Liara sudah hampir menyerah.
Sejak tadi dia meneran namun si dia yang sudah lama ditunggu belum juga mahu
meninggalkan kantung rahimnya. Paras tenaganya sudah semakin berkurang. Dia
takut kalau tenaganya sudah tidak mencukupi untuk dia meneran.
"Sayang? Hei, jangan
tidur sayang. Stay awake please,"
suara Hakim menyerap jauh ke dalam otaknya.
"I dah tak larat,"
Liara merengek. Manja.
"No sayang. Look at me. Just
look at me," Hakim memegang lembut wajah isterinya yang semakin pucat.
Memang dia kesian melihatnya namun dia perlu terus membantu Liara supaya proses
kelahiran menjadi lebih cepat. Dia sendiri sebenarnya sudah tidak sanggup
melihat belahan jiwanya itu berada dalam keadaan seperti ini.
Liara memaksa matanya untuk
celik setelah merasakan pegangan lembut pada wajahnya. Semangat yang tadinya
hilang entah ke mana kembali bernyala setelah pandangannya mendarat pada raut
wajah jejaka yang memiliki keseluruhan hatinya ini. Liara mengangkat sebelah
tangannya lantas mengelus wajah itu dan dibalas dengan belaian pada tangannya.
"You can do this, sayang. I
know you can. You are my strong
queen, remember? Don't worry. I'm
here with you. Till the end," Hakim membawa jemari runcing Liara ke
bibir lantas satu kucupan penguat semangat singgah.
Mendengar kata-kata Hakim,
Liara mula mengumpul tenaganya semula. Dia tidak mahu mengecewakan suaminya
itu. Anak ini sudah lama ditunggu kemunculannya. Dia tidak boleh berhenti
separuh jalan saja!
Liara mula meneran semula.
Sebelah tangan dibiarkan dipegang Hakim manakala sebelah lagi memegang palang
sisi katil. Bibirnya diketap kuat-kuat. Arahan daripada doktor diikut satu-satu
supaya semuanya cepat berlalu.
"Come on, sayang. Sikit lagi!" Hakim turut memberi semangat.
Pegangan erat Liara dibalas dengan penuh sayang supaya Liara tahu dia tidak
keseorangan.
"Okay Liara. One big push and it's over, okay? Okay, on my count. One,
two, three, push!"
Semerta, Liara meneran sekuat
hati sehingga badannya turut tersorong ke depan.
"Good job Liara! Dah keluar!" suara Dr Gina membuat Liara sedar
anaknya sudah selamat dilahirkan.
"Alhamdulillah,"
ucap Liara. Dia berpaling pada Hakim yang berwajah muram.
"Sayang, our baby is here. We did it!"
Hakim mengukir senyum lirih.
Rambut Liara dielus perlahan.
"Thank you, sayang. You've
done a great job. I'm proud of you. I love you so much, sayang,"
sebuah kucupan singgah pada dahi Liara yang sedikit basah dek peluh namun tidak
dihirau oleh Hakim. Matanya dipejam erat-erat.
'Ya Tuhan. Kuatkan isteri
hamba!'
Liara tersenyum senang
apabila Hakim melafazkan kata keramat itu. Meski ini sudah kali keberapa entah
Hakim melafazkan kata-kata itu namun setiap kalinya ia berbeza untuk Liara.
Hanya Hakim saja yang punya keistimewaan untuk menjadikan setiap patah keramat
itu mempunyai makna yang signifikan.
Kemudian, sesuatu melintasi
fikiran Liara.
"Sayang?"
Hakim alih kepala.
"Kenapa, baby?"
"Why isn't our baby crying? I wanna see her. Where is she?"
Liara mengangkat kepala. Mencari kelibat anak yang baru dilahirkan tadi.
Kelu sebentar lidah Hakim.
Rasa sebak mula memenuhi ruang hatinya.
"Sayang, you dah janji
dengan I kan tadi? You dah janji to be
strong no matter what kan?"
Liara memandang wajah Hakim
dengan pertanyaan. Janji apa yang dikatakan Hakim ini?
"You cakap apa ni? Janji
apa? Where is our baby? I wanna see her!"
Liara mengalih pandang pada Dr Gina yang masih setia berdiri bertentang
dengannya.
"Where is my child, Doctor? I want to see her. Let me hold her!"
suara Liara mula meninggi. Tangan dalam pegangan Hakim mahu direntapnya.
Hakim membuang pandang pada
Dr Gina. Mengangguk pada wanita itu supaya melakukan apa yang telah
dipersetujui tadi sebelum proses kelahiran bermula. Dr Gina yang memahami
isyarat itu turut mengangguk sebelum berlalu untuk menyiapkan apa yang patut.
Hakim tarik nafas
dalam-dalam. Dia kembali memegang kedua-dua belah wajah Liara lantas
pandangannya dibiarkan mati di dalam mata Liara.
"You dah janji, no matter what you akan redha, kan
sayang? Don't do this, sayang. Our baby is dead. You know that, baby," Hakim merasakan biji matanya seperti
sudah merah bak buah saga saat kata-kata itu meluncur daripada bibirnya
lantaran dia menahan air matanya daripada mengalir.
Liara tergamam pada mulanya.
Kata-kata suaminya tidak dapat dicerna dengan baik.
"No! You tipu! I baru lahirkan dia, sayang. She's here! She can’t be dead. My
baby is still alive!" Liara membangkang kata Hakim.
"Look Milia! Our baby is dead. She had been since two days ago in your
tummy! You like it or not, deal with it. You get me, Liara Milia
Iqmal?!" suara Hakim naik satu level
atas. Tangannya masih kejap pada wajah isterinya.
Liara menepis tangan Hakim.
"Tak! You tipu! Tipu!
Anak I masih hidup. My baby is still
alive. You're lying. I wanna see my baby!" Liara cuba untuk turun daripada
katil namun sempat dihalang oleh Hakim yang cepat-cepat membawa tubuh itu ke
dalam pelukannya.
"Baby, please. Don't do this. Tak kesian kat I ke?"
Liara cuba menolak tubuh
suaminya tapi apalah sangat yang mampu dilakukannya di saat keletihan masih
melingkari tubuhnya setelah 8 jam dia berhempas pulas mahu melahirkan anaknya.
"Let me go, Hakim! I nak tengok anak I. Jangan halang I,"
Dr Gina menghampiri Liara
dari arah kiri. Sekali lagi dia menerima isyarat daripada Hakim untuk terus
melakukan apa yang sepatutnya. Dia angguk.
Hakim memeluk erat Liara.
Tidak mahu Liara menyedari apa yang sedang berlaku. Takut keadaan akan menjadi
lebih kecoh.
Dalam Liara meronta-ronta
itu, dia merasakan seperti ada sesuatu yang menyucuk pada lengannya. Dia mahu
berpaling namun pegangan erat Hakim pada tubuhnya mengunci segala
pergerakannya. Perlahan, kepalanya mula bergetar. Serasa mahu melelapkan mata
saat ini juga!
"I am so sorry, sayang. I have to do this. I love you," suara
Hakim serasa seperti bisikan halus yang hanya singgah sebentar sebelum hilang
ditelan angin.
Sebelum kedua belah matanya
juga tertutup. Rapat.
*
LIARA tersedar. Spontan,
kepalanya mengalih ke sebelah kiri. Hembusan nafas yang berat menunjukkan
betapa lelaki itu keletihan setelah baru pulang dari Kinabatangan petang tadi.
Liara menolak selimut tebal
sehingga hujung kaki. Perlahan, dia menarik daun pintu kamarnya lantas
meloloskan diri seperlahannya.
Suis lampu di kawasan kolam
renang dihidupkan. Liara mengambil tempat di tebing sebelum mencelupkan kedua
kakinya ke dalam kolam.
Sudah enam bulan peristiwa
itu berlaku namun belum sekalipun Liara dapat melupakan apa yang telah terjadi.
Hari demi hari, tiada lain yang dapat difikirkan selain daripada kematian anak
bongsunya itu.
Redha? Acapkali dia
diingatkan bukan sahaja oleh Hakim, malahan daripada semua orang yang
mengenalinya. Orang hanya pandai bercakap. Tidak tahu dan faham apa yang dia
rasai. Bagaimana hendak dia redha kalau anak yang dikandung selama lapan bulan
meninggal dunia dan dia sendiri tidak sempat mengendong bayinya itu?
Dia membiarkan air matanya
membasahi pipi. Seperti malam-malam yang lalu, lelapnya sering diganggu dengan
peristiwa itu. Tiada bezanya dengan malam ini. Kenangan itu seperti terus
bermain dalam benak fikiran mahupun hatinya.
Terkadang, dia seperti lupa
kalau masih ada Hakim, Haidi dan Hafleen dalam hidupnya. Tapi entah mengapa,
semangatnya untuk hidup seperti sudah mati bersama dengan jasad anaknya. Dia
seperti hilang dalam dunia sendiri. Dunia yang cuma ada dia dan arwah Hamilyn
sahaja.
Hubungan suami isteri bersama
Hakim juga sudah lama hilang kemesraannya. Satu yang ditanya suaminya, satu
juga dijawab. Tiada lagi perbualan mesra, kata-kata romantis antara mereka
dikala berdua. Namun tidak dinafikan, Hakim masih belum mengalah untuk
mengembalikan keceriaan rumah tangga mereka. Ada sahaja yang akan dilakukan
lelaki itu mengambil hatinya tapi tetap hati Liara membeku.
Haidi dan Hafleen juga
semakin jauh daripada mama mereka. Rutin mereka bertiga sudah lama dilupakan
oleh Liara. Tiada lagi solat berjemaah, makan bersama, menghabiskan homework
bersama dan outing mingguan mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa
samada di rumah keluarga Hakim ataupun keluarga Liara yang sememangnya sentiasa
memberi sokongan kepada Liara dan Hakim.
Bisnes perancang perkahwinan
yang diterajui bersama Mia Trisya dan Arissa Maisara sudah tidak dijenguk.
Terkadang ada juga sepupu-sepupunya itu mengajak dia untuk turun padang namun
secepatnya dia menolak dengan alasan dia masih memerlukan rehat. Padahal rehat
yang dimaksudkan adalah terperuk dalam bilik menanti siang bertukar malam,
malam bertukar siang.
Liara merenung permukaan
kolam yang berair jernih. Bayangan arwah Hamilyn muncul. Liara terpesona
melihat kecantikkan anaknya itu. Seperti abang dan kakaknya, kulit Hamilyn juga
putih gebu. Rambut lurus berwarna coklat gelap itu diwarisi daripada Liara
sendiri manakala raut wajah anak itu lebih menyerupai Hakim.
"Sayang? Kenapa
tinggalkan mama? Mama rindu sayang. I miss
you so much, sweetheart," penuh getar suara itu. Liara memegang
dadanya bagi menahan rasa gigil dalam hatinya.
Berdiri sebatang tubuh di
balik pintu gelunsur menuju ke kolam renang. Cermin mata yang tergantung pada
batang hidungnya ditarik. Air mata yang bergenang di pelupuk mata, dilap
mengguna ibu jari.
Allahuakbar!
*
HAKIM melontar pandangan pada
ibu kota Kuala Lumpur yang menjadi halwa matanya setiap hari. Bunyi ketukan
pada daun pintu membuat tumpuannya sedikit terjejas.
"Tak pergi lunch ke?"
Hakim memusing kerusi,
menghadap ke depan. Dia mengukir senyum lirih pada figura di hadapannya.
"Pengantin baru rupanya.
Have a seat," pelawa Hakim.
Marsya tersenyum manis. Dia
mengambil tempat di depan Hakim. Paper
bag yang mengandungi chocolates
dari Swiss diletakkan di atas meja Hakim.
"For the kids,"
Hakim menarik paper bag tersebut.
"Untuk the kids aje? Walid dengan mama tak payah eh?"
Marsya mencebik.
"Walid dengan mama masa
pergi honeymoon kat Estonia dulu tak
beli apa-apa pun untuk Auntie Sya,"
Hakim gelak. Kecil.
"Hah! Ungkit! Anyway, thanks for the chocolates,"
"No prob at all!"
"So, Alps apa cer? Mesti korang berkepit je kan kat dalam cottage. Tak nak sejuk pulak," usik
Hakim.
"Sibuk nak tahu pasal honeymoon orang. Alps was okay. Magnificent if I could say. Tapi tulah. Dua minggu
tak cukup kat sana. Hazim tu lah. Susah sangat nak dapat cuti. Boring sungguh,"
"Kau bolehlah cerita.
Kau kerja sendiri. Kesian si Yana tu lah kena urus semua. Laki kau tu kerja
dengan orang. Tak bolehlah sesuka hati nak buat apa pun,"
"Sama doe statement kau dengan dia, Kim! Korang
memang ada apa-apa ke sebelum ni yang instinct
kuat sangat ni? Musykil pulak kita,"
"Dah nama pun nak dekat
sama. Mestilah the mind pun alike,"
Marsya Ellena dikenali tika dia
sudah memasuki tahun kedua semasa menuntut di universiti dulu. Meski berbeza
fakulti namun pertemuan tika mengendalikan Minggu Orientasi bagi pelajar junior akhirnya mentakdirkan mereka
bersahabat sehingga kini.
"Kau nampak cengkung je,
Kim. Are you okay?"
Hakim ukir senyum senget.
Batang tubuhnya disandar pada kepala kerusi. Redup saja pandangannya pada wajah
bujur sireh di hadapannya itu.
"It's not me who really needs all the concern,"
Mendengar ucapan Hakim
menerbitkan satu perasaan belas dalam hati Marsya. Besar sungguh dugaan yang
sedang sahabat dia alami sekarang ini.
"Liara still macam tu ke?"
"Not a single day has passed without her crying. Aku lagi suka kalau
dia meraung, memekik daripada asyik menangis diam-diam. Even worse sekarang ni, dia dah kurang bercakap. It’s killing me, Sya! I don't know what else to do. Dah puas
semua orang try to knock some sense into
her but dia buat tak tahu je. Aku tak berapa nak kisah but the kids. They need her,"
"Tak try bawak dia
berubat dengan mana-mana ustaz ke? I'm
talking about a real ustaz eh. Bukan yang guna kain kuning, buah limau all that nonsense tu,"
"Been trying to tapi when she
gets to know it, mulalah dia buat scene
merajuk dia. Now you tell me, what else
could be done?"
"Kau bawak dia pergi holiday. Pergi tempat yang dia nak
pergi. Make it as your second honeymoon
or something. Come on, Kim. Takkan tu pun kau nak aku ajar, bro,"
"Eleh. Mentang dia baru
balik honeymoon, so aku pun kena join sekaki lah ni?"
Marsya flips hair.
"Mana tahu untung-untung
kita boleh jadi besan ke nanti? Well if
you’re doing it fast enough laa,"
Ketawa mereka berdua lepas.
Ada sahaja Marsya ni!
"A holiday sounds great. But honeymoon... Aku tak tahulah. I mean, since that day dia macam belum ready je. Aku tak sampai hati nak paksa
dia,"
"You're saying you haven't been sleeping with her for the past six
months? Macam mana kau tahan tengok wife
kau yang gila cantik tu woi!" teruja pulak suara Marsya apabila mengetahui
hal yang satu itu.
"Chill woman, chill. Ni office,
bukan rumah tau cik kak. Tahulah kau baru balik from honeymoon. All the energy is
stacked!"
Marsya berdehem. Acah kembali
menjadi sopan. Menjadi perempuan Melayu terakhir kononnya.
"Maafkan saya wahai tuan
yang budiman,"
"Oh girl. Kau buat aku nak muntah at the same time nak gelak guling-guling,"
"No Kim. Ni dah serius. Kau tak takut ke kalau Liara, tapi mintak
dijauhkanlah. Macam mana kalau dia meroyan? Kau pernah terfikir tak?"
Hakim terdiam. Meroyan?
"Tapi dia berpantang
macam biasa. Mama dia dengan ummi aku yang jaga dia. With extra care sebab knowing
she is not emotionally strong,"
"Jaga pantang tak
semestinya dia tak boleh meroyan. I mean,
no one understands her right now. Dia berpantang, tapi baby dia takde. On the
outside, kita tengok dia macam okay
but her inside? Kau pun tak pernah nak tanya dia kan?"
"Dah kalau sepatah
ditanya, sepatah jugak dijawab kau expect
aku nak tanya macam mana?"
"Ni lah lelaki. Always go for the surface je. Bila tak
dapat, oh lantaklah. Malas nak fikir. She
needs you, Kim. Of all people now, she needs you. Yang meninggal tu anak
korang berdua. Not only hers. She is expecting you to go through this with
her. Together hold her hands till she can accept everything that had happened.
Susah sangat ke, Kim?"
Hakim meraup wajahnya
berulang kali.
"Kau fikir aku tak sedih
ke, Sya? Tu pun anak aku, Sya. Tapi aku tak boleh nak jadi macam dia. Aku masih
ada Haidi dengan Hafleen untuk dijaga. Kalau aku melayan si Liara tu, kesian
Haidi dengan Hafleen. Aku tersepit, Sya. Tapi aku nak buat macam mana lagi. I love her so much. So much that I can’t
show her how I feel right now,"
"Bukan tu maksud aku,
Kim. Betul apa yang kau buat sekarang ni. Kau kuat untuk anak-anak tapi kau
jangan lupa, Liara is also a baby at this
moment. She needs all those extra care from you especially. Best advice, bring
her somewhere. Only you both. Biar dia tahu, she is still a wife. Not only
a mother to a dead baby. Kau masih ada hak atas dia. Jangan lupa tu,"
Hakim merenung dalam-dalam si
Marsya. Ada benar kata-kata sahabatnya itu. Liara masih isterinya. Bukan hanya
sekadar seorang mama sahaja. Sampai bila dia mahu terus hanyut dalam kesedihan
yang melampau itu?
Hakim menekan butang
interkom.
"Steph?"
"Yes, En Hakim?"
"Get me the leave application form. Now!"
*
"Sayang?"
Liara mematikan diri saat
tangan sasa Hakim melingkari pinggangnya.
"Sayang? Dah tidur
ke?"
Meski tiada jawapan, namun
Hakim tahu wanita di sebelahnya ini masih berjaga. Dia mengeratkan pelukan pada
pinggang Liara.
"Sampai bila tak nak
tengok muka I? Dah enam bulan you tidur macam ni. Tak kesiankan I?" lirih
saja suara si Hakim. Mula main psikologi dengan isterinya.
Liara terkedu. Sampai hati
Hakim membuatnya begini di saat dia masih lagi merasai impak kehilangan Hamilyn
dalam hidupnya. Of all people, he should
be the one who understands me better!
"I'm not ready yet, Hakim. I really need your understanding,"
Oh oh. Liara guna panggilan
Hakim. Macam salah timing je nak
cakap pasal apa yang dirancang ni?
Takpe Hakim. Kita try dulu. Slow and steady bro!
"You ikut I boleh lusa
ni?"
"With the kids?"
Tersenyum Hakim apabila Liara
membalas perlawaannya. Sebuah kucupan dihadiahkan pada rambut panjang Liara.
"Tak. The kids tak ikut,"
"Then, I tak nak pergi.
Siapa nak jaga dia orang nanti? Lagipun, kan dia orang tengah sekolah,"
"They are starting their school breaks the same day we are leaving,
sayang. You tak ingat?"
Liara kelu. Memang niat
suaminyakah bertanya untuk melihat sejauh mana dia mengambil berat tentang
anak-anak?
Hakim gusar melihat respon
Liara yang diam tiba-tiba.
"So nanti the kids will be
kat rumah walid. Don't worry. So, you ikut I eh? Please, sayang?"
Liara berfikir sebentar.
Kalau dia mengikut Hakim, dia tidak dapat menziarahi pusara arwah Hamilyn
seperti yang dilakukan setiap hari. Tapi jika dibiarkan Hakim pergi seorang,
mahunya nanti bising pulak mulut ahli keluarga dan juga mertuanya.
Hakim membelai perlahan
belakang tubuh Liara. Ini pertama kalinya sejak enam bulan yang lalu, dia dapat
bermesra dengan Liara. Benar yang dikata Marsya. Liara kini seperti seorang
bayi. Harus sentiasa dijaga dan dibelai.
"Please sayang? I really hope we can go. Only the two of us,"
Hakim hampir menerkam tubuh
itu saat perlahan saja Liara mengubah kedudukan badannya untuk berhadapan
dengannya.
"Where are we going?"
Hakim senyum. Gembira!
*
LIARA menolak daun pintu
kereta tanpa bantuan Hakim. Hakim hanya memerhati dari dalam kereta. Sudah lama
tabiat yang satu itu ditinggalkan dan entah bila lagi dia dapat kembali membuat
semua rutin lamanya itu.
"I suka when you, my
sometimes-cheesy-hopeless-romantic engineer are always a step ahead from me. It
would be your signature gentleman gestures,"
"Lama tak you nak pergi parking?"
Pertanyaan Liara menyedarkan
Hakim daripada kenangan lalu. Hakim ukir senyum namun hanya Tuhan saja yang
tahu betapa hatinya terseksa...
"Kat depan tu je. You
masuk dulu, okay?"
Liara berpusing. Memandang
pintu masuk Copthorne Hotel yang dahulu dikenali dengan nama Equatorial Hotel
yang terletak di puncak Gunung Brinchang. Sudah banyak perubahan sejak terakhir
kali dia menjejakkan kaki di sini.
Liara duduk dikerusi yang
disediakan oleh pihak hotel. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling lobby. Pandangannya kemudian mendarat
pada seorang perempuan yang sedang mengendong seorang bayi di hadapannya. Dari
pandangan kasar, Liara tahu bayi itu sedang menikmati susu ibunya yang penuh
khasiat.
Perlahan, Liara menyentuh
dadanya. Sepatutnya ketika ini, dia juga sedang menyusukan Hamilyn seperti ibu
muda di depannya ini. Tubir matanya mula berair apabila dia menyedari hakikat
sebenarnya bahawa Hamilyn sudah pun meninggal dunia!
Hakim menahan sebak melihat
pandangan yang dia pasti sedang merobek hati wanita kesayangannya. Bagaimana
dia mahu mengembalikan Liara Milia yang dahulunya seorang wanita kental jika
dia sendiri tidak mampu bangkit daripada kesedihan yang masih mencengkam hati
mereka?
"Sayang? Jom. I dah checked in," Hakim menyentuh
jemari Liara yang kejap di atas dada.
Liara pandang seketika wajah
Hakim.
"Jom?" sekali lagi
Hakim mengajak. Kali ini dengan senyuman manis.
Liara mengikut langkah Hakim.
Tibanya di kamar, Liara meletakkan beg tangannya di atas dressing table lantas terus menuju ke balcony.
"Terima kasih,"
selesai memberikan tip pada bellboy,
Hakim menutup pintu. Dia menarik nafas dalam apabila menyedari Liara sebenarnya
sedang menjauhkan diri daripadanya.
Liara merenung jauh
permandangan hebat di depannya ini. Nun di hujung matanya, terbentang luas
seperti karpet ladang teh kebanggaan Cameron Highlands. Tambah mengujakan
apabila cuaca turut bekerjasama dalam membawakan suasana yang dingin dan
berangin membuat Liara seperti berada di Florence ketika ke sana beberapa tahun
dulu.
"Hi?"
Liara memeluk tubuhnya.
Memilih untuk tidak menjawab sapaan suaminya.
Hakim mendekati Liara. Rambut
ikal Liara yang semakin memanjang dirapikan Hakim setelah angin dengan agresif
melibas libas mahkota wanitanya. Haruman limau kasturi begitu menusuk rongga
hidung Hakim sehingga membuai sedikit hati lelakinya.
"I hope you still remember this place, sayang. Although they've changed
the name,"
Hakim menunggu jawab balas
namun Liara tetap membisu.
"Sayang?" panggil
Hakim.
"I nak tidur. Kepala I
sakit," Liara terus masuk ke dalam tanpa memandang Hakim.
Kalah lagi...
*
"JOM keluar?"
Liara menggeleng. Matanya
tajam pada skrin televisyen yang sedang memancar siaran berita petang. Konon
tertarik dengan isi berita yang disampaikan oleh Izwan Azir Salleh namun
pastinya tiada satu pun berita yang berjaya menarik minatnya.
"Kita pergi tea plantation nak? We can have some tea there," cadang Hakim.
Liara geleng lagi. Sikitpun
dia tidak pandang Hakim yang sedang duduk di birai katil.
"You tak lapar?"
Sekali lagi Liara menggeleng.
Buat Hakim sedikit bengang.
"But I am,"
Liara angkat bahu. "Order from the room service then,"
'Ehei sayang!'
"Jomlah sayang. Please? I promise we won’t be long,"
Hakim menarik lembut tangan kanan Liara. Aura memujuk jelas pada raut wajahnya.
Liara akhirnya pandang jua
wajah suaminya. Entah mengapa melihat raut itu yang begitu mengharap membuat
Liara ingin ketawa. Spontan, tangan kirinya menyentuh pipi Hakim.
"Jangan buat muka macam
tu lagi. Tak sesuai dengan you. Give me
10 minutes," Liara menolak selimut lantas turun dari katil menuju ke
bilik air. Meninggalkan Hakim yang masih terpinga-pinga.
Tak percaya!
Hakim menyentuh pipi
kanannya. Dia senyum sikit mengenangkan sentuhan Liara yang bagaikan ilusi tadi.
Sekejap namun begitu bermakna!
Deringan iPhone sedikit menggangu perasaan Hakim. Dia mengeluarkan handphone nya itu dari dalam poket.
Melihat nama pemanggil membuat perasaannya berbunga semula.
"Hello Mrs Advisor!"
"Well sounds like someone's having a good time over there. How is it, Mr
Ir? Something good happened there, I suppose?"
Hakim gelak kecil. Dia
membuka langkah ke arah balcony.
Pintu sliding ditolak.
"Haip! Mana boleh
cerita,"
"Ala. Kalau tak cerita
pun macamlah I can’t guess on my own. But
still, I am so happy for you!"
"Alhamdulillah. Thanks to you too for the brilliant idea. I
owe you one,"
"Haa... I loike! Please don't forget my strawberries, okay? Tapi
seriously Kim, it's nice to know that you are happy,"
Hakim kelip mata sekali.
"I feel like I have got a part of myself back, Sya. It damn feels like a
dream but I know for sure she is still the same girl I fell for years ago,"
Liara baru hendak menarik
pintu bilik air apabila telinganya menangkap suara Hakim seperti sedang berbual
di balcony. Sudah lama dia tidak
mendengar nada suara Hakim yang begitu senang apabila berbual dengan seseorang.
Atau mungkin dengan yang lain selalu cuma bukan dengan dia. Isterinya.
"Phewitt! Kau macam
tengah honeymoon second time,
bro," ada tune usikan dalam
suara si pemanggil.
Hakim menyikat rambut guna
sebelah tangan.
"About that, no comment. Biarlah rahsia,"
Suara hujung sana gelak
sakan.
"You really made my day, Hakim. Oh, Hazim kirim salam. Dengan
pesanan, squash date jangan lupa this upcoming Wednesday,"
"Waalaikumusalam. Kau
kirim salam balik kat hubby kau tu
dengan pesanan, it depends on what day
I'm leaving the Highlands,"
Sekali lagi suara hujung sana
gelak. Terdengar pada cuping Hakim ada suara lelaki turut sama gelak dengan
suara si perempuan.
Laki bini sama aje!
Bunyi flush dari dalam bilik air menarik perhatian Hakim. Tahu isterinya
sudah siap.
"Okay. Got to go. My lady is waiting,"
"Full version in our next meeting. Remember eh!" sempat lagi si
pemanggil mengingatkan Hakim tentang pertemuan mereka yang seterusnya.
"In Sha ALLAH. Thanks Marsya for everything. I really owe
you one. Assalamualaikum!"
Sebaik Marsya membalas
salamnya, Hakim mematikan talian. Dia berpaling dan mendapati Liara sudah siap
dan sedang duduk di atas katil.
"Jom?"
"Siapa yang call?" tanya Liara sambil jemarinya
saling meramas baki losyen yang masih ada. Pandangannya jatuh pada jemarinya.
Hakim mendekati. "Marsya
called. She said hi and
assalamualaikum,"
"Waalaikumusalam,"
Hakim mencapai wallet dan kunci kereta di atas meja
solek. "Shall we?"
Hakim sudah pun melewati
Liara apabila perlahan Liara memanggil namanya. Hakim tidak berpaling namun dia
tetap memberi respon.
"Can I ask you something?"
"Shoot,"
"Am I still the same girl you fell for 16 years ago?"
Hakim terus berhenti daripada
menyarung kakinya dengan sarung kaki. Dia mengangkat kepala memandang ke arah
Liara yang masih pandangannya menekur pada jemari runcing wanita itu.
"Am I still the same man you fell for 16 years ago?"
"Questions are meant to be answered,"
"I am asking you a question,"
"Asking or returning a question?"
"Why are you being hard, sayang? Is
there something that I should know?"
Liara senyum sikit. Dia
menekan butang pada TV dan skrin bertukar hitam. Handbag Ted Baker dicapai.
"I'm trying to be the same girl you fell for 16 years ago, cheesy!"
selamba dia kucup pipi kanan Hakim dan terus meninggalkan Hakim masih
terpinga-pinga dengan pertanyaan dan perlakuan isterinya dalam keadaan sarung
kakinya tersekat pada skala 3 di kakinya!
*
"SAYANG! Let’s take a picture!"
Suara manja Liara memecah
lamunan Hakim. Dari dalam bilik sehinggalah mereka berdua sudah pun sampai di
Sungai Palas ini, dia tidak habis fikir bagaimana perlakuan Liara boleh berubah
dalam sekelip mata sahaja. Walhal sampai saat mereka sudah check in tadi pun mood
isterinya itu masih tiada beza sejak hari pertama arwah Hamilyn meninggal.
Apa sudah jadi?
Liara yang sudah puas
mengambil gambar pemandangan ladang teh yang terbentang cantik berpaling pada
Hakim yang bersandar pada pintu Harrier. Nampak jauh suaminya itu berfikir.
Tahu perubahan sikapnya merupakan penyebab pada pemikiran yang nampaknya maha
kompleks itu.
Dia merapati Hakim. Tubuhnya
turut bersandar pada badan Harrier. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Hakim.
Hakim tambah terkesima.
Menambah lagi rasa peliknya apabila Liara dengan spontan mengambil selfie mereka berdua apabila Hakim
terdengar bunyi klik.
"Am I still the same girl you fell for 16 years ago?" Liara
bertanya sambil jemarinya bermain di atas skrin iPhone. Melihat kembali galeri penyimpanan gambar-gambarnya.
Sekali lagi soalan itu
bergema. Hakim berdeham. Kedua tangan yang tadinya memeluk tubuh dimasukkan ke
dalam poket seluar.
"Dua kali you tanya
soalan tu. Kenapa?"
"I just want to know,"
"Cukupkan tiga kali and I'll answer you,"
"Then, I'm gonna spare the third one for later,"
"Milia?"
"Hmm..."
"Do you plan to leave me?"
"Do you want it to be so?"
"No,"
"Why bother asking then?"
"Men tend to revise history to prevent themselves from doing anything foolish
in the future. Maybe that's the reason why you're asking since you've planned
to walk away. If that’s it, then I will not answer any questions from you that
relates to history,"
"Sejak bila you pandai
bermain kata ni? You're an engineer the
last time I checked. Not some literature arts practionar,"
"Since I've been reading a lot of your favourite books during your
confinement. During your moody time. When you spent your time thinking and
thinking and thinking. Now I know how you always knew how to make me smile,"
"What? But why?"
Hakim angkat bahu.
"Seem you always tried to make me smile after leaning from those books. I
thought I’d try to do the same. But obviously the attempts have failed,"
Liara memeluk lengan kanan
Hakim.
"We sure are having a very serious discussion since you are speaking in
English. Should I be worried?"
"It's not your job to be worried. I'm used to it for the past six months,"
Liara telan liur. Tahu Hakim
sedang menyindir.
"Any specific book that you find interesting?"
"You should know me better. I don't believe in fairy tales and your
books were not based on motivations, biography and my kinda things,"
"I know you too well. And I can’t help but think, given you’ve read my
types of books, if you’ve found interest in something new,"
"Such as?"
"Other girls,"
Hakim terpana sebentar.
Cepat, dia dapat menangkap ke mana arah tuju serkap jarang Liara.
"It was Marsya,"
"I wasn't talking about her. It could be anyone else,"
Sah isterinya sudah melalut!
Tangan kiri Hakim meraup
wajah. Dia memandang ke sisi kanannya. Posisi Liara masih statik.
Sebelum sempat Hakim
membalas, suara Liara kedengaran lagi.
"I tahu, the past 6 months have been miserable for us.
I tahu though you tak pernah mengadu,
tapi you pun terluka. Terluka dengan sikap I. Terluka dengan pemergian arwah
Hamilyn. Terluka dengan keadaan kita. And
I can't even begin to try to understand how bad I must have made you feel for
as long as I’ve negeleted you.
"But I still love you. I still need you. I know I'm being hard but I've
never wanted anyone else like how I’ve always wanted you. How I will always
want you," ayat Liara tergantung apabila Hakim menyebut namanya
lembut. Dia mengangkat kepalanya dan terus bersabung pandang dengan Hakim.
Hakim terus membawa tubuh
Liara ke dalam peluknya sambil bibirnya bertaup dengan bibir merah Liara. Dia
tidak peduli kalau ada mata yang memandang dan menggangap mereka melakukan
perlakuan sumbang di tempat awam. Ini isterinya yang tidak mungkin akan ada
ganti sehingga ke akhir usia!
Liara yang mulanya terkejut
dan ingin meloloskan diri tidak jadi untuk menolak perlakuan Hakim padanya.
Sudah lama dia menafikan hak Hakim dan dia juga merindui sentuhan suaminya itu.
Pautan bibir Hakim lepas
namun hidungnya masih lagi berlaga dengan hidung Liara. Pejaman matanya
tercelik dan dia memerhati satu-satu feature
wajah isterinya. Bulu mata yang lurus panjang tampak sedikit basah. Ibu jarinya
mengelap mata Liara.
"From the books that you've been reading, this is when the heroine would
hug the hero as well. And you still haven't done so,"
Liara gelak kecil. Nampaknya
sikap suaminya yang satu ini memang tidak pernah berubah. Suka nak pamer kemesraan
di kawasan terbuka!
Kedua tangannya melingkar
pada tubuh Hakim.
Tiada apa yang berubah.
Hangatnya tubuh itu masih sama. Masih seperti dulu. Liara tahu hati lelakinya
itu. Dia tahu siapa dia buat lelakinya. Dia bukan sekadar seorang isteri. Dia adalah
nyawa bagi Hakim.
Pemergian Hamilyn memberi
satu nafas baru dalam hubungan mereka. Adanya dugaan sebegini barulah mereka
tahu tinggi atau rendahnya bumi yang mereka pijak. Tidak selalunya awan yang
cerah akan berkekalan selamanya. Akan pasti ribut dan taufan melanda, mengocak
keselamatan diri. Seperti rumahtangga mereka. Tidak selamanya bahagia akan
selalu berada di dalam lingkaran hidup mereka. Sekali sekala, realiti sepahit
hempedu perlu ditelan untuk menyedari bahawa setiap yang bernyawa tidak mungkin
terlepas daripada sebarang kesusahan.
"I tak pernah salahkan
you atas pemergian arwah Hamilyn. Semua yang jadi, bukan aturan kita. Tapi I
terima dengan ikhlas. I tak salahkan Tuhan sebab Dia dah bagi kita Haidi and Hafleen. The most precious gems that I've ever had including you. And kita
pun masih muda, sayang. Losing one can’t mean
that we can’t have more. And kalau sampai hujung nyawa pun kita tak dapat
lagi rezeki tu, takpe sayang. Because we
already have Haidi and Hafleen. We love them both,"
Liara pandang mata Hakim.
Naluri keibuannya kembali bergelora apabila terdengar nama anak-anaknya.
Dunianya!
"You are the greatest mama, sayang. And we love you for being one. I
love you for being the greatest mother to my children. Wasting my time looking
for someone who might not even say our children's name correctly will not be my
favourite thing to do.
"Perempuan lain tak
pernah sekabut, sebising, seceria, secantik you pada mata I. It's hard to believe that first loves don’t
last. Because with you, everything
seems to fall into the right place and timing. Your perfect imperfections like
what John Legend always said is what that shapes you to be the love of my life.
You complete me, sayang,"
Pelukannya tambah mengerat.
Kepalanya berlabuh di atas dada Hakim. Dibiarkan matanya basah.
"Sorry to keep you waiting. I’ve lost my way. And now, I've found you.
You’re here. You’re here all along. Thank you,"
"Always had, always have and always will be. I love you!"
"I love you, too,"
*
NAFAS yang tadi berat
beransur ringan. Dua pasang mata terkebil-kebil menatap siling dalam keadaan
Liara erat dalam pelukan Hakim. Jemari Hakim bermain dengan lengan gebu
isterinya.
"Exactly why are we here again?" tanya Liara. Jemarinya menari
di atas dada Hakim.
"Hmm... Marsya suggested for us to go on a holiday. At first I thought
nak bawak you pergi Bali atau Perth but
I tak boleh mintak cuti lama sangat since
I have an active project sekarang ni yang needs me within local. Then Cameron just appeared in my mind since
kita pun dah tak datang sini after you
were pregnant with Haidi. So I was thinking, why not!
"Even the room is the same as the one we had dulu. I just want us to
remember the sweet things we had here,"
"Marsya jugaklah yang
terfikir idea ni?" usik Liara.
"Alaa yang. I memang nak
bawak you holiday tapi I takut you
belum ready,"
"Oh bila Marsya suggested, terus you ingat I dah ready lah?"
"Tak jugak. I doubted it at first. But bila dia
sedarkan I pasal satu perkara ni, I rasa I memang patut bawak you holiday,"
"Ohh really? What exactly that she said yang open up your mind
tu?"
"That you are still my wife and not only a mother to my children,"
Liara terkelu. Deep sangat apa yang dikatakan Marsya
tu.
'Tunggu dia bila aku balik KL
nanti. Kemain deep dia berfalsafah
dengan laki aku. Kemain sungguh,' getus hati Liara.
"Haa nak jealous lah tuh,"
"There's nothing interesting about her to be jealous of. Except for the
fact her parents stay kat New York and
company dia dapat plan wedding
anak MB tu. Tu je I jealous,"
Hakim gelak. Mudah terhibur
pulak dia dengan kata-kata Liara.
"Also, I nak bawak you lari dari bilik tidur kita,"
"Kenapa sampai macam tu
sekali?"
"Maybe you can't start anew since it's where we had our fun time. I
takut you rasa macam I tak bagi space
kat you untuk swallow things down if we
are having our fun time there,"
"Habis tu, sekarang ni
kita kena pergi tempat lain ke everytime
we nak have fun?"
"Well, about that. I've given a thought on that matter. Kita pindah
rumah nak? Kita cari rumah baru,"
Liara angkat kepala.
"Pindah rumah? Sampai
macam tu sekali? Jangan nak mengada. I dah okay lah. Kalau tak takde I kat sini
sambil peluk you," wajah Liara sudah berubah sedikit. Berkerut menatap
wajah suaminya.
"Bukan macam tu, sayang.
Maybe it's time for us to get a bigger
place. A part of it is because of you but I think, since our family is
expanding, we should get another suitable ground for our children. Don't you think so?"
"But I have my own sentimental values for that house. Takkan you dah
lupa?"
"Mana boleh I lupa. I
yang propose takkan I nak lupa,"
Hakim mencuit hidung tirus Liara. Memerah sedikit pipi Liara apabila Hakim
berkata sebegitu.
"Dah tu? No. I tak nak. I want to raise our children there. They should know how much that
house means to me. To us. End of discussion," kepala Liara kembali ke
atas dada Hakim.
Hakim senyum sedikit. Stubborn as usual!
"Okay. End of discussion. Woahhh. Dah lama mama tak marah macam ni.
Selalunya Leen yang kena part end of
discussion tu,"
"Leen... Ahh. Suka nak
buat mama naik pening. Asyik nak usik Oya Haidi je anak dara you tu,"
"She is you, remember?"
"Kalau Hamilyn ada, they would make a pact against
Haidi,"
Mereka diam seketika. Hakim
tahu perasaan isterinya terusik apabila dia merasakan basah sedikit tubuhnya.
"Let it go, sayang. Let it go and promise me, you'll let this be the
last time you’ll shed tears. Ingat sayang. She is not suffering. She left us to be in a better place. Tempat
yang kita sendiri tak tahu kita dapat pergi ke tak. We should be proud of her. Crying like this won't be helping her over
there. Doakan dia, sayang. Doakan dia untuk dia doakan kita dapat jumpa dia
kat sana jugak. Okay, sayang?"
Hakim mengelus rambut Liara.
Sebak memang sebak apabila bercakap tentang anak mereka itu tapi dia kena kuat
untuk menguatkan semangat Liara. Dia tidak boleh biarkan isterinya untuk terus
hanyut.
"Sayang?"
"Yes, baby?"
"Hold my hands till the end, boleh?"
"As how I'm holding your heart close to mine,"
*
9 BULAN 4 HARI...
"Oya nak bagi nama kat baby boleh tak, mama?"
"Cuba Oya tanya
walid,"
"Boleh tak walid?"
Haidi bertanya dengan penuh harap pada walidnya.
"Alaa. I want to name the baby too,"
rengek si Hafleen pulak.
"Sibuklah Leen ni. Oya
yang tanya dulu,"
Hafleen memeluk tubuh. Masam
mencuka wajah anak itu.
"Leen nak bagi
jugak!"
Liara pandang Hakim. Seronok
dia melihat suasana kecoh dalam kamar tidurnya di rumah. Sosok tubuh dalam dakapannya
pula hanya diam tidak berkutik sedangkan becok abang dan kakaknya hendak
memberi nama pada ahli keluarga baru mereka.
"Okay. Macam ni. Why not, this
time Oya Haidi yang bagi nama untuk baby.
Nanti the next baby, Leen pulak yang
bagi. Bolehkan macam tu mama?" Hakim merangkul bahu isterinya.
"Yang ni baru keluar,
walid dah nak ada yang the next one?"
Liara berbisik perlahan.
"Boleh tak mama?"
Haidi ulang soalan yang sama.
"Boleh tak, Leen?"
Liara bertanya pada Hafleen pula. Melihat pada cebikan di mulut anak itu, Liara
memberi isyarat pada Hakim untuk segera memujuk. Kang ada dua orang sekali yang
menjerit kat sini nanti!
Hakim cepat cepat mengambil
anak itu dan didudukkan di atas ribanya.
"Walid dengan mama janji
dengan Leen, the next one will be your
turn. Okay sweetheart?"
"Okay. But I want a baby boy. Okay mama?"
Amboi anak ini. Ingat boleh
ke nak tempah siap siap dapat baby boy ke
girl? Leen, Leen!
"Okay sweetheart. Anything for our sweetheart. So, Oya nak bagi nama baby
apa?"
"Oya nak bagi nama,
Heleena,"
Liara pandang wajah Hakim.
Begitu jua Hakim.
"Nice name, Oya. I like. Hi Nana!" Hafleen tunduk, mencium pipi
si puteri.
"Nanti walid discuss dengan mama dulu, okay Oya? But how come you've thought of that name?"
"Oya dapat dalam mimpi.
Oya jumpa dalam bakul baby yang walid
beli untuk baby Hamilyn dulu,"
polos anak itu menjawab.
Hakim terus pegang bahu
Liara. Gusar sekiranya Liara terjatuh lagi mendengar jawapan Haidi.
"Yeke Oya? Oya nampak baby Hamilyn tak?" tanya Liara.
"Nampak. Dia tengah
tidur. Baby Hamilyn cantik mama. Muka
dia sama macam mama,"
Allahuakbar! Bergema sebentar
hati Liara. Begitu sekali ALLAH memberi petunjuk padanya.
Kedengaran suara dari bawah
memanggil nama Haidi dan Hafleen. Bergegas mereka turun apabila dikatakan Tok
Pa mereka membeli ais krim. Tinggallah cuma Hakim, Liara dan permata hati
terbaru mereka di dalam kamar.
"He dreamt of her too. That was the exact dream I had a month ago,
sayang," ujar Liara.
"I know, sayang. I had the
same one too. Mungkin ni petunjuk yang Tuhan nak bagi pada kita. Be strong, sayang,"
Liara alih pandang. Memandang
khusyuk anugerah terindah dalam hidupnya yang baru dilahirkan dua hari lepas.
Kali ini semuanya selamat dan sempurna. Bayi perempuan seberat 2.95 kg ini
disambut sekali lagi oleh Hakim sesudah azan Subuh bergema di udara.
"Sharifah Heleena Marsya
bt Syed Hakim Lutfi," senafas, Liara menutur nama puterinya.
"Marsya? Wow. You really do love her that much eh?"
"What can I say? She does help a bit for the production,"
Kedua mereka gelak.
Hakim mengambil si kecil
daripada dakapan Liara. Tergerak-gerak tubuh anak itu apabila dirasa tidurnya
diganggu.
"Welcome home Sharifah
Heleena Marsya. Walid, mama, Oya Haidi, Kakak Leen and arwah Kakak Hamilyn will
always be around for you, angel. We love you,"
"Walid?"
"Yes, mama?"
"Am I still the same girl you fell for 17 years ago?"
Ibu jari Hakim melekap pada
pipi isterinya.
"There would only be changes of time. Till forever, you are always the
same girl that I fell for always sending me letters, always being there although
we were far apart, for always loving someone like me. I have fallen for you 17
years ago, and I am still falling for you everyday and I will continue to fall
for you over and over again for days to come,"
Liara mencapai jemari Hakim
dan dibawa ke bibir. Sebuah kucupan sayang singgah.
"I love you, Hakim Lutfi,"
"I love you, Liara Milia,"
Pelangi itu muncul setelah
ribut melanda seketika perjalanan rumah tangga mereka. Bahkan pelangi yang
muncul adalah pelangi terindah yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka
sekeluarga.
Hikmah kesabaran Hakim, Liara
kembali lagi. Menjadi lebih semangat untuk meneruskan hidup. Meneruskan
perjalanan yang tidak tentu noktahnya dengan cinta hati juga buah hatinya.
Pemberian Tuhan ke dalam rahimnya sebulan setelah meninggalkan Tanah Tinggi
Cameron menunjukkan janji Tuhan itu pasti untuk setiap apa yang diminta
hambaNya.
Hilang satu, berganti satu.
Dan harapannya supaya anugerah ini tidak terhenti di sini sahaja. Dia masih ada
janji untuk dilunaskan pada puteri pertama mereka.
Seorang baby boy!