Tuesday, January 12, 2016

Mencintainya II



Liara sudah hampir menyerah. Sejak tadi dia meneran namun si dia yang sudah lama ditunggu belum juga mahu meninggalkan kantung rahimnya. Paras tenaganya sudah semakin berkurang. Dia takut kalau tenaganya sudah tidak mencukupi untuk dia meneran.

"Sayang? Hei, jangan tidur sayang. Stay awake please," suara Hakim menyerap jauh ke dalam otaknya.

"I dah tak larat," Liara merengek. Manja.

"No sayang. Look at me. Just look at me," Hakim memegang lembut wajah isterinya yang semakin pucat. Memang dia kesian melihatnya namun dia perlu terus membantu Liara supaya proses kelahiran menjadi lebih cepat. Dia sendiri sebenarnya sudah tidak sanggup melihat belahan jiwanya itu berada dalam keadaan seperti ini.

Liara memaksa matanya untuk celik setelah merasakan pegangan lembut pada wajahnya. Semangat yang tadinya hilang entah ke mana kembali bernyala setelah pandangannya mendarat pada raut wajah jejaka yang memiliki keseluruhan hatinya ini. Liara mengangkat sebelah tangannya lantas mengelus wajah itu dan dibalas dengan belaian pada tangannya.

"You can do this, sayang. I know you can. You are my strong queen, remember? Don't worry. I'm here with you. Till the end," Hakim membawa jemari runcing Liara ke bibir lantas satu kucupan penguat semangat singgah.

Mendengar kata-kata Hakim, Liara mula mengumpul tenaganya semula. Dia tidak mahu mengecewakan suaminya itu. Anak ini sudah lama ditunggu kemunculannya. Dia tidak boleh berhenti separuh jalan saja!

Liara mula meneran semula. Sebelah tangan dibiarkan dipegang Hakim manakala sebelah lagi memegang palang sisi katil. Bibirnya diketap kuat-kuat. Arahan daripada doktor diikut satu-satu supaya semuanya cepat berlalu.

"Come on, sayang. Sikit lagi!" Hakim turut memberi semangat. Pegangan erat Liara dibalas dengan penuh sayang supaya Liara tahu dia tidak keseorangan.

"Okay Liara. One big push and it's over, okay? Okay, on my count. One, two, three, push!"

Semerta, Liara meneran sekuat hati sehingga badannya turut tersorong ke depan.

"Good job Liara! Dah keluar!" suara Dr Gina membuat Liara sedar anaknya sudah selamat dilahirkan.

"Alhamdulillah," ucap Liara. Dia berpaling pada Hakim yang berwajah muram.

"Sayang, our baby is here. We did it!"

Hakim mengukir senyum lirih. Rambut Liara dielus perlahan.

"Thank you, sayang. You've done a great job. I'm proud of you. I love you so much, sayang," sebuah kucupan singgah pada dahi Liara yang sedikit basah dek peluh namun tidak dihirau oleh Hakim. Matanya dipejam erat-erat.

'Ya Tuhan. Kuatkan isteri hamba!'

Liara tersenyum senang apabila Hakim melafazkan kata keramat itu. Meski ini sudah kali keberapa entah Hakim melafazkan kata-kata itu namun setiap kalinya ia berbeza untuk Liara. Hanya Hakim saja yang punya keistimewaan untuk menjadikan setiap patah keramat itu mempunyai makna yang signifikan.

Kemudian, sesuatu melintasi fikiran Liara.

"Sayang?"

Hakim alih kepala.

"Kenapa, baby?"

"Why isn't our baby crying? I wanna see her. Where is she?" Liara mengangkat kepala. Mencari kelibat anak yang baru dilahirkan tadi.

Kelu sebentar lidah Hakim. Rasa sebak mula memenuhi ruang hatinya.

"Sayang, you dah janji dengan I kan tadi? You dah janji to be strong no matter what kan?"

Liara memandang wajah Hakim dengan pertanyaan. Janji apa yang dikatakan Hakim ini?

"You cakap apa ni? Janji apa? Where is our baby? I wanna see her!" Liara mengalih pandang pada Dr Gina yang masih setia berdiri bertentang dengannya.

"Where is my child, Doctor? I want to see her. Let me hold her!" suara Liara mula meninggi. Tangan dalam pegangan Hakim mahu direntapnya.

Hakim membuang pandang pada Dr Gina. Mengangguk pada wanita itu supaya melakukan apa yang telah dipersetujui tadi sebelum proses kelahiran bermula. Dr Gina yang memahami isyarat itu turut mengangguk sebelum berlalu untuk menyiapkan apa yang patut.

Hakim tarik nafas dalam-dalam. Dia kembali memegang kedua-dua belah wajah Liara lantas pandangannya dibiarkan mati di dalam mata Liara.

"You dah janji, no matter what you akan redha, kan sayang? Don't do this, sayang. Our baby is dead. You know that, baby," Hakim merasakan biji matanya seperti sudah merah bak buah saga saat kata-kata itu meluncur daripada bibirnya lantaran dia menahan air matanya daripada mengalir.

Liara tergamam pada mulanya. Kata-kata suaminya tidak dapat dicerna dengan baik.

"No! You tipu! I baru lahirkan dia, sayang. She's here! She can’t be dead. My baby is still alive!" Liara membangkang kata Hakim.

"Look Milia! Our baby is dead. She had been since two days ago in your tummy! You like it or not, deal with it. You get me, Liara Milia Iqmal?!" suara Hakim naik satu level atas. Tangannya masih kejap pada wajah isterinya.

Liara menepis tangan Hakim.

"Tak! You tipu! Tipu! Anak I masih hidup. My baby is still alive. You're lying. I wanna see my baby!" Liara cuba untuk turun daripada katil namun sempat dihalang oleh Hakim yang cepat-cepat membawa tubuh itu ke dalam pelukannya.

"Baby, please. Don't do this. Tak kesian kat I ke?"

Liara cuba menolak tubuh suaminya tapi apalah sangat yang mampu dilakukannya di saat keletihan masih melingkari tubuhnya setelah 8 jam dia berhempas pulas mahu melahirkan anaknya.

"Let me go, Hakim! I nak tengok anak I. Jangan halang I,"

Dr Gina menghampiri Liara dari arah kiri. Sekali lagi dia menerima isyarat daripada Hakim untuk terus melakukan apa yang sepatutnya. Dia angguk.

Hakim memeluk erat Liara. Tidak mahu Liara menyedari apa yang sedang berlaku. Takut keadaan akan menjadi lebih kecoh.

Dalam Liara meronta-ronta itu, dia merasakan seperti ada sesuatu yang menyucuk pada lengannya. Dia mahu berpaling namun pegangan erat Hakim pada tubuhnya mengunci segala pergerakannya. Perlahan, kepalanya mula bergetar. Serasa mahu melelapkan mata saat ini juga!

"I am so sorry, sayang. I have to do this. I love you," suara Hakim serasa seperti bisikan halus yang hanya singgah sebentar sebelum hilang ditelan angin.

Sebelum kedua belah matanya juga tertutup. Rapat.


*


LIARA tersedar. Spontan, kepalanya mengalih ke sebelah kiri. Hembusan nafas yang berat menunjukkan betapa lelaki itu keletihan setelah baru pulang dari Kinabatangan petang tadi.

Liara menolak selimut tebal sehingga hujung kaki. Perlahan, dia menarik daun pintu kamarnya lantas meloloskan diri seperlahannya.

Suis lampu di kawasan kolam renang dihidupkan. Liara mengambil tempat di tebing sebelum mencelupkan kedua kakinya ke dalam kolam.

Sudah enam bulan peristiwa itu berlaku namun belum sekalipun Liara dapat melupakan apa yang telah terjadi. Hari demi hari, tiada lain yang dapat difikirkan selain daripada kematian anak bongsunya itu.

Redha? Acapkali dia diingatkan bukan sahaja oleh Hakim, malahan daripada semua orang yang mengenalinya. Orang hanya pandai bercakap. Tidak tahu dan faham apa yang dia rasai. Bagaimana hendak dia redha kalau anak yang dikandung selama lapan bulan meninggal dunia dan dia sendiri tidak sempat mengendong bayinya itu?

Dia membiarkan air matanya membasahi pipi. Seperti malam-malam yang lalu, lelapnya sering diganggu dengan peristiwa itu. Tiada bezanya dengan malam ini. Kenangan itu seperti terus bermain dalam benak fikiran mahupun hatinya.

Terkadang, dia seperti lupa kalau masih ada Hakim, Haidi dan Hafleen dalam hidupnya. Tapi entah mengapa, semangatnya untuk hidup seperti sudah mati bersama dengan jasad anaknya. Dia seperti hilang dalam dunia sendiri. Dunia yang cuma ada dia dan arwah Hamilyn sahaja.

Hubungan suami isteri bersama Hakim juga sudah lama hilang kemesraannya. Satu yang ditanya suaminya, satu juga dijawab. Tiada lagi perbualan mesra, kata-kata romantis antara mereka dikala berdua. Namun tidak dinafikan, Hakim masih belum mengalah untuk mengembalikan keceriaan rumah tangga mereka. Ada sahaja yang akan dilakukan lelaki itu mengambil hatinya tapi tetap hati Liara membeku.

Haidi dan Hafleen juga semakin jauh daripada mama mereka. Rutin mereka bertiga sudah lama dilupakan oleh Liara. Tiada lagi solat berjemaah, makan bersama, menghabiskan homework bersama dan outing mingguan mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa samada di rumah keluarga Hakim ataupun keluarga Liara yang sememangnya sentiasa memberi sokongan kepada Liara dan Hakim.

Bisnes perancang perkahwinan yang diterajui bersama Mia Trisya dan Arissa Maisara sudah tidak dijenguk. Terkadang ada juga sepupu-sepupunya itu mengajak dia untuk turun padang namun secepatnya dia menolak dengan alasan dia masih memerlukan rehat. Padahal rehat yang dimaksudkan adalah terperuk dalam bilik menanti siang bertukar malam, malam bertukar siang.

Liara merenung permukaan kolam yang berair jernih. Bayangan arwah Hamilyn muncul. Liara terpesona melihat kecantikkan anaknya itu. Seperti abang dan kakaknya, kulit Hamilyn juga putih gebu. Rambut lurus berwarna coklat gelap itu diwarisi daripada Liara sendiri manakala raut wajah anak itu lebih menyerupai Hakim.

"Sayang? Kenapa tinggalkan mama? Mama rindu sayang. I miss you so much, sweetheart," penuh getar suara itu. Liara memegang dadanya bagi menahan rasa gigil dalam hatinya.

Berdiri sebatang tubuh di balik pintu gelunsur menuju ke kolam renang. Cermin mata yang tergantung pada batang hidungnya ditarik. Air mata yang bergenang di pelupuk mata, dilap mengguna ibu jari.

Allahuakbar!


*


HAKIM melontar pandangan pada ibu kota Kuala Lumpur yang menjadi halwa matanya setiap hari. Bunyi ketukan pada daun pintu membuat tumpuannya sedikit terjejas.

"Tak pergi lunch ke?"

Hakim memusing kerusi, menghadap ke depan. Dia mengukir senyum lirih pada figura di hadapannya.

"Pengantin baru rupanya. Have a seat," pelawa Hakim.

Marsya tersenyum manis. Dia mengambil tempat di depan Hakim. Paper bag yang mengandungi chocolates dari Swiss diletakkan di atas meja Hakim.

"For the kids,"

Hakim menarik paper bag tersebut.

"Untuk the kids aje? Walid dengan mama tak payah eh?"

Marsya mencebik.

"Walid dengan mama masa pergi honeymoon kat Estonia dulu tak beli apa-apa pun untuk Auntie Sya,"

Hakim gelak. Kecil.

"Hah! Ungkit! Anyway, thanks for the chocolates,"

"No prob at all!"

"So, Alps apa cer? Mesti korang berkepit je kan kat dalam cottage. Tak nak sejuk pulak," usik Hakim.

"Sibuk nak tahu pasal honeymoon orang. Alps was okay. Magnificent if I could say. Tapi tulah. Dua minggu tak cukup kat sana. Hazim tu lah. Susah sangat nak dapat cuti. Boring sungguh,"

"Kau bolehlah cerita. Kau kerja sendiri. Kesian si Yana tu lah kena urus semua. Laki kau tu kerja dengan orang. Tak bolehlah sesuka hati nak buat apa pun,"

"Sama doe statement kau dengan dia, Kim! Korang memang ada apa-apa ke sebelum ni yang instinct kuat sangat ni? Musykil pulak kita,"

"Dah nama pun nak dekat sama. Mestilah the mind pun alike,"

Marsya Ellena dikenali tika dia sudah memasuki tahun kedua semasa menuntut di universiti dulu. Meski berbeza fakulti namun pertemuan tika mengendalikan Minggu Orientasi bagi pelajar junior akhirnya mentakdirkan mereka bersahabat sehingga kini.

"Kau nampak cengkung je, Kim. Are you okay?"

Hakim ukir senyum senget. Batang tubuhnya disandar pada kepala kerusi. Redup saja pandangannya pada wajah bujur sireh di hadapannya itu.

"It's not me who really needs all the concern,"

Mendengar ucapan Hakim menerbitkan satu perasaan belas dalam hati Marsya. Besar sungguh dugaan yang sedang sahabat dia alami sekarang ini.

"Liara still macam tu ke?"

"Not a single day has passed without her crying. Aku lagi suka kalau dia meraung, memekik daripada asyik menangis diam-diam. Even worse sekarang ni, dia dah kurang bercakap. It’s killing me, Sya! I don't know what else to do. Dah puas semua orang try to knock some sense into her but dia buat tak tahu je. Aku tak berapa nak kisah but the kids. They need her,"

"Tak try bawak dia berubat dengan mana-mana ustaz ke? I'm talking about a real ustaz eh. Bukan yang guna kain kuning, buah limau all that nonsense tu,"

"Been trying to tapi when she gets to know it, mulalah dia buat scene merajuk dia. Now you tell me, what else could be done?"

"Kau bawak dia pergi holiday. Pergi tempat yang dia nak pergi. Make it as your second honeymoon or something. Come on, Kim. Takkan tu pun kau nak aku ajar, bro,"

"Eleh. Mentang dia baru balik honeymoon, so aku pun kena join sekaki lah ni?"

Marsya flips hair.

"Mana tahu untung-untung kita boleh jadi besan ke nanti? Well if you’re doing it fast enough laa,"

Ketawa mereka berdua lepas. Ada sahaja Marsya ni!

"A holiday sounds great. But honeymoon... Aku tak tahulah. I mean, since that day dia macam belum ready je. Aku tak sampai hati nak paksa dia,"

"You're saying you haven't been sleeping with her for the past six months? Macam mana kau tahan tengok wife kau yang gila cantik tu woi!" teruja pulak suara Marsya apabila mengetahui hal yang satu itu.

"Chill woman, chill. Ni office, bukan rumah tau cik kak. Tahulah kau baru balik from honeymoon. All the energy is stacked!"

Marsya berdehem. Acah kembali menjadi sopan. Menjadi perempuan Melayu terakhir kononnya.

"Maafkan saya wahai tuan yang budiman,"

"Oh girl. Kau buat aku nak muntah at the same time nak gelak guling-guling,"

"No Kim. Ni dah serius. Kau tak takut ke kalau Liara, tapi mintak dijauhkanlah. Macam mana kalau dia meroyan? Kau pernah terfikir tak?"

Hakim terdiam. Meroyan?

"Tapi dia berpantang macam biasa. Mama dia dengan ummi aku yang jaga dia. With extra care sebab knowing she is not emotionally strong,"

"Jaga pantang tak semestinya dia tak boleh meroyan. I mean, no one understands her right now. Dia berpantang, tapi baby dia takde. On the outside, kita tengok dia macam okay but her inside? Kau pun tak pernah nak tanya dia kan?"

"Dah kalau sepatah ditanya, sepatah jugak dijawab kau expect aku nak tanya macam mana?"

"Ni lah lelaki. Always go for the surface je. Bila tak dapat, oh lantaklah. Malas nak fikir. She needs you, Kim. Of all people now, she needs you. Yang meninggal tu anak korang berdua. Not only hers. She is expecting you to go through this with her. Together hold her hands till she can accept everything that had happened. Susah sangat ke, Kim?"

Hakim meraup wajahnya berulang kali.

"Kau fikir aku tak sedih ke, Sya? Tu pun anak aku, Sya. Tapi aku tak boleh nak jadi macam dia. Aku masih ada Haidi dengan Hafleen untuk dijaga. Kalau aku melayan si Liara tu, kesian Haidi dengan Hafleen. Aku tersepit, Sya. Tapi aku nak buat macam mana lagi. I love her so much. So much that I can’t show her how I feel right now,"

"Bukan tu maksud aku, Kim. Betul apa yang kau buat sekarang ni. Kau kuat untuk anak-anak tapi kau jangan lupa, Liara is also a baby at this moment. She needs all those extra care from you especially. Best advice, bring her somewhere. Only you both. Biar dia tahu, she is still a wife. Not only a mother to a dead baby. Kau masih ada hak atas dia. Jangan lupa tu,"

Hakim merenung dalam-dalam si Marsya. Ada benar kata-kata sahabatnya itu. Liara masih isterinya. Bukan hanya sekadar seorang mama sahaja. Sampai bila dia mahu terus hanyut dalam kesedihan yang melampau itu?

Hakim menekan butang interkom.

"Steph?"

"Yes, En Hakim?"

"Get me the leave application form. Now!"


*


"Sayang?"

Liara mematikan diri saat tangan sasa Hakim melingkari pinggangnya.

"Sayang? Dah tidur ke?"

Meski tiada jawapan, namun Hakim tahu wanita di sebelahnya ini masih berjaga. Dia mengeratkan pelukan pada pinggang Liara.

"Sampai bila tak nak tengok muka I? Dah enam bulan you tidur macam ni. Tak kesiankan I?" lirih saja suara si Hakim. Mula main psikologi dengan isterinya.

Liara terkedu. Sampai hati Hakim membuatnya begini di saat dia masih lagi merasai impak kehilangan Hamilyn dalam hidupnya. Of all people, he should be the one who understands me better!

"I'm not ready yet, Hakim. I really need your understanding,"

Oh oh. Liara guna panggilan Hakim. Macam salah timing je nak cakap pasal apa yang dirancang ni?

Takpe Hakim. Kita try dulu. Slow and steady bro!

"You ikut I boleh lusa ni?"

"With the kids?"

Tersenyum Hakim apabila Liara membalas perlawaannya. Sebuah kucupan dihadiahkan pada rambut panjang Liara.

"Tak. The kids tak ikut,"

"Then, I tak nak pergi. Siapa nak jaga dia orang nanti? Lagipun, kan dia orang tengah sekolah,"

"They are starting their school breaks the same day we are leaving, sayang. You tak ingat?"

Liara kelu. Memang niat suaminyakah bertanya untuk melihat sejauh mana dia mengambil berat tentang anak-anak?

Hakim gusar melihat respon Liara yang diam tiba-tiba.

"So nanti the kids will be kat rumah walid. Don't worry. So, you ikut I eh? Please, sayang?"

Liara berfikir sebentar. Kalau dia mengikut Hakim, dia tidak dapat menziarahi pusara arwah Hamilyn seperti yang dilakukan setiap hari. Tapi jika dibiarkan Hakim pergi seorang, mahunya nanti bising pulak mulut ahli keluarga dan juga mertuanya.

Hakim membelai perlahan belakang tubuh Liara. Ini pertama kalinya sejak enam bulan yang lalu, dia dapat bermesra dengan Liara. Benar yang dikata Marsya. Liara kini seperti seorang bayi. Harus sentiasa dijaga dan dibelai.

"Please sayang? I really hope we can go. Only the two of us,"

Hakim hampir menerkam tubuh itu saat perlahan saja Liara mengubah kedudukan badannya untuk berhadapan dengannya.

"Where are we going?"

Hakim senyum. Gembira!


*


LIARA menolak daun pintu kereta tanpa bantuan Hakim. Hakim hanya memerhati dari dalam kereta. Sudah lama tabiat yang satu itu ditinggalkan dan entah bila lagi dia dapat kembali membuat semua rutin lamanya itu.

"I suka when you, my sometimes-cheesy-hopeless-romantic engineer are always a step ahead from me. It would be your signature gentleman gestures,"

"Lama tak you nak pergi parking?"

Pertanyaan Liara menyedarkan Hakim daripada kenangan lalu. Hakim ukir senyum namun hanya Tuhan saja yang tahu betapa hatinya terseksa...

"Kat depan tu je. You masuk dulu, okay?"

Liara berpusing. Memandang pintu masuk Copthorne Hotel yang dahulu dikenali dengan nama Equatorial Hotel yang terletak di puncak Gunung Brinchang. Sudah banyak perubahan sejak terakhir kali dia menjejakkan kaki di sini.

Liara duduk dikerusi yang disediakan oleh pihak hotel. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling lobby. Pandangannya kemudian mendarat pada seorang perempuan yang sedang mengendong seorang bayi di hadapannya. Dari pandangan kasar, Liara tahu bayi itu sedang menikmati susu ibunya yang penuh khasiat.

Perlahan, Liara menyentuh dadanya. Sepatutnya ketika ini, dia juga sedang menyusukan Hamilyn seperti ibu muda di depannya ini. Tubir matanya mula berair apabila dia menyedari hakikat sebenarnya bahawa Hamilyn sudah pun meninggal dunia!

Hakim menahan sebak melihat pandangan yang dia pasti sedang merobek hati wanita kesayangannya. Bagaimana dia mahu mengembalikan Liara Milia yang dahulunya seorang wanita kental jika dia sendiri tidak mampu bangkit daripada kesedihan yang masih mencengkam hati mereka?

"Sayang? Jom. I dah checked in," Hakim menyentuh jemari Liara yang kejap di atas dada.

Liara pandang seketika wajah Hakim.

"Jom?" sekali lagi Hakim mengajak. Kali ini dengan senyuman manis.

Liara mengikut langkah Hakim. Tibanya di kamar, Liara meletakkan beg tangannya di atas dressing table lantas terus menuju ke balcony.

"Terima kasih," selesai memberikan tip pada bellboy, Hakim menutup pintu. Dia menarik nafas dalam apabila menyedari Liara sebenarnya sedang menjauhkan diri daripadanya.

Liara merenung jauh permandangan hebat di depannya ini. Nun di hujung matanya, terbentang luas seperti karpet ladang teh kebanggaan Cameron Highlands. Tambah mengujakan apabila cuaca turut bekerjasama dalam membawakan suasana yang dingin dan berangin membuat Liara seperti berada di Florence ketika ke sana beberapa tahun dulu.

"Hi?"

Liara memeluk tubuhnya. Memilih untuk tidak menjawab sapaan suaminya.

Hakim mendekati Liara. Rambut ikal Liara yang semakin memanjang dirapikan Hakim setelah angin dengan agresif melibas libas mahkota wanitanya. Haruman limau kasturi begitu menusuk rongga hidung Hakim sehingga membuai sedikit hati lelakinya.

"I hope you still remember this place, sayang. Although they've changed the name,"

Hakim menunggu jawab balas namun Liara tetap membisu.

"Sayang?" panggil Hakim.

"I nak tidur. Kepala I sakit," Liara terus masuk ke dalam tanpa memandang Hakim.

Kalah lagi...

*


"JOM keluar?"

Liara menggeleng. Matanya tajam pada skrin televisyen yang sedang memancar siaran berita petang. Konon tertarik dengan isi berita yang disampaikan oleh Izwan Azir Salleh namun pastinya tiada satu pun berita yang berjaya menarik minatnya.

"Kita pergi tea plantation nak? We can have some tea there," cadang Hakim.

Liara geleng lagi. Sikitpun dia tidak pandang Hakim yang sedang duduk di birai katil.

"You tak lapar?"

Sekali lagi Liara menggeleng. Buat Hakim sedikit bengang.

"But I am,"

Liara angkat bahu. "Order from the room service then,"

'Ehei sayang!'

"Jomlah sayang. Please? I promise we won’t be long," Hakim menarik lembut tangan kanan Liara. Aura memujuk jelas pada raut wajahnya.

Liara akhirnya pandang jua wajah suaminya. Entah mengapa melihat raut itu yang begitu mengharap membuat Liara ingin ketawa. Spontan, tangan kirinya menyentuh pipi Hakim.

"Jangan buat muka macam tu lagi. Tak sesuai dengan you. Give me 10 minutes," Liara menolak selimut lantas turun dari katil menuju ke bilik air. Meninggalkan Hakim yang masih terpinga-pinga.

Tak percaya!

Hakim menyentuh pipi kanannya. Dia senyum sikit mengenangkan sentuhan Liara yang bagaikan ilusi tadi. Sekejap namun begitu bermakna!

Deringan iPhone sedikit menggangu perasaan Hakim. Dia mengeluarkan handphone nya itu dari dalam poket. Melihat nama pemanggil membuat perasaannya berbunga semula.

"Hello Mrs Advisor!"

"Well sounds like someone's having a good time over there. How is it, Mr Ir? Something good happened there, I suppose?"

Hakim gelak kecil. Dia membuka langkah ke arah balcony. Pintu sliding ditolak.

"Haip! Mana boleh cerita,"

"Ala. Kalau tak cerita pun macamlah I can’t guess on my own. But still, I am so happy for you!"

"Alhamdulillah. Thanks to you too for the brilliant idea. I owe you one,"

"Haa... I loike! Please don't forget my strawberries, okay? Tapi seriously Kim, it's nice to know that you are happy,"

Hakim kelip mata sekali.

"I feel like I have got a part of myself back, Sya. It damn feels like a dream but I know for sure she is still the same girl I fell for years ago,"

Liara baru hendak menarik pintu bilik air apabila telinganya menangkap suara Hakim seperti sedang berbual di balcony. Sudah lama dia tidak mendengar nada suara Hakim yang begitu senang apabila berbual dengan seseorang. Atau mungkin dengan yang lain selalu cuma bukan dengan dia. Isterinya.

"Phewitt! Kau macam tengah honeymoon second time, bro," ada tune usikan dalam suara si pemanggil.

Hakim menyikat rambut guna sebelah tangan.

"About that, no comment. Biarlah rahsia,"

Suara hujung sana gelak sakan.

"You really made my day, Hakim. Oh, Hazim kirim salam. Dengan pesanan, squash date jangan lupa this upcoming Wednesday,"

"Waalaikumusalam. Kau kirim salam balik kat hubby kau tu dengan pesanan, it depends on what day I'm leaving the Highlands,"

Sekali lagi suara hujung sana gelak. Terdengar pada cuping Hakim ada suara lelaki turut sama gelak dengan suara si perempuan.

Laki bini sama aje!

Bunyi flush dari dalam bilik air menarik perhatian Hakim. Tahu isterinya sudah siap.

"Okay. Got to go. My lady is waiting,"

"Full version in our next meeting. Remember eh!" sempat lagi si pemanggil mengingatkan Hakim tentang pertemuan mereka yang seterusnya.

"In Sha ALLAH. Thanks Marsya for everything. I really owe you one. Assalamualaikum!"

Sebaik Marsya membalas salamnya, Hakim mematikan talian. Dia berpaling dan mendapati Liara sudah siap dan sedang duduk di atas katil.

"Jom?"

"Siapa yang call?" tanya Liara sambil jemarinya saling meramas baki losyen yang masih ada. Pandangannya jatuh pada jemarinya.

Hakim mendekati. "Marsya called. She said hi and assalamualaikum,"

"Waalaikumusalam,"

Hakim mencapai wallet dan kunci kereta di atas meja solek. "Shall we?"
                                                                                             
Hakim sudah pun melewati Liara apabila perlahan Liara memanggil namanya. Hakim tidak berpaling namun dia tetap memberi respon.

"Can I ask you something?"

"Shoot,"

"Am I still the same girl you fell for 16 years ago?"

Hakim terus berhenti daripada menyarung kakinya dengan sarung kaki. Dia mengangkat kepala memandang ke arah Liara yang masih pandangannya menekur pada jemari runcing wanita itu.

"Am I still the same man you fell for 16 years ago?"

"Questions are meant to be answered,"

"I am asking you a question,"

"Asking or returning a question?"

"Why are you being hard, sayang? Is there something that I should know?"

Liara senyum sikit. Dia menekan butang pada TV dan skrin bertukar hitam. Handbag Ted Baker dicapai.

"I'm trying to be the same girl you fell for 16 years ago, cheesy!" selamba dia kucup pipi kanan Hakim dan terus meninggalkan Hakim masih terpinga-pinga dengan pertanyaan dan perlakuan isterinya dalam keadaan sarung kakinya tersekat pada skala 3 di kakinya!


*


"SAYANG! Let’s take a picture!"

Suara manja Liara memecah lamunan Hakim. Dari dalam bilik sehinggalah mereka berdua sudah pun sampai di Sungai Palas ini, dia tidak habis fikir bagaimana perlakuan Liara boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Walhal sampai saat mereka sudah check in tadi pun mood isterinya itu masih tiada beza sejak hari pertama arwah Hamilyn meninggal.

Apa sudah jadi?

Liara yang sudah puas mengambil gambar pemandangan ladang teh yang terbentang cantik berpaling pada Hakim yang bersandar pada pintu Harrier. Nampak jauh suaminya itu berfikir. Tahu perubahan sikapnya merupakan penyebab pada pemikiran yang nampaknya maha kompleks itu.

Dia merapati Hakim. Tubuhnya turut bersandar pada badan Harrier. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Hakim.

Hakim tambah terkesima. Menambah lagi rasa peliknya apabila Liara dengan spontan mengambil selfie mereka berdua apabila Hakim terdengar bunyi klik.

"Am I still the same girl you fell for 16 years ago?" Liara bertanya sambil jemarinya bermain di atas skrin iPhone. Melihat kembali galeri penyimpanan gambar-gambarnya.

Sekali lagi soalan itu bergema. Hakim berdeham. Kedua tangan yang tadinya memeluk tubuh dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Dua kali you tanya soalan tu. Kenapa?"

"I just want to know,"

"Cukupkan tiga kali and I'll answer you,"

"Then, I'm gonna spare the third one for later,"

"Milia?"

"Hmm..."

"Do you plan to leave me?"

"Do you want it to be so?"

"No,"

"Why bother asking then?"

"Men tend to revise history to prevent themselves from doing anything foolish in the future. Maybe that's the reason why you're asking since you've planned to walk away. If that’s it, then I will not answer any questions from you that relates to history,"

"Sejak bila you pandai bermain kata ni? You're an engineer the last time I checked. Not some literature arts practionar,"

"Since I've been reading a lot of your favourite books during your confinement. During your moody time. When you spent your time thinking and thinking and thinking. Now I know how you always knew how to make me smile,"

"What? But why?"

Hakim angkat bahu.

"Seem you always tried to make me smile after leaning from those books. I thought I’d try to do the same. But obviously the attempts have failed,"

Liara memeluk lengan kanan Hakim.

"We sure are having a very serious discussion since you are speaking in English. Should I be worried?"

"It's not your job to be worried. I'm used to it for the past six months,"

Liara telan liur. Tahu Hakim sedang menyindir.

"Any specific book that you find interesting?"

"You should know me better. I don't believe in fairy tales and your books were not based on motivations, biography and my kinda things,"

"I know you too well. And I can’t help but think, given you’ve read my types of books, if you’ve found interest in something new,"

"Such as?"

"Other girls,"

Hakim terpana sebentar. Cepat, dia dapat menangkap ke mana arah tuju serkap jarang Liara.

"It was Marsya,"

"I wasn't talking about her. It could be anyone else,"

Sah isterinya sudah melalut!

Tangan kiri Hakim meraup wajah. Dia memandang ke sisi kanannya. Posisi Liara masih statik.

Sebelum sempat Hakim membalas, suara Liara kedengaran lagi.

"I tahu, the past 6 months have been miserable for us. I tahu though you tak pernah mengadu, tapi you pun terluka. Terluka dengan sikap I. Terluka dengan pemergian arwah Hamilyn. Terluka dengan keadaan kita. And I can't even begin to try to understand how bad I must have made you feel for as long as I’ve negeleted you.

"But I still love you. I still need you. I know I'm being hard but I've never wanted anyone else like how I’ve always wanted you. How I will always want you," ayat Liara tergantung apabila Hakim menyebut namanya lembut. Dia mengangkat kepalanya dan terus bersabung pandang dengan Hakim.

Hakim terus membawa tubuh Liara ke dalam peluknya sambil bibirnya bertaup dengan bibir merah Liara. Dia tidak peduli kalau ada mata yang memandang dan menggangap mereka melakukan perlakuan sumbang di tempat awam. Ini isterinya yang tidak mungkin akan ada ganti sehingga ke akhir usia!

Liara yang mulanya terkejut dan ingin meloloskan diri tidak jadi untuk menolak perlakuan Hakim padanya. Sudah lama dia menafikan hak Hakim dan dia juga merindui sentuhan suaminya itu.

Pautan bibir Hakim lepas namun hidungnya masih lagi berlaga dengan hidung Liara. Pejaman matanya tercelik dan dia memerhati satu-satu feature wajah isterinya. Bulu mata yang lurus panjang tampak sedikit basah. Ibu jarinya mengelap mata Liara.

"From the books that you've been reading, this is when the heroine would hug the hero as well. And you still haven't done so,"

Liara gelak kecil. Nampaknya sikap suaminya yang satu ini memang tidak pernah berubah. Suka nak pamer kemesraan di kawasan terbuka!

Kedua tangannya melingkar pada tubuh Hakim.

Tiada apa yang berubah. Hangatnya tubuh itu masih sama. Masih seperti dulu. Liara tahu hati lelakinya itu. Dia tahu siapa dia buat lelakinya. Dia bukan sekadar seorang isteri. Dia adalah nyawa bagi Hakim.

Pemergian Hamilyn memberi satu nafas baru dalam hubungan mereka. Adanya dugaan sebegini barulah mereka tahu tinggi atau rendahnya bumi yang mereka pijak. Tidak selalunya awan yang cerah akan berkekalan selamanya. Akan pasti ribut dan taufan melanda, mengocak keselamatan diri. Seperti rumahtangga mereka. Tidak selamanya bahagia akan selalu berada di dalam lingkaran hidup mereka. Sekali sekala, realiti sepahit hempedu perlu ditelan untuk menyedari bahawa setiap yang bernyawa tidak mungkin terlepas daripada sebarang kesusahan.

"I tak pernah salahkan you atas pemergian arwah Hamilyn. Semua yang jadi, bukan aturan kita. Tapi I terima dengan ikhlas. I tak salahkan Tuhan sebab Dia dah bagi kita Haidi and Hafleen. The most precious gems that I've ever had including you. And kita pun masih muda, sayang. Losing one can’t mean that we can’t have more. And kalau sampai hujung nyawa pun kita tak dapat lagi rezeki tu, takpe sayang. Because we already have Haidi and Hafleen. We love them both,"

Liara pandang mata Hakim. Naluri keibuannya kembali bergelora apabila terdengar nama anak-anaknya. Dunianya!

"You are the greatest mama, sayang. And we love you for being one. I love you for being the greatest mother to my children. Wasting my time looking for someone who might not even say our children's name correctly will not be my favourite thing to do.

"Perempuan lain tak pernah sekabut, sebising, seceria, secantik you pada mata I. It's hard to believe that first loves don’t last. Because with you, everything seems to fall into the right place and timing. Your perfect imperfections like what John Legend always said is what that shapes you to be the love of my life. You complete me, sayang,"

Pelukannya tambah mengerat. Kepalanya berlabuh di atas dada Hakim. Dibiarkan matanya basah.

"Sorry to keep you waiting. I’ve lost my way. And now, I've found you. You’re here. You’re here all along. Thank you,"

"Always had, always have and always will be. I love you!"

"I love you, too,"


*


NAFAS yang tadi berat beransur ringan. Dua pasang mata terkebil-kebil menatap siling dalam keadaan Liara erat dalam pelukan Hakim. Jemari Hakim bermain dengan lengan gebu isterinya.

"Exactly why are we here again?" tanya Liara. Jemarinya menari di atas dada Hakim.

"Hmm... Marsya suggested for us to go on a holiday. At first I thought nak bawak you pergi Bali atau Perth but I tak boleh mintak cuti lama sangat since I have an active project sekarang ni yang needs me within local. Then Cameron just appeared in my mind since kita pun dah tak datang sini after you were pregnant with Haidi. So I was thinking, why not!

"Even the room is the same as the one we had dulu. I just want us to remember the sweet things we had here,"

"Marsya jugaklah yang terfikir idea ni?" usik Liara.

"Alaa yang. I memang nak bawak you holiday tapi I takut you belum ready,"

"Oh bila Marsya suggested, terus you ingat I dah ready lah?"

"Tak jugak. I doubted it at first. But bila dia sedarkan I pasal satu perkara ni, I rasa I memang patut bawak you holiday,"

"Ohh really? What exactly that she said yang open up your mind tu?"

"That you are still my wife and not only a mother to my children,"

Liara terkelu. Deep sangat apa yang dikatakan Marsya tu.

'Tunggu dia bila aku balik KL nanti. Kemain deep dia berfalsafah dengan laki aku. Kemain sungguh,' getus hati Liara.

"Haa nak jealous lah tuh,"

"There's nothing interesting about her to be jealous of. Except for the fact her parents stay kat New York and company dia dapat plan wedding anak MB tu. Tu je I jealous,"

Hakim gelak. Mudah terhibur pulak dia dengan kata-kata Liara.

"Also, I nak bawak you lari dari bilik tidur kita,"

"Kenapa sampai macam tu sekali?"

"Maybe you can't start anew since it's where we had our fun time. I takut you rasa macam I tak bagi space kat you untuk swallow things down if we are having our fun time there,"

"Habis tu, sekarang ni kita kena pergi tempat lain ke everytime we nak have fun?"

"Well, about that. I've given a thought on that matter. Kita pindah rumah nak? Kita cari rumah baru,"

Liara angkat kepala.

"Pindah rumah? Sampai macam tu sekali? Jangan nak mengada. I dah okay lah. Kalau tak takde I kat sini sambil peluk you," wajah Liara sudah berubah sedikit. Berkerut menatap wajah suaminya.

"Bukan macam tu, sayang. Maybe it's time for us to get a bigger place. A part of it is because of you but I think, since our family is expanding, we should get another suitable ground for our children. Don't you think so?"

"But I have my own sentimental values for that house. Takkan you dah lupa?"

"Mana boleh I lupa. I yang propose takkan I nak lupa," Hakim mencuit hidung tirus Liara. Memerah sedikit pipi Liara apabila Hakim berkata sebegitu.

"Dah tu? No. I tak nak. I want to raise our children there. They should know how much that house means to me. To us. End of discussion," kepala Liara kembali ke atas dada Hakim.

Hakim senyum sedikit. Stubborn as usual!

"Okay. End of discussion. Woahhh. Dah lama mama tak marah macam ni. Selalunya Leen yang kena part end of discussion tu,"

"Leen... Ahh. Suka nak buat mama naik pening. Asyik nak usik Oya Haidi je anak dara you tu,"

"She is you, remember?"

"Kalau Hamilyn ada, they would make a pact against Haidi,"

Mereka diam seketika. Hakim tahu perasaan isterinya terusik apabila dia merasakan basah sedikit tubuhnya.

"Let it go, sayang. Let it go and promise me, you'll let this be the last time you’ll shed tears. Ingat sayang. She is not suffering. She left us to be in a better place. Tempat yang kita sendiri tak tahu kita dapat pergi ke tak. We should be proud of her. Crying like this won't be helping her over there. Doakan dia, sayang. Doakan dia untuk dia doakan kita dapat jumpa dia kat sana jugak. Okay, sayang?"

Hakim mengelus rambut Liara. Sebak memang sebak apabila bercakap tentang anak mereka itu tapi dia kena kuat untuk menguatkan semangat Liara. Dia tidak boleh biarkan isterinya untuk terus hanyut.

"Sayang?"

"Yes, baby?"

"Hold my hands till the end, boleh?"

"As how I'm holding your heart close to mine,"


*


9 BULAN 4 HARI...

"Oya nak bagi nama kat baby boleh tak, mama?"

"Cuba Oya tanya walid,"

"Boleh tak walid?" Haidi bertanya dengan penuh harap pada walidnya.

"Alaa. I want to name the baby too," rengek si Hafleen pulak.

"Sibuklah Leen ni. Oya yang tanya dulu,"

Hafleen memeluk tubuh. Masam mencuka wajah anak itu.

"Leen nak bagi jugak!"

Liara pandang Hakim. Seronok dia melihat suasana kecoh dalam kamar tidurnya di rumah. Sosok tubuh dalam dakapannya pula hanya diam tidak berkutik sedangkan becok abang dan kakaknya hendak memberi nama pada ahli keluarga baru mereka.

"Okay. Macam ni. Why not, this time Oya Haidi yang bagi nama untuk baby. Nanti the next baby, Leen pulak yang bagi. Bolehkan macam tu mama?" Hakim merangkul bahu isterinya.

"Yang ni baru keluar, walid dah nak ada yang the next one?" Liara berbisik perlahan.

"Boleh tak mama?" Haidi ulang soalan yang sama.

"Boleh tak, Leen?" Liara bertanya pada Hafleen pula. Melihat pada cebikan di mulut anak itu, Liara memberi isyarat pada Hakim untuk segera memujuk. Kang ada dua orang sekali yang menjerit kat sini nanti!

Hakim cepat cepat mengambil anak itu dan didudukkan di atas ribanya.

"Walid dengan mama janji dengan Leen, the next one will be your turn. Okay sweetheart?"

"Okay. But I want a baby boy. Okay mama?"

Amboi anak ini. Ingat boleh ke nak tempah siap siap dapat baby boy ke girl? Leen, Leen!

"Okay sweetheart. Anything for our sweetheart. So, Oya nak bagi nama baby apa?"

"Oya nak bagi nama, Heleena,"

Liara pandang wajah Hakim. Begitu jua Hakim.

"Nice name, Oya. I like. Hi Nana!" Hafleen tunduk, mencium pipi si puteri.

"Nanti walid discuss dengan mama dulu, okay Oya? But how come you've thought of that name?"

"Oya dapat dalam mimpi. Oya jumpa dalam bakul baby yang walid beli untuk baby Hamilyn dulu," polos anak itu menjawab.

Hakim terus pegang bahu Liara. Gusar sekiranya Liara terjatuh lagi mendengar jawapan Haidi.

"Yeke Oya? Oya nampak baby Hamilyn tak?" tanya Liara.

"Nampak. Dia tengah tidur. Baby Hamilyn cantik mama. Muka dia sama macam mama,"

Allahuakbar! Bergema sebentar hati Liara. Begitu sekali ALLAH memberi petunjuk padanya.

Kedengaran suara dari bawah memanggil nama Haidi dan Hafleen. Bergegas mereka turun apabila dikatakan Tok Pa mereka membeli ais krim. Tinggallah cuma Hakim, Liara dan permata hati terbaru mereka di dalam kamar.

"He dreamt of her too. That was the exact dream I had a month ago, sayang," ujar Liara.

"I know, sayang. I had the same one too. Mungkin ni petunjuk yang Tuhan nak bagi pada kita. Be strong, sayang,"

Liara alih pandang. Memandang khusyuk anugerah terindah dalam hidupnya yang baru dilahirkan dua hari lepas. Kali ini semuanya selamat dan sempurna. Bayi perempuan seberat 2.95 kg ini disambut sekali lagi oleh Hakim sesudah azan Subuh bergema di udara.

"Sharifah Heleena Marsya bt Syed Hakim Lutfi," senafas, Liara menutur nama puterinya.

"Marsya? Wow. You really do love her that much eh?"

"What can I say? She does help a bit for the production,"

Kedua mereka gelak.

Hakim mengambil si kecil daripada dakapan Liara. Tergerak-gerak tubuh anak itu apabila dirasa tidurnya diganggu.

"Welcome home Sharifah Heleena Marsya. Walid, mama, Oya Haidi, Kakak Leen and arwah Kakak Hamilyn will always be around for you, angel. We love you,"

"Walid?"

"Yes, mama?"

"Am I still the same girl you fell for 17 years ago?"

Ibu jari Hakim melekap pada pipi isterinya.

"There would only be changes of time. Till forever, you are always the same girl that I fell for always sending me letters, always being there although we were far apart, for always loving someone like me. I have fallen for you 17 years ago, and I am still falling for you everyday and I will continue to fall for you over and over again for days to come,"

Liara mencapai jemari Hakim dan dibawa ke bibir. Sebuah kucupan sayang singgah.

"I love you, Hakim Lutfi,"

"I love you, Liara Milia,"

Pelangi itu muncul setelah ribut melanda seketika perjalanan rumah tangga mereka. Bahkan pelangi yang muncul adalah pelangi terindah yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka sekeluarga.

Hikmah kesabaran Hakim, Liara kembali lagi. Menjadi lebih semangat untuk meneruskan hidup. Meneruskan perjalanan yang tidak tentu noktahnya dengan cinta hati juga buah hatinya. Pemberian Tuhan ke dalam rahimnya sebulan setelah meninggalkan Tanah Tinggi Cameron menunjukkan janji Tuhan itu pasti untuk setiap apa yang diminta hambaNya.

Hilang satu, berganti satu. Dan harapannya supaya anugerah ini tidak terhenti di sini sahaja. Dia masih ada janji untuk dilunaskan pada puteri pertama mereka.

Seorang baby boy!