yang bakal dia hadapi sebentar lagi mampu membuatkan perasaannya tidak akan tenang seperti selalu...

Jufri memastikan jarak antara mereka tidak terlalu dekat namun dia memastikan gadis itu masih boleh dilihatnya. Seperti dia yang juga sudah bertekad, untuk tidak lagi melepaskan gadis itu hilang. Seperti dulu.

Azalea mengambil tempat biasanya. Dia merenung ke luar jendela. Tidak banyak pesawat yang ada malam ini namun cukup untuk menghiburkan hati Azalea. Tubuhnya dipeluk.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumus..." tidak habis Azalea menjawab salam yang diberi oleh suara lelaki di sebelahnya apabila mata mereka berdua saling bertentang.

Jufri senyum. Sehingga sepet matanya.

Azalea mula tidak keruan. Dia mahu lari tapi seakan kakinya sudah melekat teruk sehingga tidak mampu dia bergerak seinci pun.

"Weird places I must say whenever we meet each other," Jufri mengambil tempat selang satu dari kerusi Azalea. Dia tahu pasti gadis itu masih terkejut dengan pertemuan mereka ini.

Begitu juga dengan dirinya!

Sempat Azalea larikan pandangan pada pipi kiri lelaki itu yang bertentangan dengannya. Terasa sakit di hatinya apabila terkenang kembali peristiwa pada kali terakhir mereka bertemu namun lebih terasa sempit dalam dadanya mengingati betapa sakitnya dia rasakan apabila jemarinya melekap pada pipi lelaki itu.

Ringan sahaja tangannya mahu mengelus pipi itu tetapi mengingat kembali hinaan yang diterimanya malam itu, hatinya diamuk marah!

"You tak nak marah I sebab hari tu?" berhati-hati Jufri menyusun ayat. Dia kini sedang berhadapan dengan salah seorang novelist terkenal Malaysia. Pick up line nya tidak boleh kalah!

"First thing first, do I know you?"

Azalea 1, Jufri 0.

'Okay. You want to play? I can play too,'

"Of course you don't. Bekas tamparan you dulu dah ubah sikit my face structure. Tu pasal you dah tak kenal I,"

Jufri 1, Azalea 1.

Azalea malas mahu melayan. Dia memandang ke luar jendela semula. Tubuhnya semakin dipeluk erat.

Jufri turut memandang ke arah yang sama. Tubuhnya juga dipeluk.

Azalea menghambur keluhan.

"Please Jufri. I really need this space for me alone,"

"You jugak yang cakap, you don't know who I am. And this is a public area. I can sit wherever I want pun," sikitpun Jufri tidak memandang Azalea. Jufri seperti sudah boleh blend dengan gaya ignorant Azalea. ‘The harder you play, the more I want to play,’

Mereka kembali diam. Benar seperti orang asing yang tidak pernah berjumpa. Membuat Jufri panas punggung.

"Okay. Fine! You win! Now, talk to me, okay? Please?" Jufri angkat bendera putih dulu. Takut betul kalau kalau dia menerus diam, si gadis terus angkat kaki tanpa menghulurkan sepatah dua kata.

Melepas lagi? Huh, tak sanggup!

"Nak talk pasal apa? We have nothing to talk about. We barely know each other, we've met only twice and never discuss anything as far as I'm concern and I don't wanna talk to you,"

"Pasal malam tu?" teragak-agak sikit Jufri bertanya.

Azalea gelak. Kecil.

"Kenapa pasal malam tu? You nak sue me ke sebab malukan you kat depan public? Proceed, please. I am a lawyer myself and I can defend on my own,"

Jufri tak boleh tahan. Dia mengubah tempat duduk. Sebelah dengan Azalea. Haruman La Vie Est Belle semakin melentokkan kalbunya.

"I tak pandai nak cakap berkias. In business if you are not straight forward, you'll lose not thousands but millions. And I don't like that. I've applied the principal in almost everything I do.

"So, I love you. Yes. I love you!"

Pantas, Azalea menoleh ke kanannya. Wajah penuh yakin si Jufri dipandang dengan pandangan skeptikal. Ayat basi jantan playboy!

"Janganlah buat I gelak. Takkan orang kaya macam you ni ada hati nak buat scene macam typical drama Melayu kat TV tu? Kita kenal pun tidak,"

Jufri rasa nak hantuk kepala melihat Azalea seperti tiada perasaan sahaja. Tak tahu ke jantung si lelaki dah nak tercabut sekarang ni bila mengaku soal hati dan perasaan ni?

"I was looking for you throughout these couple years. I hantar you email, tak pernah reply and what you said, my email works faster than my whatsapp? Bullshit!"

"Sebab I tak pernah rasa you are my urgent issues. Besides, kenapa you nak cari I? I gave you one sweet momento before I left that night. That should be the end. Tak payah nak serabutkan kepala otak kita,"

"Don't you wanna meet me anymore after that night?"

Azalea menggeleng.

"I've stop there. You should too,"

"Stop there? You've slapped me, remember? Should I just stop there, then?"

"So you nak buat apa? Nak lempang I balik? Nak tunjuk kat semua orang yang I berani tampar CEO Regalia Holdings? Macam tu?"

‘Can someone just pass me a punch bag sebelum ada benda lain yang aku tumbuk kejap lagi ni!’

Jufri menyandar tubuh pada batang kerusi semula.

Sabar Jufri, sabar. Jangan cepat melatah. She's just being her. Ignorant.

"I know. My words are too cliche but I am a man who knows nothing about love. Yes, you boleh cakap I sounded like I am lying but truly I've never felt once the feeling of falling in love. You buat I senyum all of a sudden when you appeared in my mind. You buat I rindu you bila I baca name card you. You buat I resah whenever I smell your perfume around me. That's how I know I'm crazy over you. And I don't know what to do,"

Azalea kelu sekejap. Dia sebagai seorang penulis novel pun tak pernah menulis ayat confession yang dirasakan begitu subtle. Direct tanpa hendak berkias. Lelaki di sebelahnya ini memang benarkah tidak pernah bercinta kerana apa yang baru dikatakannya tadi seperti menunjukkan lelaki ini mempunyai banyak pengalaman menggunakan ayat romantis tersebut.

"All my life, I have been through a lot of disappointments. Papa I sendiri tak percaya ability I to head the company. Lagi percayakan orang luar daripada anak sendiri sampai tertanya-tanya, sape sebenarnya I ni. Betul ke I anak kandung papa I. Tapi bila I duduk, I fikir balik. Regalia hidup dan mati papa I. Of course he would want me to do the best for his baby. Supaya I dapat terus bawak nama Regalia sampai bila-bila. And for who dia nak buat semua ni? Mestilah untuk I, anak dia.

"Masa tu, baru I sedar what did I do for him as a son? Yes, I sayangkan Regalia juga tapi I buat semua tu untuk sape? I buat untuk I! Untuk diri I je. I was being selfish. I tak fikirkan siapa-siapa. When all my father did was for me. I feel guilty for being a douche.

"But when you crossed my mind, I terus jadi takut. I takut I will face another disappointment. Malam tu it was so obvious that you have hated me because of sikap I. And I clearly know that you will not accept me.

"Tapi ni diri I. Unfortunately my flaws are too exposing that it makes my other values tarnished as well. Deep down I know why Im still single. I lelaki. Born to be a leader, a protector, a savior. And I don't have all that within myself. I cuma ada duit, rupa yang akan hilang sikit sikit. Everything that came from you that night was absolutely the truth.

"No. You bukan sebab kenapa I nak berubah. Tapi you yang berjaya buat I nak berubah. I nak berubah untuk diri I, parents I, company I, family I nanti. Sampai bila-bila I takkan lupa jasa you pada I. To me, you are the light that ALLAH has sent to me and shines my dark life. Thank you for being one,"

Azalea terkedu lagi. Air mata dah mula bergelumang dalam matanya. Ahh dang! Nak nangis buat apa? Tersentuh sebab jadi penyebab mamat ni nak berubah? Macam tu?

"I don't know what to say and I'm for sure not saying sorry for giving that slap to you that night because that was what has awake you from your dreams. But I really am sorry, Jufri. I am not the girl for you. I am not the one," Azalea peluk tubuh erat-erat. Menahan supaya air mata tidak turun, merembes.

"Sebab you janda? Sebab tu you rasa you are not the one?" Teringat gambar yang diberi Henry pagi tadi. Gambar kahwin perempuan di sebelahnya ini.

Azalea terus mengalih kepalanya ke kanan. Memandang wajah tenang Jufri.

"Yes, I do ask people around about you tapi you macam nomad. People can't seem to get a grip on you. Sometimes tu you ada but in another blink, you terus hilang and tak timbul-timbul. I bumped into your best friend, Syiqin? She broke the news to me. I am really sorry for your loss,"

Syiqin. Grrrr!!!

"Thank you for your sorry and yes, good to know that you already know it. I love him. Dia memang dah takde but he is always around me. Temankan I,"

Jufri tersengih. Lucu mendengar kata-kata Azalea.

"You kahwin dengan dia sebab he was already dying because of his heart, Azalea. He was your cousin, kan? Your auntie made you both kahwin sebab nak anak dia merasa hidup rumah tangga sebelum meninggal. You kahwin tak sampai sehari when he got so sick after you guys menikah and passed away that night!"

Azalea terus bangun. Dia tidak lagi betah nak duduk dengan mamat sengal ini. Sakit hatinya bagai tertusuk-tusuk!

"Yang you gelakkan tu, arwah husband I, my mother in law, my auntie, my cousin. But wait, you sape eh nak cakap macam tu pasal family I? You don't know us so just shut up!"

Jufri masih tenang. Biar dia tahu ada kemungkinan pipinya akan menerima habuan padu daripada perempuan itu sekali lagi.

"You don't love him, Azalea. You may love him as your cousin but not as your husband. You may love him out of sympathy but not wholeheartedly. You may look at him thinking that you love him but that same eyes looking at me now never filled with love as how you are looking at me now," barulah Jufri mengalih pandang. Membiarkan pandangannya mati dalam mata yang seakan sudah hilang auranya itu sejak kali terakhir mereka berjumpa.

"You know nothing. Stop showing like you care!" Azalea terus mencapai handbag dan berpaling.

"Please, Azalea. You are someone extraordinaire and deserve someone who can make you happy. I tahu, sikit pun I tak layak to be in your heart. To be loved by you. But I can change myself to be the nearly perfect one. I will hold your hands and will never let them go. I will walk by your side and will never let you fall. Please, Azalea?" Jufri sempat memegang lengan Azalea yang berlapik.

Azalea masih tahan tangis namun lobos juga akhirnya. Basah wajahnya. Oh Tuhan!

"Kalau ada jodoh, in sha ALLAH but for now, I am not the one for you. I am happy for the change you've made. Alhamdulillah. And I tahu, ada perempuan lain yang lebih layak untuk pegang tangan you, berjalan dengan you, disayangi you. I akan doakan yang terbaik untuk you. Just like how He has granted my dua's to see a better you. Assalamualaikum,"

Jufri kalah lagi. Dia berdiri tegak memandang langkah longlai Azalea. Walaupun dia tidak dapat melihat tetapi dia tidak dapat ditipu. Perempuan itu sedang menangis!

Azalea teruskan berjalan. Dia mahu melarikan diri sejauh yang boleh seperti dua tahun dulu. Campur tangan Jufri dalam hidupnya sudah terlalu melampau. Too much!


*


"SELAMAT pengantin baru, boss! Now finally aku boleh ambik cuti nak hilang penat uruskan wedding kau ni," Henry memeluk erat tubuh Jufri di hujung majlis resepsi pihak Jufri yang dilangsungkan secara gilang gemilang di Regalia Convention Centre di tengah-tengah Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan Royal English Wedding disempurnakan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan beberapa kenamaan dari dalam dan luar negara.

Memang patut pun Henry ingin bercuti panjang setelah selesai majlis yang mengambil masa selama hampir setahun untuk dirancangkan. Sesenang saja Jufri menyerahkan segala tanggungjawab pada Henry. Mujur Datin Seri Zaleha turut campur tangan dan memudahkan sedikit kerja Henry.

Jufri tergelak.

"No problem my man! Aku tahu nanti bila aku balik dari Seychelles, kau pun dah ada balik kat meja kau,"

"Oh talking about Seychelles, aku dah arranged everything including Regalia's yacht. Gareth dah sail last week so aku rasa should be no problem for him to arrive on time when kau dah sampai sana,"

"Thanks bro. I really owe you one!" Jufri menepuk-nepuk bahu bidang Henry. Mentang dah jadi member FitnessFirst sekarang ni, makin melebar pula bahu mamat ni.

Mata Jufri menyorot pada susuk tubuh yang menyarung dress pengantin rekaan Rizalman Ibrahim berwarna blush pink yang sedang duduk berbual dengan papa dan mamanya di meja paling dekat dengan pelamin. Terukir senyuman pada bibir Jufri melihat keakraban antara wanita yang sudah seminggu bergelar isteri kepadanya itu dengan papa dan mamanya. Tahu bahawa pilihannya tidak salah sama sekali and its worth the wait!

"She really turned your life upside down huh?" Henry yang perasan dengan renungan Jufri ke arah isteri bossnya itu turut sama memerhati ke arah yang sama. Faham dengan perasaan Jufri yang sedang membunga. Maklumlah, pengantin baru!

"Upside down, left right. Whatever directions exist. Aku sometimes wonder how can someone be so shaken by only looking at one person's face. From the first time I've met her till now, it was the same feeling all along. Never changed and surprisingly it keep on blooming. How is it possible?"

"ALLAH is the greatest, boss. Only He knows the answer to all your questions. And He sent her as an answer for you,"

Sejak Jufri turned over a new leaf, Henry seperti orang ditinggalkan kekasih saja gayanya. Semua yang dilakukannya serba tak kena. Selalunya kalau fikirannya kusut, hanya minuman setan itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Namun setelah melihat perubahan Jufri yang semakin mendekatkan diri dengan agama, hati Henry terdetik. Betapa tenangnya melihat Jufri yang semakin berubah.

Sikit-sikit, Henry mula bertanya. Bersama dia mengikut Jufri menghadiri beberapa ceramah yang dianjurkan oleh ulama' terkemuka Malaysia mahupun dari luar negara. Hatinya mula terbuka sedikit demi sedikit. Tenang hidupnya tidak payah cakaplah. Hairannya selama dia mengikuti segala ceramah, dia langsung tidak terasa hendak menyentuh arak padahal itulah minuman hariannya meski tidak sampai ke tahap mabuk. Sama seperti Jufri.

Dan ketika Jufri menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, Henry turut membuka lembaran baru dalam hidupnya. Ustaz Nazril yang menjadi guru agama mereka berdua dan Jufri menjadi saksi kelahiran semula Muhammad Henry Toh bin Abdullah di pejabat JAIS pada pagi Jumaat yang hening.

Senyuman tidak lekang daripada bibir Jufri.

"Aku tak pernah sangka I will get someone as good as her in my life. What did I do to get such loving parents, kerjaya yang bagus, a perfect wife for someone who is imperfect like me. Tapi macam kau cakap, ALLAH is the greatest. The greatest planner indeed. Alhamdulillah!"

"Take care of her, boss. Don't let her run lagi. Dua kali kau biar dia lari macam tu. Nasib baik dia datang balik kat kau. Kalau tak jadi Kassim Selamat lah kau asyik nak menangis je mencari dia kehulu kehilir," gurau Henry.

"Macam dia sendiri cakap, kalau ada jodoh tak kemana lah. Lagipun, aku tahu dia pun sukakan aku. Kalau tak, takkan lah novel baru dia masa tu dia dedicate specially untuk aku kalau dia tak suka. But love, she only realizes it after the meeting at KLIA. She knows something is wrong whenever I crossed her mind, she smile. Rindu aku bila dia terbaca nama aku kat mana-mana news atau papers. Jadi resah bila terbau perfume HUGO BOSS aku.

"Masa tu dia sendiri tak dapat nak tipu diri dia. She has fall in love with me. When she came over to the office, aku sendiri cannot believe my eyes and I nearly teared when she finally confessed her feelings. It was so beautiful and aku tak think twice, aku terus propose dia there and then. And the rest is history,"

"Good things come to those who wait and do even better good things. Kau deserve dia, boss. Kau helped her to overcome the sadness in her life. Helped her to stand again. After her novel yang dia buat based on our social life tu kan she was quiet until after she met you and boom. Novel baru terus keluar and again terus jadi No 1. You were her strength as well," ujar Henry.

Azalea angkat muka apabila terasa ada mata yang sedang memerhati pergerakannya dari tadi. Sebaik matanya bersabung dengan pandangan redup dari sang teruna yang sedang berdiri di pintu masuk, semerta hatinya melonjak. Senang. Benar orang kata, senang je bila dah bergelar isteri ni nak kumpul pahala. Cukup sekadar memandang wajah seorang suami dengan perasaan gembira.

Dia bersyukur kerana kehadirannya dalam hidup lelaki itu diterima baik oleh semua orang yang bermakna dalam hidupnya. Mak Ngah yang pernah bergelar ibu mertua kepadanya dalam jangka masa beberapa jam sahaja pun turut merestui pernikahan kedua ini dan sempat meminta maaf kerana memperlakukan dirinya seperti tiada perasaan apabila memaksa dia untuk berkahwin dengan arwah Zaheem dulu.

Walaupun apa yang dikatakan lelaki itu benar, perasaan sayangnya pada arwah Zaheem bukanlah sayang seorang kekasih tapi dia ikhlas bergelar isteri kepada lelaki itu. Mereka membesar bersama namun dia tidak pernah sangka jika selama mereka menjadi rapat, arwah mula mencintainya dalam diam. Sehinggalah penyakit arwah mula memburuk dan Mak Ngah mula masuk campur dan meminta mereka bernikah untuk menyenangkan hati arwah yang bila-bila masa saja akan pergi untuk selamanya.

"I am sorry for torturing you like this. Tapi Zalea jangan risau. Abang izinkan Zalea kahwin lain lepas abang dah takde nanti. Cuma abang harap Zalea tak lupakan abang dan abang tahu abang tak sepatutnya minta apa-apa lagi daripada Zalea after what you have done for me, but please take good care of mak. Dia dah takde anyone else after this. Zalea tolong jaga mak eh?"

Kerana itu Mak Ngah kini tinggal bersama Azalea. Walau apa pun wanita itu masih lagi ibu saudaranya. Tidak mungkin dia membiarkan amanat terakhir arwah Zaheem dibiarkan begitu saja.

"Itulah aku dah cakap. Kau sebenarnya dah lama sukakan dia, kan? Sejak masa kau cakap kau terasa sakit bila tengok dia asyik minum je dulu. Kalau dah jodoh tak kemana, Zalea,"

Itu kata-kata Syiqin saat dia menyampaikan berita setelah diajak kahwin oleh lelaki itu pada hari yang sama dia pergi menemui lelaki itu di Menara Regalia. Tidur malamnya, aktiviti sehariannya begitu terganggu sejak penemuan mereka di KLIA sebelum itu. Akhirnya jawapan itu diperoleh lewat mimpi-mimpi yang dialami setelah mengerjakan solat sunat Istikharah.

Dia tahu dia tidak akan silap memilih.

Lelaki itu tidak main-main dengan kata-katanya. Perubahan yang dilakukan bukan kerana Azalea tetapi sebaliknya. Dia mahu berubah untuk dirinya. Supaya boleh menjadi kebanggan papa dan mamanya, keluarga yang akan dipimpinnya nanti, kemajuan Regalia. Itu yang semakin menyakinkan Azalea untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya.

Semua manusia tidak sempurna dan lelaki itu banyak kekurangannya. Seperti dirinya juga. Namun dia akan terus melangkah bersama lelaki itu, berpegangan tangan. Tidak akan sesekali dia membiarkan lelaki itu jatuh lagi selepas ini. Tiada lagi malam-malam yang akan dilalui lelaki itu dengan melakukan perkara yang dilarang dalam agama. Kerana setiap langkah lelaki itu akan sentiasa ditemaninya sebagai seorang isteri.

Love me, kiss me and hold me in your arms,
Let's me know you're crazy for me and I'm crazy over you.

Lagu yang sedang berkumandang dalam dewan ketika ini seperti menunjukkan perasaan kedua pasangan pengantin tersebut. Masing-masing begitu menggilakan masing-masing. Kerana bagi mereka, mereka menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing seadanya. Selama-lamanya.